Syafikah sampai dipejabat pagi itu tanpa Alia. Semasa dia
turun dari rumah tadi Alia belum keluar dari bilik, kali ini dia tidak menunggu
Alia pada hari itu. Dia terus membuat kerja-kerjanya, Selang beberapa minit
kemudian Halida datang ke tempat Syafikah.
“Syaf, bos ada dalam?” Tanya Halida. Syafikah melihat
jam ditangannya pukul 10.00 pagi.
“Cik Lia tidak masuk lagi.” Jawab Syafikah.
“Cuti ke?”
“Tidak pastilah aku, kau nak jumpa dia ke?” Balas
Syafikah.
“Yalah, ada tender baru ni.” Kata Halida
“Nanti aku tanya dulu, aku pun tidak tahu dia di mana
sekarang.” Jawab Syafikah. Halida beredar dari situ menyambung kerjanya. Syafikah
kehairanan bertanya diri sendiri, “Mana Lia ni, kenapa tidak masuk lagi.” Dia
mengangkat ganggang telefon didepannya lalu menghubungi Alia. Telefon Alia
berdering.
Dengan suara perlahan Syafikah mendengar telefon
dijawab “Hello”
“Lia, kau kat mana ni, tidak masuk office ke hari
ini?” Soal Syafikah selaku PAnya.
“Rumahlah, aku tengah tidur kenapa?, aku ada
oppoinment ke hari ini? Balasnya.
“Kau tidur lewat ke semalam, kenapa Lia? Kau fikir
apa?” Soal Syafikah sedikit risau tentang sahabatnya itu.
“Fikir apanya. Aku kerja semalam semak akaun sampai
pukul 4.00pagi. Aku masuk lewat, kenapa? kalau ada appointment hari ini cancel
dulu aku penat. Oklah aku nak tidur kejap.” Jawabnya kemudian terus meletakkan
telefonnya. Syafikah terkedu diletaknya telefon kemudian memeruskan kerjanya.
Alia Nasuha bersiap untuk ke pejabat dipandang jam
Dunhillnya 12.35tengah hari. Namun niatnya untuk ke pejabat dibatalkan. Dia
membawa kereta Hyundai sonatanya ke Sepang untuk melawat tapak projek
apartment.
Amsya berhenti dari membuat kerja-kerja di atas
mejanya. Dia memerhati kalendar di atas meja diperhati tarikh perkahwinannya,
tarikh puasa dua minggu lagi. Dia mencari tarikh yang sesuai untuk kursus
kahwin dan membuat medical check-up, kad kahwin mesti siap dalam masa dua
minggu, baju akad nikah, barang-barang hantaran, catering dan lain-lain
persiapan mesti disiapkan lebih awal.
Sedang asyik dia mencatit barang-barang yang hendak
dibeli dan perkara yang hendak dibuat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi pangilan
dari Tengku Umairah.
“Hello” Jawab Amsya.
“Hello sayang, abang di mana?” Balas Tengku Umairah.
“Pejabat, kenapa?” Tanya Amsya.
“Ingat out station lagi, Umairah nak jumpa abang
rindu…birthday Umairah abang tidak sambut lagi, kita jumpa petang nanti lepas office
hour.” Pinta Tengku Umairah dengan
manja. Bisik hati Amsya “Alamak macam mana aku nak buat, petang ini nak ke
rumah ummi.”
“Sayang, petang ini tidak boleh, tadi ummi telefon
suruh balik ada hal katanya.” Balas Amsya.
“Alah, kita jumpa dulu lepas itu abang balik ke Bangi,
kalau tak Umairah pergi Bangi jumpa abang di sana. Boleh?” Pujuk Tengku
Umairah. Mengeluh Amsya mendengarnya. Difikirnya lagi.
“Aduh macam mana ni? kalau aku tolak…Umairah pasti akan
ke sana, kacau. Kalau aku keluar dengan dia, aku akan lambat sampai pasti ummi
marah pula.”
“Ok, sayang kita jumpa petang ini tapi tidak boleh
lama, sayang mahu jumpa abang di mana?” Balas Amsya.
“Alah, ingatkan nak sambut birthday Mairah bersama candle
light malam ini. Boleh ya abang?” Rayu Tengku Umairah lagi.
