Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 13

Amsya memecut kereta Toyota Camry milik Puan Anis terus ke rumahnya di Bangi. Dia memandu sambil mendengar lagu yang dimainkan oleh DJ Radio Era, tiba-tiba Puan Anis bersuara.

“Am Macam mana? Apa pendapat Am tentang Alia lepas kenal Alia?”

“Macam mana apa ummi?Soalnya kembali

“Ummi berkenan dengan budak Alia tu. Kalau Am suka pada dia ummi mahu masuk pinang dia untuk Am. Apa pendapat Am?”

“Ummi. Lia tu memang cantik, mungkin dia sudah ada kekasih” Jawab Amsya cuba menguji umminya.

“Ummi ada tanya dia, katanya dia tidak ada kekasih.”

“Betul ke ummi. Tadi Am tengok dia bercakap dengan siapa kenapa tiba-tiba dia menanggis?” Soal Amsya mengorek rahsia kalau-kalau umminya tahu tentang Alia.

“Tadi tu nenek dia telefon. Dia menanggis mungkin nenek dia bercakap pasal ibubapanya yang baru meninggal dua bulan yang lepas”.

“Kenapa?”

“Katanya kemalangan. Kalau Am suka pada Alia cubalah tanya-tanya dia. Tenang, sejuk hati ummi kalau Am boleh kahwin dengan dia bolehlah dia jaga ummi kalau Am tidak ada. Tidak perlu Am nak risau pada ummi lagi”. Jawab Puan Anis memujuk anak terunanya itu.

“Jadi Lia anak yatim piatulah ? Nantilah Am try tanya dia. Ummi ada nombor telefon diakan? Nanti ummi bagi pada Am”. Balas Amsya. Terus menekan minyak kereta hingga ke rumahnya.

Sesampai sahaja Alia dan teman-temannya yang lain dirumahnya, semua merebahkan diri disofa dibukanya TV mereka semua kekenyangan. Sambil menonton drama bersiri TV3 samarinda, Mimi berkata pada teman-temannya yang lain.

“Eh, handsomekan Amsya tu? Tinggi, putih, body dia fulamak segak lagi, kalaulah aku ni tidak ada kekasih boleh jatuh cinta aku dengan Amsya”

“Betul cakap kau tu Mimi, kacaklah dia tu. Hoi! Lia apa kata kau pikat dia”. Sokong Hana dan memberi cadangan.

“Aduhai! Kau orang ni tidak boleh tengok mamat jambal sikit mulalah mengatal. Apa pula kaitan dengan aku tiba-tiba suruh aku pikat dia. Tidak ada masa aku dengan semua tu, biarlah dia nak handsome ke, kacak ke, macho ke ada aku kisah.” Jawab Alia dengan nada marah moodnya kurang baik.

Syafikah mendengar sambil memandang kearah Alia, nampak jelas yang Alia tengah tension. Alia bangun dari tempat duduknya melangkah naik ke tingkat atas diperhatikan oleh Syafikah. Hati kecilnya bersuara “Kenapa lepas Tok Wan dia telefon tadi Lia tiba-tiba mad mood?” Syafikah mengambil keputusan untuk bertanya pada Alia esok. Sesudah menonton mereka semua masuk tidur.

Pada malam itu Amsya tidak dapat melelapkan mata, berlegar difikirannya tentang Alia dan lamaran ummi untuk kahwin dengan Alia.

Berbisik juga hatinya “Bahagia sungguh ummi bila Alia ada. Perlu ke aku kahwin dengan dia? Tengku Umairah macam mana? Aku sayang dia. Tapi kenapa Alia ada dalam hati aku. Alia boleh jaga ummi kalau aku tidak ada. Lepas itu aku kahwin dengan Umairah. Mahu ke mereka bermadu?...Alia? Umairah, rasanya bergaduh sakan kalau tahu aku kahwin dengan Alia. Masalah sekarang, yang penting ummi. Takkan aku nak tengok ummi sedih pula? Mahu ke Alia pada aku?..Ahhh tanya dululah”.

Jam sudah sebelas malam, Faris memberhentikan keretanya ditepi jalan menuju masuk ke dalam sebuah restoran. Biasalah kerja Faris merayau tengah malam, ke kelab malam, keluar dengan perempuan ke hulu ke hilir berpoya-poya tidak cukup perempuan dikilitnya. Tiba-tiba sebuah kereta wira aeroback berhenti didepan keretanya. Keluar tiga orang dari kereta itu menghala kearah Faris. Kecut perut Faris melihat tiga orang lelaki dua cina dan seorang India berbadan sasa menuju kearahnya. Sampai sahaja mereka bertiga didepan Faris lalu bersuara dengan kasar.

