Seawal 6.00pagi
Puan Anis bangun mandi dan solat subuh, selepas itu dia mengejutkan Alia. Alia
bangun termenung diatas katil tersenyum manis mengingati peristiwa semalam.
Bisik hatinya.
“Suka juga aku
dalam pelukkan Amsya, tapi kalau aku terus begini aku boleh jatuh cinta dengan
dia. Nanti aku juga yang akan kecewa. Tidak boleh jadi ni, hari ini aku dan dia
tidak kerja. Kena mengadap muka dia lagi…aduh!! Baik aku balik rumah aku. Dia
pun tidak tahu aku tak kerja hari ini.” Rungut Alia tersengih sendirian.
Puan Anis
memandang Alia yang masih termenung diatas katil.
“Lia, tolong
pergi kejutkan abang Am.” Arah umminya. Alia terkejut dikelip-kelipkan matanya.
“Lia, nak mandi
dulu. ” Jawabnya.
“Pergilah kejutkan
Am dulu nanti terlepas solat subuh.” Desak umminya lagi. Alia bingkas turun
dari katil keluar menuju ke bilik Amsya.
Sampai sahaja
didepan pintu bilik Amsya, Alia memulas tombol pintu berkunci, dia mengetuk
pintu.
Amsya tersedar
dari tidurnya apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Dia bingkas bangun
melihat jam dinding biliknya 6.30pagi menuju ke pintu lalu dibukanya.
Dilihatnya Alia didepan pintu.
“Sorry, ummi
suruh saya kejutkan awak.” Kata Alia bersahaja tanpa menoleh atau memandang
Amsya kemudian berlalu kembali ke bilik umminya. Amsya sekadar memandang tanpa
kata terkedu dengan sikap Alia, disandarkan kepala dibingkai pintu sebelum
menutupnya.
Puan Anis sedang
bersiap untuk turun ke bawah menyediakan sarapan pada pagi itu. Dia melihat Alia
masuk ke biliknya.
“Lia sudah
kejutkan abang Am? Tanya Puan Anis. Alia mengangguk.
“Ummi, hari ini
Lia kerja. Aunti Liza dan aunti Siti pulang hari ini ke?” Tanya Alia yang
berdiri dihadapan Puan Anis.
“Katanya balik
hari ini. Abang Am sudah tahu Lia kerja hari ini?” Dibalas pertanyaan Alia.
Alia melirik manja ke arah Puan Anis dengan mengelengkan kepalanya.
“Nanti Lia
bagitahu. Abang Amsya suka makan apa ummi?” Tanya Alia mengambil tahu serba
sedikit tentang Amsya. Dia tidak mahu Puan Anis menyatakan dia tidak peduli
pada Amsya.
“Kalau Lia nak
tahu, abang Am pagi dia suka makan roti bakar dengan telur masak separuh dan
Nescafe. Am suka makan nasi ayam, kueh teow goreng, asam pedas Melaka dan
paling dia suka ayam goreng kalau tak ada kuah pun dia makan dengan nasi
kosong. ” Terang umminya. Alia mengangguk.
“Lepas mandi Lia
sediakan. Roti ada ke ummi?” Balas Alia dengan manja.
“Ada.” Jawab
umminya sepatah. Alia terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya, manakala
Puan Anis pula menuju ke dapur rumahnya.
Selesai sahaja
mandi dan bersiap Alia turun ke dapur menolong Puan Anis menyediakan sarapan
pagi. Diperhatinya tiada siapa selain umminya didapur. Alia terus mengambil
beberapa telur dalam peti ais dan membasuhnya. Kemudian merebus air dalam periuk
kerana sudah biasa dengan keadaan rumah Puan Anis membuatkan Alia tidak sedikit
pun kekok untuk membuat kerja-kerja rumah.
“Ummi, mana
roti.” Tanya Alia mendekati umminya yang sedang mengupas bawang putih.
“Dalam cabinet
nombor dua.” Jawab Puan Anis sambil mukanya berpaling kearah cabinet yang
dimaksudkan.
“Ummi nak buat
apa ni dengan bawang dan lada kering?” Tanya Alia sambil menuju ke cabinet
dibukanya lalu mengambil sebuku roti gardenia
“Nak buat nasi
goreng, banyak nasi putih yang lebih tu. Bolehlah Lia bawa ke pejabat sikit
ya.” Kata umminya Alia sekadar tersenyum
dengan tangannya lincah membakar roti
dan memasukkan telur ke dalam air panas yang direbusnya. Beberapa minit
sahaja merebus telur kemudian diangkatnya. Alia menghidang roti dan telur di
atas meja marmar di ruang dining kemudian membacuh seteko Nescafe. Puan
Anis sedang mengoreng nasi, Alia menghampirinya.
