Alia Nasuha bangun seawal enam pagi, kebiasanya
hari-hari minggu begini dia dan teman-temannya selalu berjoging. Usai
sembahyang subuh dia memakai seluar trek dan baju t-shirt serta sweather nipis
dan sehelai kain tuala kecil. Dia keluar dari biliknya kemudian mengetuk bilik
sahabat-sahabatnya itu. Dia melaung dari luar bilik teman-temannya.
“Cepatlah sikit, kau orang ni make-up ke
apa, nak pergi jogginglah”
“Tunggulah, kita bukan macam kau, tak pakai
bedak pun dah nampak cantik” jawab Mimi
“Kau perli aku ke? Mentang-mentanglah aku
tak ada kekasih”
“Kau tu bukan tak ada orang nak,, tapi jual
mahal” Bidas Syafikah
“Hah…, itulah kau orang tak tahu yang mahal
memang susah nak dapat”. Jerit Alia lgi.
“Kau jangan Lia nanti jadi andartu” Kali
ini laungan dari Farhana.
“Eh! Aku baru 25tahun, muda lagilah,
cepatlah sikit” laungnya kali lebih keras suaranya.
Mereka bertiga keluar dari bilik
masing-masing.
“Kau ni poyolah Lia”. Kata Mimi pada Alia.
“Poyo apanya sudahlah jom kita pergi”. Lia
terus melangkah menuruni tangga loteng rumahnya diikut teman-teman yang lain.
“Nak pakai kereta siapa ni?” Soal Hana
“Kereta siapa lagi… kereta akulah” jawab
Alia
“Nanti kalau pergi dengan kereta kau orang,
minyak claim dengan aku juga. Dahlah rumah aku bagi free tak ambil sewa pun”
“Kau tidak apalah Lia, kau kaya. Kau tolong
orang kau dapat pahala, amal jariah tahu Lia” Bidas Hana.
“Pandailah kau” Jawabnya selamba
Mereka semua memasuki kereta Alia menghala
ke trek jogging di taman wawasan persint 2 Putrajaya. Sesudah memanaskan badan
dan mengeluarkan peluh hampir satu jam mereka berehat di tepi tasik Putrajaya.
“Kita nak pergi makan di mana ni?” Soal
Syafikah dengan suara kepenatan.
“Ikut suka hati kau oranglah aku bawa jer”
Jawab Lia termengah-mengah. Sambil berbual-bual nada handphone Alia berdering.
Lia mengeluarkannya dari poket baju sweather, dilihatnya di Skrin tertera nama
Zafrul, lalu menjawabnya.
“Hello, Assalamualaikum” Jawabnya dengan
suara kepenatan”
“Waalaikummussalam. Lia kat mana?” Soal
Zafrul apabila mendengar suara putus-putus Alia kepenatan.
“Baru sudah jogging, kenapa abang?” Tanya
Alia
“Patutlah bunyi lelah jer…Lia free tak hari
ni?”
“Freelah abang hari-hari minggu ni, tak ada
program apa pun. Kenapa?”
“Manalah tahu Lia ada date dengan pakwe?”
Jawab Zafrul menguji Alia.
Lia
tergelak dengan kata-kata Zafrul, dengan selamba dia menjawab.
“Aduh, bestnya kalau betul Lia ni ada
pakwe. Siapalah mahu pada Lia ni bang?”.
“Kalau Lia free abang cadang nak jumpa Lia,
boleh ke?”
“Boleh sangatlah, ada apa sebenarnya bang?”
Soalnya sedikit ragu jarang sekali Zafrul mengajaknya keluar. Kalau keluar pun
pasal kerja.
“Kita bincang bila jumpa nanti. Kita jumpa
di Putrajayalah dekat dengan rumah Lia.”
“Ok. Pukul berapa?”
“Pukul 4.00petang, nanti lokasi abang
bagitahu kemudian”.
“Ok. Bye”. Lia memutuskan perbualannya dia
terfikir sejenak. Pasal pelan RC, ada masalah ke?” bisik hatinya.
“Siapa telefon” Tanya Mimi apabila melihat
wajah Alia memikirkan sesuatu.
“Zafrul. Syaf pelan RC untuk projek di
Sepang dah siap ke?”
“Eh…, Dah siap ada atas meja kau, kau tak
tengok lagi ke? Kenapa?” Jawab Syafikah.