“Hoi! Faris mana lu mau lari hah?”

“Eh, mana ada aku lari? Soalnya kembali suara terketar-ketar ketakutan.

“Bila lu mau bayar duit kami punya bos hah?” Tanya salah seorang dari lelaki tadi.

“Nantilah gua tengah ikhtiar sekarang ni, bagitahu lu punya bos dalam seminggu lagi gua bayar” Jawabnya berjanji dengan along bukit beruntung.

“Lu kalau mau pinjam manis janji sekarang mau bayar susah. Gua bagi lu satu minggu atau lu punya kereta gua angkat” Balas seorang lagi dari mereka lalu meninggalkan Faris terkanting-kanting. Siapa lagi dia fikir untuk dia minta bantuan kalau bukan Alia Nasuha.

Keesokkan harinya Alia dan Syafikah bergerak ke tempat kerja. Pagi ini mereka ada mesyuarat penting. Semua stafnya telah berkumpul di bilik mesyuarat, Alia bangun meninggalkan biliknya menuju ke bilik mesyuarat.

Semua staf sudah ada hanya menunggu Alia. Alia memandang dan memerhati semua stafnya, nafas panjang ditariknya dan menghempuskannya perlahan-lahan. Kalau sebelum ini papanya En.Helmi yang mengetuai setiap mesyuarat tapi kali ini tugas ini digalas olehnya. Kerusi yang didiaminya kini membuatkan dirinya diteringat akan papanya, sayu dan sedih. Airmatanya tidak dapat dibendung akhirnya mengalir keluar, semua yang ada disitu terdiam suasana sedikit hiba. Dia mengesat airmatanya apabila Syafikah disebelahnya memegang bahu dan memanggilnya. Memberi satu kekuatan padanya.

Alia Nasuha memulakan mesyuarat dengan bicara pertama ucapan Bismilahirohmanirahim. Kemudian memberi salam. Sebelum mesyuarat dimulakan surah Al-fatihah dibaca bagi permulaan mesyuarat dan hadiah kepada En.Helmi dan isteri.

“Selamat pagi semua?” di sambut baik oleh semua pekerja-pekerjanya.

“Ini kali pertama saya menjadi pengerusi mesyuarat. Sebagai penganti kepada En.Helmi, saya memerlukan kerjasama anda semua untuk membantu saya meneruskan perjuangan papa saya. Terlebih dahulu saya memohon maaf diatas kelewatan mengadakan mesyuarat setelah ketiadaan En.Helmi diatas beberapa sebab yang tidak dapat saya elakkan. Dengan itu saya mulakan mesyuarat kita pada pagi ini bermula dengan HH Holding Sdn.Bhd.”

Semua yang mendengar penjelasan Alia memberi perhatian kepada bos baru mereka. Alia meneruskan mesyuarat.

“Kita sedia maklum bahawa HH Holding merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja arkitek namun begitu semua pelan dibawah HH akan diserahkan kepada arkitek Shukri bagi menandatangani pelan yang sudah siap. Tapi semua kerja-kerja berkaitan dengan working Drawing masih lagi dilakukan oleh HH Holding. Saya selaku designer jadi semua design akan saya lakarkan sendiri mengikut kehendak pelanggan. Setiap laporan kerja mesti sampai ke tangan saya. Untuk pengetahuan kamu semua kedua-dua syarikat En.Helmi akan dikendalikan oleh saya sendiri. Jadi AAH Development juga di tangan saya. Ada apa-apa persolan setakat ini?” Soalnya setelah memberi sedikit penerangan.

Salah seorang dari mereka bertanya “Cik Alia, kenapa Cik Alia tidak pindah bilik ke bilik pengarah Urusan?” Alia memandang si bertanya dan memberi satu senyuman, lalu menjawabnya.

“Walaupun saya kini mengambil alih syarikat namun bilik pengarah urusan bukan tempat saya.” Semua yang mendengarnya berpaling antara satu sama lain dan ada yang membisikan sesuatu. Namun Alia tidak mengendahkannya. Dia menyambung lagi.

“Saya akan membuat satu rombakkan jawatan diantara anda semua sedikit masa lagi” Semua terkejut mendengarnya lagi. Masing-masing tekesima. Syafikah yang ada disebelahnya mencatit apa agenda mesyuarat juga terkejut dia belum boleh menyangka apa yang akan Alia buat perubahan. Alia Nasuha memandang semua stafnya membisu dan terkejut. Sebelum dia memasuki bab AAH Development dia memberitahu pekerjanya.