“Sayang kalau nak buat candle light kita buat
malam esok, abang tempah hotel dulu baru best. Boleh tak?” Pujuk Amsya.
“Betul abang nak tempah hotel sambut birthday sayang
dengan candle light?” Ulang Tengku Umairah.
“Betullah kita jumpa malam esok ya sayang.” Pujuknya
lagi.
“Baiklah, tapi abang jangan tipu, jangan mungkir janji
tau.” Balas Tengku Umairah dengan ugutan..
“Ya sayang, bye.”Amsya memutuskan taliannya dia melepaskan keluhannya. “Huhhh…”
Alia Nasuha
sampai di tapak projeknya di Sepang, dia memerhati kerja-kerja yang sedang
dijalankan. Selesai lawatannya dia terus ke Bangi rumah Puan Anis. Memandangkan
dia tidak masuk pejabat pada hari itu dia telah menghubungi Syafikah.
“Hello, Cik Lia.” Jawab syafikah apabila melihat skrin
telefon bimbitnya dihubungi oleh Alia.
“Syaf, aku tidak masuk office hari ini.” Tegasnya
“Kenapa? Kau ada rumah lagi ke?” Soal Syafikah.
“Tak, aku baru balik dari tapak projek Sepang. Lepas
ini aku nak terus ke rumah Puan Anis.” Terang Alia.
“Esok kau masuk office kan? Temujanji kau dengan
company secretary esok pukul sepuluh pagi.” Balas Syafikah.
“Ok, esok aku masuk. Bye”. Alia mengakhiri
perbualannya.
Sebelum ke rumah Puan Anis Alia telah singgah di
gedung kain Jakel, dia memilih kain untuk akad nikah dan majlis khatam Al-quran
dan tahlil pada sebelah malam. Dia telah memilih kain warna gold satin untuk
akad nikah dan kain warna putih satin untuk dipakai sebelah malam. Selepas itu
dia ke pasar membeli sedikit barang untuk dimasak di rumah Puan Anis, sesudah
itu dia terus ke rumah Puan Anis.
Memandangkan Alia sampai di rumah Puan Anis pukul
empat petang lebih awal dari janjinya dengan perunding perkahwinan dia akan
menyediakan masakan. Sampai sahaja Puan Anis menyambutnya.
“Awal Lia sampai, Lia tidak kerja ke hari ini?.” Sapa
Puan Anis, senyum memandang Alia.
“Lia ada kerja luar tadi lepas itu Lia minta balik
awal. Ini Lia ada beli sedikit lauk, ummi sudah masak ke?” Balas Alia. Sambil
meletakkan barang yang dibelinya tadi di atas kerusi ruang tamu.
“Belum, Lia nak masak ke?” Soal Puan Anis,
“Iyalah, kita masak sama-sama ya ummi?” Balas Alia.
Sambil menuju ke dapur.
“Boleh, Lia nak masak apa?” Soal Puan Anis manja.
“Nasi ayam.” Jawabnya sepatah.
“Ini masakan kesukaan Amsya.” Kata Puan Anis. Alia
menoleh kepada Puan Anis, dia tersenyum.
“Iya ke ummi.
Pukul berapa ummi janji dengan perunding perkahwinan? Soal Alia sambil
merenung Puan Anis.
“Pukul enam.” Jawab Puan Anis.
“Sempat lagilah kita masak. Tadi Lia pergi beli kain
untuk akad nikah dan majlis malam. Ummi rasa sempat tak kalau nak jahit baju?
Atau pun kita beli yang sudah siap.” Kata Alia.
“Sempat rasanya nanti ummi tanya kawan ummi, kalau dia
kata tidak sempat kita beli yang siap sahajalah. Mana kain yang Lia beli?”
Balas Puan Anis.
“Ada, nanti Lia ambil.”Alia menuju ke ruang tamu untuk
mengambil plastik yang berisi kain yang
dibelinya tadi kemudian kembali semula ke dapur dan memberikannya kepada Puan
Anis. Dia terus ke sink untuk membasuh ayam dan barang yang dibelinya untuk
memasak nasi ayam.
