Selesai solat maghrib Alia dan Puan Anis keluar bilik
terus turun ke tingkat bawah. Amsya sudah siap menunggu mereka di ruang tamu.
Dia memandang Alia dengan penuh minat
cantik pakaian Alia malam itu walaupun simple berbaju t-shirt pink lengan
panjang dan seluar jeans putih mengenakan tudung wajahnya disapu bedak nipis
menampakkan nature wajah ayunya itu. Hatinya bersuara.
“Patutlah ummi cakap Lia ni cantik, memang cantik”
“Amsya sudah siap?” soal si ibu apabila tiba ditangga
terakhir sambil melihat Amsya di sofa.
“Sudah ummi” Jawabnya sambil matanya melirik kearah
Alia. Alia perasan yang Amsya sedang memandangnya dibalas dengan pandangan
bersahaja.
“Ummi, kita pergi dua buah kereta. Ummi follow Lia”
Pinta Alia sambil memegang bahu Puan Anis. Amsya mendengarnya lalu mencapai
kunci kereta Toyota Camry milik umminya, berlalu menuju ke keretanya. Dia
mengikuti jejak kereta Alia. Alia membawa keretanya menuju ke tempat yang
dijanjikan dengan teman-temannya di restoran Ana ikan bakar di Bangi.
Lebih kurang lima belas minit perjalanan ke restoran
ikan bakar yang terletak di bangi kereta Myvi yang dipandu Alia memasuki
kawasan parking, seorang penjaga parking menyuruhnya parking di depan restoran
dan kereta Amysa di parking selang dua buah kereta dari kereta Alia. Mereka turun
menuju masuk ke restoran, Alia mencari tempat yang memuatkan enam orang tempat
duduk dia memilih meja nombor sepuluh berhadapan parking kereta.
“Ummi mahu makan ikan apa untuk dibakar? Soalnya pada
Puan Anis.
“Ummi makan apa saja yang Lia order, ummi tidak
kisah.”
“Mana kawan-kawan Lia?
“Dalam perjalanan, kejap lagi sampailah tu” Jawab Alia
dengan senyum memandang Puan Anis.
“Ummi pernah makan di sini?”
“Tidak pernah, siapalah mahu bawa ummi makan, Amsya
selalu sibuk”. Jawab Puan Anis memberi satu sindiran kepada Amsya.
“En.Amsya mahu makan apa?” Tanya Alia sambil memandang
Amsya membisu mungkin terasa dengan sindiran ibunya.
“Apa yang istimewa dekat sini?” Soal Amsya.
“Ikan bakar petai, sotong, udang, ketam boleh pilih
fresh lagi” Jawabnya sambil menujuk tempat di mana bahan-bahan mentah tadi.
“Ummi tunggu dulu, Lia pergi pilih lauk” Katanya pada
Puan Anis. Alia bangun diikut oleh Amsya mengekori Alia memilih lauk.Amsya
melihat Alia mengambil bekas untuk mengisi lauk yang dipilih. Dia menghampiri
Alia.
“Cik Lia cadang nak makan lauk apa?” Soalnya yang
berada disisi Alia sambil memerhati lauk yang ada sesekejap matanya melirik
kearah Alia.
“Ikan siakap bakar masak petai, udang masak mentega,
sotong masak merah, boleh? Pernah makan ke?. Sambil memandang Amsya
disebelahnya.
“Boleh aje saya semua makan” Jawab Amsya memerhati
gerak geri Alia. Alia memilih dua ekor ikan siakap, enam ekor sotong dan dua
belas udang. semua lauk itu dibawanya ke kaunter pesanan dia membuat pesanan
Amsya disebelahnya hanya mendengar apa yang dipesan oleh Alia kepada pekerja
restoran itu.