“Ummi, mereka
semua sudah bangun ke? nanti kalau tidak sempat dengan Lia, tolong kirim salam.
Sekarang Lia nak pergi panggil En.Amsya.” Kata Alia. Puan Anis memandang anak
mata Alia dengan senyum dia berkata.
“Sayang, jangan
panggil Am macam tu tak baik. Am suami Lia, Lia panggil abang.” Pujuk Puan Anis
dengan nada yang lembut pada menantunya sambil mengosok pipi gebu Alia. Alia tersenyum
manis membalas pandangan itu dengan sayu sebak hatinya apabila mendengar rayuan
ibu mertuanya.
Dengan nada yang
sayu dan sedih menarik nafas Alia bersuara. “Insyaallah ummi, bagi Lia sedikit
masa untuk semua ini.” Kemudian Alia menunduk kepala dan memejam mata menelan
liur menahan sebak atas perkahwinan yang dia sendiri tidak tahu statusnya dia
serba salah dan rasa amat bersalah pada orang tuanya.
Alia melangkah
meninggalkan Puan Anis di dapur, berderai airmatanya sambil berjalan dengan
langkah longlai mendaki tangga ke bilik Amsya. Sampai sahaja depan pintu bilik
dia berhenti seketika berdiri disitu memandang pintu seolah mencari jawapan
disebalik pintu itu semuanya ada pada Amsya. Dia sekali lagi menarik nafas
untuk melegakan fikirannya yang kian serabut, dia tidak boleh beremosi. Lalu
diketuknya pintu itu dengan dua putung jarinya.
Tut,
tut,tut…Kemudia pintu dibuka, Amsya tengok Alia terpacak didepannya dengan
wajah dan mata Alia memandang ke bawah, tanpa berbalas pandang Alia bersuara
dengan perlahan.
“En. Amsya, saya
nak pergi kerja ni, nanti awak turun makan saya dah sediakan sarapan.” Dengan
rasa bersalah Amsya mengeluh mendengarnya memandang gadis jelita depannya. Alia
menghulur tangan untuk bersalam. Amsya menyambutnya Alia mencium tangan suaminya.
Dia meleraikan pegangan tangan Amysa namun tidak berjaya apabila Amsya
memegangnya dengan kuat lalu menarik Alia ke dalam biliknya. Alia terpaksa
melangkah masuk kemudian Amsya menutup pintu. Merenung tajam ke arah Alia, dengan
sikap poyonya, sekali ini Alia membalas pandangan itu sambil mengerak-gerakkan
keningnya sambil mengkerut dahi.
“Kenapa tidak
bagitahu Lia kerja hari ini?.” Tanya Amsya kesal. Alia melihat Amsya dengan
mengkacip gigi lalu tersengih pada Amsya dan menjawabnya.
“Kenapa tak
tanya?” Tanya Alia lalu menarik muka tapi matanya menjeling pada Amsya
didepannya. “Aduh!...” keluh Amsya memegang kepalanya. Alia tersengih dengan
jelingan manja matanya dikelip-kelip pada Amsya. Amsya sudah ketawa dengan
sikap yang ditunjukkan oleh Alia.
“Lia sudah
makan?.” Tanya Amsya dengan mesra. Dengan senyum manis Alia mengeleng kepala.
“Kita makan
sama.” Ajak Amsya. Sekali lagi Alia mengeleng.
“En.Amsya makan
dengan Shasha, nanti kirim salam pada dia. Awak bincang dengan dia elok-elok,
jangan sakitkan hatinya pula. Pasal ummi nanti Lia selesaikan.” Jawab Alia
memujuk. Luhur hati Amsya mendengarnya mukanya dirauk dan menelan liur.
Alia menanggalkan
cincin perkahwinannya, dia menarik tangan Amsya dan menyerahkan cincin
perkahwinan mereka.
“Saya pergi dulu
En.Amsya.” Minta izin Alia pada suami. Lalu keluar meninggalkan Amsya. Mengeluh
panjang Amsya lalu melentingkan dirinya ke katil sambil meramas kuat cincin
yang ada ditangannya.