“Cantiknya kain yang Lia beli ni.” Puji Puan Anis.
“Yang gold tu, Lia nak pakai untuk akad nikah dan yang
putih untuk majlis malam. Sepasang dengan baju En.Amsya. Sempat tak ummi nak
buat baju melayu, kebaya untuk majlis akad nikah dan baju kebaya kebarung untuk
malam.” Jelas Alia.
“Nantilah kita bincang dengan perunding.” Balas Puan
Anis.
Mereka memasak bersama-sama sebelum orang yang
dijanjikan sampai. Lebih kurang 5.50petang mereka siap menyediakan masakan
untuk makan malam. Alia meminta izin Puan Anis untuk sembahyang asar. Dia naik
ke atas untuk ke bilik Puan Anis.
Pukul 6.00petang Amsya sampai bersama motor Ducatinya.
Dilihatnya kereta Hyundai Sonata dihalaman, berkerut dahinya.Bisik hatinya “
Itu kereta Syafikah, Lia sudah sampai ke? Pinjam kereta syafikahlah tu nak
bergaya betul dia ni.”
Amsya masuk ke dalam rumah, dia terbau bau nasi ayam
kegemarannya. Terus ke dapur mendapatkan umminya.
“Assalamuaikum. Ummi masak nasi ayam?.” Sapanya sambil
memeluk umminya dari belakang dan mencium pipi emak kesayangannya itu. Sambil
matanya mencari kelibat Alia. Salamnya dibalas oleh Puan Anis yang sedang
membuat air sirap.
“Iyalah tadi Lia sampai awal dia beli barang-barang
untuk buat nasi ayam. Lia yang buat semua ini.” Balas Puan Anis.
“Lia sudah sampai ke? Mana dia?” Tanya Amsya.
“Ada, baru jer naik sembahyang asar. Ini dia ada beli
kain untuk Am buat baju melayu.” Kata Puan Anis sambil memberi kain kepada
Amsya.
“Cantiknya, Lia beli sendiri?” Soal Amsya lagi.
“Iya, Am sudah bincang dengan dia ke? nak pakai baju
warna apa untuk akad nikah dan malam itu?” Tanya Puan Anis. Amsya terjerat
disitu dia tidak menjawab persoalan umminya, hanya mengukir senyuman.
Mereka berdua mendengar deruan engine kereta diluar
rumahnya. Puan Anis dan Amsya terus ke ruang tamu rumahnya. Terdengar salam
diberi, mereka menyambut salam itu lalu menyuruh tetamu yang baru sampai
dijemput dalam rumah. Alia baru turun dari tingkat atas melihat kedatangan
perunding perkahwinan yang merupakan kawan baik Puan Anis. Amsya memandang Alia
sedang menuruni tangga dengan perasaan yang mendebarkan dan satu perasaan halus
didalam hatinya setiap kali melihat Alia.
Mereka semua duduk diruang tamu untuk membincangkan
majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada hari raya ke enam dirumah
Puan Anis. Memilih baju untuk majlis menyambut menantu, kad kahwin dan makanan
semuanya diurus oleh perunding perkahwinan. Tersenyum manis perunding pada Alia
melihat badan Alia yang cantik tinggi macam model sambil mengambil ukuran badan
Alia.
“Ok, Kak Anis, Lia dan Amsya nanti dalam dua minggu
lagi saya hubungi kamu berdua ke butik saya untuk mencuba baju yang saya jahit
ini. Dan kain ini saya ambil untuk dijahit.” Kata En. Roza yang merupakan
Perunding perkahwinan dengan suara lembut mengalahkan perempuan.
“Kad kahwin bila boleh siap, kalau boleh siapkan
sebelum puasa sebab kami mahu edarkannya nanti tidak sempat pula.” Pinta Amsya.
“Boleh, dalam tiga hari lagi siap, kita buat cepat
untuk Puan Anis, jangan risau. Satu lagi Puan Anis bagitahu mahu buat gubahan
untuk hantaran, barang-barang semua sudah beli ke?” Tanya Perunding En. Roza.
“Belum lagi En.Roza, nanti saya beli lepas itu saya
akan hantar pada En.Roza.” Jawab Amsya. Alia hanya diam hanya senyum sahaja
apabila En.Roza memandang ke arahnya.
