Amsya bangun
seawal 6.00pagi dia ingin mengejutkan Alia. Tiba-tiba dia teringat Alia
berjanji dengan Izwan hari itu, ditenung wajah Alia lama-lama. Berlegar didalam
kotak fikirannya bagaimana untuk dia halang Alia dari berjumpa Izwan hari itu.
Perlahan-lahan dia mengejutkan Alia.
“Lia, bangun
solat subuh dengan abang.” Sambil mengosok pipi gebu Alia. Alia mengeliatkan
sedikit badannya kemudian membuka mata. Dengan suara yang serak dia bertanya.
“Pukul berapa
ni?”
“Enam. Jomlah
mandi dengan abang.” Usik Amsya pagi-pagi. Alia dengan matanya dibuka sikit
yang kuyup memandang Amsya menunjuk penumbuk pada Amsya.
“Nak ni, kan tak
pasal-pasal pecah muka pagi-pagi ni.” Balas Alia bergurau. Amsya memegang
penumbuk Alia sambil tergelak, satu ciuman manis singgah dipipi Alia kemudian
menarik hidung Alia. Amsya bangun ke bilik air terlebih dahulu.
Alia bangun turun
ke tingkat bawah terus menuju ke dapur dia menanak nasi untuk membuat nasi
goreng. Selepas membuka suis rice cooker dia naik semula ke biliknya. Alia
menunggu Amsya keluar dari bilik air.
Usai solat
berjemaah dan bersalam Alia meminta izin ke bilik umminya. Amsya merebahkan
diri ke katil menyambung tidur dipagi minggu. Selepas mengejutkkan Puan Anis,
Alia terus ke dapur menyediakan sarapan pagi sedang asyik dia menyiapkan
sarapan Puan Anis menyapa sesampai sahaja diruang dapur.
“Lia masak apa?”
“Nasi goreng.
Ummi boleh tak tolong Lia?” Pinta Alia manja.
“Tolong apa,
cakap je insyaallah ummi tolong.” Balas Puan Anis. Alia mendekatkan diri
didepan umminya.
Dengan perlahan
dia bersuara “Ummi…Kalau abang Am tanya siapa masak. Ummi cakap ummi masak ya. Ummi bagitahu yang Lia tak pandai masak.
Boleh?:” Pinta Alia bersungguh dan memujuk.
“Kenapa pula ni?
Sepatutnya isteri pikat suami dengan kerja-kerja rumah, rajin barulah suami
sayang.” Balas ummi.
“Lia tahu tapi
Lia nak uji abang Am. Boleh ya ummi? Ummi sayang Lia kan?” Pujuk Alia dengan
manja pada ibu mertuanya. Puan Anis terseyum dan mengangguk kepala dengan
kerenah Alia.
Selesai
menyediakan sarapan pagi itu Alia naik ke bilik untuk mengajak Amsya
bersarapan. Apabila masuk ke bilik dia dapati Amsya masih lagi tidur, dengan
perlahan-lahan dia cuba untuk mengusik Amsya. Diambilnya buju kain selimut
digelikan ditelinga Amsya. Amsya mengibas-gibas telinganya. Alia dah nak
tergelak sekali lagi dia mengusiknya. Amsya tahu Alia sedang mengacau dia
tidur. Apabila Alia sekali lagi cuba mengelikan teliganya Amsya terus memegang
tangan Alia dan menariknya membuatkan Alia terjatuh atas dada Amsya. Dan Amsya
terus memeluknya.
“Am,
janganlah…lepaskan Lia.” Alia meronta-ronta dalam pelukkan Amsya sambil
kedua-duanya pecah ketawa.
“Ini balasan
kacau orang tidur. Kenapa kacau abang?” Tanya Amsya dengan usikkan nakal.
“Nak ajak makan.
Am lepas Lia, gelilah.” Jawab Alia merayu sambil tangannya menolak tubuh sasa
Amsya. Amsya melepas pelukkannya, Alia bangun Amsya turut bangun. Alia duduk
dibirai katil. Kedua-duanya tersenyum melerek.
“Am. Hari ini
Lia nak keluar dengan Izwan, Am janjikan semalam kalau Lia tidur dengan Am. Am
boleh bagi Lia keluar.” Mereka berpandangan.
“Betul, tapi Lia
tidak tidur dengan abang pun semalam.” Jawab Amsya bersahaja.
“Kan Lia tidur
dalam bilik Am semalam.” Jawab Alia berkerut muka.
“Betul tapi
abang nak Lia tidur bersama abang. Bukan tidur atas kerusi. Ini tidak abang
tidur sorang juga,” Balas Amsya merenung wajah Alia. Ini alasan untuk
menghalang Alia berjumpa dengan Izwan.
“Jadi, Lia tidak
boleh keluarlah?” Amsya mengeleng beberapa kali.
“Tak boleh
kompromi?” Rayu Alia lagi memegang tangan Amsya dengan muka kasihan.
“Boleh, cium
abang.” Amsya memberi syarat.Inilah satu cara membolehkan Alia akan jatuh cinta
dengannya, dengan sentuhan dan belaian suami untuk isteri akan merapatkan lagi
hubungan rumahtangga.
“Pipi.” Tawar Alia. Amsya mengeleng dan menjuit
bibir.
“Bibir. Minta
Amsya. Alia terdiam seketika merenung tajam wajah tampan Amsya .
“Kejap nak
fikir.” Kata Alia sambil berfikir, beberapa soalan bermain dalam kotak
fikirannya. “Kalau aku bagi dia cium aku boleh keluar dengan Izwan…Tak bagi tak
boleh keluar, kalau tak keluar sama juga dia akan cium aku kalau depan ummi. Rugi ni tak keluar dengan
Izwan.”
Amsya mengangkat
kening pada Alia menunggu jawapan. Alia menatap wajah kacak Amsya didepannya.