“Alia, kau salah
faham sayang. Bukan dia yang aku sayang tapi kau Alia Nasuha. Macam mana aku
nak bagitahu dia dan membuatkan dia faham dengan aku. Aku mesti ambil hati dan
ambil berat tentangnya, aku kena layan Alia dengan baik, biar dia jatuh cinta
dengan aku. Kau cinta hati aku Alia Nasuha.” Luah hatinya. Dia bingkas bangun
mengejar Alia, masih sempat rasanya dia mengajak Alia makan bersamanya.
Alia turun ke
bawah mendapatkan Puan Anis didapur. Dia menghampiri ibu mertuanya sambil
menghulur tangan.
“Ummi, Lia pergi
dulu. Kejap lagi En.Amsya turun, Lia sudah bagitahu dia.” Bagitahu Alia mencium
tangan Puan Anis.
“Lia tidak mahu
makan dulu ke?” Tanya Puan Anis dengan pujuk rayu.
Sambil mengeleng
“Tak ummi, pagi sangatlah nanti Lia sakit perut. Lia pergi dulu, kirim salam
pada semua.” Jawab Alia bermanis muka lalu beredar meninggalkan umminya.
Amsya turun ke
tingkat bawah terus menuju ke dapur, dicarinya Alia. Puan Anis memerhati mata anaknya
terkial-kial mencari sesuatu.
“Am, cari apa?”
Tanya Puan Anis.
“Mana Lia ummi?”Tanya
Amsya memandang Puan Anis.
“Sudah pergi
kerja, baru sahaja pergi. Dia tidak jumpa Am ke?” Balas umminya.
“Jumpa, dia
bagitahu Am dan minta izin. Cepatnya, dia sudah makan ke?” Tanya Amsya lagi.
“Tak, katanya
awal sangat nanti sakit perut. Am makanlah Lia sudah sediakan roti bakar dan telur atau
Am nak tunggu makan dengan Shasha.” Kata umminya sedikit menyindir Amsya. Dia
menjeling kearah umminya. Terasa dengan sindiran umminya.
“Kenapa ummi
cakap begitu, Am sayang Lia ummi. Am dengan Shasha tak ada apa-apalah..” Jawab
Amsya menafikan dan menerangkan hubungannya dengan Shasha. Amsya mencapai roti
dan telur ke pinggannya.
“Yang ummi
nampak semalam tu apa?” Perli umminya lagi. Terkedu Amsya tidak mampu untuk
menjelaskan apa yang dia rasa sekarang. Puan Anis memandang Amsya terdiam
sambil menguyah makan.
“Kalau Am
sayangkan Lia, kenapa tidak hantar saja Lia ke pejabat. Itu sudah menunjukkan
Am tidak ambil berat dan tidak bertanggungjawab. Kenapa? takut Shasha terasa
hati. Hati orang lain Am nak jaga, hati isteri dibiarkan.” Bebel Puan Anis tidak
puashati dengan layanan Amsya terhadap Alia. Menahan sebak Amsya mendengar
tuduhan umminya, sedangkan dia amat cintakan Alia Nasuha.”
Fikirnya dalam
hati. “Betul juga kata ummi, kenapa aku tidak hantar saja Alia ke pejabatnya. Kenapalah
aku bodoh sangat tak ambil hati dia. Ada saja halangan aku untuk bercinta. Kali
ini aku tidak akan mengalah demi cinta kau Lia.”
Alia memecut
keretanya dengan perlahan, sengaja dia memperlahankan keretanya melambatkan
masa, risau jika dia balik ke rumahnya teman-temannya belum pergi kerja lagi.
Dipandangnya jam dalam kereta didepannya 7.45 pagi sambil mendengar radio.
Teringat dia akan Roza, dia menghubungi Roza, talian berdering.
Roza yang sedang
memandu keretanya ke butiknya melihat skrin telefon bimbitnya berdering dijawabnya
panggilan dari Alia Nasuha.
“Hello, dik Lia.
Apa khabar? Jawab Roza.
“Hello Roza,
saya baiklah. Awak kat mana sekarang?” Tanya Alia mengajuk percakapan Roza.
“Aku baru dalam
kereta tengah drive ni nak pergi butiklah. Kenapa?” Balas Roza.
“En. Roza,
gambar kelmarin jangan bagi pada Amsya tau, bila siap bagitahu saya dulu, biar
saya ambil. Boleh?” Kata Alia bersungguh.
“Iyalah, nanti
siap I call you, don’t worry. I faham.” Jawab Roza.
“Bagus. Okey
bye.” Alia menutuskan taliannya. Dia tersenyum sendirian.
