Selepas
bersiar-siar dan mengambil angin pada petang itu mereka kembali ke bilik. Mereka
berehat sambil menonton berita TV3. Tiba-tiba Alia menerima pangilan dari
Tengku Badri yang mengajaknya keluar makan malam itu di café hotel. Pada mulanya
Alia menolak tetapi apabila Tengku Badri memberitahu ada perkara yang perlu
dibincangkan tentang projek yang akan diusahakan, Alia terpaksa akur dengan
ajakkan Tengku Badri namun dia tidak pergi berseorangan, Syafikah bersamanya.
“Ummi, Lia dan
Syafikah nak keluar pergi jumpa Tengku Badri sekejap. Ummi nak ikut sekali
tak?” Minta izin dan ajak Alia pada umminya sambil memegang tangan. Puan Anis
menarik nafas dan melepasnya perlahan.
“Lia dan
Syafikah pergilah, ummi penat berjalan tadi. Ummi nak rehat. Lia nak jumpa
Tengku Badri dah minta izin abang?” Balas Puan Anis dengan lembut. Alia
mengeleng.
“Kena minta izin
juga ke ummi? Lia sudah bagitahu ummi, lagipun Lia pergi urusan kerja.” Balas
Alia bersahaja. Puan Anis tersenyum lagi, hatinya kurang sedang untuk melepas
Alia keluar malam itu tapi difikirkan kerja dia terpaksa izinkan.
“Bagitahu abang
sepatah.” Arahnya pada menantu kesayangan. Alia mengangguk akur dengan arahan
ibu mertuanya.
Alia menghala ke
balkoni dalam biliknya terpaksa jugalah Alia menghubungi Amsya untuk meminta
izin keluar. Panggilan Alia dijawab Amsya.
“Hello” Jawab
Amsya. Tersengih sendirian apabila menerima panggilan dari kekasih hati.
“Hello, en.Amsya
saya nak minta izin keluar dengan client saya ada perkara hendak dibincangkan.”
Pinta Alia selamba.
“Bila? Lelaki
atau perempuan?Syafikah ikut sekali?” Soal Amsya, mengeluh kecil.
“Sekaranglah,
lelaki Tengku Badri. Syaf teman Lia.” Jawab Alia bersahaja. Amsya mendengarnya
berfikir sejenak.
“Pergilah tapi
jangan lama.” Terpaksa juga Amsya mengizinkan Alia walaupun hatinya tidak
senang Alia keluar dengan lelaki lain.
“Thanks,
En.Amsya. bye.” Alia memutuskan perbualannya.
Dia masuk semula
setelah selesai berbual dengan Amsya. Dia menghampiri Puan Anis yang sedang
berehat di atas katil.
“Ummi, abang Am
dah izinkan. Kami pergi dulu ya, kalau ummi bosan duduk dalam bilik ni, ummi
turun bawah. Lia ada di café.” Kata Alia, dia bersalam dan mencium ibu
mertuanya.
Alia Nasuha dan
syafikah kemudian terus turun ke bawah, sampai sahaja di lobi hotel Tengku
Badri sudah pun menunggu mereka, dengan senyum manis menyambut kedatangan Alia.
Renungan tajam
kewajah ayu Alia membuatkan hati Alia berdebar dan merasakan ada sesuatu
perkara lain yang ingin diperkatakan oleh Tengku Badri.
“Alia, apa kata
kita berbual di café sambil makan dan minum. Jom Syaf.” Ajak Tengku Badri
dengan sopan. Alia dan Syafikah mengangguk serentak lalu mengikut Tengku Badri
ke café hotel. Sampai sahaja di café Tengku Badri menarik kerusi mempelawa Alia
duduk, Alia menganggukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih. Mereka
sama-sama duduk, Tengku Badri berada disebelah Alia dimana Syafikah berada
didepan Alia.
“Alia, maafkan
saya. Sebenarnya…” Tengku Badri berhenti seketika. Berdebar hati Alia mendengar
tutur kata Tengku Badri. Tengku Badri menyambung kata-katanya.