Bisik hatinya “Kalaulah Amsya tidak ada kekasih boleh jatuh cinta aku dengan
dia. Tapi tidak boleh nanti aku juga yang kecewa.”
“Baiklah tapi
sentuh sikit jer.” Jawab Alia. Mulut Amsya tersengih sebelah. Bisik Amsya dalam
hatinya “Sanggup kau Lia demi mencari lelaki untuk dijadikan suami. Aku nak uji
kau sebenarnya Alia. Tapi tak apa aku akan cium sampai kau jatuh cinta dengan
aku.”
Amsya menarik
tangan Alia mendekatkan badannya pada Alia. Alia memejamkan matanya apabila
Amsya merapatkan bibirnya ke bibir Alia, namun Amsya berhenti disitu dia tidak
mencium Alia. Amsya menarik nafas panjang rasa bersalah pada Alia. Difikir dan
doanya pada yang Esa “Ya Allah. kalau betul Alia Nasuha Mohd Helmi memang jodoh
aku. Engkau akan bantu aku supaya Alia tidak keluar dengan Izwan hari ini dan
panjangkan jodoh kami.Amin.”
Amsya melepaskan
Alia. Alia membuka matanya hairan dengan Amsya. Dia tengok Amsya memandang sayu
padanya. Fikir Alia. “Mungkin Amsya rasa bersalah dengan kekasihnya, Amsya
tidak mungkin curang pada kekasihnya.” Kini Alia Nasuha berpendapat bahawa
Amsya begitu sayang pada kekasihnya. Amsya memang baik tidak mungkin Amsya
berpaling tadah pada kekasihnya. Apa lagi gadis sepeti dia tiada apa yang
istimewa, mungkin Amsya hanya ingin mengujinya.”
“Kenapa?” Tanya
Alia sepatah menguji Amsya. Amsya hanya mengeleng kepala.
“Lia boleh pergi
jumpa Izwan? Am izinkan?” Tanya Alia.
“Walaupun dayus
Am rasa membenarkan isteri Am keluar dengan lelaki lain tapi apa boleh buat
kan?” Balas Amsya. Alia merasa serba salah dengan kata-kata Amsya.
“Am jangan cakap
begitu. Awak tidak dayus, awak tak bersalah. Kita terperangkap dalam
perkahwinan ini, tapi Lia janji akan bantu Amsya dengan kekasih Am. Lepas tu
kita bebas. Okey.” Yakin Alia menitis airmata.
Amsya mendongok
ke atas siling dengan tangannya mengusap kepalanya atas salah faham Alia. Walau
apa sekalipun dia nekad akan mengambil hati Alia dan mengubah janji yang
termenterai.
“Jomlah kita
turun makan.” Ajak Alia. Mereka sama-sama keluar dari bilik untuk bersarapan.
Sampai sahaja didepan bilik Puan Anis, Alia bersuara.
“Am turun dulu.
Lia nak ke tandas sekejap.” Amsya mengangguk. Alia ke bilik Puan Anis. Amsya
terus ke dapur dimana umminya sedang membakar roti. Amsya memberi salam pada
umminya sejerus sampai di dapur.
“Hah. Am mana
Lia?” soal Puan Anis apabila melihat Amsya keseorangan.
“Ke tandas.
Ummi, siapa basuh baju Am?” Tanya Amsya apabila dia teringat semua baju yang
dipakainya sebelum ini siap dibasuh, digosok
dan berlipat dalam almari.
“Isteri Am lah.
Dia tidak bagi pun ummi basuh baju Am. Larang lagi ummi. Semua kerja rumah dia
yang buat. Balik je kerja siapkan makan, mop lantai, basuh kain apa-apa je lah.
Kenapa Am tanya?” Jelas Umminya.
Amsya
terangguk-angguk dia faham Alia sengaja nak larikan diri darinya dan membuatkan
dia benci pada Alia. Alia sampai didapur dan menarik kerusi didepan Amsya.
Amsya tengok Alia didepannya, Alia membalas pandang. Amsya mengerakkan
kepalanya memberi isyarat supaya Alia duduk disebelahnya. Alia menjuih bibir
dan mengeleng.
Puan Anis datang,
duduk bersama untuk sarapan pagi itu. Memandangkan Puan Anis ada bersama mereka
Alia terpaksa melayan Amsya.
“Awak nak makan
apa?” Tanya Alia perlahan sambil mata menjeling umminya.
“Ohhh, ada nasi
goreng. Siapa buat ni?” soal Amsya memandang Alia.
“Ummi buat.”
Jawab Alia spontan.
“Semua ni ummi
yang buat?” Alia mengangguk.
“Kenapa Lia tidak
buat atau tolong ummi?” soal Amsya. Puan Anis hanya mendengar dan memerhati
perbualan anak menantunya apa yang tidak kena dengan mereka berdua.
“Malas. Lagi pun
Lia mana pandai masak. Setakat bakar roti dan buat air bolehlah.” Jawab Alia.
Puan Anis mengkerling kearah Alia.
“Oh. Ya ke? Tak
sangka pula ummi tahu citarasa Am…Anak ummi katakan. Memang tepatlah ummi cari
isteri yang malas dan tidak tahu masak untuk Am. Am memang suka perempuan yang
malas dan tidak tahu masak. Terima kasih ummi.” Sindir Amya sengaja mahu kena
Alia.
“Itulah ummi
pelik kenapalah Am ni suka sangat perempuan malas buat kerja rumah dan tidak
tahu masak.” Balas Puan Anis menyokong anaknya membuatkan Alia tercengang
berkerut dahi tidak faham maksud Amsya dan umminya.
“Ummi nak tahu
kenapa?” Tanya Amsya. Puan Anis mengangguk kepala sambil menguyah makanan.
“Sebabnya Am
tidak salahkan orang perempuan sekarang, mereka kerja membantu suami cari
nafkah. Jadi kalau isteri malas dan tidak tahu masak pun tidak apalah cari je
pembantu rumah biar kerja-kerja rumah tukang gaji yang buat.”