Alia memecut
kereta ke rumahnya, sampai sahaja didepan rumah semua kawan-kawannya sudah
pergi kerja, dia masuk ke rumah terus naik ke biliknya. Dia mengambil telefon
bimbitnya lalu di tutupnya tidak mahu siapa-siapa menganggu dia tidur.
Amsya
menghabiskan sarapannya pagi itu kemudian dia naik semula ke biliknya. Dia
merebahkan dirinya disofa, mengambil telefon bimbitnya di atas meja kemudian
membukanya dicari gambar dia dan Alia semasa gambar itu diambil oleh Fatihah
sepupu Alia dan beberapa gambar perkahwinannya. Danial Amsya merenung gambar
itu lama-lama tersengih sendirian mengimbas kembali kenangan semasa berada
dikampung Alia walaupun hanya dua hari cukup membahagiakan hatinya dan dia
dapat mengenali serba sedikit tentang Alia.
Cadangnya bahagiakan
Lia disini tapi lain pula jadinya, semakin rumit pula. Teringat dia akan
kata-kata umminya untuk mengambil hati Alia. Memandangkan dia tidak menghantar
Alia ke pejabat tadi niatnya kini untuk keluar makan tengah hari bersama Alia,
dia menghubungi Alia tapi malangnya telefon Alia ditutup.
Omongnya
sendiri.”Si Lia ini tutup telefon, habis bateri ke? Takkanlah baru pukul 9.00,
meeting ke dia? Sibuk sangat ke sampai tutup telefon? Tak apa aku telefon kejap
lagi.”
Pada hari itu
Amsya menghubungi Alia setiap jam dari pukul 9.00 hingga ke pukul 2.00petang
namun taliannya masih ditutup. Amsya sudah bengang kerana hasratnya untuk makan
tengah hari dengan Alia tidak tercapai dan kenapa Alia tutup telefon. Dia tidak
puashati kali ini dia menghubungi Syafikah. Talian berdering.
Syafikah yang sedang
kusyuk buat kerja melihat skrin telefonnya yang berbunyi dilihatnya panggilan
dari Amsya. Hairan juga dia kenapa Amsya hubungi dia, ada apa-apa berlaku pada
Lia ke? Dia menjawab pangilan Amsya.
“Hello, Assalamualaikum.
Ya En.Amsya, ada apa boleh saya bantu.” Jawab Syafikah.
“Waalaikummussalam.
Maaf Syafikah, saya nak bercakap dengan Alia sekejap.” Balas Amsya. Tanpa
berfikir Syafikah menjawab.
“Cik Alia masih
bercuti, kenapa En.Amsya? Awak kat mana ni?” Jawab Syafikah dan terus
ditanyanya. Terkejut Amsya mendengar penjelasan Syafikah.
“Apa?...cuti.
Awak biar betul Syafikah. Pagi tadi isteri saya keluar pergi kerja.” Kata
Amsya. Terkejut Syafikah, hatinya bersuara. “Aduh!...mana si Lia ni? tidak
bagitahu apa pun. Apa aku nak cakap ni”
Syafikah
bertanya lagi “Kenapa tak hubungi dia?”
“Saya dah
hubungi dia dari pagi lagi, telefon tutup itu yang saya telefon awak. Mana Alia
pergi? Saya tahu awak mesti tahu, mana dia?.” Tanya Amsya.
“Maaf En.Amsya,
saya menang tidak tahu.” Jawab Syafikah lalu memutuskan talian dan mengoffkan
telefonnya.
Omong Syafikah
sendirian “Mana si Lia pergi, parah ni. Dia nak buat apa-apa tak bagitahu.”
Syafikah mencapai handbag dan kunci keretanya mencari Alia, dia sudah dapat
menekanya di mana Alia.
Amsya melihat
telefon bimbitnya apabila talian diputuskan oleh Syafikah. Dia mengeluh panjang
dengan sikap dua orang wanita yang baru dikenalinya itu, pelik. Amsya mencapai
kunci keretanya untuk mencari Alia. Amsya juga dapat menduga ke mana Alia
pergi. Apabila Amsya turun sahaja di tingkat bawah terus disapa oleh umminya
apabila melihat Amsya kelam-kabut.
“Am nak ke mana?”
Tanya Puan Anis berkerut dahi melihat kelakuan Amsya.
“Am, nak keluar
ada kerja sikit.”Jawabnya pantas.
“Am, aunti nak
balik dah ni, mari salam dulu.” Ajak umminya. Amsya menghala kearah Puan Anis
dan mak saudaranya serta sepupunya bersalam kemudian meminta izin untuk
beredar. Shasha dan Qania sama berpandangan melihat Amsya tergopoh-gapah
meninggalkan mereka.
Amsya memecut
keretanya ke rumah Alia di Putrajaya. Berderau darahnya apabila mengetahui Alia
tidak kerja dan menipunya. Rungutnya sendirian dalam kereta.
“Kau lari dari
aku ya Lia, jaga kau, aku akan cari kau.”
Syafikah sampai
dirumahnya dilihat kereta Alia ada di rumah.
“Oh, di sini
rupanya kau Lia. Aduh!...pening kepala aku.” Syafikah merungut. Dia terus
membuka kunci rumah dan masuk ke dalam. Dilihatnya Alia tidur di sofa depan TV
yang sedang terpasang.
“Hoi!...Lia,
Sini rupanya kau.” Jerkah Syafikah. Alia terkejut dengan suara Syafikah
menjerkahnya. Dia membuka mata lalu bangun sambil mengosok matanya.
“Kau kenapa
jerit-jerit ni? Kacau sajalah.” Balas Alia memandang tajam pada Syafikah.
“Eh Lia, laki
kau carilah. Dia telefon aku tanya kau.” Terang Syafikah.
“Laki apa pula
Syaf? Kenapa dia cari aku?” Balas Alia.
“Manalah aku
tahu. Kau pun satu hal, kenapa tidak bagitahu aku rancangan kau?”. Tanya
Syafikah.
“Rancangan apa?
habis kau bagitahu apa pada dia?”
“Aku bagitahu
kau cuti. Aku mana tahu kau ada kat sini. Ini pun aku agak jea.” Kata Syafikah.
Amsya sampai
didepan rumah Alia, dilihatnya dua-dua kereta tersadar dihalaman rumah.
“Oh…dua-dua ada
kat sini. Kata kerja, jaga kau Lia.” Luah Amsya. Dia terus keluar dari
keretanya lalu melangkah menghala ke rumah Alia. Pintu rumah di ketuk.
Tut, tut,
tut…Alia dan Syafikah terdiam apabila mendengar orang mengetuk pintu. Mereka
berpandangan. Syafikah melangkah ke pintu utama dia mengintai disebalik langsir
sebelum membukanya. Dia menarik nafas panjang apabila melihat kelibat Amsya
lalu membuka pintu. Apabila pintu dibuka Amsya memandang si pembuka pintu dia
tersenyum dan memberi salam. Syafikah menjawab salam. Amsya terus bertanya.
“Mana Alia
Nasuha?” Syafikah menunjuk jari ke dalam rumah. Tanpa di pelawa Amsya
terus masuk ke dalam. Alia yang sedang
berdiri ditepi sofa tersengih pada Amsya. Amsya berjalan menuju ke arah Alia.
“Oh, di sini
rupanya isteri abang. Kata kerja?” Soal Amsya.
“Tipu” Jawab
Alia sepatah memuncungkan mulutnya sambil kepalanya digerakkan kiri kanan. Syafikah
yang sedang memerhatikan mereka terus bersuara.
“Lia, aku pergi
dulu. Ini urusan rumahtangga kau orang, kau orang selesai.” Syafikah terus berlalu
keluar dari rumahnya.
Amsya memandang
Alia dengan tajam. Alia melihatnya bersahaja.
“Kenapa?” Soal
Amsya.
“Kenapa apa?”
tanya Alia kembali.
“Kenapa tipu?
Kenapa lari dari abang?” Tanya Amsya.
“Sorrylah bukan
saya nak tipu atau lari dari awak tapi saya kesiankan awak. En.Amsya kalau saya ada dirumah, nanti awak
serba salah. Tak layan saya ummi marah awak. Nak layan saya takut Shasha terasa
hati, dengan itu lebih baik saya
keluar.” Jawab Alia dengan ketawa. Amsya mendengar penjelasan Alia mengeluh dan
terduduk di sofa depan Alia. Alia ikut terduduk merenung pada Amsya. Amsya
membalas renungan itu.
“Sayang dah
makan?” Tanya Amsya mengoda. Alia mendengarnya perkataan sayang yang panggil
oleh Amsya padanya dia tergelak.
“Hahahaha…sayang.
Weeekkk” Alia membuat gaya muntah. “Tak payah nak bersayang-sayang wahai
En.Amsya. Saya belum makan…dah makan.” Balas Alia tersengih.
“Dah ke belum?”
Tanya Amsya tegas.