“Nama Aliakan? Lia ni cantik tau nanti saya jahit baju
yang paling cantik untuk Lia, Biar En.Amsya terpegum dengan Lia selepas ini.
Kata En.Roza membuatkan Alia terkejut dan tersengih-sengih. Amsya pula apa lagi
melekat sahaja matanya kearah Alia.
Selepas semua perbincangan mereka siap. En Roza
meminta diri untuk pulang, hampir dua jam mereka berunding. Alia, Puan Anis dan
Amsya ke bilik masing-masing untuk solat maghrib. Selepas itu mereka turun
semula untuk makan malam, sambil menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan
oleh Alia, mereka berbual-bual.
“Sedap nasi ayam, pandai Lia buat” Puji Amsya. Sambil
memandang Alia. Alia tidak menjawab, apabila Amsya memandangnya dia menjuih bibirnya
ke arah Amsya. Amsya tersenyum. Hati Alia berkata “Aku masak bukan untuk kau.
Aku tidak perlu pujian kau,En. Amsya. Aku nak ambil hati ummi.”
Tanya Amsya lagi. “Mana kereta Lia?” Mendengar
pertanyaan itu Alia berfikir sejenak kerana dia tidak membawa kereta Syafikah
hari ini datang ke rumah Puan Anis.
“Ohhh…Kereta rosak masuk workshop.” Jawabnya pantas.
Belum sempat Amsya bertanya pertanyaan seterusnya, Puan Anis terlebih dahulu
bertanya.
“Rosak apa?” Dengan pantas Lia menjawab.
“Bearing bunyi.”
“Lepas kahwin nanti tukar saja kereta baru. Nanti Am
beli, bolehkan Am?” Pinta Puan Anis pada anaknya.
“Boleh, Lia nak apa pun boleh cakap saja.” Balas Amsya
sambil sengih pada Alia.
“Ha, Lia dengar tu, nanti Lia bagitahu kereta apa Lia
mahu.” Kata Puan Anis. Alia hanya tersenyum malas nak layan.
“Lia, abang sudah ambil tarikh kursus perkahwinan pada
hari khamis ini, Lia ambil cuti satu hari nanti kita pergi sama-sama.” Amsya
memberitahunya. Terkejut Alia.
“Ha…cepatnya kenapa tidak bincang dulu?” Soal Alia.
“Tak apalah, tidak sempat tadi nak bincang dengan Lia.
Bila saya telefon pejabat Agama Islam
kursus diadakan pada hari khamis ini.” Balas Amsya, membuatkan Alia terpaksa
juga mengikutnya. Cadangnya dia tidak mahu pergi dengan Amsya.
Selepas sahaja makan, Alia meminta diri untuk pulang. Ketika
dia keluar dari rumah Puan Anis ditengoknya kasut yang dipakai oleh Amsya saiz9.
Amsya turun menghantarnya hingga ke kereta. Dia memanggil Alia.
“Lia, bila kita boleh pergi beli barang hantaran?”
Tanya Amsya apabila sampai dikereta Alia.
“Tidak tahu lagi En.Amsya, nantilah saya bagitahu.”
Jawabnya.
“Esok boleh?” Pinta Amsya. Alia sudah menunjukkan
bosannya dengan Amsya, dilihatnya Amsya didepan tanpa berkelip dengan mukanya
yang masam. Dia menjawab.
“En.Amsya, esok saya sibuklah.”
“Habis tu bila?” Tanya Amsya dengan kecewa.
“Nantilah En.Amsya. Bila free saya bagitahulah, saya
tidak senang sekarang lagi pun malaslah saya nak keluar banyak kerja. Saya
balik dululah En.Amsya” Balas Alia menolak ajakkan Amsya. Amsya mengeluh.
Alia terus masuk ke dalam keretanya kemudian
meninggalkan halaman rumah Puan Anis. Amsya melihat kereta yang dipandu Alia
keluar dari perkarangan rumahnya. Amsya menolog luaran.
“Susah juga si Lia ni nak ajak keluar.” Kemudia dia
terus masuk ke rumahnya.