“Habis tu isteri
buat apa?” Soal Umminya mengeleng kepala.
“Ler, jawapannya
isteri layan suami….Cuba ummi tengok kalau
semua kerja rumah dan masak orang lain buat bermakna isteri ada banyak
masa untuk layan suami. Itu yang Am suka. Tak apa setakat nak cuci pinggan Am
pun boleh buat. Kejap lagi sayang layan abang ya?.” Balas Asmya memandang Alia membuatkan
Alia terkejut.
“Ahhh” terbeliak
mata Alia mendengar penjelasan Amsya. Puan Anis pecah ketawa dengan kerenah
anak manantunya. Dia tahu Amsya sengaja nak kenakan Alia. Amsya turut ketawa
sambil mengangkat kening pada Alia yang sedang tengok dia.
“Kejap lagi
lepas makan Lia pergilah layan abang Am.” Sindir umminya. Terkejut dan kecut perut
Alia tertelan liur dia tak terkata.
Omel hati Alia.
“Betul ke si Amsya ni, gila ke apa? mana ada suami suka isteri malas? Ada juga
orang macam dia ni. Takkan aku kena layan dia pula. Ahhhh tak boleh jadi ni.”
Jawab Alia
perlahan mengatur kata-kata “Kenapa pula kena layan. Lepas makan nanti Lia
kemaslah semuanya. Lia nak basuh kain. Lepas tu Lia nak keluar kejap cari
lauk.”
“Eh! Kenapa pula
tiba-tiba ubah pendirian?” Tanya Amsya keras. Alia terdiam.
Bisik hatinya
Alia. “Mampus aku kalau satu hari depan ummi kena layan dia. Mujur tadi dia
bagi aku keluar.”
“Lia nak keluar
cari lauk dengan abang Am ke? Lia nak masak apa hari ini?” Tanya umminya
membalas penjelasan Alia tadi.
“Lia pergi pasar
sorang, tak payah teman. Lia nak masak asam pedas Melaka ikan parang. Ummi sukakan?”
Jawab Alia dengan yakin.
“Mestilah itukan
masakan kegemaran Amsya dan arwah walid.” Terang umminya. Alia sekali lagi
terperangkap. Amsya tersengih nakal pada Alia yang sudah terkena.
Suara hati Alia
lagi. “Aduh! Terkena lagi…macam mana aku lupa itu makanan kegemaran Amsya.
Nanti dia cakap aku nak pikat dia pula. Malunya aku.” Alia memegang kepala dan
mengaup muka. Amsya asyik memerhatikan Alia tersenyum puas dapat mengalahkan
Alia yang cuba melarikan diri dan membuat Amsya benci pada Alia.
Pagi itu Faris
termenung di warandah rumahnya, dia sedang berfikir macam mana nak yakinkan
Alia untuk mengambil dia bekerja. Kalau dulu dia sudah cuba minta kerja dengan
En.Helmi bapa saudaranya tapi tidak berjaya. Kali ini dia akan cuba memujuk
Alia supaya mengambilnya kerja barulah mudah kerjanya memisahkan Alia dengan
Amsya. Dia sudah merancang untuk ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Alia.
Selesai sahaja bersarapan
pada pagi itu mereka sama-sama menolong mengemaskan meja dan dapur. Kemudian
mereka beralih pula ke ruang tamu. Amsya merehatkan diri disofa dua tempat
duduk. Umminya duduk ditempat biasa dimana dia selalu mengait benang disofa
panjang. Alia merebahkan dirinya disebelah umminya dengan kepalanya disandarkan
pada bahu Puan Anis. sambil melihat Puan Anis mengait.
Amsya melihat
kemesraan dan manjanya Alia apabila bersama umminya. Bisik hati Amsya “Lia
kahwin dengan aku betul-betul jaga dan layan ummi. Yang aku sekarang masih
gigit jari…Aduh.”
Tiba-tiba
umminya bersuara.
“Lia…dah
bagitahu abang, Lia out station hari selasa ni?” Alia mengeleng. Amsya berkerut
dahi apabila Puan Anis memandang padanya.
“Kenapa tidak
bagitahu lagi?” soal Puan Anis dengan manja.
“Lupalah ummi.”
Jawab Alia bersahaja.
“Out station ke
mana? Berapa hari?” Soal Amsya memandang tepat anak mata Alia dengan wajah yang
marah apabila Alia tidak memberitahunya dan dia dapat tahu dari umminya.
“Johor. Tiga
hari. Lia bawa ummi sekali.” Jawab Alia perlahan apabila melihat muka Amsya
merah. Dia tahu Amsya marah.
Bisik hati Alia.
“Kenapalah En.Amsya ni marah pada aku. Sepatutnya dia sukalah aku tak ada. Dia
boleh bersama dengan kekasih dia. Atau dia marah aku bawa ummi.”
“Kerja apa kat
sana? kenapa nak bawa ummi? Pergi berapa orang? Denga siapa?” bertubi-tubi
soalan ditanya Amsya tidak puas hati.
“Lawat tapak,
pergi dengan Syafikah dan Halida. Lia bawa ummi kalau apa berlaku pada ummi,
Lia ada bersama.” Jawabnya terus terang.
“Ini memang skop
kerja Lia sebagai kerani?” Tanya Amsya hairan dengan kerja Alia. Alia
mengangguk.
“Baik abang
izinkan. Tapi jaga ummi baik-baik.” Pesan Amsya membuatkan Alia terasa hati Amsya
memberi amaran jaga umminya baik-baik.
Alia bangun ke
dapur, dia mengeluarkan tiramisu yang dibuatnya semalam.Dia mengambil dua
mangkuk lalu mengisi tiramisu kemudian membawanya ke luar. Alia meletakkan
dulang diatas meja yang berisi dua gelas air dan dua mangkuk kek tiramisu. Dia
memberikan satu mangkuk pada Amsya, Amsya menyambutnya.
