Dua hari mereka berkampung dirumah orang tua Alia.
Pagi itu selepas bersarapan mereka akan bergerak pulang ke Putrajaya. Lebih
kurang 9.00pagi mereka bersiap untuk pulang. Syafikah, Farhana dan Mimi sudah
siap memasukkan bagnya kedalam bonet kereta. Alia masih berada dibiliknya.
Pintu biliknya diketuk.
“Lia, tidak siap lagi ke? Kawan-kawan Lia sudah
tunggu.” Laung Tok Wan dari pintu biliknya. Alia membuka pintu dia merenung
jauh ke dalam mata Tok Wannya, tangan tok wan ditarik ke dalam kemudian dia
duduk dibirai katil bersama Tok Wan. Tangan Tok Wan dipegang lembut. Alia
menarik nafas sedalam-dalam sebelum membuka bicara matanya dipejamkan teringat
kata-kata Faris malam semalam. Dia bersuara.
“Wan, kalau betul wan sayangkan Along, wan jangan
terima lamaran Faris” Kata Alia sayu airmatanya mengalir. Tok Wan memandang
wajah ayu cucunya itu lalu disapu airmata Alia dengan tangannya yang sedikit
kesat.
“Along sudah bagi kata putus, Tok wan tidak akan
terima. Along sudah ada buah hati?” Tanya Tok wannya sambil tersenyum memandang
Alia.
Alia membalas senyuman itu, soalan itu tidak dijawabnya.
Tok Wannya bersuara lagi lembut bicaranya dengan cucu kesayangannya itu.
“Kalau Lia sudah ada, suruh dia masih pinang Lia.”
“Lia ada kenal dengan seseorang, mak dia pun Lia
kenal. Dia ada lamar Lia jadi isteri dia.” Jawab Alia dengan jujurnya.
“Kalau begitu suruh saja dia masuk pinang Lia.”
“Nanti Lia bincang dulu dengan dia, kalau jadi Lia
bagitahu Tok wan. Tapi…Tok wan dan Aki kena tolong Lia” Jelas Lia pada tok
wannya membuatkan tok wan berkerut dahi kehairanan.
“Tolong apa sayang?” Tanya Tok wan dengan manja.
“Dia dan maknya tidak kenal siapa Lia. Maksud Lia
dia tidak tahu Lia ni anak orang kaya dan ada syarikat sendiri. Lia bagitahu
Lia kerja kerani saja.”
“Kenapa Lia cakap macam tu?” Soal Tok wan sedikit
terkejut.
Balas Alia dengan penuh sayu. “Lia bukan nak tipu dia Tok wan, tapi ini
amanah papa. Papa ada pesan cari lelaki yang sanggup kahwin dengan Lia bukan
harta. Biar suami Lia tahu lepas kahwin. Tapi Lia mahu dia tahu sendiri.”
Tok wannya mengangguk faham dengan apa yang
diamanahkan oleh anaknya kepada cucunya kini mungkin ada sesuatu yang dia juga
tidak tahu. Alia tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa pun tentang saham 20%
yang diberikan kepada suaminya nanti oleh papanya En. Helmi dan punca kematian
ibubapanya.
“Apa-apa nanti Lia bagitahu Tok wan. Tok wan dan aki
sentiasa doakan kebahagian untuk Lia dan Arshraf. Lia jaga diri dan adik
baik-baik.” Balas neneknya pula memberi semangat pada cucunya itu. Alia
membalas dengan anggukkan dan senyum manis kepada neneknya itu. Dia bersalam
kemudian bangun mencapai bagnya dan keluar dari biliknya diikuti oleh Tak
Wannya. Alia dan rakan-rakannya bertolak
pulang ke Putrajaya.