“Zafrul telefon aku nak jumpa petang ini,
kau ikut sekali tau. Aku takut ada masalahlah projek tu?”
“Aku rasa tidaklah, mungkin pasal benda lain
kot. Kau ni janganlah gelabah sangat”. Jawab Syaf menenangkan bosnya.
Petang itu sebagaimana yang dijanjikan Alia memecut
kereta Sonatanya ke tempat yang dinyatakan oleh Zafrul iaitu di Marriott hotel.
Tepat jam 4.00petang Lia sampai di lobi hotel dilihatnya Zafrul sedang menunggu. Dia menghampiri
Zafrul.
“Hi, Lia” Sapa Zafrul
“Hi, sudah lama abang sampai?”
“Baru saja tidak panas punggung lagi” Gurau Zafrul.
Lia dan Syafikah tersenyum.
“Jom kita ke café”. Ajak Zafrul ke café hotel. Zafrul
mencari sudut meja yang membolehkan mereka berbincang tanpa gangguan. Dia
memilih meja ditepi cermin.
“Ada apa abang Zafrul nak jumpa Lia?” soalnya sejerus
melabuhkan punggungnya dikerusi.
“Kita order makanan dulu”.Jawab Zafrul sambil melambai
tangan ke arah waiter. Waiter itu menghala ke arah mereka dua keping menu
dibawa bersama. Diserahkan satu ke arah Zafrul dan satu lagi kepada Alia. Alia
meneliti menu kemudian menunjukkannya kepada Syafikah.
“Lia nak makan apa?” Soal Zafrul
“Lia masih kenyang lagi tidak mahu makan. Lia mahu
aiskrim jea, Syaf nak chicken chop dan air lemon tea” bagitahu Alia pada Zafrul
sambil menunjuk gambar ais krim yang dia inginkan..
“Bagi… Lamb chop black paper, chicken chop, lemon tea,
Jus apple dan aiskrim no.5” pesan Zafrul pada waiter itu. Waiter tadi terus mencatat pesanan dan mengambil menu
kemudian berlalu dari situ.
Zafrul memandang tajam ke arah Alia dihadapannya. Lia
memang cantik, manis orangnya takkan orang secantik Lia tidak ada kekasih. Omongnya
sendirian.
“Lia, abang Zafrul mahu tanya Lia sejujurnya…Lia ni
memang tidak ada boyfriend ke?”
“Sejujurnya jugalah Lia jawab, memang Lia tidak ada
boyfriend.Kenapa abang Zafrul tanya Lia macam tu? Terkerut dahinya dengan
soalan Zafrul.
“Papa abang mahu jodohkan Lia dengan abang. Lia nak
tak?” terang Zafrul berterus terang. Terkejut Lia mendengarnya. Dengan pantas
dia menjawab.
“Hah!…tak nak lah Lia” Tersentak juga Zafrul
membuatkan matanya dijegilkan mendengar jawapan Alia sepantas itu. Manakala
Syafikah menoleh kearah Alia dan mengetawakan sabahatnya itu, sudah dia agak
itu jawapan Alia.
“Cepatnya jawab tanpa berfikir, Lia tidak sudi jadi
isteri abang ke?” Ujar Zafrul sambil merenung tajam kearah Alia.
“Abang saja
mahu uji Lia kan?. Bukan Lia tidak tahu yang abang sudah berpunya. Takkan lah
Lia nak kahwin dengan abang pula. Kalau Lia kahwin dengan abang… dibuatnya kita
ada masalah, dengan siapa pula Lia nak mengadu, siapa nak bagi semangat pada
Lia lagi. Lia sudah anggap abang macam abang sendiri, dari kecil lagi kita
kenal”.
Terkejut juga
Zafrul dengan jawapan Alia. Dia tidak sangka Alia akan jawab terus terang
begitu.
“Betul ke apa
Lia cakap? Lia tidak sudi jadi isteri abang. Apa abang nak bagitahu papa
nanti?”
“Abang jangan
risaulah, nanti Lia yang bagitahu papa Shukri” Jawab Lia dengan mulut sedikit
dimuncungnya.
“Lia marah
abang ke? Kenapa masam jer ni?” Tanyanya lagi apabila melihat Alia rimas
ditanya begitu.
“Lia oklah
bang, abang terus jerlah dengan kekasih abang tu. Alah, kalau setakat nak
bincang pasal ini cakap dalam telefon pun boleh, tak payahlah jumpa. Ingatkan
masalah projek tadi”.