“Sebenarnya…pasal
projek tu saya serahkan pada kebijaksanaan Alia cadangkan concepts hotel dan
chalet yang sesuai untuk kami. Saya ajak Alia malam ini untuk mengenal Alia
lebih dekat. Dengan kata lain saya nak kita jadi kawan bukan setakat client
sahaja. Boleh?” Terang Tengku Badri dengan jelas dan berterus terang pada Alia.
Alia sekadar mengangguk kepala tanda setuju dan tersenyum manis begitu juga
Syafikah yang ada didepannya. Sudah dia duga tekaannya tidak salah.
“Alia pernah
bercinta sebelum ini?” Tanya Tengku Badri lagi sambil berpaling pada Alia
disebelahnya. Alia membalas pandangan pada Tengku Badri, tersenyum.
Puan Anis merasa
kurang senang hati dia teringatkan Alia, tergerak hatinya untuk melihat Alia
dicafe bersama Tengku Badri. Dia mencapai tudung lalu turun ke lobi hotel.
Alia menjawab
persoalan yang ditanya Tengku Badri.
“Tipulah kalau
Lia kata tak pernah bercinta. Lia pernah bercinta tapi terputus ditengah
jalan.” Jawab Alia bersopan.
“Ada juga lelaki
yang tinggalkan gadis sebaik dan secantik Lia. Mungkin lelaki itu bodohkan?”
Kata Tengku Badri memberi pujian mengoda pada Alia. Alia tersenyum manis sambil
mengeleng kepala.
Puan Anis
menghala ke café hotel dia nampak jelas Tengku Badri sebelahan Alia asyik
merenung tajam pada Alia. Nampak jelas mereka sedang mesra teringat dia akan
anaknya Amsya.
“Tengku tentu
ramai kekasihkan? Saya tidak hairanlah jejaka kacak macam Tengku,siapa yang
tidak tersangkut.” Puji Alia mereka ketawa bersama.
“Ada tu adalah
tapi tidak semudah itu untuk kita jadikan teman hidup. Saya pernah berkahwin
dan mempunyai seorang anak berusia satu tahun. Tapi isteri saya meninggal
selepas melahirkan anak kami.” Jelas Tengku Badri dengan sayu, Alia dan
Syafikah berpandangan sedih mendengar cerita Tengku Badri. Alia merenung Tengku
Badri dalam-dalam kasihan atas pemergian isterinya, terdiam Tengku Badri
sejenak, rauk wajahnya jelas nampak sedih.
“Tengku. Tengku
okey ke?” Tanya Alia faham dengan situasi Tengku Badri. Tengku Badri melihat
wajah Alia dan tersenyum mengangguk.
“Saya okey. Tak
perlu risau, saya redha dengan pemergiannya, Allah lebih sayangkan dia.” Kata
Tengku Badri dengan sayu.
Puan Anis
mengeluh panjang dia menghala ke ruang lobi hotel menelefon Amsya. Talian
memanggil. Amsya yang sedang berehat sambil menonton melihat skrin telefon
bimbitnya pangilan dari umminya lalu dijawabnya.
“Hello ummi. Ada
apa ni? Lia sudah balik?” Tanya Amsya.
“Am. Ummi tahu dan
sudah ada jawapan kenapa hati Am risau sangat pada Alia.” Kata Umminya
membuatkan Amsya berkerut kening dan berdebar mendengarnya.
“Kenapa ummi apa
berlaku pada Alia?” Tanya Amsya dengan cepat dan cemas. Puan Anis sekali lagi
menarik nafas panjang.
“Am, betul ke Am
sayangkan Alia. Adakah Alia kahwin dengan Am kerana cinta?” Soal Puan Anis. Amsya
tersentuh hati mendengarnya terasa sebak. Tertelan liur Amsya mendengar
pertanyaan ibunya.
“Kenapa ummi? Am
menang cinta dan sayang dia. Kenapa ummi tanya macamtu?” Tanya Amsya hatinya semakin
berdebar-debar.