Sambil mengetuk
kepala dengan seputung jari Alia menjawab “Lupalah, memori dah penuh…Dah makan
ke belum hari ini.”
“Tambah cip
memori tu atau pun tukar jea memori baru, tidak pun delete jer yang mana tidak
penting.” Balas Amsya menyindir Alia.
“Elehhh…apasal
tanya saya makan ke tak? Tak ada kena mengenalah En.Amsya. Pergilah awak balik.
Nanti saya baliklah.” Jawab Alia. Amsya bangun dan menarik tangan Alia
membuatkan badan Alia rapat dengan Amsya.
“Ni kenapa ni?”
Soal Alia menjeling pada Amsya rapat didepannya.
“Jomlah teman
abang makan, abang tidak makan lagi ni, lapar.” Ajak Amsya manja dan memujuk.
Alia mendengarnya rasa kesian pula.
“Iyalah, awak
pergilah tunggu dalam kereta nanti Lia follow dari belakang.” Jawab Alia
berjalan perlahan menaiki tangga untuk bersiap.
“Cepatlah sikit,
nyik-nyik” Arah Amsya. Alia berpaling dan memandang tajam kearah Amsya. Amsya
tergelak dengan lagak Alia. Amsya mengikut Alia dari belakang, sampai ditangga
ke tiga Alia berpaling lagi.
“Nak pergi mana
ni?” Soal Alia.
“Nak follow Lia,
naik atas.” Jawab Amsya bersahaja. Alia membulatkan matanya pada Amsya.
“Tak payah,
kalau awak nak saya teman awak pergi makan, tunggu sini jangan naik.” Arah Alia
dengan marah. Amsya sekali lagi tergelak.
“Cepat sikit,
terhegeh-hegeh. Kan abang dukung bawa naik, nak?” Gertak Amsya, membuatkan Alia
berjari laju naik ke tingkat atas rumahnya. Beberapa minit selepas itu Alia turun
terus ke pintu utama, Amsya mengikutnya.
Mereka bergerak
dari situ, Alia mengekori kereta Amsya. Amsya memberhentikan keretanya di
sebuah restoran yang sentiasa dikunjungi Amsya. Mereka berdua masuk ke dalam
restoran dan mengambil tempat duduk. Pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Sayang nak
makan apa?” Tanya Amsya. Alia menjeling
tajam pada Amsya dan menjawab.
“Makan orang.”
Jawab Alia bersahaja dia memang tidak senang hati keluar dengan Amsya. Amsya
ketawa dengan jawapan itu.
“Abang Am nak
makan apa? Tanya pelayan yang memang kenal dengan Amsya. Pelayan itu memandang
Alia berkerut dahi.
“Syarif, bagi
abang nasi ayam dua, satu untuk orang makan orang ni. Dan air jus belanda dua.”
Kata Amsya sambil tergelak.
“Siapa awek cun
ni bang?” Tanya Syarif
“Isteri abang.
Maaflah meragam sikit tu, datang bulan.” Jawab Amsya sambil gelak pada Alia.
Alia sudah bengkak hati mendengarnya bermasam muka. Syarif turut tersengih
sebelum meninggalkan mereka berdua disitu.
“Kenapa tak
keluar dengan Shasha?” Tanya Alia. Amsya tidak menjawab persoalan itu hanya
berdiam diri dan mengukir senyum mengoda. Alia menarik muka melihat Amsya
tersengih sinis padanya.
“Malam ini tidur
bilik abang.” Tegas Amsya.
“Mana boleh, Lia
dah ikat kontrak dengan ummi.” Jawab Alia dengan pantas. Amsya merenung dan
tersengih, hatinya berkata “Kita tengok jer malam ini Lia, kau akan masuk perangkap
aku.”
“Shasha dah
balik?” Tanya Alia.
“Entah.” Jawab
Amsya sepatah dengan pandangan yang mengoda pada Alia.
“Ini mesti kes
bergaduh ni, kenapa?” Tanya Alia. Pelayan datang menghidang makan pada mereka.
“Makan dulu
lepas itu kita balik. Tak payah tanya pasal orang lain” Arah Amsya.
“Ummi makan apa?
Tak nak beli pada ummi ke?” Tanya Alia.
“Ummi sudah
makan kat rumah tu, tak payah risaulah. Cepat makan.” Pujuk Amsya dengan mesra.
Selesai sahaja
makan mereka bergerak pulang ke rumah. Puan Anis melihat mereka berdua sampai
dirumah berdua-duaan, berkerut dahi kehairanan. Mereka berdua masuk dengan
memberi salam. Alia menuju pada Puan Anis dan bersalam.