Selepas membuat pesanan mereka kembali ke meja. Mereka
mengambil tempat Alia duduk disebelah Puan Anis manakala Amsya mengambil tempat
dihadapan Alia. Diperhatinya Alia sesekali dia mengalihkan pandangannya kearah
lain, risau nanti umminya perasan. Seorang pelayan datang ke meja mereka mengambil
pesanan untuk minuman. Alia memesan minuman untuk teman-temannya sekali dan
menambah sedikit lauk. Alia memandang kehadapan tersenyum melambai tangan
kearah teman-temannya. Amsya melihat Alia tersenyum dia memalingkan kepalanya
melihat tiga orang gadis menuju kearah mereka.
“Hi Lia sudah lama sampai?” Sapa Mimi.
“Tidaklah lama sangat makanan pun tidak sampai lagi.”
Jawabnya.
Alia memperkenalkan mereka semua kepada Puan Anis dan
Amsya. Farhana, Syafikah dan Mimi bersalam dengan Puan Anis kemudian mereka
mengambil tempat tiga kerusi dihadapan Alia. Amsya bangun beralihkan ke satu
kerusi depan meja sebelah umminya mengadap kearah kiri dan kanan. Selesai
mengambil tempat masing-masing Amsya memerhatikan mereka berempat satu persatu
matanya memandang gadis dihadapannya. Dia melihat Syafikah hatinya bersuara.
“Inilah teman Alia baru ni, cantik juga. Tapi Alia
lagi sedap tengok manis pula tu, tidak puas aku pandang dia”.
Puan Anis memerhati mereka semua sepi tanpa bicara
mungkin malu dengan Amsya. Dia memulakan bicara.
“Kamu semua tinggal serumah ke?”
“Ya ummi” Jawab Alia.
“Satu tempat kerja?”
“Tak, Syafikah kerja satu office dengan Lia. Syafikah ini
bos Lia, Farhana kerja bank dan Mimi pula kerja dibahagian kewangan prensit 2.”
“Oh,,patutlah Lia cakap bos Lia baik, rupanya Syafikah
bos Lia” Puji Puan Anis pada Syafikah itu yang dikatakan oleh Alia pada Puan
Anis. Hana dan Mimi berpaling kearah Syafikah kemudian kearah Alia. Tidak
terkata apa-apa, mereka berdua sudah menerima pesanan dari Syafikah dalam
kereta tadi jangan cakap apa-apa tentang Alia. Tiba-tiba Hana bersuara,
“Lia kau sudah order?”
“Semua aku sudah order, minum sekali” Jawabnya
bersahaja.
“En.Amsya kerja di mana?” Soal Mimi sambil memandang
kearah Amsya sambil membisik sesuatu ke telinga Syafikah dan Farhana. “Kacaklah
En.Amsya, cair aku” Farhana tersenyum dengan kata-kata Mimi manakala Syafikah
menyiku Mimi memberi syarat supaya Mimi diam.
“Saya kerja Oil & Gas dengan Petronas” Jawab
Amsya.
“Di KL ke?” Soal Syafikah.
“Ya.” Jawabnya sepatah. Syafikah memerhati Amsya
hatinya berbisik “Aku pernah tengok dia ni tapi dimana, familia sangat”
Amsya yang sibuk dengan telafon bimbitnya membaca whatsApp.
Dia perasan yang kawan-kawan Alia sedang memerhatikan dia. Hatinya berkata
“Yang tiga ni asyik pandang aku, yang sorang lagi tidak tengok pula aku.Aduh!”
“Lia pesan apa tadi” Tanya Puan Anis. Apabila pelayan
menghantar nasi ke meja mereka.
“Ikan siakap bakar masak petai. Ummi makan tak?
“Makan” Jawab Puan Anis. Sambil mereka berbual dan
menunggu pesanan tiba-tiba telefon Alia berbunyi. Alia mengeluarkan telefon
bimbitnya dari dalam bag lalu melihat di skrin tertera nama neneknya “Tok Wan”
dia menjawab panggilan itu.
“Asslamualaikum, apa khabar?” Soalnya pada Tok Wan
“Walaikummussalam, sihat. Lia macam mana tidak rindu
Tok Wan dan Aki ke?” Soal Si nenek.
