Puan Anis sibuk di dapur menyiapkan sarapan
pagi untuk anak tunggalnya Danial Amsya. Dia tahu Amsya suka sangat bersarapan
dengan roti bakar dan telur masak separuh. Bau roti bakar telah menusuk
kerongga hidungnya. Dia tahu ummi sedang menyediakan sarapan untuknya. Dia menuruni
anak tangga menuju ke ruang dining yang sudah terhidang sarapan di atas meja
makan marmar lapan kerusi, di tariknya kerusi lalu melabuhkan punggungnya cepat
benar tangannya mencapai roti bakar yang telah disapu mentega ke mulutnya.
“Amsya baca bismilah dulu” tegur puan Anis.
“Dah bacalah ummi”
“Hari ni kamu kerja ke?” soal umminya.
“Taklah ummi tiga hari cuti semalam baru
balik outstation itulah semalam terus datang sini, kalau kerja Amsya balik
Damansara aje lah”.
“Ummi ada nak pergi mana-mana ke hari ni?
boleh Amsya bawa”
“Tak pergi mana-mana pun”
“Apa kata tengah hari ni ummi tak payah
masak kita makan kat luar jer?”
“Boleh juga dah lama anak ummi ni tak
belanja ummi” jawab si ibu menyindir.
Amsya tersenyum dengan sindiran ibunya,
memang dah lama dia tidak keluar dengan umminya, asyik sibuk dengan kerja sahaja
tidak pun sibuk dengan kekasih hatinya Tengku Umairah.
“Bulan ni ummi dah pergi hospital check
jantung ummi tu?” soalnya dengan tertib.
“Dah, doktor kata ummi sihat. Kenapa Amsya
risau?”
“Eh, ummi ni mestilah risau Amsya sayang
ummi”
“Kalau sayang ummi kamu kahwin ada juga
orang boleh jaga ummi kalau kamu tak ada”
Amsya tersenyum apa lagi terbayanglah wajah
kekasihnya itu, rindu pula dia pada Tengku Umairah dah seminggu tak jumpa buah
hatinya semalam baru balik outstation di Kertih.
“Kamu masih berkawan lagi ke dengan
budak….siapa nama dia? Soal ummi
“Tengku Umairah” jawabnya selamba
“Ummi tak berapa berkenan dengan Umairah
tu, nama cantik tuan pun cantik yang ummi tak suka pakaian dia tu.Kadang-kadang
tak cukup kain, tak cukup benang terbelah sini terdedah sini. Eh! Tak ada orang
lain ke Amsya? Malulah ummi nak jadikan menantu macam tu”. Omong Puan Anis pada
anak tunggalnya itu. Berdesing juga telinga Amsya dibuatnya.
“Habis ummi nak yang macam mana?”
“Yang bertudung, sopan santun hormat orang
tua, hormat kamu bila kahwin nanti. Ini tidak belum kahwin lagi kamu dah dikontrolnya.
Jantung ummi boleh terhenti kalau kamu kahwin juga dengan dia.” Makin merah
telinga Amsya mendengar kata-kata umminya.
“Aduh, macam mana ni aku sayang dia. Ummi
pula tak suka” bicara hatinya.
“Nak mudah lagi kamu cari orang yang tak
kerja, bukan kamu tak mampu pun nak tanggung isteri kamu nanti. Kamu tu kerja
Oil and Gas di Petronas gaji beribu-ribu”.
Alia dan Ashraf sampai di rumah peninggalan
arwah papa dan mamanya di Punchong. Pintu pagar automatik terbuka dia terus
menekan minyak kereta Hyundainya ke perkarangan banglo mewah dua tingkat
dilengkapi dengan kolam renang tersadar dua buah kereta Hurrier dan BMW X6
milik papanya di garage. Satu ruang parking untuk Merdeces Brabuss kosong dia
teringat kereta itu dipandu papa sebelum berlanggar dengan sebuah lori balak
menyebabkan dia kehilangan dua insan yang dikasihinya. Berlinangan airmatanya
mengenang peristiwa itu, Ashraf disebelahnya mengosok bahu kakaknya kemudian
memegang erat tangan kakaknya, dia tahu beban berat yang terpaksa ditanggung
oleh kakaknya itu.
Mereka keluar dari kereta, dua insan yang
dianggap seperti ibubapanya sendiri sudah tercegak di pintu utama rumahnya
menyambut mereka. Alia terus berlari anak mendapatkan Mak Tim dan Pak Majid
mereka bersalaman dan berpelukkan. Terasa pilu dan sedih menyelubungi mereka
semua. Mak Tim dan Pak Majid membawa mereka masuk ke dalam rumah, di perhati
setiap ruang rumahnya terpandang gambar arwah tergantung didinding dan kerusi
yang selalu didiami papanya airmata dua beradik itu sekali lagi mengalir dipipi
sunyi hiba seketika hanya tangisan didengari.
“Sabar nak, ini ujian Allah. Allah lebih
sayangkan mereka, doakan mereka aman di sana”. Pujuk Pak Majid menenangkan
mereka. Airmata dikesatnya Alia mengukir senyum pada Pak Majid dan Mak Tim,
faham benar mereka apa yang terjadi pada keluarga majikannya. Alia dan Ashraf
diangap macam anak sendiri dijaga dari kecil lagi.
Mak Tim telah menyediakan makan malam untuk
mereka semua. Alia dan Ashraf memandang dua kerusi makan yang menjadi tempat
kebiasaan ibubapanya direnung kerusi itu lama-lama terbayang wajah mama dan
papanya terdengar gelak tawa mereka. Teringat usikkan papa mencuit hati dek
kala mereka makan bersama, papanya
seorang periang dan selalu buat mereka ketawa bila bersama. Suasana memecah
sunyi apabila Alia bersuara
“Pak Majid dan Mak Tim tinggal saja kat
sini”
“Kamu berdua pula macam mana?” soal Pak
Majid
“Macam biasalah, along akan tinggal di rumah
along dan Ashraf akan kembali menyambung pelajarannya, esok along dah mula
kerja, Ashraf pun nak balik asrama esok.”
“Pak Majid jangan risau belanja abang Hairi
di Egypt, along akan uruskan seperti biasa”.
“Terima kasih along, Arshraf kamu
sekeluarga memang baik. Tak tahulah macam mana nak balas jasa baik kamu semua”.
“Pak Majid, Mak Tim kita kan satu keluarga,
ini juga mungkin jasa-jasa Pak Majid dan Mak Tim yang berkhidmat dengan papa
dari Arshraf belum lahir lagi. Abang Hairi tu abang kami satu susuan lagi”. Balas Arshraf.
Pak Majid dan Mak Tim bersenyum bangga
dengan anak buahnya itu. Walaupun dibesarkan dari keluarga yang mewah tapi
ibubapanya berjaya mendidik mereka menjadi anak-anak yang baik.
“Esok Arshraf nak Pak Majid hantarkan ke
UIA?”
“Tak payah Pak Majid, Arshraf akan bawa
kereta BMW, kereta Herrier tu Pak Majid pakailah nak pergi ke mana-mana”.
Terang Alia Nasuha.