“Ok, take five…saya nak ke tandas. ” Balas Alia terus bangun meniggalkan bilik mesyuarat seketika.

“Eh, Syafikah kau tahu ke siapa akan duduk bilik pengarah Urusan?” Tanya Farah yang berkerja baru enam bulan. Belum sempat Syafikah menjawab Halim terlebih dahulu memberi jawapan.

“Alah kalau bukan cik Lia sudah tentu adiknya En.Arshraf”

“Cik Alia ada adik ke?” Tanya Farah lagi.

“Mestilah handsome adik sekarang masih lagi menuntut di UIA” Jawab Zuraidah selaku akauntan kedua-dua syarikat itu.

“Iya ke? Tak pernah jumpa pun. Tak pernah datang ke pejabat?” Soal Farah lagi makin berminat untuk mengetahui tentang adik majikannya itu.

“Dulu selalu datang, sekarang mungkin sibuk belajar” Jawab Syafikah.

Pintu bilik mesyuarat dibuka Alia masuk meneruskan mesyuaratnya dengan kerja-kerja didalam pejabat sehinggalah jadual projek-projek ditapak bina. Alia telah memberi kesemua tugasan untuk pekerjanya ikut sebagaimana yang dijadualkan. Mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam berakhir pada pukul satu tengah hari.

Selesai sahaja mesyuarat Alia mengajak semua pekerjanya pergi makan tengah hari. Sedang mereka berjalan menuju ke sebuah restoran telefon bimbitnya berbunyi dilihatnya panggilan dari Faris. Bisik hatinya “Apa lagi si Faris ni nak dari aku” Dia cuba mengabaikan panggilan itu tapi tidak boleh lalu dijawabnya.

“Hello Faris, ada apa telefon Lia?” Dia menjawab terus bertanya.

“Faris nak minta tolong Lia bolehkan?” Soal Faris.

“Tolong apa?” Jawab Alia.

“Faris nak minta Lia bagi duit pada Faris. Faris ada hal sikit perlu selesai tapi Faris tidak cukup duit.”

“Berapa Faris mahu?”

“Tidak banyak lima ribu sahaja, bolehkan? Takkan Lia tidak ada duit banyak tu”. Desaknya pada Alia. Alia mendengarnya menjadi serba salah mahu bantu atau tidak.

“Nantilah Faris, banyak juga tu mana Lia nak cari.” Jawabnya cuba mengelak.

“Alah bukan banyak pun Faris tahu Lia banyak duit bukan ada apa pun setakat lima ribu. Nanti Faris bagi nombor akaun, Lia bank in pada Faris okey?” Faris terus memutuskan panggilannya. Alia terkesima.Syafikah melihat wajah kelat Alia terus bertanya.

“Kenapa Lia, siapa telefon kau?”

“Faris” jawabnya sepatah.

“Dia nak apa pula kali ini?”

“Dia nak duit lima ribu, suruh aku masukkan ke akaun dia” Jelas Alia pada Syafikah.

“Hah! Lima ribu dia nak buat apa?” Soal Syafikah lagi.

“Manalah aku tahu katanya ada hal kena settled” Jawabnya. Sambil berbual dia menerima sms dari Faris, dibuka sms itu tertera nombor akaun BIMB.

“Habis tu kau nak bagi ke?”

“Habis tu apa lagi kena bagilah, dia tu memang sewel.Nah” Alia menunjukkan sms yang diterimanya kepada Syafikah. Syafikah menggelengkan kepalanya benci juga dia dengan sikap si Faris yang selalu memberi tekanan pada Alia.

Selesai sahaja makan tengah hari mereka semua kembali ke pejabat menyambung kerja masing-masing. Selesai solat zohor dipejabatnya dia terus ke biliknya. Teringat dia akan permintaan Faris. Terfikir juga dia bagaimana dia perlu lari dari Faris yang sentiasa menganggunya. Faris tahu yang dia tidak ada kekasih. Sebelum Faris menelefonya bertanyakan duit yang dia minta Alia terus mengambil telefon bimbitnya lalu membuka akaun BIMB STK MENU dia mengtransfer dari akaunnya ke akaun Faris. Kemudian dia menghantar sms memberitahu duit sudah di masukkan.

Alia meneliti jadual kerja ditapak bina projek Hotel Tok Bali, laporan yang diberi oleh pekerjanya. Dia memanggil Syafikah dengan menggunakan intercom. Syafikah masuk ke bilik Alia seperti biasa dia duduk didepan Alia, diperhatikan bosnya itu sedang membuat sesuatu dalam laptopnya.