“Makanlah
En.Amsya.” Pelawa Alia. Puan Anis menjeling anak mata pada Alia apabila masih
lagi mendengar Alia memanggil Amsya dengan panggilan encik. Satu mangkuk lagi
dibawanya ke umminya. Puan Anis melihat Alia disebelahnya tersenyum manis dan
bersuara sambil memegang peha Alia.
“Ingat, jangan
panggil En.Amsya. Dah banyak kali ummi pesan panggil abang.” Tegur Puan Anis
membuatkan Alia tertunduk malu dan kesal memanggil begitu didepan ibu
mertuanya.
Amsya menyuap
kek ditangannya “Hemm.. sedapnya beli dimana ni?” Soalnya Amsya.
“Beli kedailah.
Jawab Alia. Puan Anis mengeleng kepala. Dia menyampuk.
“Lia yang buat.”
Terkejut Alia apabila umminya pecah rahsia. Sambil memandang Puan Anis dengan
muka moyok. Umminya menepuk manja pipi Alia.
“Kata beli?”
Ulang Amsya.
“Beli bahanlah.”
Jawab Alia bersahaja. Amsya melihat Alia menyuapkan kek pada umminya.
Omel hatinya
“Waduh bersuap lagi dengan ummi. Aku kat sini tidak disuap. Kena kau Lia.”
Amsya meletakkan mangkuk ditangannya diatas meja kaca depannya dengan kuat
memprotes menyebabkan Alia dan Puan Anis berpaling melihatnya.
“Kenapa ni Am?
Tanya umminya.
“Tak sedaplah
ummi kek ni, kek apa tak tahu. Nak kata aiskrim bukan, pudding pun bukan.”
Jawab Amsya menyindir.
“Apa pula tak
sedap. Sedaplah ummi makan kek tiramisu ni.” Jawab Puan Anis.
“Ummi sedaplah
ada orang suap. Am pun kalau ada orang suap sedap juga.” Omel Amsya mengadu
pada umminya. Puan Anis mengambil mangkuk ditangan Alia.
“Lia pergi suap
abang.” Arah Puan Anis. Alia berkerut dahi dan bermasam muka mengeluh kuat. Dia
terpaksa mengikut arahan umminya.
Alia mengambil
mangkuk diatas meja lalu duduk disisi Amsya dengan jarak dalam sekaki.
“Rapat.” Arah
Amsya. Alia akur. Amsya memeluk belakang pinggang Alia dengan lembut sambil
mengosoknya. Alia menyuap kek pada Amsya. Amsya tersenyum manis puashati.
“Haaa…macam ini
baru sedap. Lain kali utamakan suami dulu.”
Alia menjelir sikit lidahnya pada Amsya. Amsya tersengih nakal.
Tidak terperasan
mereka apabila sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya.
“Janganlah
geli.” Mengadu Alia apabila Amsya mengeletek pinggangnya. Alia sedikit ketawa
sambil menyuap kek ke mulut Amsya.
“Geli ye? Soal
Amsya sambil tangannya masih galak mengeletek Alia. Kali ini suara Alia sedikit
meraung kegelian dan badannya liuk-lintuk sambil ketawa mangkuk ditangan
dipegangnya kuat. Alia semakin kegelian dicuit nakal oleh Amsya menyebabkan
mereka ketawa bersama-sama dan badan Alia sudah berada dalam pelukkan Amsya.
Salam yang
diberi oleh tetamunya tidak didengari. Si tetamu melangkah masuk apabila pintu
utama rumah sudah lama terbuka. Sekali lagi tetamunya memberi salam apabila
sudah berada didalam rumah. Puan Anis terperasan ada orang masuk dan memberi
salam lalu dibengah badan dan mukanya membalas salam. Shasha dan Qania sudah
tercegak didepan mereka, melihat Amsya dan Alia bergurau senda dan bermesraan.
Amsya memberhentikan gurauannya dengan Alia apabila mendengar umminya membalas
salam. Mereka berdua meredakan ketawa lalu berpaling pada sasaran. Terkejut
Alia apabila melihat Shasha didepan sedang memerhatinya. Mukanya kini sudah
merah malu dengan apa yang dilihat oleh Shasha dan Qania bersama seorang baby
comel. Alia terus bangun dan bersalam dengan mereka. Shasha memandangnya dengan
tajam. Alia merasa serba salah lalu ditegurnya.
“Maaf tak
perasan. Kamu berdua apa khabar? Siapa baby comel ni?”
“Baik. Macam
mana nak perasan kalau sedang bergurau senda.” Sindir Shasha.
“Kamu berdua
dari mana?” Tanya Puan Anis.
“Dari rumah, mak
ngah. Saja mari jalan sini bawa si Sofea Christana jalan-jalan.” Jawab Qania.
“Mak dia ke
mana?” Soal Amsya yang memang kenal dengan baby Sofea. Sambil mengambil baby
itu dari tangan Qania.
“Kursus tiga
hari.” Bagitahu Qania. Amsya menggomol baby Sofea yang tembang itu. Alia
tersenyum manis melihat perbuatan Amsya pada bayi itu.
“Comelnya baby
Sofea Christana. Mari sini bagi pada Lia.” Pinta Alia sambil tangannya
menghulur pada Amsya yang sedang mencium baby itu.
“Nanti dulu.”
Balas Amsya yang belum puas menggomol dan mencium baby Sofea.
“Mak Ngah, Nia
nak duduk sini sampai petang. Boleh?” Tanya Qania pada Puan Anis.
“Sampai esok pun
boleh. Tidur dengan baby kat sini.” Pelawa Puan Anis pada anak saudaranya itu.
Alia menoleh jam
dinding pukul 11.00pagi. Amsya perasaan Alia melihat jam. Amsya tahu Alia ada
temujanji dengan Izwan pukul 12.00 tengah hari.