“Lia marah bang
jumpa Lia, abang minta maaf kalau Lia tidak selesa.?” Jawab Zafrul memujuk.
“Taklah rugi
masa abang jer datang jauh-jauh”. Jawab Lia dengan suara perlahan namun agak
keras sedikit bunyinya. Zafrul memandang Alia tidak selesa dengan pertanyaan
itu.
“Lia nak cari
orang yang macam mana jadi suami Lia?” Soal Zafrul selaku abang.
“Alah abang ni…Lia
malaslah nak fikir pasal kahwin. Banyak benda lagi Lia perlu fikir. Lia kalau tidak
kahwin pun tak apa, Lia mana ada masa nak layan suami. Heeeeeee…tak kuasa.”
Jawab Lia sambil mengertak bahu.
Zafrul tersenyum
dan menggeleng kepal mendengar penjelasan Lia.
“Lia, memang
macam ini encik Zafrul. Pantang sebut pasal kahwin mulalah datang angin kus-kus
dia tu. Terang Syafikah faham sangat dengan perangai teman baiknya itu.
Terdiam
seketika Zafrul mendengar penjelasan Syafikah. Zafrul sekadar menganggukkan
kepala.
Syafikah mula
mengenali Alia pertama kali Alia menjejak kaki di HH Holding setahun setengah
yang lalu. Apabila papa Lia membeli rumah yang dia tinggal sekarang kepada
Alia, Alia mempelawanya tinggal bersama sejak itu mereka menjadi kawan baik.
Semua masalah pejabat dan dirinya dikongsikan dengan Syafikah.
Selesai sahaja
makan dengan Zafrul, Alia dan Syafikah menuju pulang ke rumah, belum sempat dia
sampai ke rumah. Lia bersuara.
“Syaf kau
berhenti kejap”
“Ada apa Lia?”
Syafikah memandang Lia rauk wajah Lia nampak serabut benar.
“Kenapa semua
orang nak cari jodoh untuk aku hah?”
“Sebab dia
orang sayang pada kaulah”
“Aku ni kalau
nak cari teman lelaki aku mahu orang itu sanggup kahwin dengan aku dengan syaratnya,
dia tidak kenal siapa aku”
“Apa lagi kau
nak buat ni Lia?” Soal Syaf, dia tahu apa yang ada dalam kepada Alia. Alia ni
bukan mudah dijangka.
“Aku nak
menyamar jadi kerani. Siapa yang sanggup kahwin dengan kerani, aku terima orang
itu”.
“Ehhhh peliklah
aku dengan kau ni”
“Aku mahu lepas
ini kalau kita jumpa orang yang tidak kenal kita. Kau jadi aku, dan aku jadi
kau”.
“Hoiiii….apa
kau ni Lia, macam mana pula aku nak berlakon jadi kau...aku tak pandai
berlakonlah Lia!!!”. Jerit Syafikah.
“Kau ikut
ajerlah…kau sayang aku kan? Aku tahulah apa aku buat. Banyak lagi perkara yang
aku perlu settle. Pasal kes papa pun belum mula… bila nak settle pun tak tahu .
Projek apartment baru nak start, yang projek hotel Tok Bali aku tidak pergi
jenguk lagi.
“Kau ni
macam-macamlah Lia, pening aku dengan kau”
“Eh, kau ni kan,
sikit-sikit pening. Aku ni jarang pening kepala sebab itu aku boleh jadi CEO. Papa mungkin sudah tahu kot
aku ni macam mana, akukan anak dia. Kalau kau mahu tahu Syaf,… ini amanah
papa.”
“Amanah…amanah
apa?” sedikit terkejut.
“Papa ada pesan
pada aku kalau nak cari calon suami, cari yang tidak kenal aku dan boleh
kerjasama dengan aku terajui syarikat HH Holding.” Jelas Alia, dia bertanya
lagi.
“Syaf. Kau sudah
atur kerja-kerja tapak bina di Sepang tu. Aku sudah bagitahu kau kan? projek tu
nak start awal bulan. Esok dua haribulan.Lusa kena start dah?”
“Aku sudah
settled semua…Lusa jurukur ke tapak bina dengan site clearing sekali dan pasang
holding”
“Bagus, cekap
kau ni. Nanti lusa kita pergi sana…jom balik”. Syafikah memecut kereta Hyundai
Sonata terus ke rumahnya.