“Apa pula tidak, rinduuuuu sangat”Jawab Alia.
Percakapannya itu didengar oleh mereka semua. Mata Amsya melirik kearah Alia
sedang bercakap hatinya berkata “Kekasih dia ke telefon, rindu-rindu
lagi”. Syafikah terperasan sesekali
Amsya asyik melirik kearah Alia, dia tersenyum.
“Kalau rindu kenapa tidak telefon Tok wan”
Jawab Alia dengan suara yang manja “Tak sempatlah nak
telefon sibuk sangat”
“Lia, Tok Wan telefon ni mahu bagitahu Pak long kamu
ada datang merisik kamu. Kalau kamu tidak ada orang lagi dia nak pinang kamu
dengan Faris. Macam mana?”
Tiba-tiba sahaja muka Alia berubah menjadi masam mencuka
terpancar diwajah ayunya itu tidak senang dengan apa yang Tok wan nya cakap.
Hatinya sudah marah dan sedikit sebak. Dia menjawab pertanyaan Tok Wannya itu
dengan sayu, sedih dan sebak.
“Tok Wan tidak sayang Lia kan?” Alia menyoal neneknya
sejerus mendengar kata-kata Tok Wannya tentang lamaran Faris. Dia memejam mata sedikit air matanya menitis.
Semua yang ada disitu memandang Alia dengan seribu pertanyaan kenapa tiba-tiba
Alia menanggis.
Alia perasan percakapannya didengari dia lalu bangun
dari situ mencari tempat yang jauh sedikit untuk berbual dengan neneknya.
Syafikah sekali lagi perasan yang Amsya asyik memandang jauh kearah Alia yang
sedang berbual dengan neneknya itu.
Makanan yang dipesan mereka sampai satu persatu.
Beberapa minit selepas itu Alia datang kembali ke meja dia mengambil tempat
duduknya. Semua terdiam memandang Alia. Puan Anis memandang Alia dengan satu
senyuman bertanya.
“Siapa telefon Lia? Lia tidak apa-apa ke?”
“Tok Wan Lia dari kampung. Lia oklah tidak ada apalah
ummi, jangan risau ye” Jawabnya memujuk Puan Anis supaya Puan Anis tidak
bertanyakannya apa-apa lagi. Dia memandang kearah teman-teman yang lain
kemudian matanya berhenti kearah Syafikah. Syafikah memberi isyarat mengangkat
sedikit kepala bertanya sesuatu. Alia menggeleng kepala kearah Syafikah. Amsya
yang asyik memerhati pergerakkan mereka berkerut kening mungkin ada sesuatu bisik
hati Amsya. Lia melihat semua pesanannya sudah terhidang.
“Jomlah makan, apa tengok lagi. Makan ummi”.Pelawanya.
Dia pula sudah hilang selera untuk makan apabila mengingati kata-kata Tok
Wannya.
“Jika benar apa yang dicakap oleh Faris Lia sudah ada
kekasih suruh kekasih Lia masuk pinang kalau tidak dalam masa dua minggu Tok
Wan terpaksa terima pinangan Faris”. Ini membuatkan seleranya hilang serta
merta. Puan Anis perasan yang Alia sedang mengelamun dipanggilnya Alia dua kali
tapi Alia tidak mendengarnya. Sehinggalah Syafikah yang ada dihadapannya
memanggil dia dengan kuat.
“Liaaaa” tersentak Alia mendengar namanya dipanggil
dengan kuat. Dia memandang Syafikah lalu mengangkat kepala bertanyakan sesuatu.
Syafikah menjawab.
“Puan Anis panggil tu” Alia memandang Puan Anis dengan
senyum. Puan Anis bertanya padanya.
“Kenapa Lia tidak makan? Ada masalah ke?”
“Nak makanlah ni” Jawabnya. Alia Nasuha mengambil
beberapa lauk kepinggannya lalu menikmati makanan itu. Mereka semua makan
dengan penuh berselera. Tiba-tiba Syafikah bersuara.