“Ummi ada dilobi
hotel, ummi tengok Alia dan Tengku Badri. Handsomenya Tengku Badri, Am. Ummi
tak rasa mereka berbincang tentang projek. Ummi tengok Tengku Badri minat
sangat pada Alia asyik tenung Lia saja.” Jelas umminya naluri seorang ibu dapat
dirasainya.
“Ummi… jangan
risau Am tahulah, ummi pun tahukan menantu ummi cantik siapa tak terpikat. Am
tahulah apa nak buat. Ummi pergi masuk bilik rehat dulu. Lia baik dia tahu jaga
diri. Nanti Am telefon dia suruh dia masuk bilik.” Kata Amsya cuba menenangkan
umminya.
“Baiklah Am
sudah kata macamtu. Ummi naik dulu. Bye” Balas Puan Anis memutuskan perbualan,
dia terus naik ke biliknya.
Sedang asyik
Alia dan Tengku Badri berbual dan mengenal antara satu sama lain. Alia menerima
panggilan dari Amsya. Tanpa diduga Alia tersengih sendirian, dia berpaling pada
Tengku Badri.
“Tengku, saya jawab
telefon sekejap.” Minta Alia, Tengku Badri mengangguk. Alia bangun meninggalkan
mereka seketika. Dia menjawab pangilan dari Amsya.
“Hello, sayangku
Amsya nak apa?” Jawab Alia tersengih, dia tahu Amsya sengaja mahu kacau dia.
“Ada mana? Dah
habis bincang? Malam-malam ini abang tak rasalah bincang pasal projek. Tidak
pun bincang pasal projek perasaan, hati, jiwa raga tak gitu?” Kata Amsya cuba
serkap Alia.
“Mana tahu?”
Soal Alia selamba.
“Instinct” Jawab
Amsya sepatah.
“Elehhh…instinct”
Balas Alia bersahaja.
“Betulkan? Tak
payah nak tipu, instinct suami tak salah.” Jawab Amsya dengan gelak ketawanya.
“Dah, tak payah
nak berasmaradana dengan si Tengku tu malam-malam. Pergi masuk bilik sekarang,
tidur. Esok nak driver lagi. Kesian ummi tinggal dia sorang-sorang… Lia dengar
cakap abang. Lima minit abang bagi masa untuk Lia naik ke bilik. Kalau tak Lia
berdosa dengan abang.” Arah Amsya dengan tegas.
“Mana cukup lima
minit nak bercakap, nak berjalan lagi. Lima belas minit.” Minta Alia.
“Sepuluh minit.
Cepat sikit. Kalau Lia tak ada dalam bilik dalam masa sepuluh minit, tahulah
apa abang nak buat.” Arah dan ugut Amsya kali ini suaranya agak keras mendesak.
Alia mendengarnya bermasam muka sempat dia menjawab sebelum memutuskan talian.
“Macamlah kita
ni hak dia.” Kata Alia, lalu memutuskan talian. Amsya dengar apa yang dikata
Alia.
Dia tersengih
dan berkata sendirian. “Kau memang hak aku Alia Nasuha.”
Selepas sahaja
berbual dengan Amsya cepat-cepat Alia menghala ke mejanya semula. Lalu duduk
tersenyum memandang Tengku Badri. Alia mengatur kata-kata dengan sopan.
“Tengku, rasanya
kita break disini dulu, Lia dah menggantuklah penat pun ada esok nak drive
lagi. Kita jumpa lagi lain kali. Maaf ya Tengku. Kami beredar dulu.” Tengku
Badri faham apa dikata Alia, dia tidak menghalang Alia, dia mengangguk.
“Baiklah kita
jumpa lain kali. Hati-hati esok bawa kereta. Terima kasih kerana sudi keluar
dengan saya.” Balas Tengku Badri. Alia dan Syafikah juga mengangguk dan senyum
pada Tengku Badri sebelum meninggalkannya disitu.
Alia menarik
tangan Syafikah sambil melangkah dengan cepat. Kelam kabut Syafikah dibuatnya.
“Lia, kau ni
kenapa? perlahanlah sikit.” Pinta Syafikah sambil menarik tangan Alia.
“Cepatlah, nanti
Amsya marah aku, dia bagi sepuluh minit untuk aku sampai ke bilik.” Jawab Alia
sambil menekan butang lif. Tercengang Syafikah mendengarnya tanpa bersuara
hanya mengikut arahan.
Sampai sahaja
dalam bilik Alia dan Syafikah termengah-mengah keletihan berlari. Sempat dia
sampai dalam masa sepuluh minit. Puan Anis melihat gelagat dua gadis didepannya
itu, berkerut mukanya.
“Ni kenapa,
macam kena kejar hantu je?.” Tanya Puan Anis. Dengan suara yang lelah Alia
menjawab.
“Tak ada apalah
ummi, masa yang diberi sudah tamat. Ini semua kerja abang Am.” Puan Anis
tersengih-sengih. Tiba-tiba telefonnya berbunyi dengan pantas dia menjawab
pangilan dari anaknya itu.
“Hello Am.”
Mendengar Puan Anis menyebut nama Amsya dia terus berpaling dan tersenyum pada
umminya.
“Ummi, isteri Am
sudah balik?” Tanya Amsya selamba.
“Sudah baru
sampai, nak cakap ke? Penat tu berlari.” Jawab Puan Anis, sedikit tergelak
dengan gelagat anak menantunya.
“Tak apalah
ummi, pergilah tidur. Suruh Lia tidur sekali. Kirim salam pada dia.” Kata Amsya
lalu panggilan diputuskan.
Sehari selepas
pulang dari Johor seperti biasa Alia ke pejabat pada pagi itu dengan begitu
ceria. Tidak sabar rasanya dia ingin memberitahu pekerjanya tentang projek yang
diperolehi. Satu lagi projek mega yang perlu dia dan pekerja-pekerjanya siapkan
dalam masa satu bulan bagi menyediakan concepts dan proposed.
Sampai sahaja
Alia Nasuha dipejabatnya pada pagi itu dia telah mengadakan mesyuarat dengan
staff HH Holding bagi penyediaan kertas kerja dan cadangan pada projek
terbarunya. Alia memulakan mesyuarat dengan salam dan bacaan Al-Fatihah.
“Syukur
alhamdudilah…sekali lagi syarikat kita diberi kepercayaan untuk mengendalikan
satu projek mega di Johor Baharu dan client kita bukan calang-calang orang.
Mereka orang kenamaan dan kerabat di raja Johor.” Jelas Alia Nasuha.
“Cik Lia, projek
apa yang akan kita buat?” Tanya Farah sambil berpaling pada Zaiman dan Halim disebelahnya.
“Projek hotel
dan chalet. Ini gran tanah seluas sepuluh ekar. Saya akan keluarkan satu konsep
sebagaimana yang dikehendaki client kita kemudian saya mahukan anda semua
memberi idea dan pandangan. Jika sebelum ini konsep hotel Tok Bali dan
apartment Sepang adalah rekabentuk saya sendiri tapi ianya banyak dibantu oleh
papa saya En.Hilmi. Jadi kali ini saya mengharapkan kerjasama dari kamu semua
untuk menjayakan projek ini.” Terang Alia pada pekerja-pekerjanya.
“Cik Lia, boleh
saya tunjukkan lokasi disekitar tapak projek?”
Pinta Syafikah.
“Baik Syaf, sila
buka projector dan tunjukkan pada mereka.” Ujar Alia. Syafikah memasang
projector dan menerangkan persekitaran projek yang akan dibangunkan. Selepas
Syafikah memberi sedikit penerangan tentang lokasi, Alia menyambung.
“Okey, kita
diberi masa satu bulan untuk siapkan konsep, pelan, 3D, board casting dan
costing. Jadi terpaksalah kamu semua kerja lebih masa.” Kata Alia memandang
semua staff-staffnya.
“Bila kita akan
mula Cik Alia?” Tanya Zaiman.
“Kita mula pada hari
isnin. Cuti dua hari ni, saya akan siapkan sketch design… Okey kita berhenti di
sini dulu.” Balas Alia mengakhiri mesyuaratnya. Dia bangun terus ke biliknya.
Dia memasang laptop kemudian membuka internet mencari sedikit maklumat tentang
projek yang akan dia buat.
Sedang asyik
Alia membuat kerja-kerjanya tiba-tiba pintu biliknya di ketuk, dari dalam Alia
menyahutnya. Pintu biliknya dibuka Alia mengangkat
mukanya apabila mendengar tapak kasut orang lelaki. Terkejut Alia apabila
Zafrul terpacak didepannya. Bisik hatinya “Kenapa Syaf tidak bagitahu aku
Zafrul datang.”
“Encik
Zafrul…sila duduk.” Pelawa Alia berdebar jantung apabila lelaki dicintainya
berada didepan mata.
Tersenyum manis
Zafrul melihat gadis cantik didepannya.
“Kusyuknya buat
kerja. Buat apa tu?” tanya Zafrul ralik melihat Alia. Alia tidak menjawab
soalan dari Zafrul sebalik dia bertanyakan Zafrul.
“Abang dari mana
ni? Kenapa tak bagitahu nak datang?”
Alia membalas pandangan Zafrul. Kemudian menoleh jam tangannya pukul
12.00 tengah hari.
“Dari projek
Sepang. Abang nak buat surprise pada Lia. Jom kita keluar.” Balas Zafrul.
“Surprise konon,
kalau datang Lia tidak ada macam mana?”Tanya Alia dengan manja. Zafrul
tersengih.
“Abang dah call
assistant Lia, nak datang cuma pesan jangan bagitahu Lia.” Balas Zafrul.
“Abang macam
mana dengan Kak Sara okey ke?” Tanya Alia.
“Tak payah tanya
pasal dia, jom kita pergi makan abang belanja. Cepat pukul satu abang nak pergi
zolat jumaat pula.” Ajak Zafrul dengan keras. Alia memandang Zafrul didepannya
serba salah Alia untuk keluar dengan Zafrul. Berat rasa hatinya apabila
mengingati pesanan dan kata-kata Sara padanya. Alia mengeluh kecil.
“Tak payah nak
mengeluh. Jom.” Kata Zafrul sekali lagi dia mengajak dan menarik tangan Alia.
Tergaman Alia, apabila Zafrul menyentuhnya. Cepat-cepat dia menarik tangannya
dari Zafrul.
Zafrul
tersengih. Alia bangun terpaksa juga dia menemani Zafrul makan tengah hari pada
hari itu.
Sedang mereka
menikmati makan tengah hari, telefon bimbit Alia dihubugi suaminya Amsya. Alia
melihat skirn, dia mengangkat muka memandang Zafrul yang sedang menyuap nasi ke
mulut. Alia menjawab panggilan Amsya.
“Hello.” Jawab
Alia.
“Hello, buat apa
tu? Sibuk ke?” Tanya Amsya.
“Tak, sedang
makan.” Jawab Alia. Amsya menoleh jam tangannya 12.30 tengah hari.
“Cepatnya lunch
dengan siapa? Syafikah ke?” Tanya Amsya. Zafrul melihat Alia didepannya dan
bersuara.
“Lia, cakap
dengan siapa tu, cepatlah makan abang nak pergi solat pula.” Kata Zafrul, Amsya
mendengar kata-kata itu, terdiam dia apabila mendengar suara lelaki. Alia
menjawab pertanyaan Amsya.
“Lia makan
dengan kawan. Nanti Lia telefon balik.bye.” Alia memutuskan talian. Terdiam dan
mengeluh Amsya apabila panggilannya diputuskan begitu sahaja. Terguris hatinya,
dia berkata sendirian “Lia keluar dengan siapa? Kenapa dia tidak bagitahu dan
minta izin aku. Dia menang tidak anggap aku suaminya.” Sebak hati Amsya
memikirkan cinta Alia. Bisik hatinya lagi. “ini tidak boleh jadi, aku mesti
ambil hati Alia. Aku tidak boleh mengalah dan berputus asa, sekarang dia sudah
jadi isteri aku. Aku tidak akan lepas Alia.” Amsya menarik nafas lega apabila
memberi semangat pada diri sendiri.