“Semua sudah
balik ummi?” Tanya Alia.
“Dah.” Jawab
Puan Anis sambil mengangguk kepala, mesra. Puan Anis melihat mereka berjalan beriringan.
“Kamu berdua
dari mana? Awal Lia balik kerja?” Soal Puan Anis lagi.
“Lia balik awal
hari ini, kami berdua pergi makan. Ummi dah makan?” Balas Amsya. Tersenyum Puan
Anis mendengarnya.
“Ummi sudah
makan.” Jawabnya.
“Lia naik mandi
dulu ummi.” Alia melangkah ke tingkat atas. Amsya merebahkan diri di sofa ruang
tamu. Puan Anis mengikutnya lalu duduk di sofa sebelah.
“Am makan apa
dengan Lia?” Tanya umminya.
“Nasi ayam.”
Jawab Amsya tersenyum manis.
“Ummi, minta
tolong. Malam ini suruh Lia tidur bilik Am.” Pinta Amsya memujuk umminya.
“Am boleh tidur
ke dengan Lia?. Lia masih kotor lagi.” Tanya umminya.
“Kenapa pula
tidak boleh?” Tanya Amsya kembali berkerut dahi tidak faham dengan kata-kata
umminya.
“Iyalah, Am kata
tidak boleh tidur kalau Lia datang bulan.” Jawab Puan Anis. Amsya merauk muka
mendengarnya. Bisik hatinya “Ini rupanya alasan Lia.”
“Tak adalah
ummi, mana ada Am cakap macam itu. Alasan Lia tu.” Jawab Amsya mengeleng kepala
tersenyum pada umminya. Puan Anis membalas senyum itu dan mengangguk kepala.
Kereta yang
dipandu oleh Faris berhenti di lampu isyarat. Telefon bimbitnya berbunyi
dilihat skrin panggilan dari sahabatnya Nasrul. Dia menjawab panggilan itu.
“Hello,
assalamualikum bro.”
“Hello,
waalaikummussalam. Faris, kau ada dimana sekarang?” Tanya Nasrul.
“Ada di
Besutlah. Kau pula?” Balas Faris.
“Aku pun, balik
cuti raya. Boleh kita jumpa?” Jawab Nasrul.
“Boleh. Bila?”
Soal Faris lagi.
“Sekarang boleh,
kita jumpa di warong maggi ketam kak Milah.” Ajak Nasrul.
“Okey kita jumpa
di sana.” Balas Faris terus memecut keretanya ke tempat yang dijanjikan. Lima
belas minit perjalan dia sampai di warung maggi ketan kak Milah. Setibanya dia
disitu Nasrul sudah pun sampai.
“Hai bro, dah
lama sampai” Sapa Faris.
“Baru jer, duduk
lah, lama kita tak jumpa.” Pelawa Nasrul.
“Berapa hari kau
cuti?” Tanya Faris. Kemudian memesan maggi ketam dua mangkuk dan teh ‘o’ ais.
“Seminggu, esok
aku dah nak balik KL. Eh, Faris aku nak bagitahu kau, kau ingat tak bapa
saudara kau yang kau kenalkan pada aku untuk ambil insuran dengan aku, nama
Mohd Helmi.”
“Iya bapa
saudara aku mestilah aku kenal, kenapa?”
“Sekarang
insuran dia akan dapat pada anak dia. Aku sudah pergi jumpa anak-anaknya.
Banyak tau dia orang dapat pampasan.” Bagitahu Nasrul pada Faris. Faris
mendengarnya dengan kusyuk sekali.
“Berapa pampasan
mereka dapat?” Tanya Faris.
“Lima ratus ribu
beb, setengah juta. Orang kaya bertambah kaya.” Jawab Nasrul.
“Siapa dapat?
Alia?” Tanya Faris semakin ingin tahu.
“Bukan Alia
cantik tu tapi adiknya Arshraf semua sekali. Alia tidak dapat apa pun.” Balas
Nasrul. Faris berkerut dahi mendengarnya.
“Semua dapat
pada Arshraf?” Soal Faris meminta kepastian, Nasrul mengangguk.
“Sudah dapat
ke?” Tanya Faris lagi amat berminat untuk mengetahuinya.
“Belum lagi
mungkin dua tiga minggu lagi banyak procedur.” Jawab Nasrul.