“Lia ada apa kau panggil aku ni?” Tanya Syafikah apabila melihat wajah kelat Alia.

“Tak ada apalah saja panggil kau. Sakit kepala aku dengan si Faris tu, aku sudah masukkan duit kedalam akaun Faris. Syaf macam mana aku nak lari si Faris tu?”. Tanya Alia fikirannya sedikit bercelaru.

“Kau bagi pada dia Lia?”

“Habis tu apa lagi kalau tidak dia terus cari aku. Aku bosanlah dengan dia. Apa aku nak buat hah?”

“Kau kahwin ajerlah Lia baru si Faris tidak kacau kau.” Jawab Syafikah memberi cadangan.

“Eh…heh...heee! kau ni kan, gila ke apa? mana aku ada kekasih nak kahwin?” Balas Alia sedikit geram dengan cadangan Syafikah. Dipandangnya Syafikah. Syafikah senyum sinis ke arahnya lalu menjawab “Sorryyyy”

Amsya termenung dalam bilik pejabatnya memikirkan gadis manis dan ayu yang telah mencuri hatinya kini siapa lagi kalau bukan Alia Nasuha. Dia masih teringat kata-kata umminya semalam untuk menjodohkannya dengan Alia Nasuha. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Alia.

Sedang Alia dan Syafikah berbual pasal Faris.Telefon bimbit Alia berdering dia melihat panggilan itu tiada rekod tertera didalam handphonenya dia memandang sepi panggilan itu.

“Siapa telefon, Faris ke?” Soal Syafikah mengerut tahinya.

“Bukan, entah siapa telefon tiada nama” Jawabnya. Telefonnya berdering lagi.

“Angkatlah Lia mungkin panggilan penting.” Pinta Syafikah. Alia memandang Syafikah dengan perasaan malas dia menjawab juga panggilan itu.

“Hello, siapa ni?”

“Hello. Cik Alia Nasuha?” Soal si pemanggil

“Iya saya, awak siapa?” Tanya Alia dengan suara yang malas untuk melayan panggilan itu.

“Awak tidak kenal saya ke?” Soal Amsya lagi.

“Encik maaf ya encik, kalau saya kenal tidaklah saya tanya” Jawabnya kurang senang dengan panggilan yang diterima. Syafikah yang ada didepannya memerhatikan Alia, dia mengangkat kening syarat bertanya siapa. Alia menggangkat bahu membalas jawapan Syafikah.

“Maaf Cik Alia saya menganggu. Saya Danial Amsya anak Puan Anis” Jawab Amsya memperkenalkan dirinya.

“Oh! En.Amsya ada apa telefon saya? Puan Anis sakit ke?” Tanya Alia. Terkejut juga dia tiba-tiba Amsya menelefonnya cemas pun ada takut kalau apa-apa terjadi pada Puan Anis.

“Tidak Cik Alia, ummi saya sihat. Saya telefon nak ajak awak keluar, saya nak jumpa awak”. Jawabnya. Berdebar juga jantungnya dikala mendengar suara Alia.

“Hah…kenapa nak jumpa saya?. Jawab Alia. Terkejut dengan ajakkan itu.

“Saya ada hal penting nak bincang dengan awak” Terang Amsya, tapi Alia masih lagi keberatan untuk berjumpa dengan lelaki yang tidak berapa dikenalinya itu.

“Hal penting? Hal apa? Cakap sajalah sekarang saya dengar, tidak payah jumpa.” Balas Alia cuba menolak ajakkan Amsya.

“Tidak boleh, saya tidak boleh bincang dengan cik Alia di sini”. Jawab Amsya dengan tegas.

“Awak nak jumpa saya bila dan di mana?” Soal Alia, mukanya dimasamkan jelas sekali menunjukkan dia tidak senang dengan ajakkan Amsya. Syafikah memerhati gelagat bosnya itu gelisah dan mengerut dahi serta menggaru kepala serba tidak kena.

“Malam ini pukul 8.30, di Sangri La hotel Putrajaya” Jawab Amsya. Dia tidak menduga akan berkata begitu tiba-tiba sahaja dia menyebut nama hotel itu.

“Baiklah En. Amsya. Kita jumpa di sana. bye” Jawab Alia terus memutuskan perbualannya dengan Amsya.

Alia menarik nafas sedalam-dalam kemudian menghempusnya dengan kuat sambil tengok kepada Syafikah.

“Kau kenapa, siapa pula telefon?” Tanya Syafikah sambil mengerutkan dahinya.