Alia mendaki
tangga loteng meninggalkan mereka semua. Dia ke bilik Amsya untuk mengambil
telefon bimbitnya. Dia termenung disofa bilik Amsya. Difikirnya perlukan dia
berjumpa dengan Izwan hari ini sedangkan rumahnya ada tetamu, apa kata ummi
padanya kalau dia tinggal tetamu. Alia mencari nombor telefon Izwan dan
mengedailnya. Talian bersambung.
“Hello” Balas
Alia apabila panggilannya dijawab. Amsya yang baru sahaja sampai dimuka pintu
biliknya terhenti seketika apabila mendengar Alia sedang berbual dengan
hansetnya. Tidak terniat untuk Amsya mencuri dengar perbualan Alia tapi tidak
mahu menganggu, dia menunggu disebalik pintu.
Dengan suara
yang berbeza sekali sebelum ini didengarnya Alia berbual lembut dan mesra
dengan Izwan.
“Izwan. Lia nak
minta maaf banyak-banyak, sekali lagi Lia terpaksa batalkan temujanji kita hari
ini. Rumah Lia ada tetamu Lia tidak boleh tinggal.”
Alia mendengar
keluhan kuat dari Izwan mungkin kecewa temujanjinya ditolak lagi.
“Tidak apalah
orang tidak sudi jumpa kita.” Balas Izwan kesal. Demi tidak melukakan hati
Izwan Alia memujuknya.
“Kita jumpa hari
kerja boleh? Waktu lunch. Izwan bagitahu dimana Lia pergi jumpa Izwan.”
“Hari kerja
susah sikit nak keluar Izwan busy.” Jawab Izwan masih lagi suaranya kecewa.
“Sibuk sangat
ke, Izwan kerja apa sebenarnya? Tanya Alia yang sebelum ini belum tahu dan
kenal dengan Izwan.
“Hari ini pun
kebetulan jer cuti itu yang nak jumpa Lia. Esok dan lusa Izwan on call. Minggu
ni pula kerja sampai malam.” Jawab Izwan.
“Izwan doktor
ke?” Tanya Alia musykil.
“Yap. Lia tidak
tahu ke? Tak tanya Syafikah?” Soal Izwan membuatkan Alia tersentuh hati malu
rasanya nampak sangat dia tidak ambil tahu tentang Izwan.
“Tak tanya pula
sebabnya setahu Lia kamu semua satu kolej.” Jawab Alia cover diri sendiri.
“Betul satu
university, satu bilik tapi berlainan course. Okeylah tak ada rezeki jumpa Lia
hari ini” Jawab Izwan hampa.
“Insyaallah Lia
akan jumpa Izwan. Tunggu Lia telefon. Izwan kerja hospital mana?” Pujuk dan janji
Alia pada Izwan.
“Ampang medical”
Jawab Izwan dan memutuskan perbualan. Alia mengeluh.
Amsya masuk
selepas mendengar Alia mengakhiri perbualannya. Amsya bersyukur doanya tadi
dimakburkan Allah. Alia tidak jadi jumpa dengan Izwan namun dia tetap bertanya
Alia.
“Pukul berapa
Lia nak keluar?”
“Kejap lagi.”
Jawab Alia membuatkan Amsya terkejut dengan jawapan itu berkerut dahinya
sedangkan dia tahu Alia sudah membatalkan pertemuan dengan Izwan hari ini.
Untuk tidak menunjukkan dia tahu sesuatu dari perbualan itu. Apa alasan Alia
untuk keluar hari ini. Amsya bertanya lagi.
“Janji jumpa di
mana?”
“Tak. Lia dah
batalkan temujanji dengan Izwan hari ini. Lia cuma nak keluar beli lauk je.”
“Huh” Amsya
melepas keluh lega rasanya. Tersenyum reda hatinya apabila Alia berterus terang. Sikap jujur yang ditunjukkan
Alia jugalah membuatkan Amsya semakin jatuh cinta pada Alia tanpa disedari oleh
Alia Nasuha.
“En.Amsya janji
dengan Shasha nak keluar ke? Marilah Lia tolong.” Pelawa Alia membuatkan hati
Amsya tersendak rasa bersalah dengan kebaikkan Alia.
“Abang tak janji
apa-apa dengan Shasha.” Jawab Amsya. Alia tidak mahu bertanya lebih lanjut
tentang hubungan mereka lalu mencapai kain tudung dan memakainya. Usai memakai
dia terus turun ke bawah. Amsya turut turun ke bawah mengikut Alia.
Sampai diruang
tamu Alia mengajak Qania keluar bersama dengan baby Sofea.
“Qania, jom ikut
Lia pergi pasar bawa baby sekali.” Amsya
yang ada disitu menyampuk.
“Abang ikut
sekali.” Shasha yang mendengarnya juga
mahu mengikut mereka.
“Sha nak ikut
juga.” Sambil mata Shasha memandang Amsya. Alia tersenyum mereka mahu ikut
bersamanya.
“Marilah semua.
Ummi kami keluar kejap.” Minta izin Alia pada Puan Anis. Puan Anis sekadar
mengangguk. Mereka semua bergerak keluar, Amsya yang berada dibelakang sekali
dipanggil umminya.
“Am, sekejap.”
Amsya berpaling pada umminya. Dia mendekati Puan Anis.
“Ada apa ummi,
nak kirim barang ke?” Tanya Amsya memandang mata ibunya.
“Nak kirim
pesanan. Tolong jangan sakitkan hati Lia.” Pesan Puan Anis perlahan menyindir
anaknya. Satu sindiran dan pamparan hebat pada Amsya, terdiam lalu bersalam
dengan umminya beredar dari situ.
Mereka semua
menaiki kereta Toyota camry yang dipandu Amsya. Shasha disebelahnya apabila
Alia menyuruhnya duduk didepan. Manakala Alia dan Qania serta baby Sofea berada
dibelakang. Qania amat hairan dengan sikap Alia yang memberi jalan dan peluang
pada Shasha bersama Amsya. Namun dia tidak bertanya apa-apa hanya sekadar
melihat kelakuan mereka.