“Aku tengok kau
ni ada rupa, kalau dibandingkan dengan aku. Kenapa kau tak pikat saja si Alia
cantik tu? Senang hidup kau. Daripada kau kerja macam ini, aku ajak kau buat
insuran kau tak mahu.” Nasihat Nasrul pada Faris membuatkan bayangan Alia jelas
dikepalanya kini nanum wajahnya berubah apabila bayangan Amsya timbul. Dia
mengigit bibir mendengar kata-kata Nasrul.
“Jom kita makan
dulu. Nanti kau datang KL jumpa aku, aku belanja kau makan.” Pelawa Nasrul.
Petang itu Puan
Anis naik ke biliknya dia dapat Alia sedang bermain dengan telefon bimbitnya.
Puan Anis menghampirinya.
“Lia bermassage
dengan siapa? Tanya Puan Anis dengan mesra.
“Dengan
Syafikah, esok ada meeting pagi.” Jawab Alia setelah menghantar SMS pada
Syafikah.
“Lia, ummi nak cakap
sikit.” Kata Puan Anis.
“Ada apa ummi?.”
Balas Alia memandang dan tersenyum pada Puan Anis.
“Malam ini Lia
tidur dengan abang Am.” Kata Puan Anis memujuk mesra.
“Kenapa pula
ummi, nanti Lia suci lah ummi.” Rayu Alia.
“Am tidak
izinkan Lia tidur dengan ummi, Lia tidur dengan abang ya.” Pujuk Puan Anis.
Puan Anis melihat Alia bermasam muka dan merauk muka. Pujuk Puan Anis lagi pada
Alia.
“Jangan begini
sayang tak baik. Lia kena dengar cakap suami. Lia gaduh dengan abang Am? Terasa
hati?” tanya Puan Anis. Alia mengeleng sambil mengaru tengkak. Tersengih
dibuat-buat.
Malam itu Alia
tidak ada pilihan dia terpaksa akur dengan permintaan Puan Anis. dengan langkah
yang malas dia menuju ke bilik Amsya. Apabila dia masuk dilihatnya Amsya sedang
bersolat isyak. Dia merebahkan diri ke sofa lalu membaringkan tubuhnya.
Beberapa minit kemudian Amsya siap sembahyang, dia berpaling tengok Alia tidur
di sofa dengan wajah yang muram. Dia menghampirinya, Amsya tahu Alia belum tidur walaupun matanya dipejamkan.
“Kenapa ni masam
jer? Apa tak kena?” Soal Amsya yang sedang bersila didepan Alia. Alia membuka
mata memandang tajam dengan wajah yang masam mulutnya bermucung. Amsya
tersengih nakal.
“En.Amsya cakap
apa pada ummi?” tanya Alia dengan manja.
“Abang tak cakap
apa pun, cuma suruh ummi bagitahu Lia tidur dengan abang.” Jawab Amsya perlahan
dan mengoda.
“Lia tidak mahu
tidur dengan awak.” Jawab Alia mukanya terus dimasamkan. Amsya mengosok lengan
Alia dengan lembut.
“Tidur sajakan?
Bukan boleh buat apa pun. Atau Lia nak…” Amsya mematikan kata-katanya. Mengigit
bibir dan tersengih mengoda pada Alia.
“Nak apa? jangan
nak mengada-gada.” Tanya Alia mencubit kuat bahu Amsya.
“Aduhhhh!!...sakitlah”
Amsya mengadu sambil mengosok bahunya yang dicubit Alia dan sengih nakal.
“Cium sikit?”
Pinta Amsya mengoda. Alia merenung tajam Amsya.
“Kalau nak cium,
Lia tidur dengan ummi. Kalau nak Lia tidur dalam bilik ini tak boleh cium.
Pilih salah satu.” Balas Alia.
“Okey, jomlah
tidur atas katil.” Ajak Amsya menarik tangan Alia.
“Tak nak, kalau
nak Lia tidur bilik awak, Lia tidur sini. Awak tidur atas katil.” Jawab Alia. Amsya
akur…
Tidak dapat
Faris melelapkan matanya malam itu, masih terngiang-ngiang ditelinganya
kata-kata Nasrul petang tadi. Difikirnya macam mana nak dekat dengan Alia dan
membuatkan rumahtangga Alia dan Amsya runtuh. Faris sudah mendapat idea untuk
memisahkan mereka berdua. Dia mula mengatur rancangan jahatnya untuk bekerja
dengan Alia dan sentiasa bersama Alia dengan cara ini Amsya akan cemburu
kemudian menceraikan Alia dan dia boleh berkahwin dengan Alia Nasuha.