Petang itu Alia sibuk
mengemas barang-barang untuk pulang esok, dia melipat semua kain baju Amsya
untuk dimasukkan ke dalam bag. Sedang dia mengemas, Amsya masuk untuk mandi dan
solat maghrib. Alia bertanya kepada Amsya.
“En.Amsya, baju mana awak
mahu pakai untuk pulang esok?” Amsya mendekati Alia yang sedang melipat kain
baju, dia menunjukkan baju t-shirt merah dan seluar jeans pada Alia sambil
memerhati Alia. Amsya sedikit mengeluh, ditenungnya wajah Alia, sehari suntuk
dia tidak bercakap dengan Alia. Alia banyak mengelak darinya, banyak sungguh
yang dia tidak tahu tentang gadis didepannya yang kini sudah bergelar isteri.
Semakin hari mengenali Alia
Nasuha semakin cinta dan kasihnya dia pada Alia. Banyak juga keistimewaan yang
ada pada Alia terserlah satu persatu. Tapi satu memungkirkan hatinya kenapa
perwatakkan dan sikap Alia sering kali berubah. Apa yang ada dalam hati Alia,
dia sendiri pun tidak tahu dan belum faham. Terfikir Amsya sendirian macam mana
dia mahu ambil hati Alia dan membuatkan Alia jatuh cinta dengannya.
Amsya mencapai tuala lalu ke
bilik air untuk mandi selepas itu di kembali semula ke bilik untuk bersolat
maghrib. Alia keluar mengambil wuduk untuk solat maghrib. Amsya yang baru
selesai sembahyang memerhati Alia. Dia menunggu Alia selesai solat untuk
bertanyakan sesuatu. Selesai sahaja solat Alia memandang Amsya yang asyik tengok
pada dia. Amsya senyum pada Alia.
“Lia ada masalah ke?” Tanya
Amsya tiba-tiba membuatkan Alia sedikit terkejut dan gelisah dengan pertanyaan
itu. Tapi dia tidak boleh tunjuk dia ada masalah. Dengan sikap poyonya dia
menjawab.
“Tidak ada apalah En.Amsya,
saya tidak ada masalah pun. Tidak payah nak consolesangat pasal saya.
Yang bermasalah sekarang awak bukan saya.” Balas Alia bermasam muka. Terguris
juga hati Amsya mendengarnya memang sukar untuk memahami hati Alia.
“Kenapa cakap macam tu pada
abang, abang cuba faham Lia.” Kata Amsya memujuk.
“Tidak payah faham. Kita
tidak ada apa-apa pun. Jomlah keluar makan mereka tunggu kita tu.” Jawab Alia mengelak
dari diterus ditanya Amsya. Dia lalu bangun keluar dari biliknya, Amsya mengikut
hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Alia.
Mereka semua menikmati makan
malam bersama-sama, mak su, pak su dan anaknya Fatihah juga ada bersama.
Fatihah mempunyai seorang anak berusia 4 bulan. Zana adik Faris juga ada bersama mereka. Amsya
melihat anak Fatihah yang comel itu merengek-rengek minta disusukan.
“Ini anak Fatihah, Lelaki
atau perempuan?” Tanya Amsya.
“Lelaki.” Jawab Fatihah
sambil mendukung anaknya itu yang sedang menanggis untuk disusukan. Dia keluar
ke ruang tamu untuk menyusu anaknya. Selepas semua sudah makan mereka berkumpul
pula di ruang tamu berbual-bual dengan Puan Anis. Alia duduk bersama-sama
sepupunya didepan barang-barang hantaran. Aki dan anak memantunya serta Arshraf
juga ada di situ sambil menonton. Manakala Amsya masuk ke bilik untuk solat
isyak.
Terdengar sebuah kereta
mematikan enjin depan rumah mereka. Faris keluar lalu naik ke rumah akinya.
Faris memberi salam. Salamnya di jawab oleh semua yang ada di situ.
Tegur akinya. “Ha, Faris
mana mak dan ayah kamu?”
“Ada di rumah tidak datang,
sudah ajak tadi katanya penat dia kirim salam saja.”
“Waalaikummusalam” Jawab
akinya.
Faris duduk di kerusi
sebelah Pak Su nya, dia memerhati Alia sambil anak matanya mencari kelibat
suami Alia. Tidak ada di situ. Alia menjeling ke arah Faris benci benar rasanya
pada Faris tapi apa boleh buat ini rumah orang tuanya juga. Teringat Alia
dengan peristiwa pagi tadi. Amsya selesai sembahyang keluar untuk bersama yang
lain. Apabila dia keluar sahaja, dilihatnya Faris ada bersama sedang memerhati
Alia. Amsya terus mendapatkan Alia, dia duduk disisi Alia dengan rapat
tangannya merangkul pinggang Alia. Alia tergaman dengan tindakan Amsya, Alia
tahu mungkin ini satu lakonan Amsya kerana orang tua mereka ada dan Faris juga
ada bersama.
Fatihah dan Zana melihat
Amsya memeluk kakak sepupunya itu. Tersengih-sengih. Tiba-tiba Fatihah
bersuara.
“Along dengan abang Amsya
memang sepadan sangat, sama cantik. Tengok abang Amsya kacak lagi. untung kak
Lia.” Semua yang ada disitu mendengar pujian dari Fatihah. Amsya dan Alia
tersenyum manis. Puan Anis yang sedang berbual dengan Rosnah, adik bongsu
papanya juga tersenyum bangga dengan pujian itu. Orang tua mereka berbincang
tentang majlis ke rumah Puan Anis pada hari lusa.
“Abang Amsya cantiklah
hantaran ini, mesti mahalkan? Semua barangan berjenama. Fatihah, kau tengok apa
abang Amsya bagi pada Along. Kain sembahyang cantikkan, bag dan kasut Bonia
lagi, tengok minyak wangi ni Chanel…wow jenama mahal ni…yang ini tentu
lima, enam ratus betul tak abang Amsya?. Ini pula pencuci muka SK II satu set
lagi, kalau tidak ada satu ribu memang tidak sahlah harga SK II. Patutlah kak
Lia cantik sangat wajah dia. Sedapkan kahwin dengan orang ada duit ini.” Puji
Zana pula.
Terkejut Amsya mendengar
pujian itu, dia melihat semua barang-barang hantaran, tidak pernah dia tengok
apa yang dibeli oleh Alia, sama ada barang hantaran untuk dia atau pun untuk
Alia. Kali ini Amsya melihat barang-barang yang dikatakan oleh Zana. Kemudian
dia beralih pula melihat hantaran yang diterimanya dari Alia. Memang benar apa
yang dikatakan oleh Zana semua barang itu berjenama.
Bisik hatinya “Tinggi juga
taste Alia. Kata beli barang murah saja” Amsya berpaling pada Alia
disebelahnya. Alia buat muka selamba.
Kali ini Fatihah pula
berkata.
“Kau tengok ni Zana,
hantaran untuk abang Amsya….wow. Kasut, baju, jam tangan semua jenama Dunhill.
Tengok minyak wangi Dunhill London, hebat. Bestkan dua-dua kerja ada duit
bolehlah beli. Kita masa kahwin dulu barang biasa sahaja.”
“Tidak baiklah Fatihah cakap
macam itu, dengar pada Masri kecil hati dia. Tidak payah nak banding-banding
tidak baik.” Tegur Alia pada sepupunya itu.
“Zana nak kahwin nak cari
orang kaya jugalah, senang hidup kita nanti.” Kata Zana. Semua yang ada di situ
mendengar perbualan mereka. Terkejut juga Amsya melihat semua barang hantaran
yang dibeli oleh Alia.
Faris yang ada disitu
menjeling-jeling ke arah Alia. Amsya perasan dengan jelingan Faris terhadap
isterinya dengan wajah yang begitu masam nampak marah dan cemburu. Amsya memandang Alia yang
ada disisinya. Satu ucapan terkeluar dari mulut Amsya.
“Terima kasih
sayang.” Satu cium singgah dipipi Alia membuatkan Alia terkejut dan tergaman.
Fatihah dan Zana yang ada didepan mereka tersengih-sengih.
“Jelousenya
abang Amsya. Romantik lagi.” Kata Zana.
Bisik hati Alia
sambil mengigit bibirnya. “Eh! Mamat ni mengada-gada, lebih-lebihlah pulak.”
“Kalau kau nak
kahwin jerlah Zana.” Kata Arshraf yang memerhati mereka dari tadi.
Soal hati
Arshraf “Kenapa Amsya buat begitu pada along? Dia berlakon ke?”
“Nantilah habis
belajar dulu, nak kerja besar juga baru ada orang macam abang Amsya yang sudi
pada Zana.” Jawab Zana. Aki mereka melihat Faris yang diam dari tadi sedang
memerhati Alia bertanya.
“Ha, Faris kamu
bila lagi nak kahwin.”
“Nak kahwin apa
lagi, kekasih sudah dikebas orang.” Jawab Faris selamba.
“Tidak payah nak
berangan lagi bang, kak Lia sudah kahwin pun. Abang tu kaki perempuan kak Lia
mana yang nak. Tidak sesuai pun dengan abang.” Kata Zana menaikan darah Faris.
“Eh, Zana jaga
sikit mulut kaut.” Jawab Faris marah. Amsya mendengarnya, benarlah tekaannya
Faris ada hati dengan Alia. Patutlah marah sangat dia tadi kerana Alia
menolaknya.
“Tidak ada jodoh
cari sahaja yang lain ramai lagi perempuan, lagi pun kamu berduakan sepupu, dah
macam adik beradik.” Balas akinya. Arshraf mendengarnya gembira dengan tamparan
yang diterima Faris. Benci benar dia melihat Faris di situ.
“Fatihah mana
baby?” Tanya Alia.
“Ada, tidur
dalam bilik Arshraf.” Jawab Fatihah, terdengar anaknya menjerit sudah terjaga.
“Alah…baru jer
cakap sudah bangun.”Kata Fatihah lagi lalu bangun bergegas mendapatkan anaknya
itu. Beberapa minit selepas itu dia keluar bersama babynya.
“Fatihah bawa
sini baby.” Minta Alia. Fatihah menyerahkan babynya pada Alia. Alia meriba dan
membelai bayi itu dengan mesra. Amsya melihat dan mencium bayi Fatihah yang
diriba Alia. Berpandangan manis mereka berdua sambil membelai bayi comel itu.
“Fatihah, berapa
umur baby? nama apa?” Soal Amsya. Sambil mengagah-agah baby itu.
“Empat bulan,
nama dia Rayyan.” Jawab Fatihah. Amsya melihat baby comel itu dalam ribaan
Alia, cantiknya Alia memegang baby dia mengeluarkan handsetnya.
“Fatihah, tolong
tangkap gambar kami bertiga.” Arah Amsya sambil memberi handsetnya pada
Fatihah. Amsya membetulkan rambut Alia yang panjang dan ikal, dia meleraikan sangkul
kepala Alia dan membiarkan rambut Alia yang cantik panjang paras dada itu
dilepaskan.
“En.Amsya buat
apa?” Tanya Alia perlahan sambil tersenyum.
“Kejaplah abang
nak betulkan rambut sayang.” Jawab Amsya sambil mengalikkan semua sambut Alia
kesebelah kanan Alia kemudian membetulkan rambut depan pula.
“Ha, macam ni
baru cantik, Fatihah cepat ambil gambar.” Kata Amsya dan mengarah Fatihah
menangkap gambar mereka. Amsya merapatkan wajahnya ke muka Alia sambil
tangannya merangkul pinggang Alia dan tangan kirinya mengusap kepala baby.
Semua yang ada disitu memandang pada mereka.
“Along senyumlah
sikit, pandang sini…ha macam itu, baru cantik.” Arah Fatihah, dia mengambil
gambar mereka bertiga. Selepas sahaja
bergambar, baby itu merengek-rengek dan meronta-ronta minta diangkat.
“Mari abang
pegang dia.”Pinta Amsya.
“Pandai ke Am
pegang baby?” Soal Umminya, Puan Anis. Amsya tersengih.
“Ha, tidak
pandai pegang baby nanti jatuhkan.” Balas Alia manja.
“Kalau nak
pandai, along kenalah cepat dapat baby. Abang Amsya tidak sabar nak baby tu.”
Sapa Zana. Amsya tersenyum mengoda sambil mengangkat kening pada Alia.
“Ini kena tanya
kakak Lia, boleh sayang?” Kata Amsya sambil bertanya memandang tepat pada anak
mata Alia. Alia tersengih menjuih bibir
malu merah mukanya. Dia mencubit lengan Amsya, membuatkan Amsya menjerit.
“Aduhhhh…sakitlah
sayang.” Balas Amsya, tergelak. Semua yang ada disitu melihat gelagat mereka
berdua.
“Mengadu apa
pula tu Am?” Tanya Tak wan.
“Ini ha…ketam
dah menyegat.” Jawab Amsya berseloroh. Sambil memberikan baby Rayyan pada Alia.
“Kenapa, isyarat
masuk bilik ke?” Soal Aki pula kali ini, membuatkan semua yang ada di situ
ketawakan mereka. Alia mengigit bibir dan memandang tajam pada Amsya. Amsya
membalas pandangn itu dengan senyum melerek pada Alia menambahkan geram Alia
melihatnya. Alia mengacip gigi tanda geram…heee…
“Ok, marilah
kita masuk tidur.” Amsya cuba mengajak Alia, hati Amsya kegelian. Dia gelak
ketawa dengan kuat.
“Ha. Lia, Am
sudah ajak masuk bilik tu.” Balas Mak Tim di sebelahnya.
“Alah…Mak Tim,
En.Amsya bergurau sajalah.” Balas Alia dengan suara merajuk. Menyerahkan Rayyan
pada Fatihah.
“Lia, jangan
panggil Encik. Panggil abang.” Jawab Puan Anis. Alia menutup muka malu. Amsya
memdekatkan mukanya ke telinga Alia.
“Kantoi…hihihi,
kata pandai berlakon. Kan sudah kena.” Kata Amsya. Alia memukul-mukul manja
lengan Amsya membuatkan Amsya memegang erat tangannya.
“Sakitlah
sayang, kuatnya pukul abang.” Jerit Amsya. Arshraf asyik memerhati abang
iparnya teringat dia dengan kata-kata kakaknya tadi.
“Tipulah mana sakit?” Tanya
Alia manja.
“Ni hah sakit.” Jawab Amsya
sambil menunjuk dadanya. Dia kemudian mengangkat tangan Alia dan menciumnya.
Semakin kuat Amsya merangkul pinggang Alia. Satu perasaan aneh dapat Alia
rasakan apabila berada dipelukkan Amsya. Dia membisikkan sesuatu pada Amsya.
“Jangan ambil kesempatan.”
Kata Lia sambil tersengih. Amsya menoleh mengangkat kening.
“Along, esok along balik
dengan adik ke? Nak bertolak pukul berapa?” Tanya Arshraf. Belum sempat Alia
menjawab Amsya terlebih dahulu bersuara.
“Akak balik dengan Abang.
Esok pukul 8.00 pagi abang bertolak. Nak sampai awal banyak lagi kerja yang
perlu dibuat di rumah.” Tidak dapat Alia menidahkannya, dia akur.
“Kalau begitu, wan dan aki jerlah naik kereta
adik. Paksu, maksu, Fatihah dan Zana nak ikut siapa?” Tanya Arshraf.
“Fatihah kena tanya abang
Masri dulu.” Jawab Fatihah.
“Arshraf nak bertolak pukul
berapa?” Tanya Mak Usu nya.”
“Dalam pukul 10, sepuluh
setengah macam itulah.” Jawab Arshraf. Maksunya melihat jam sudah pukul 11.15
malam sudah lewat.
“Jomlah abahnya, Fatihah
kita balik dulu sudah lewat malam ni. Mereka nak masuk tidur pula esok nak berjalan
jauh lagi. Kesian pengantin baru sudah mengantuk.” Kata Rosnah menyindir sambil
mengenakan Alia.
“Mak su, apa ni.” Jerit Alia
senyum. Amsya tergelak melihat Alia.
“Jomlah sayang kita masuk.
Abang mengantuk ni.” Ajak Amsya. Dia bangun menarik tangan Alia. Alia turut
bangun, pinggangnya dirangkul oleh Amsya. Faris melihat dengan sinis. Asmya
menjeling kepada Faris. Dia tahu Faris sakit hati melihatnya.
“Ummi, wan, Mak
Tim, Mak su…Lia masuk bilik dulu.” Kata Alia.
“Pergilah Lia,
ummi pun nak masuk tidur juga.” Balas Puan Anis.
“Mak Su pun sama dah nak
balik.” Jawab Rosnah.
“Terima kasih semua.” Ucap
Amsya. Mereka berdua beredar dari situ ke bilik tidur.
Sampai sahaja
dalam bilik, Alia terus menolak tangan Amsya dipinggangnya.
“Pandai sungguh
berlakon.” Kata Alia bermasam muka. Amsya tersengih.
“Mana ada abang
berlakon. Lia tu ha yang berlakon.” Balas Amsya. Alia merebahkan dirinya di
atas katil mengantuk juga rasanya dia.
“Sudah solat ke
belum sayang?” Soal Amsya. Alia memaling muka pada Amsya, tersengih.
“Belum, nak
pergi sembahyanglah ni.” Jawab Alia dia bangun mencapai tuala lalu keluar
menuju ke bilik air. Beberapa minti kemudian dia kembali menunaikan solat
isyak, selesai sahaja bersolat dia menarik bantal di atas katil dan
meletakkannya di bawah. Amsya melihatnya.
“Kenapa pula
tidur bawah?” Soal Amsya.
“Iyalah, awak tu
bukan boleh percaya, tidak jujur.” Jawab Alia menjeling pada Amsya. Amsya
tersenyum.
“Oklah, kali ini
abang jujur dengan Lia. Mari tidur atas. Abang janji.” Pujuk Amsya.
“Betul ni, awak
jujur?” Soal Alia meminta kepastian.
“Betullah mari
sini.” Ajak Amsya mengoda. Alia naik ke atas katil, belum sempat dia merebahkan
badannya. Amsya sekali lagi memanggilnya. Alia duduk bersila depan Amsya.
“Apa.” Jawab
Alia. Tangan Amsya bermain-main rambut Alia dengan mengoda. Alia melihat
dahinya berkerut.
“Nak cium Lia
sikit.” Pinta Amsya. Alia menjengkelkan matanya pada Amsya.
“Tidak boleh,
tadi depan orang dah cium, dah peluk. Dah tidak payah nak mengada-gada. Lagi
pun saya bukan hak awak.” Balas Alia.
“Habis tu hak
siapa? Hak Faris. Kenapa Lia tidak kahwin saja dengan dia.Abang tahu Faris
sukakan Lia kan?” Balas Amsya, membuatkan hati Alia bergelora dan mengelegak
marah. Teringat dia sikap Faris padanya. Geram dengan kata-kata Amsya, mukanya
sudah mula merah. Dengan marahnya Alia menjawab.
“En.Amsya, untuk
pengetahuan awak. Saya ni, mati hidup balik sekalipun tidak akan kahwin dengan
Faris tu. Sama juga dengan awak hipokrit, pentingkan diri sendiri, ambil
kesempatan atas kelemahan orang perempuan.” Jerkahnya. Airmata Alia kini sudah
mula nampak dimata. Terkejut Amsya mendengarnya.
“Apa pula kaitan dengan
saya?” Tanya Amsya kehairanan.
“Iyalah, saya kahwin dengan
awak bukan atas dasar cinta mencintai tapi…” Alia memberhentikan kata-katanya
tidak mampu untuk meneruskannya. Dia turun dari katil keluar dari biliknya.
Berlindangan airmatanya, dilihat semua orang orang sudah tidur. Dia menuju ke
bilik air yang mempunyai telaga. Dia duduk dilantai simen dan menyandarkan
dirinya didinding dia merapatkan kedua-dua lututnya kedada kemudian meletakkan
tangan di atas lutut dan mukanya memekup di atas lengannya.
Amsya terdiam menutup
matanya menarik nafas melihat kelakuan Alia. Sekali lagi sikap Alia berubah.
Dia tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Alia. Dia membaringkan tubuhnya, matanya dipejamkan. Difikirnya sendiri “Macam
mana aku mahu ambil hati Alia? Macam mana kalau aku bagitahu dia yang aku
memang cintakan dia, boleh ke dia terima aku. Betul ke Alia pegang pada janji?
Boleh ke dia tunaikan janjinya pujuk ummi dan satukan aku dengan Tengku Umairah? Sekarang mas kahwin
pun tidak diambil, cincin kahwin ada dengan aku, hantaran semua dia yang beli.
Aku bukan dia pandang pun.”
Alia merenung nasibnya kini
di bilik air. “Ya Allah, betul ke apa yang aku lakukan sekarang ini, berdosakah
aku dengan suami, tapi dia bukan suami yang mencintai aku dan aku tidak
cintakan dia, aku tidak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku mesti jauhkan diri
dari Amsya selepas ini…Papa, mama maafkan Lia sekali lagi. Amsya tidak boleh
tahu Lia kahwin dengannya untuk melarikan diri dari Faris. Kenapa Faris masih
mengejar aku, apa dia nak dari aku. Papa, mama tahukan yang Lia suka dan
cintakan Zafrul tapi kenapa Zafrul tidak cintakan Lia. Papa, mama…Lia belum
dapat mencari siapa dalang disebalik kematian papa jika apa yang dikatakan oleh
Inspektor Azlan itu benar. Ya Allah tolonglah aku selesaikan semua masalah
ini.”
Amsya terjaga dari tidurnya
dia melihat Alia tidak ada disebelahnya, dia melihat jam 2.30pagi. Lalu dia bangun
melihat sekeliling biliknya, juga tidak ada. Dia keluar mencari Alia diruang
tamu, dengan sinaran lampu samar-samar tidak juga kelihatan Alia di semua
ruang. Bisik hatinya “Mana Lia ni?” Dia menuju ke dapur dilihatnya lampu bilik
air menyala, dia menghampirinya. Dia cuba menolak pintu namun berkunci. “Mungkin
Lia ada di dalam” Fikirnya.
Amsya mengetuk dan memanggil
Alia beberapa kali dengan perlahan takut yang lain terjaga. Terperanjat Alia
mendengar namanya di panggil, dia sendiri tidak tahu bila dia terlelap di situ,
lalu bangun membuka pintu. Apabila pintu dibuka Amsya terus bertanya.
“Lia. Lia ok?” tanya Amsya. Tapi tidak dijawab oleh Alia. Alia
masuk ke bilik air satu lagi dia membasuh mukanya. Amsya menunggunya di luar,
dengan jelas dia nampak mata Alia merah. Dia tahu Alia menanggis. Alia keluar
didapati Amsya masih berada disitu dia tidak memperdulikan Amsya terus sahaja
dia melangkah dari situ ke biliknya. Amsya mengekorinya dari belakang. Alia
masuk ke bilik terus merebahkan dirinya ke katil dan tidur. Amsya
memerhatikannya. Dia menutup lampu, kemudian ke katil dipeluknya Alia dari
belakang dan membisikkan ke telinga Alia.
“Abang minta maaf, kalau
kata-kata abang tadi menyingung perasan Lia. Abang peluk saja.” Kata Amsya.
Alia mendengarnya tidak menjawab apa-apa, dia membiarkan sahaja Amsya
memeluknya dari belakang, malas dia menghalang dan bertengkar dengan Amsya
pagi-pagi begini.