Suasana dalam
kereta sunyi sepi hanya kedengaran rengekan baby Sofea sesekali. Amsya
memandang Alia melalui cermin pandang belakang yang sedang bermain dan menegur
baby Sofea dengan perlahan, tidak menghiraukan dia. Danial Amsya mengkerling
pada Shasha manakala Shasha disebelahnya tersenyum manis.
Sepanjang mereka
keluar Alia tidak berjalan bersama Amsya ada saja alasan yang diberinya. Qania
pula semakin pelik dan hairan dengan sikap Alia yang terang-terang memberi
peluang dan ruang pada Shasha mendekati Amsya. Tiba-tiba Amsya memberhentikan
langkahnya kemudian berpatah balik ke keretanya. Dia menunggu Alia dan Qania
sedang membeli lauk, manakala Shasha tidak melepaskan peluang itu begitu sahaja
dia sentiasa bersama Amsya. Sampai sahaja di kereta Amsya berbual dengan
Shasha.
“Sha, kenapa
ikut abang? Pergilah tolong mereka beli barang.” Arah Amsya.
“Tak mahulah
busuk.” Balas Shasha sambil memegang tangan Amsya. Amsya menarik tangannya dari
dipegang Shasha.
“Kalau sudah
tahu busuk, kenapa datang? Jangan peganglah, abang tidak suka.” Larang Amsya
tidak senang dengan tingkah laku Shasha yang sengaja mengambil peluang keatas
kebaikan Alia.
“Abang, apa kata
kita sambung balik cinta kita. Sha tahulah abang kahwin dengan Alia sebab ummi,
bukan cintakan? Sha tengok Alia tidak layan pun abang.” Kata Shasha membuatkan
hati Amsya terasa sakit dan pedih.
“Sha. Tolonglah jauhkan
diri dari abang jangan ganggu Alia. Abang tidak akan balik pada Sha. Abang
memang cintakan Alia. Tolong jangan buat Lia salah sangka.” Rayu Amsya merenung
Shasha didepannya.
“Abang. Sha
masih sayang abang.” Balas Shasha sambil memegang tangan Amsya dengan kuat dan
erat.
Alia dan Qania
menghala ke kereta, Alia terpandang Amsya dan Shasha di parking kereta
bersebelahan kereta mereka. Alia memberhentikan langkahnya seketika. Qania
memandang Alia kemudian berpaling kearah pandangan Alia melihat Shasha dan
Amsya berpegangan tangan. Tiba-tiba Qania memegang tangan Alia. Alia berpaling
padanya tersenyum manis. Alia tahu Qania nampak apa yang dia nampak tapi dia
tetap mendiamkan diri.
“Jom.” Ajak Alia
sambil mendukung baby Sofea. Manakala Qania pula memegang barang yang
dibelinya.
Amsya tengok
Alia dan Qania sudah menghampirinya lalu ditarik tangannya dari Shasha. Amsya
membuka bonet kereta. Qania memasukkan barang yang dibeli. Shasha menghala
kepintu depan kereta. Belum sempat dia membuka pintu Amsya menghalangnya.
“Sha, tolong
duduk belakang…Sayang duduk depan” Arah Amsya memandang Shasha dan menarik
tangan Alia lalu membawa Alia yang mendukung baby Sofea ke tempat duduk depan.
Pada mulanya Alia membantah namun tangan Amsya kuat menariknya membuatkan
langkahnya bergerak dan mengikut arahan Amsya.
Amsya menutup
pintu kereta setelah Alia masuk ke dalam kereta. Dia terus kesebelah pemandu
menghidupkan kereta dan memasang penghawa dingin. Qania dan Shasha juga masuk
dalam kereta belakang. Amsya melihat sedikit peluh didahi Alia, dia mengambil
sapu tangannya lalu mengelap peluh didahi Alia. Alia dengan pantas memegang
tangan Amsya menepisnya. Qania berkerut dahi manakala Shasha tersengih dengan
tindakan Alia menghalang Amsya mengesat peluh Alia. Amsya memandang Alia yang
menepis tangannya. Alia pula tidak mahu Shasha salah faham . Amsya mengerakkan
kereta menuju ke rumahnya.
Suasana sepi
dalam kereta hanya kedengaran celoteh DJ Era fm. Danial Amsya sesekali melirik
pada Alia Nasuha yang sedang mengulik baby Sofea supaya tidur. Sesampai sahaja
dirumah Alia memberi baby Sofea pada Qania dan dia mengambil semua barang yang
dibeli terus ke dapur dan memasak lauk memandangkan Puan Anis terlebih dahulu
menanak nasi. Amsya tidak berganjak dari meja makan didapur melihat dan
memerhati Alia lincah didapur menyediakan masakan. Qania berada diatas dalam
bilik Puan Anis mengulik dan menidurkan baby Sofea.. Puan Anis melayan Shasha
berada diruang tamu tidak mahu memberi peluang pada Shasha melayan Amsya.
Alia melihat
Amsya berada didapur dari dia masuk untuk memasak hingga hampir dia sudah
memasak.
“En.Amsya,
pergilah mandi dan solat dulu. Lepas tu turun makan. Sudah nak masak lauk ni
pergilah cepat.” Arah Alia. Amsya sekadar mendengar dan mengikut arahan, bangun
terus ke biliknya.
Selesai sahaja
memasak, Alia menghidangkan semua masakkan di atas meja. Dia keluar memanggil
Puan Anis dan Shasha pelawa makan. Dia terus naik ke atas, Puan Anis melihatnya
mendaki tangga.
“Lia nak ke
mana? Marilah makan sama.” Ajak Puan Anis. Alia berpalinga dan tersenyum manis
pada umminya.
“Ummi makan
dulu, Lia nak panggil abang Amsya.” Balas Alia memberi elah sambil kakinya
melangkah anak tangga.
Sampai sahaja
ditingkat atas Alia terus ke bilik Puan Anis, dia tersenyum manis melihat Qania
dan baby Sofea kedua-duanya sedang tidur. Dia mengejutkan Qania dengan
perlahan.
“Nia…bangun
pergilah makan. Biar Lia jaga baby.” Arahnya. Qania bangun memandang Alia
disebelahnya.
“Lia suka baby?”
Tanya Qania. Dengan senyum melerek Alia menjawab.
“Suka.” Sepatah
dijawabnya.
“Kalau suka
bolehlah cepat sikit bagi baby pada abang Am. Abang Am suka baby tau.” Balas
Qania. Alia menarik nafas panjang mendengarnya dia membalas.
“Kalau Amsya nak
baby dia kena kahwinlah. Lia tidak boleh bagi baby pada dia.” Spontan dijawabnya
membuatkan Qania terkedu. Alia melihat Qania terdiam dengan kata-katanya.
“Nia pergi turun
makan dulu. Lia nak mandi dan solat. Baby tinggal nanti Lia jaga.” Arah Alia,
kali ini tegas sikit suaranya. Qania sekadar mengikut arahan.
Amsya turun ke tingkat
bawah terus ke dapur. Shasha dan umminya sudah ada disitu semua hidangan sudah
terhidang. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan dirinya. Qania yang baru saja
sampai disitu juga menarik kerusi lalu duduk. Amsya melihat Alia tidak ada
disitu. Umminya mempelawa semua yang ada makan.
“Mana Lia?” Soal
Amsya.
“Atas sedang
mandi dan solat. Kejap lagi turunlah tu. Dia suruh kita makan dulu” Balas
Qania. Amsya menunggu seketika Alia untuk makan bersamanya. Dia menoleh jam
tanganya sudah sepuluh minit menunggu Alia tidak juga turun. Shasha, umminya
dan Qania sedang makan menikmati asam pedas yang dimasak oleh Alia. Amsya
mengambil lauk dan memakannya, sedap masakan Alia. Namun dia memperlahankan
makannya, dia masih menunggu Alia datang melayannya makan. Namun Alia tidak
juga muncul setelah 20 minit menunggu. Amsya bangun membasuh tangan
meninggalkan makanannya. Puan Anis tengok
Amsya bangun.
“Am nak ke mana?
Kenapa tak habiskan makanan tu?” Soal Puan Anis.
“Nak panggil Lia
kejap.” Jawab Amsya bersahaja. Dia ke sink membasuh tangan kemudian terus kebilik umminya. Masuk sahaja dia dalam
bilik ditengoknya Alia sedang tidur bersama baby Sofea. Dia mendekati Alia dan
mengejutnya dengan perlahan.
“Sayang, mari
makan, kenapa tidak turun.” Alia tersedar baru saja dia mahu lelapkan matanya
bersama baby Sofea yang sedang dipeluknya. Dia membuka mata dan berpaling pada
Amsya.
“Dah siap
makan?” Tanya Alia. Amsya tidak menjawab soalan Alia. Dia membalas soalan.
“Lia sudah
makan?”
“Pergilah makan,
Lia sudah kenyang.” Jawab Alia. Membuatkan Amays terdiam. Dia tahu Alia belum
makan. Dia juga tahu Alia memberi peluang pada dia dan Shasha makan bersama.
Amsya tidak berganjak dari sisi Alia dipeluknya dari belakang tidur bersama.
Shasha sudah
siap makan dia beredar dari dapur ke ruang tamu menonton tv. Manakala Puan Anis
dan Qania masih di dapur.
“Mana Amsya ni,
panggil Lia dengan dia-dia lekat di atas. Apa yang dibuatnya.” Omel Puan Anis.
“Entahlah mak
ngah.Qania rasa mereka ada masalah lah.” Balas Qania.
“Masalah apa?”
Cepat sahaja Puan Anis menyampuknya.
“Qania ada
berbual dengan Alia tadi, dia kata dia tak boleh bagi baby pada abang Am. Kalau
abang Am nak baby abang Am kena kahwin lain. Betul ke mak ngah?” Bagitahu
Qania, terkejut Puan Anis mendengar penjelasan Qania.
“Alia bergurau
je tu.” Bantah Puan Anis, walaupun hatinya sendiri tidak tenang dengan
penjelasan Qania. Berdebar hatinya memikirkan tentang Alia dan Amsya semakin
hari menampakkan kelainan.
“Nia tolong
kemaskan meja tu. Mak ngah nak naik atas sekejap.” Suruh Puan Anis pada anak
saudaranya. Qania sekadar mengangguk.
Puan Anis melangkah
meninggalkan Qania mengemas seorang diri, dia ke biliknya. Ditengoknya mereka
sedang tidur, Puan Anis menghampiri Amsya dan mencuitnya, Amsya tersedar dan
berpaling perlahan-lahan ditengok umminya tercegak ditepi katil dengan tangan
telunjuknya dimulut isyarat diam. Amsya perlahan-lahan mengangkat tangannya
dari pinggang Alia dan bangun. Dia mengajak Asmya keluar dengan menggunakan
isyarat takut Alia terjaga. Amsya mengikut Puan Anis keluar.
Sampai sahaja
diluar bilik Puan Anis terus bersuara.
“Kita ke bilik
Am, ada perkara ummi nak bincang.” Amsya mengangguk. Didalam fikirannya mungkin
ada sesuatu yang tidak kena. Sampai dalam bilik umminya duduk disofa
bersamanya. Perlahan Puan mengatur bicara.
“Am, ada masalah
dengan Alia, cuba terang pada ummi. Kalau-kalau ummi boleh tolong.” Amsya
berkerut kening didepan umminya tidak faham soalan yang ditanya.
“Kenapa ummi
tanya Am macam tu, apa yang tak kena?”
“Kalau tak ada
masalah takkan Lia boleh bagitahu Qania, Lia tidak boleh bagi anak pada Am dan
benarkan Am kahwin dengan orang lain kalau nak anak.” Terkejut Amsya mendengar
kata-kata umminya mahu saja dia memberitahu umminya yang dia belum lagi bersama
Alia macam mana nak mengandung dan beranak.
Amsya mengeluh
merenung anak mata umminya. Perlahan suaranya menjawab.
“Ummi mungkin
Lia bergurau dengan Qania. Kami baru je kahwin. Bulan madu pun tak lagi”
Jawabnya. Sama juga macam yang difikir Puan Anis, namun dia tidak puashati
dengan jawapan itu.
“Am, maaf kalau
ummi bertanya. Am dengan Lia pernah bersama?” Soalan yang menjerat Amsya.
Sekali lagi Amsya mengeluh panajang kepalanya didongokkan ke atas memandang
siling. Puan Anis faham dengan body leaguage yang ditunjukkan anaknya.
“Astarofiruallah alazim” Mengucap panjang umminya.
“Am tidak pernah
bersama isteri? Am tak cintakan Lia? Am masih ada hati dengan Shasha? Bagaimana
hubungan Am dengan Tengku Umairah?” Soal Puan Anis bertubi-tubi. Amsya memejam
matanya lalu mengaup mukanya. Bisik hatinya “Susah nak jawab ni pada ummi.”
“Ummi, Am memang
cinta dan sayang Lia, kalau tak Am tidak kahwin dengan dia. Cuma kami masih
mengenal hati budi masing-masing. Bukan Am yang tidak mahu bersama Lia. Tapi Lia
belum bersedia. Am tidak boleh paksa Lia sebab Am sangat cintakan dia.” Jelas
Amsya menekup mulutnya selepas sahaja menjelaskan pada umminya sebak yang
ditahan terkeluar juga butiran jernih dimatanya. Melihat anak kesayangannya
menitiskan airmata dia tahu Amsya amat mencintai isterinya Alia Nasuha.
“Kalau betul Am
cintakan Lia. Ambil hati dan pikat dia supaya dia jatuh cinta pada Am. Pergilah
tengok Lia pujuk dia makan. Am pun belum makan lagikan.” Bela si ibu sambil
mengesat airmata anaknya dan mengusap kepala. Amsya tersenyum puas dapat meluahkan sedikit perasaannya pada
ummi tercinta. Lega hatinya.
Amsya ke bilik
umminya, geli hatinya dan tergelak sendirian apabila melihat Alia masih tidur
tapi baby Sofea sudah pun terjaga dan bermain sendirian. Dia mendekatkan
dirinya pada baby Sofea, sengaja dia mengkuatkan suaranya.
“Baby.” Sambil
mengomol dan mencium bayi yang baru lima bulan itu. Alia terjaga dilihatnya
Amsya sedang mengacau baby Sofea.
“Encik Amsya,
kenapa kacau baby tidur.”
“Mana ada abang
kacau, dia sudah jaga pun, Lia tu hah tidur. Letih sangat ke? Sampai baby jaga
pun tak sedar. Lia jangan panggil abang encik Amsya. Nanti dengar pada orang.”
Balas Amsya.
Alia tersengih
dan membalas. “Dah terbiasa nak buat macam mana. Sorrylah Lia letihlah tadi.”
“Dah jom kita
turun makan.” Ajak Amsya sambil mendukung baby Sofea dan memegang tangan Alia.
Mereka bertiga turun ke bawah.
Petang itu
sedang asyik Pak Hassan, akinya Alia membakar sampah dibelakang rumah. Dia
dikejutkan oleh seseorang dari belakang. Terperanjat orang tua itu lalu
berpaling.
“Ehhh…kamu ni
Faris mengejutkan aki je. Datang tak bersalam.” Gertak Pak Hassan. Faris
tergelak nakal.
“Mana tok wan?”
Soal Faris sambil matanya memadang kiri kanan.
“Atas rumah,
sembahyang. Hah kamu dari mana ni? Sudah sembahyang? Kalau belum, pergi
sembahyang dulu.” Arah akinya. Faris terdiam sambil tersengih-sengih.
“Faris naik dulu
aki.” Balasnya meninggalkan akinya keseorangan. Faris menuju ke pintu belakang
yang sudah pun terbuka dimasuk kedalam rumah. Ditengok tak wannya sedang
membancuh kopi. Diberi salam berbalas.
“Faris dari mana
ni?” Tanya Tok wannya. Berpaling pada Faris dibelakan.
“Dari rumah.”
Jawab Faris.
“Mak dan ayah
kamu sihat ke?” Tanya tok wannya lagi.
“Sihat… Tok wan,
Faris ada benda nak minta tolong tok wan.” Katanya merayu pada tok wannya.
“Tolong apa?”
Soal si nenek.
“Faris nak cuba
minta kerja dengan Alia. Faris nak minta
tolong tok wan pujuk Alia, terima Faris kerja dengan dia. Boleh ke wan?”
Ditanya tokwannya lagi.
“Kamu sudah
tanya dia ke?”
“Belum lagi, itu
yang Faris datang nak minta tolong wan ni. Faris cadang nak pergi jumpa dia nak
mengadap sendiri.” Balas Faris
“Insyaallah,
kalau ada rezeki kamu. Nanti tok wan cuba pujuk Alia. Tapi kamu kenalah kerja
rajin-rajin. Bila kamu nak pergi jumpa dia?” Balas tokwannya sambil menuang air
ke dalam cawan.
“Mestilah Faris
kerja rajin-rajin kalau Lia terima Faris. Tengoklah kalau tak ada apa-apa
halangan mungkin seminggu dua lagi.” Balasnya lagi.
“Kamu tolong pergi
panggil aki kamu minum.” Arah tok wannya.