Alia Nasuha masuk kerja pagi itu seperti biasa, selepas
meletakkan handbag dan laptopnya dalam bilik dia ke pantry untuk membancuh
secawan Nescafe untuk dihirup pagi itu. Dia mengambil beberapa keping biskut
yang ada didalam tin. Pagi itu Alia hanya minum di pantry jika kebiasaannya dia
membawa minuman ke biliknya. Sedang dia asyik menikmati sarapan pagi itu
bahunya dipegang seseorang. Dia berpaling…
“Minum sorang?” Sapa Syafikah.
“Tak, berdua” Jawabnya.
“Dengan sapa?” Soal Syafikah saja bertanya dia mahu
mengenakan bosnya itu.
“Dengan bayang.” Jawab Alia sambil mengangkat kening
kearah Syafikah.
“Bayang Amsya?” Balas Syafikah. Dengan pantas dibalasnya.
“Hoi. Apa kau ni, sajalah tu nak serkap aku.”
Jawabnya.
“Terima sajalah Amsya tu. Aku ada dengar perbualan
kau dengan Tok Wan kelmarin.”
“Kau curi dengarkan?” Soal Alia dengan tangannya
tunjuknya menunjuk kearah Syafikah.
“Aku bukan curi dengar, aku terdengar semasa nak
panggil kau” Jawab Syafikah memberi penjelasan.
“Nantilah, bila dia mahu aku dia call lah tu.”
Kata Alia.
“Jual mahal. Nanti lepas kahwin kalau kau sudah rasa
sayang pada dia kau pikatlah dia.” Balas Syafikah.
“Eh, kau ni
apa hah? Bagi cadangan pada aku lepas tu suruh pula aku pikat dia. Tak
mungkin.” Jawabnya pantas.
“Temujanji aku dengan adik aku bila?” soal Alia pada
setiausahanya.
“Hari rabu, pukul berapa belum pasti lagi. Arshraf
tidak bagitahu lagi. Kau nak call dia atau aku?” Balas Syafikah.
“Aku call dia” Jawab Alia. Selesai minum Alia bangun
kebiliknya menyambung kerja-kerjanya.
Alia mengambil fail projek Hotel Tok Bali hanya yang
ada untuk fail drawing arkitek. Dia menekan intercom nombor Syafikah.
“Syaf bawa masuk fail projek Hotel Tok Bali untuk
pembinaan.”
“Baik bos”
Beberapa minit selepas itu Syafikah masuk membawa
fail yang diminta dia menyerahkan kepada Alia.
“Thanks. Satu lagi Syaf, tolong ambil fail projek
Bypass.” Arahnya lagi pada Syafikah.
Selepas sahaja Syafikah keluar dia memeriksa fail
yang ada didepannya itu tiba-tiba telefonya berdering lalu dilihat diskrin
Zafrul dijawab panggilan itu.
“Hello.”
“Hello. Lia apa khabar.” Tanya Zafrul
“Baik. Ada apa En.Zafrul” soalnya.
“Aduh!... berencik-encik dengan abang ni, marah jer
bunyi abang telefon?” Balas Zafrul.
“Tak marah pun. Ini waktu kerja kena
berencik-encik.”
“Abang nak tanya, Lia marah tak kalau abang nak ajak
Lia lunch hari ini?”
“Kenapa.”
“Abang saja nak belanja Lia makan boleh ke tidak
boleh?. Nanti abang kena marah lagi.” Balas Zafrul. Alia tersengih sendiri, dia
faham Zafrul menyindirnya.
“Tak marah, boleh. Nak lunch dimana?”
“PADI House. Abang tunggu Lia kat sana pukul satu.”
“Ok. Bye.” Balas Alia. Tersenyum manis dia selepas
menerima panggilan dan pelawaan Zafrul.
Syafikah masuk kebilik Alia menghantar fail yang
diminta dia sekali lagi menyerahkan fail itu kepada Alia. Dilihat bosnya
terlebih sengih.
“Kau kenapa senyum macam kerang busuk. Siapa
telefon” Tanya Syafikah sambil menyindir.
“Zafrul, ajak aku lunch hari ini.” Jawab Alia dengan
gembiranya.
“Bestnya. Aku ikut sekali boleh?” Tanya Syafikah
dengan muka selambanya.
“Sorry tidak boleh, aku pergi sorang.” Balas Alia.
“Ehhhh…kejap, kejap…kau ada hati pada Zafrul?.” Soal
Syafikah apabila melihat Alia begitu gembira sekali apabila diajak oleh Zafrul.
“Kan aku sudah bagitahu Zafrul sudah ada
girlfriend.” Balas Alia.
“Aku tahu. Tapi dalam hati kau ada diakan? Kau
jangan tipu aku Lia.”
“Kau ni kan macam mak nujum, boleh baca hati orang. Itu
dulu…tapi dia sudah pilih Kak Sara. Dahlah pergi buat kerja kau.”
Syafikah tersengih-sengih mendengar jawapan Alia.
Syafikah keluar dari bilik bosnya itu, dia tahu Alia mencintai Zafrul.
Amsya melirik jam ditangannya 11.20pagi, fikirannya
kembali mengingati gadis yang telah mencuri hatinya. Dia menolog keseorangan
“Mana Alia nih kenapa tidak telefon aku, dia sudah ada jawapan ke belum, nak
tunggu dia telefon atau aku telefon. Kalau aku telefon apa kata dia, gelojohlah
pula aku.” Dia membelek-belek kerja yang ada diatas meja, semuanya tidak
menjadi dibuatnya asyik memikirkan Alia. Tersentak Amsya dari lamunannya
apabila telefonnya berkokok. Dia memjawab pangilan itu.
“Hello sayang”
“Hello, abang kita keluar lunch” Balas si pemanggil
Tengku Umairah.
“Boleh sayang nak malam di mana?” Soal Amsya
“Tempat biasalah” Jawab Tengku Umairah dengan manja.
“Kita jumpa di sana nanti. Bye” Balas Amsya.
Jarum jam sudah diangka 12.40tengah hari. Dia perlu
ke persint 4 untuk ke Restoran PADI House. Alia bangun mencapai bag tangannya,
dia keluar menuju ke bilik air pejabatnya. Dia melihat wajahnya dicermin disapu
gincu dan membetulkan pakaiannya. Dia tersenyum sendirian melihat wajahnya
dicermin.
Bicaranya sendirian “Kenapa hati aku berdebar-debar
nak jumpa Zafrul hari ini. Ya Allah aku sudah lama padamkan perasaan aku pada
dia. Huh!” Alia melepaskan perasaannya yang terpedam selama ini terhadap
Zafrul. Aku tidak boleh mencintai orang yang mencintai orang lain. Dia terus
mengambil semula emosinya yang tidak akan mencintai mana lelaki buat masa sekarang.
Sekali lagi dia melepaskan perasaan dengan menarik nafas panjang-panjang dan
melepaskanya dengan kuat beberapa kali sebelum keluar dari bilik air.
Tepat jam 1.00tengah hari Alia sampai di Restoran
PADI House. Jelas dari jauh Alia melihat
Zafrul berdiri di depan pintu masuk restoran sedang tersenyum ke arahnya.
Sampai sahaja Alia di situ terus dipelawa oleh Zafrul untuk masuk ke dalam
restoran.
Zafrul menarik kerusi untuk memberi ruang Alia
duduk. Alia memandang Zafrul dengan senyum dan mengucapkan terima kasih.Zafrul
mengambil tempat duduk dihadapan Alia. Pelayan restoran sudah sampai di meja
mereka menyerahkan menu. Alia mengambilnya lalu memesan Crispy chicken
tomato Rice, Macadamis cheese cakes dan jus apple Zafrul juga memilih
makanan yang sama. Selesai sahaja memesan makan pelayan itu beredar dari situ.
“Alia selalu makan di sini?” Soal Zafrul
“Tidaklah selalu” Balas Alia bersahaja.
“Lia, Abang nak kahwin” Zafrul memberitahu
membuatkan Alia tergaman seketika kemudian melihat Zafrul didepanya dengan
tersenyum.
“Dengan kak Sara?” Soalnya
“Yap, Lia suka tak?” Soal Zafrul.
“Ler, kenapa tanya Lia suka ke tidak, peliklah abang
nih. Tapi Lia suka tahniahlah bila nak langsung?” Balas Alia.
Zafrul memerhati Alia dengan pandangan yang tajam.
Alia perasan dia membalas pandangan itu.
“Abang kenapa pandang Lia macam tu? Bila abang nak
langsung? Abang nak minta tolong Lia apa-apa ke? Cakap ajer.” Kata Alia dengan
suaranya yang keras sedikit.
“Dah mula nak marahlah tu pada abang.” Balas Zafrul
menyerkap Alia.
“Tidaklah marah tapi abang tengok macam tu kalu kak
Sara tengok tentu dia jelouse.”
“Itulah abang tengok Lia, kalau abang sudah kahwin
nanti tidak bolehlah abang nak tengok Lia macam ini. Lia memang cantik tidak
puas abang tengok Lia.” Jawab Zafrul cuba mengorek isi hati Alia.
“Kak Sara lagi cantik kalau tidak takkan abang pilih
dia?”
“Kenapa Lia cakap macam itu?”
“Iyalah seramai perempuan yang abang kenal akhirnya
kak Sara berjaya menambat hati abang.” Jelas Alia.
“Selepas kematian papa dan mama Lia. Lia langsung
tidak datang lagi rumah abang kenapa? papa dan mama selalu tanya Lia. Kalau
dulu Lia selalu datang rumah abang, borak dengan abang, tanya pendapat,
bergurau dengan Zulaika, masak dengan mama. Abang rindu semua tu. Sekarang ini
abang tengok Lia selalu lari dan mengelak dari abang. Telefon langsung tak,
kalau telepon pun pasal kerja.” Kata Zafrul mengungkit kisah lama.
Mereka diam seketika apabila pelayan datang ke
mejanya menghidangkan makanan pesanan mereka.
Alia mendengar dan mengingatinya semua peristiwa itu.
Sebenarnya bukan sebelum pemergian papa dan mamnya Alia tidak pergi ke rumah
Zafrul tapi setelah Zafrul memberitahunya bahawa dia sudah jatuh cinta dengan
kak Sara. Perlahan-lahan dia kurangkan aktiviti ke rumah Zafrul. Nanum lebih
ketara selepas kematian orang tua dia langsung tidak pergi jenguk mereka
semua.”
“Macam mana aku nak jawab nih” Bisik hati Alia.
“Lia sibuk abang lagi pun selepas pemergian papa dan
mama, Lia sendiri pun jarang balik Puchong. Kalau dulu Lia balik setiap minggu
Lia singgahlah rumah abang Shah Alam lagi pun mana lagi Lia nak pergi, Lia mana
ada ramai kawan lepas balik UK.” Jelasnya mengelak dari menjelaskan perkara
sebenar yang dia menaruh hati pada Zafrul.
“Jomlah kita makan.” Pelawa Zafrul. Alia mengangguk
dia mengambil makanannya dan menikmati makanan didepannya. Sekali lagi Zafrul
bertanya padanya.
“Kenapa Lia tidak mahu kahwin lagi?”
“Tak ada jodoh lagi, lagi pun Lia sibuk sekarang ni,
mana ada masa nak fikir semua tu. Malaslah Lia, tunggulah nanti umur 35, 40
baru kahwin itu pun kalau ada orang nak. Boleh tak abang tidak tanya Lia perkara ini?.
Rimaslah.” Jawab Alia kurang senang.
“Macam kecewa jer?” Soal Zafrul lagi.
“Kecewa apanya tidak pernah bercinta lagi. Cepatlah
makan Lia nak masuk office pula. Nanti jangan lupa bagi kad jemputan pada Lia.
Kalau nak minta bantuan bagitahu jerlah.”
Selepas sahaja makan tengah hari Alia terus balik ke
pejabatnya. Dia membaca semua laporan yang ada di atas mejanya satu persatu.
Tapi kerjanya sikit terganggu apabila memikirkan dirinya. Alia menyandarkan
dirinya dikerusi denga kakinya dibelunjurkan , matanya dipejamkan.
Dia menilik nasib sendiri. Mencintai orang yang
tidak mencintainya, benci yang amat sangat pada manusia bertopengkan syaitan,
mencintai orang yang hipokrit dan sekarang dia mengambil keputusan untuk
menerima lamaran bodoh Amsya berkahwin dengan orang yang tidak mencintai dan
tidak dicintai.
Amsya kembali ke pejabatnya selepas makan tengah
hari dengan buah hatinya tadi. Sambil berjalan menuju ke biliknya. Telefonnya berdering,
dia melihat skrin panggilan dari umminya.
“Hello ummi.”
“Am, sudah telefon Lia tanya dia apa keputusan dia?”
Soal Si ibu sejerus mendengar suara anaknya itu. Amsya menarik nafas mendengar
pertanyaan ibunya.
“Belum lagi ummi, kejap lagi Am baru masuk pejabat
nak solat dulu lepas tu Am telefon dia.”
“Am bagitahu dia ummi nak jumpa dia petang ini suruh
dia datang rumah. Am pun datang sekali.” Pinta umminya.
“Baiklah ummi” Balasnya.
Selesai sahaja bersolat Amsya masuk ke biliknya
termenung sebentar di atas sofa biliknya. Memikirkan jawapan Alia, macam mana
kalau Alia menolaknya, bagaimana aku nak menyatakan yang aku sudah jatuh cinta
dengannya mungkinkah dia terima. “Ya Allah bukalah hati Alia untuk menerima
aku.”
Dia mengambil telefonnya lalu mencari nama Alia
Nasuha dalam simpanan telefonnya. Amsya terus menekan butang gambar ganggang
telefon warna hijau untuk memanggil. Pangilan bersambung.
Alia tersentak dari lenanya sekejap tadi apabila
mendengar telefonnya memanggil, dia mengambilnya dilihat tiada nama tertera
diskrinnya namun dia masih ingat nombor itu dia menjawabnya.
“Hello” Dia tahu itu panggilan dari Amsya
“Hello Cik Alia”
“Iya saya.” Jawabnya selamba.
“Maaf menganggu, boleh saya tanya cik Alia apa
keputusan cik Alia tentang lamaran saya?” Tanya Amsya dengan tertib dan
perlahan.
“Sebelum saya menjawab ada beberapa perkara dan
syarat yang perlu saya bincangkan dengan awak” Jawabnya.
“Awak mahu jumpa saya ke?”
“Tidak perlu saya bagitahu sekarang. Awak dengar
baik-baik. Pertama saya mungkin boleh terima awak jika awak terima syarat saya.
Sebagaimana dengan lamaran awak iaitu saya berkahwin dengan awak untuk menjaga
dan melayan Puan Anis ummi awak. Bukan layan dan jaga awak. Saya juga bersetuju
untuk menyatukan awak dengan kekasih awak. Kedua, saya tidak akan tuntut
apa-apa hak saya ke atas awak sebelum dan selepas kita kahwin. Ketiga awak
mesti lepaskan saya selepas awak kahwin dengan kekasih awak. Saya janji dengan
awak saya akan pujuk ummi menerima kekasih awak sebagai menantunya. Dan akhir
sekali saya berjanji dengan awak yang saya akan jaga ummi awak hingga akhir
hayat saya. Jika awak setuju dengan semua ini saya setuju kahwin dengan awak
En.Amsya.” Terang Alia Nasuha panjang lebar.
Terpaku Amsya mendengarnya dia menarik nafas panjang
hatinya terus berbisik “Ya Allah aku cintainya kenapa begitu banyak syarat
untuk mengahwini gadis yang dicintai. Perlu ke aku berkahwin dengan Tengku
Umairah kemudian ceraikan dia.”
Lama Alia menunggu jawapan dari Amsya, taliannya
sunyi sepi dia memanggil Amsya.
“En.Amsya awak dengar ke? Awak masih ada disitu?”
“Iya saya di sini, saya dengar.” Jawabnya.
“Macam mana?” Tanya Alia lagi. Amsya menelan air
liurnya lalu menjawab.
“Cik Alia, awak percaya jodoh, pertemuan, ajal, maut
di tangan tuhan?”
“Iya saya percaya.” Balas Alia.
“Saya setuju terima awak sebagai isteri saya. Tapi
ummi nak jumpa awak petang ini.” Balas Asmya dengan yakin.
“Baiklah saya akan ke rumah awak petang ini. Jawapan
saya seterusnya ada di sana. Terima kasih En.Amsya.” Jawabnya mengakhiri
perbualan pada petang itu.
“Terima kasih pada awak juga Alia” Balas Amsya
sebelum memutuskan talian.
Amsya termenung seketika namun hatinya berbunga Alia
boleh menerima perkahwinan ini. “Alia Nasuha kau telah mencuri hati aku. Aku
akan buat kau balas cinta aku kemudian semua syarat kau akan terpadam. Aku
tidak akan lepaskan kau Alia.” Dia menarik nafas lega.
Terdengar pintu biliknya di ketuk. Pintu dibuka
Irfan melangkah masuk terus ke mejanya lalu menarik kerusi dan duduk memandang
Amsya yang sedang senyum ke arahnya dengan muka yang manis sekali.
“Kau apa hal senyum berbunga ni?” Tanya sahabatnya
itu.
“Aku nak kahwin.”Jawabnya dengan spontan membuatkan
Irfan terkejut. Terus dia menjawab.
“Ha…kau nak kahwin? Dengan Tengku Umairah? Aduh! Kau
sudah fikir panjang ke? Boleh ke Tengku Umairah jaga kau, ummi kau, anak kau
nanti, makan minum kau? Kau fikir ke semua tu?. Aku tahu kau bercinta dengan
dia bawa ke hulu ke hilir tapi bak kahwin ni bagi aku sudah sikit kalau nak
terima gadis macam Umairah tu, terserah pada kaulah. Aku sebagai sahabat doakan
yang terbaik saja kalau itu sudah pilihan kau.”
“Aku bukan nak kahwin dengan Tengku Umairah.” Balas
Amsya.
“Habis kau nak kahwin dengan siapa?” Soal Irfan
kehairanan.
“Kahwin dengan Alia Nasuha.” Jawab Amsya. Irfan terperanjat membuatkan matanya terbeliak.
“Hah!...anak angkat ummi kau? Kau sudah jumpa ke?
Sudah kenal? Tanya Irfan bertubi-tubi.
“Aku sudah jumpa dan kenal dia.”
“Macam mana orangnya?”
“Kalau kau mahu tahu, kau tengok sendiri. Petang nih
aku balik Bangi Alia akan ke sana. Kalau kau mahu kenal dia bolehlah. Lepas itu
kau buat nilaian sendiri. Aku nak cakap pun tidak boleh juga mata ini
penglihatan tidak sama.” Jawab Amsya dengan sengih sambil mengangkat kening
kepada Irfan.
“Boleh, aku ikut kau…Kau pergi dengan kereta atau
motor?” Tanya Irfan.
“Kereta, kau pergi dengan aku.” Ajak Amsya. Irfan
mengangguk.