“En.Amsya selalu out station ke?”
“Tidak juga” Jawabnya sambil mengangkat kepala
memandang si bertanya.
“Berapa umur En.Amsya?” Tanya Mimi pula
“28” Jawabnya sepatah. Hatinya bersuara “Aku tunggu si
Alia bertanya, yang lain pula bertanya. Si Lia ni tidak ada mulut ke nak
bercakap dengan aku? Pandang pun tak. Tidak handsome ke aku ni?” Gelaknya
sendiri sesekali melirik kearah Alia. Amsya cuba mencuri perhatian Alia.
“Cik Alia nama penuh apa?” Tanyanya. Namun pertanyaan
itu tidak dijawab mungkin tidak didengari oleh Alia yang sedang makan. Puan
Anis berpaling ke arah Alia disebelahnya asyik menjamah lauk dalam pinggannya.
Semua yang ada disitu melihat Alia Nasuha yang diam tidak menjawab persoalan
Amsya. Amsya pula memerhatikan Alia dengan pandangan yang tajam dan penuh
minat.
Puan Anis memanggil Alia. Alia terkejut lalu berpaling
kearah Puan Anis. Puan Anis mengulangi pertanyaan Amsya.
“Amsya tanya tu nama penuh Alia” Alia memandang Amsya
kemudian memandang tiga orang sahabatnya itu. Dia menelan air liur kemudian
menjawab.
“Alia Nasuha binti Mohd Helmi”. Amsya yang
mendengarnya mengangguk. Diulanginya Nama Alia. Sekali lagi dia bertanya.
“Nama mak Alia?” Sambil merenung kearah Alia.
“Zakiah” Jawabnya sepatah. Kali ini dia memandang ke
arah Amsya. Apa lagi tersenyumlah jejaka itu.
“Mak Alia asal dari mana?” Soal Puan Anis. Selama dia
kenal dengan Alia tidak pernah dia menanyakan tentang keluarga Alia. Risau Alia
tersinggung.
“Mak Lia orang Melaka” Jawabnya memandang Puan Anis
disebelahnya dengan senyum.
“Sama ayah Amsya pun orang Melaka juga.” Balas Puan
Anis
“Suami Puan kerja apa?” Soal Syafikah.
“Askar. Tapi ayah Amsya sudah tidak ada meninggal tiga
tahun yang lalu” Jawab Puan Anis sedit sebak.
“Sakit apa?” Tanya Mimi sambil matanya memandang
Amsya. Belum sempat Puan Anis menjawab Amsya terlebih dahulu memberi jawapan.
“Sakit jantung, darah tinggi.”
Mereka terdiam seketika apabila mendengar penjelasan
Amsya tidak mahu keadaan bertukar hiba dan sedih.
Selesai sahaja makan Alia bangun ke kaunter bayaran.
Puan Anis memandang Amsya lalu bersuara.
“Am pergilah bayar, tidak manis Lia belanja kita?”.
Amsya tersenyum terus bangun ke kaunter bayaran. Casher sedang mengira, apabila
diberitahu harganya Amsya terus menghalang Alia dari membayarnya.
“Cik Alia tidak mengapa biar saya yang bayar”
“Tidak apa En.Amsya simpan saja duit en.Amsya tu, saya
bayar.” Jawab Alia dengan keras. Berkerut dahi Amsya mendengar suara keras
Alia. Dia menghulurkan wang kertas dua ratus ringgit kearah jurujual. Selesai
membayar Alia terus ke meja dan mengajak mereka semua balik.
Mereka bangun menuju ke tempat letak kereta, Amsya
melihat kereta yang dipandu oleh Syafikah Hyundai Sonata warna silver. Dia
kenal kereta itu. Itulah kereta yang dijumpanya tempoh hari dia melihat nombor
plate WA 8189 A. Dia melihat Alia bersalam dengan umminya, kemudian Alia menuju
ke kereta Myvi milik Syafikah, mereka semua terus beredar dari situ.