Sambil menikmati
makanan didepannya Alia terfikir sendirian. “Alamak hari ini Amsya akan pulang.
Aku kena layan dia ke? Macam mana aku nak elak dari dia? Tak boleh jadi ni, apa
aku nak buat.”
“Lia, esok kita
keluar.” Ajak Zafrul mengejutkan lamunan Alia.
“Hah…keluar?
Pergi mana?” Tanya Alia dengan terkejut.
“Jalan-jalanlah.
Esok pagi abang ambil Lia dirumah.” Ajak Zafrul bersungguh-sungguh. Cepat Alia
menjawabnya.
“Maaf bang esok
memang tak boleh, Lia janji nak balik Puchong ada perkara nak bincang dengan
pak Majid.”
“kalau macam itu
senang lagi. Abang pergi rumah Lia di Puchong lagipun dah lama sangat abang tak
jumpa pak Majid dan Mak Tim.” Kata Zafrul membuatkan Alia tersedak dia
terbatuk-batuk.
“Ahh,Ahh,Ahh.
bang kita jumpa lain kali, esok memang Lia tak boleh jumpa abang. Minta maaf
banyak-banyak,” Balas Alia bersungguh-sungguh cuba mengelak dari zafrul. Zafrul
memerhati Alia dengan tajam.
“Kenapa, Lia
saja lari dari abang?. Cari elah? Takut kak Sara tahu?” Tanya Zafrul menguji
Alia.
“Tak abang, Lia
betul ada kerja.” Jawab Alia dengan perlahan minta belas kasihan tidak mahu
Zafrul terhidu statusnya sekarang.
“Okeylah kalau
macam itu. Nampaknya Lia memang nak lari dari abang. Lia tidak macam dulu lagi.
Mama sentiasa tanya Lia. Abang ingat nak bawa Lia ke rumah jumpa mama. Nak buat
surprise untuk harijadi mama.” Kata Zafrul membuatkan hati Alia terusik
teringat dia akan Puan Suhaila mamanya Zafrul. Terdiam Alia bisik hatinya “Aku
sudah terikat, aku isteri orang sekarang. Apa perlu aku bagitahu Zafrul?” Alia
mengeleng kepalanya.
Zafrul melihat
jam tangannya, sudah pukul satu tengah hari.
“Lia abang pergi
masjid dulu. Kalau Lia berubah hati bagitahu abang.” Kata Zafrul lalu bangun
meninggalkan Alia sendirian.Serba salah Alia dibuatnya. Alia memejam mata
menahan sebak.
Alia menghubungi
Syafikah mereka berjanji jumpa di Alamanda. Alia sampai terlebih dahulu, dia
menunggu Syafikah dipintu masuk utama. Lima minit menunggu Syafikah sampai.
“Lia, kau nak ke
mana ni? Kau keluar Zafrul kan? mana dia?” Soal Syafikah.
“Solat jumaat.
Jom teman aku beli barang.” Ajak Alia sambil menarik tangan Syafikah.
“Kau nak beli
apa?” Tanya Syafikah sambil berjalan.
“Aku nak beli
hadiah pada mama Zafrul.Tapi aku tak tahu macam mana nak lepaskan diri dengan
Amsya esok.”
“Kau nak pergi
rumah Zafrul esok?” Tanya Syafikah terkejut. Alia mengangguk kepala.
“Kau ada idea?”
Tanya Alia minta pendapat. Syafikah membisikkan sesuatu pada telinga Alia. Alia
tergelak dengan cadangan Syafikah, sambil mengangguk kepala.
“Baik aku
setuju.” Balas Alia. Dengan hati yang gembira Alia pergi mencari hadiah untuk
Puan Suhaila.