“Jom teman aku jumpa En.Amsya malam ini di Sangri-La hotel”. Pinta Alia bersahaja membuatkan Syafikah terkejut.

“Hah! Apa? Tadi tu En.Amsya telefon?”

“Iya, dia ajak jumpa dia malam ini katanya ada hal penting. Entah apa yang penting pun aku tidak tahu. Lepas yang itu, ini pula yang timbul.” Jawabnya dengan wajah mencuka.

“Pukul berapa?” Soal Syafikah.

“Lapas setengah malam. Syaf kita pergi ke Besut lawat projek Hotel Tok Bali hujung minggu ni, 2 hari lagikan? Kita ajak Mimi dan Hana sekali. Kita bermalam dirumah Tok Wan. Apa macam boleh?.”

“Boleh ajer, sukalah sahabat kita dua lagi tu kalau tahu nak ke Terengganu. Oklah Lia aku sambung kerja dulu.” Balas Syafikah lalu bangun meninggalkan Alia keseorangan dibiliknya.

Amsya tersenyum keseorangan berjaya juga membuat Alia setuju bertemu dia malam ini. Asyik memikirkan Alia, pintu bilik pejabatnya diketuk, tersentak Amsya mendengar ketukkan itu gambaran Alia terus hilang dari lamunannya. Dia menyuruh orang mengetuknya masuk. Pintu biliknya dibuka terdengar hentakkan tumit kasut memasuki ruang biliknya. Dia mengangkat muka memandang gadis yang memasuki biliknya dengan tersenyum manis.

“Hi sayang.” Tegur Tangku Umairah sambil menghala ke arah Amsya terus memeluk dan mencium kekasihnya itu. Kemudian Tengku Umairah duduk di atas pehanya. Amsya merangkup pinggang Tengku Umairah dengan manja.

“Sayang dari mana ni?” Tanya Amsya dengan manja.

“Balik meeting jumpa client tadi, malaslah nak masuk office dah pukul 4.00petang nanti kalau sampai office pun bank sudah tutup.” Balasnya dengan manja dan mengoda. Amsya bangun dengan sendirinya Tengku Umairah turut bangun. Amsya menarik tangan Umairah ke sofa di depan mejanya lalu mereka berdua duduk di situ bersebelahan. Amsya meletakkan tanganya ke atas bahu Umairah.

“Sayang rindu abang ke?” Tanya Amsya sambil memegang tangan Umairah.

“Mestilah rindu kalau tak Umairah tak datang jumpa abang” Jawab Tengku Umairah sambil jarinya mengosok lengan Amsya. Amsya tersenyum manis dengan kemanjaan Umairah.

“Abang pun sayang Umairah”

“Kalau begitu kita kahwin. Papa pun sudah mula bising tanya bila abang nak masuk pinang Umairah.” Pinta Tengku Umairah membuatkah Amsya tergaman seketika. Tiba-tiba sahaja dia teringat Alia Nasuha apa reaksi Alia malam ini.

Amsya senyum membalas pertanyaan Tengku Umairah “Sayang tunggulah dulu abang bukan tidak mahu masuk pinang sayang tapi ummi kan tidak sihat”

“Alah…abang ni saja nak menggelakkan?” Soal Tengku Umairah merajuk.

“Mana ada abang menggelak, betul ummi tak sihat sekarang” Jelasnya memujuk

“Abang, Umairah pergi kondo abang malam ini?”Tanya Umairah dengan mengoda.

“Tak boleh sayang malam ini abang balik rumah ummi. Ummikan tidak sihat” Pujuknya lagi menyakinkan Umairah tidak mahu Umairah terhidu janjinya dengan Alia malam ini.

“Alahhh…abang ni sikit-sikit ummi, habis Umairah macam mana? Malam esok Umairah pegi kondo abang boleh tak?” Pujuk Umairah lagi dengan manja.

“Ok. Malam esok kita jumpa”. Jawab Amsya tidak mahu mematahkan hati Umiarah.

“Kalau begitu Umairah balik dulu, tapi janji tau malam esok” Desak Tengku Umairah. Amsya senyum dan mengangguk kepalanya.

Tengku Umairah mengambil handbagnya lalu melangkah keluar dari bilik Amsya. Amsya menoleh jam tangannya 4.30petang. Dia mengemas fail di atas mejanya kemudian terus meninggalkan pejabat pulang ke kondonya untuk bersiap berjumpa Alia malam ini. Hajatnya selepas jumpa Alia dia akan bermalam rumah umminya.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina