Selepas berbuka puasa pada petang itu di restoran PADI
HouseAmsya terus menghantar Alia dipejabatnya
untuk mengambil kereta. Sebelum Alia turun dari kereta Amsya, sempat dia
mengucapkan terima kasih.
“Lia, boleh kita jumpa lagi?” Tanya Amsya.
“Tidak payahlah, kita jumpa bila nak pergi ambil baju
nanti. Lepas itu hari kahwin.” Jawab Alia. Amsya mengeluh digaru kepala yang
tidak gatal. Terpaksa akur dengan kehendak Lia walaupun dia mahu Lia bersamanya
selalu.
“Lia, abang tak izinkan Lia keluar dengan
siapa-siapa.” Larang Amsya.
“Kenapa? Takkan dengan kawan-kawan pun tidak boleh.”
Balas Alia dengan marah.
“Maksud abang dengan mana-mana lelaki, kalau jadi
apa-apa susah.” Jawab Amsya memandang sayu pada Alia. Alia diam terus dibukanya
pintu kereta menuju ke kereta Myvi milik Syafikah. Amsya menunggu di itu
memerhati Alia, selepas Alia beredar dari situ baru dia bergerak pulang.
Alia sampai di rumahnya pukul 8.30malam. Dia mandi dan
solat maghrib, kawan-kawannya sudah ke masjid untuk solat terawih. Selepas itu
Alia berehat disofa menonton TV.
Amsya pulang ke Bangi selepas berbuka puasa bersama
Alia. Puan Anis menyambut anak kesayangan itu sambil tersenyum manis. Jelas
nampak diwajah Amsya puashati dapat keluar bersama Alia.
“Ummi, Am naik mandi dan sembahyang dulu.” Sapanya
dimuka pintu tersenyum lebar. Puan Anis mengangguk kepala, juga tersengih.
Amsya naik kebiliknya terus mandi dan bersolat,
kemudian dia turun ke bawah bersama umminya diruang tamu.
“Am macam mana tadi, sudah siap ke semua baju-baju
pengantin?” Tanya Puan Anis.
“Belum, ada sikit lagi, En.Roza suruh ambil dua minggu
lagi. Sebelum Lia balik kampung.” Jawab Amsya tersenyum.
“Am, ummi tak mahu Am sia-sia Alia. Betul ke Am
cintakan dia?” Soal umminya lagi. Amsya
menunjukkan kepalanya. Bisik hatinya “Macam mana kau Lia bagitahu ummi
dan yakinkan ummi terima Tengku Umairah. Macam mana aku mahu bagitahu Lia, aku
cinta dia.”.
“Am, ummi tanya ni…Am betul ke cinta Lia?” Desak
umminya lagi.
“Betullah ummi, takkan Am nak mainkan dia pula.” Jawab
Amsya dengan yakin. Teringat dia semasa berbuka puasa tadi, tak sangka pula dia,
Lia boleh layan dia makan dengan baik, ambil lauk untuk dia lagi. Terusik juga
hati Amsya “Macam mana kalau Lia keluar dengan orang lain dan dia juga layan
orang itu macam dia layan aku tadi. Mungkin ke Lia akan dengar cakap aku yang
aku tidak bagi dia keluar dengan lelaki lain.” Termenung Amsya memikirkannya.
Terdengar derungan enjin kereta dihalaman rumah Alia.
Dia bangun membuka pintu untuk teman-temannya. Mereka semua masuk terus ke
ruang tamu menonton bersama-sama Lia di situ.
“Alia, kau keluar dengan En.Amsya ke tadi? Pergi
mana?” Soal Hana.
“Pergi butik pengantin kemudian pergi buka puasa.”
Jawabnya tidak bersemangat.
“Lepas kahwin nanti kau tinggal sini dengan dia ke?”
Tanya Hana lagi.
“Taklah mungkin aku tinggal dengan umminya di Bangi.
Ataupun gilir-gilir di sini, En.Amsya tinggal di Damansara. Mimi terima kasih
pasal payment By Pass tu.” Balas Alia.
“Sudah clear ke? Aku tolong apa yang boleh jer.” Balas
Mimi.
“Syaf, aku ambil cuti dua minggu untuk kahwin. Aku
cuti seminggu lebih awal nak balik Besut. Aku nak kau orang semua datang majlis
kahwin aku nanti.Aku nak kau orang datang pada raya ke-dua naik flight ke Kota
Bharu malam nanti aku suruh Arshraf pergi ambil di airport dekat sikit. Kau
orang bermalam rumah tok wan. Syaf kau booking tiket awal sikit nanti tak
sempat.” Arah Alia pada teman-temannya.
“Baiklah Alia. Tapi hari akad nikah sebelah malam kita
orang tidak boleh jointlah Lia, petang tu kami kena balik sini. Hana dan Mimi
sudah kerja hari ke empat. Aku pun kena balik jugalah. Hari raya ke enam rumah
Amsyakan?”
“Ya. Tidak apalah kau
balik dengan kereta aku. Nanti aku balik dengan Arshraf atau Pak Majid
tidak pun aku tumpang En.Amsya. Aku naik tidur dulu.” Jelas Alia, dia terus naik ke biliknya.
Hujung minggu yang dijanjikan Alia balik ke rumahnya
di Puchong untuk berbuka puasa bersama dengan keluarganya, walaupun tanpa kedua
orang tuanya namun dia tetap menghiburkan hati Mak Tim dan Pak Majid orang tua
yang disayanginya itu. Selepas solat terawih dia dan Arshraf membincangkan
tentang kemalangan yang menimpa orang tuanya dengan Pak Majid dan Mak Tim.
“Pak Majid, Lia ada perkara penting nak bincang dengan
Pak Majid dan Mak Tim.” Katanya. Kedua orang tua itu berpandangan.
“Ada apa along nak bincang, pasal kahwin along ke?”
Tanya Pak Majid.
“Tak. Tapi Pak Majid dan Mak Tim jangan terkejut apa
yang Lia nak bagitahu ni.” Kata Alia, Arshraf memandang kakaknya itu. Pak Majid
dan Mak Tim mengangguk kepala, sabar menanti kata-kata Alia seterusnya.
“Sebenarnya, Alia diberitahu oleh Inspektor Azlan dari
Bukit Aman menyatakan kemalangan yang menimpa papa dan mama dikhianati, ada unsur
jenayah.” Terang Alia airmatanya terkeluar, sebak. Terkejut juga orang tua itu
mendengarnya. Mengucap panjang.
“Astarufiruallah Alazim.”
“Siapa punya angkara?” Soal Pak Majid memandang tajam ke
arah Alia. Alia mengeleng kepala.
“Polis akan datang sini ambil statement dan akan
bertanya beberapa soalan. Mak Tim dan Pak Majid jawab sahaja apa yang tahu. Lia
memang nak tahu punca kematian papa dan mama. Mama dan papa ada bagitahu tak
kenapa hari itu dia nak balik Terengganu?” Soal Alia.Pak Majid dan Mak Tim
berpandangan.
“Tak ada pula, katanya nak jumpa tok wan dan aki saja.Patutlah
Lia dan Arshraf sedih sangat rupa-rupanya ada perkara yang merisaukan kamu
berdua. Kenapa tidak bagitahu awal-awal? Tok wan dan aki tahu perkara ini.”
Balas Mak Tim.
“Tidak lagi, jangan bagitahu dulu nanti risau pula
mereka. Lia nak maklumat sikit lagi dari Inspektor Azlan.” Jawab Alia.
“Bila mereka akan datang?” Soal Pak Majid.
“Nanti mereka akan bagitahu Lia.” Jawab Alia.
“Kita doa sajalah Lia, Arshraf biar semua ini dapat
diselesaikan dengan mudah.” Kata Mak Tim memberi semangat pada mereka berdua. Mereka
sama-sama mengangguk.
Seperti biasa Alia ke pejabatnya, tapi hari itu Alia sampai
lewat sikit dari biasa maklumlah dia dari rumahnya di Puchong. Apabila dia
sampai dibilik intercom biliknya berbunyi, terus dijawabnya.
“Ya Syaf, ada apa?”
“Halida nak jumpa kau.”
“Alah, masuk jerlah.” Jawab Alia meletakkan ganggang
telefon. Pintu biliknya diketuk kemudian Halida melangkah masuk.
“Ya, Lida ada apa?”
“Cik Lia sudah semak tender baru ini? Saya mahu
hantar. Dan ini projek baru di Johor.” Kata Halida, dia menyerahkan satu projek
baru.
“Projek apa ni?” Soal Alia.
“Projek design and Built Chalet dan hotel, pemilik
seorang jutawan dari Johor. Kawan saya Cik Alia, syarikatnya berminat untuk
melantik syarikat kita sebagai consultant. Jika Cik Alia berminat dan
bersetuju mereka minta kita jumpa mereka dan lawatan tapak sekali.” Jelas
Halida.
“Ok. Kita jumpa mereka dulu saya perlu bincang dengan
mereka tentang concept yang mereka kehendaki. Bila mereka nak jumpa dan lawatan
tapak?” Tanya Alia.
“Lepas hari raya nanti saya confirmdengan
pihak mereka.” Jawab Halida.
“Baiklah, ini tender baru ini saya sudah semak, awak tolong
betul item dibelakang, saya telah tulis dengan pensel, awak tolong baiki.”
Balas Alia sambil menyerahkan dokumen itu pada Halida.
“Baik Cik Lia,
saya keluar dulu.” Alia mengangguk. Halida keluar dari biliknya. Alia memeriksa
dokumen projek Johor yang diberi oleh Halida tadi. Berminat benar dia dengan
projek itu. Sambil dia asyik membuat kerjanya. Telefon bimbitnya berdering dia
memandang skrin telefonnya pangilan dari Zafrul, dia menjawabnya.
“Hello.”
“Hello Lia, sibuk ke?” Soal Zafrul.
“Sibuk tu biasalah kerja. Ada apa En.Zafrul?”Balas
Alia.
“Lia ni selalu berencik-encik dengan abang, abang
tidak sukalah. Abang nak ajak Lia buka puasa petang esok, boleh?” Pelawa
Zafrul. Kali ini Alia tidak pasti sama dia perlu pergi atau tidak ajakan
Zafrul. Amsya sudah pesan jangan keluar dengan mana-mana lelaki sebelum kahwin.
“Boleh Lia pergi dengan Syafikah?” Tanya Alia. Zafrul
tersenyum, tapi sedikit mengeluh. Hatinya hanya ingin keluar dengan Alia
seorang.
“Bolehlah abang tidak kisah.” Balas Amsya.
“Di mana abang nak buka puasa?” Tanya Alia.
“Abang rasa nak buka puasa di PADI House tak puas
makan di situ, boleh?” Tanyanya pada Alia.
“Boleh, kita jumpa petang esok. Bye” Lia mengakhiri
perbualan itu.
Habis sahaja waktu kerja petang itu Alia dan Syafikah
pulang ke rumah mereka. Selesai waktu solat asar mereka berdua ke pasar Ramadan
untuk membeli juadah berbuka puasa. Sambil berjalan-jalan melihat pelbagai
juadah yang dijual di gerai Ramadan dia di sapa seseorang dari belakang
“Lia cari apa?” Terkejut Alia cepat-cepat dia
berpaling ke belakang.
“Ummi. Ummi datang dengan siapa? Ummi beli apa?” Tanya
Alia tersenyum melihat Puan Anis di depannya.
“Ummi datang sorang. Tidak beli apa lagi baru sampai.”
Jawab Puan Anis.
“Ummi buka puasa rumah Lia hari ini. Tapi Lia tidak
masak kita beli saja boleh?” Pelawa Alia.
“Tidak boleh sayang. Kalau ummi buka puasa rumah Lia,
ummi kena balik malam.” Jawab Puan Anis.
Alia tersengih.
“Lia lupa ummi tidak boleh bawa kereta malam. Kalau
macam itu Lia dan Syaf buka puasa rumah ummilah. Syaf boleh tak?” Balas Alia.
Puan Anis tersenyum manis.
“Boleh, kita ajak sekali Hana dan Mimi.” Cadang
Syafikah.
“Bolehlah kau telefon mereka suruh mereka terus ke
rumah ummi. Bolehkan ummi?” Tanya Alia.
“Boleh, buka puasa ramai-ramai lagi seronok.” Balas
Puan Anis. Mereka membeli pelbagai lauk untuk buka puasa petang itu.
Selesai berbuka puasa mereka semua ke Masjid. Selepas itu
Alia menghantar Puan Anis ke rumahnya semula. Dia dan kawan-kawannya terus pulang
ke rumah mereka. Sampai di rumah masing-masing masuk ke bilik. Alia membuka
laptopnya membuat sedikit kerja pejabat. Dia membuka emailnya, terdapat email
baru dari abang Hairinya di Egypt. Sedang dia berchating telefonnya
dihubungi oleh Amsya. “Aduh, mamat ni kacau betullah. Nak jawab ke tak nak…heee…jawablah.”
Terus dia menjawab pangilan Amsya.
“Hello.”Jawab Alia
“Hello, Lia sihat ke buat apa tu?” Soal Amsya.
“Sihat, sedang berchating.” Jawab Alia selamba.
“Berchating dengan siapa malam-malam ni?” Soal
Amsya sedikit cemburu.
“Ikutlah dengan siapa pun, yang awak telefon saya
kenapa? Ada apa? nak apa?” Soal Alia geram..
“Banyaknya soalan. Rindu Lia lah.” Jawab Amsya.
“Hoi…sejak bila pula pandai rindu saya? Kenapa tak
rindu kekasih awak saja?” Soal Alia menguji.
“Kekasih, abang rindu juga, bakal isteri pun rindu
juga.” Jawab Amsya. Cuba menguji Alia cemburu atau pun tidak. Tergelak Alia
mendengarnya.
“Hahaha…tak payah nak rindu Lia. Lia bukan siapa-siapa
pun. En.Amsya, Lia nak tidur ni, kita cakap lain kali. Bye…” Alia Nasuha
memutuskan taliannya. BerdengusAmsya apabila
Alia memutuskan talian begitu saja.
Amsya monolog luaran “Aduhh…Lia ni, belum sempat nak
ajak keluar sudah letak telefon.”
Alia termenung sendirian dia terfikir sesuatu. “Eh,mamat
ni pandai juga mengayap nak try akulah
tu. Ahh…tak mungkin aku jatuh cinta
dengan mamat tu. Terang-terang lepas ini aku di madukan…oh tidak.”
Alia terus melayan chatingnya dengan Abang Hairinya
yang akan pulang ke tanah air enam bulan lagi.
Hari berikutnya Alia ke pejabat seperti biasa namun
hari itu dia pergi bersama Syafikah. Hari itu janjinya dengan Zafrul untuk
berbuka puasa.
“Syaf, hari ini kita berbuka puasa di PADI house
dengan Zafrul.” Alia memberitahu Syafikah.
“Ok, jimat duit aku.” Balas Syafikah dengan tergelak
“Alah kau ni, tak ada jawapan lain ke nak jawab.”
Balas Alia tersengih.
Tengku Umairah bercadang untuk berbuka puasa dengan
Amsya pada hari ini. Dia telah menghubungi Amsya. Talian telefonnya bersambung.
Amsya menjawab.
“Hello, Mairah.”
“Hello, abang kita buka puasa bersama hari ini?” Ajak
Tengku Umairah
“Boleh, abang bawa Mairah petang nanti kita buka puasa
di satu tempat.” Balas Amsya memberi cadangan.
“Di mana? Soal Tengku Umairah.
“Adalah, petang nanti kita pergi.” Jawab Amysa.
Petang yang dijanjikan Alia dan Syafikah menuju ke
Restoran PADI House, sesampainya dia di situ Zafrul sudah pun ada. Dipelawanya
Alia dan Syafikah. Mereka memasuki restoran itu kemudian mengambil tempat
dimeja depan. Alia dan Syafikah mengadap ke pintu masuk. Manakala Zafrul duduk didepan
Alia.
Amsya bersama kekasih hatinya Tengku Umairah sampai di
restoran yang sama. Dia mengambil tempat selang beberapa meja. Tengku Umairah
duduk juga mengadap ke pintu depan dan Amsya duduk didepannya. Sambil menunggu
pesanan, Syafikah terpandang Amsya di meja depan. Dia menyiku Alia, Alia
berpaling padanya kemudian mengangkat sedikit kepada tanda menanyakkan
sesesuatu. Syafikah memberi isyarat dengan muka dan mulutnya sekali menunjuk ke
depan, Alia memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Syfikah. Tersenyum lebar
dia melihat Amsya bersama kekasihnya namun begitu memandangkan Tengku Umairah
membelakangi mereka jadi wajah Tengku Umairah tidak dapat dilihat.
“Alahai kenapa kekasih dia tidak duduk sebelah, tak
nampaklah. Sebanyak-banyak restoran kat sini juga dia makan.” Kata Alia pada
Syafikah dengan berbisik. Mereka berdua tergelak perlahan dengan tangan mereka
menekup mulut.
Amsya mengangkat mukanya memandang sekelilingnya dia
memandang ke depan terlihat Alia dan Syafikah di meja depan.Alia mengangkat
sedikit tangan. Terperanjat juga Amsya melihat Alia ada di situ. Dia terpandang
sesorang lelaki di depan Alia.
“Alamak, Alia ada di sini, siapa pula dengan Lia tu.”
Bisik Amsya. Dia juga tidak dapat melihat wajah Zafrul yang membelakanginya.
Amsya sedikit selisah dengan apa yang dilihatnya. Dia memang tidak sedang duduk
tengok Alia bersama lelaki itu. Matanya asyik memandang ke arah Alia.
Tergedik-gedik pehanya. Terasa cemburu pun ada pada Alia. Alia dapat rasakan
Zafrul ada sesuatu yang ingin dibincangkan namun memandang Syafikah ada di situ
mungkin Zafrul membatalkan niatnya.
Selepas sahaja berbuka puasa di situ, Amsya dan Tengku
Umairah terlebih dahulu meninggalkan restoran itu, dia tidak mahu Alia dan Syafikah
mengenali Tengku Umairah. Selepas sahaja Amsya menghantar Tengku Umairah balik,
dia terus ke kondominiumnya. Malam itu juga Amsya menghubungi Alia.
Selepas sahaja pulang dari berbuka puasa Alia dan
Syafikah terus ke masjid menunaikan solat maghrib dan berterawih. Amsya
menghubungi Alia namun pangilannya tidak dijawab. Amsya mundar-mandir di
biliknya. Hatinya selisah dan tidak tentu hala memikirkan Alia. Berkali-kali
dia menghubungi Alia namun tidak dijawab.
Selesai sahaja solat terawih masuk sahaja Alia dalam
kereta dilihat telefonnya, miss call dari Amsya enam kali. Dia
mengelengkan kepalanya. Syafikah terperasan.
“Kenapa Lia?” Tanya Syafikah. Dia menunjukkan
handphonenya pada Syafikah.
“Nah, kau tengok, Amsya telefon aku enam kali. Ini
mesti tiada lain nak tanya akulah tu keluar dengan siapa.” Kata Alia.
“Mungkinlah, tadi aku tengok dia asyik pandang kau
jer. Dia ada hati dengan kau ke?” Balas Syafikah.
“Entahlah, tapi aku tidak boleh jatuh cinta dengan
dia, terang-terang lepas ni aku diduakan, dimadu kemudian diceraikan.” Jawab
Alia sambil tergelak. Mereka terus pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah telefon Alia berdering lagi,
tiada lain pangilan dari Amsya. “Alah dia ni nak apa lagi” kata Alia monolog
luaran. Alia menjawab pangilan itu.
“Hello, En.Amsya nak apa?”
“Lia pergi mana tidak jawab pangilan abang?” Soalnya
kembali.
“Lepas berbuka tadi, Lia terus ke masjid solat
terawih. Kenapa?” Balas Alia.
“Keluar dengan siapa tadi?” Soal Amsya cemburu.
“Kenapa nak tahu. En.Amsya tidak payahlah nak tahu
pasal saya. Saya pun tidak ambil tahu pasal awak.” Jawab Alia. Amsya kecewa
dengan jawapan itu.
“Oklah, jaga diri.” Balas Amsya sebelum memutuskan
taliannya.
Bulan Ramadan sudah ke penghujungnya. Hanya tinggal
seminggu lagi untuk hari raya Alia dan rakan-rakannya akan pulang ke kampung
masing-masing. Satu hari sebelum Alia pulang ke kampungnya dia telah berjanji
dengan Amsya berjumpa di butik Roza untuk mengambil baju pengantin. Terubat
rindu Amsya selama tiga minggu tidak berjumpa Alia. Sampai dibutik En.Roza,
Alia memasukkan semua baju-baju dan barang-barang termasuk barang Amsya untuk
bawa pulang. Alia juga telah memberi alamatnya kepada En.Roza bagi memudahkan
dia mencari rumah Alia bagi make-up pengantin untuk dia bertandang ke rumah
Puan Anis pada hari raya ke enam. Sebelum bergerak pulang Amsya menghampiri
kereta Myvi Syafikah yang dibawanya.
“Lia, hati-hati sikit bawa kereta, Lia balik dengan
Ashraf ke?” Tanya Amsya.
“Tak. Lia balik sorang.”Jawab Alia. Amsya merenung
Alia, risau juga dia nak lepaskan Alia balik seorang diri.
“Baiklah tapi hati-hati. Esok pukul berapa bertolak?”
Tanya Amsya memandang tepat ke mata Alia. Alia menjawab
“Pagi lepas sahur. Nanti kirim salam pada ummi. Lia
balik dulu ya. Kita jumpa di majlis kahwin nanti.” Balas Alia, senyum apa Amsya
didepannya senyuman itu dibalas Amsya. Alia terus balik ke rumahnya.
Hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Semakin hari
hati Alia semakin berdebar dengan perkahwinan ini dia sudah mula resah tidak
tahu apa akan terjadi selepas ini. Setiap malam dia menerima panggilan dari
Amsya bertanyakan tentang dirinya dan persiapan kahwin. Dia menolong tok wan
menyediakan semua peralatan dan keperluan untuk majlis pernikahannya nanti.
Arshraf sampai dua hari sebelum menjelang hari raya.
Lain pula dengan Amsya semakin hari hatinya berbunga
tidak sabar rasanya nak menunggu saat-saat manis itu. Walaupun dia tahu Alia
tidak cintakan dia. Dia akan buat sampai Alia membalas cintanya itu. Petang
tadi dia telah membeli cincin perkahwinan untuk Alia mengantikan cincin Alia
yang kini masih ditangan Tengku Umairah.
Amsya mundar-mandir dalam biliknya sambil memegang
cincin yang dibelinya tadi. Dia telah menunjukkan pada umminya kata ummi cincin
itu cantik. Tapi jantungnya berdegup kuat. Fikirnya, boleh ke Alia menerima
cincin ini. Malam ini sekali lagi dia akan menghubungi Alia. Belum sempat dia
mengambil telefonnya Tengku Umairah telah menghubunginya. Pangilan Tengku
Umairah dijawabnya.
“Hello, ada apa telefon malam-malam ni? Tanya Amsya.
“Eh, kenapa? Sejak bila pula tidak boleh telefon
malam-malam. Esok, kita jumpa buka puasa.” Pinta Tengku Umairah.
“Petang tadikan sudah jumpa, buka puasa. Esok abang
nak teman ummi buka puasa, sekarang abang ada dirumah ummi.” Jawab Amsya.
“Kalau begitu kita jumpa sajalah tidak payah buka
puasa. Lusa Mairah sudah nak balik Johor. Cuti seminggu, abang jangan lupa
telefon Mairah nanti bila cuti raya.” Desak Tengku Umairah lagi.
“Iyalah. Kita jumpa esok. Sayang tidur dulu. Ok. Bye.”
Pujuk Amsya.Terfikir juga Amsya bagaimana dia perlu lepaskan Tengku Umiarah.
Tengku Umairah asyik berkepit dengan dia. Kesian pun ada tapi Umairah sosial,
macam mana kalau Lia betul-betul yakinkan ummi.
ummi pula setuju, aku kahwin dengan Umiarah lepas itu kena ceraikan
Alia…Oh tidak.
Dua hari sebelum hari raya, petang itu hampir waktu
berbuka puasa Arshraf sampai di kampungnya. Selepas sahaja berbuka dan solat
maghrib dia tertidur. Tok wan, aki dan Alia pergi ke masjid untuk menunaikan
solat sunat terawih dimalam-malam terakhir Ramadan mencari Lailatulqodar.
Selesai solat terawih mereka pulang ke rumah semula,
tapi kali ini Tok wan dan aki keluar sekali lagi ke rumah tok iman bagi
membincangkan majlis akad nikah dan masjid khatam al-quran untuk cucunya itu.
Alia tidak mengikutnya. Dia menyusun pingan mangkuk yang hendak di gunakan pada
hari raya dan majlis perkahwinannya asyik dia mengesat pingan tiba-tiba pintu
rumahnya diketuk. Dia membukanya Faris terus meluru masuk ke dalam.
“Wan dan aki mana?” Soalnya tegas.
“Rumah tok iman. Kau nak apa? baik kau balik
sekarang.” Jawab Alia. Cuak dengan Faris.
“Aku nak kau, sebelum suami kau rasa baik aku rasa
dulu.” Faris sudah mengila ditariknya tangan dan dipegangnya Alia dengan kuat
dikoyaknya baju Alia. Alia menjerit sekuat hati.
“Kau gila ke Faris, lepaskan aku.” Jerit Alia, dia
memanggil Arshraf. Kali ini Faris memeluk Alia dengan lebih kuat dia cuba untuk
mencium tengkuk Alia.
“Adikkkkk….tolong alongggg…”Jerit Alia dengan
tangisan. Arshraf terkejut lalu bangun dari tidurnya menuju ke ruang tamu. Dia
melihat Faris sedang cuma memperkosa kakaknya. Dengan sekuat hatinya Arshraf
melaung.
“Farisssss….lepaskan kakak aku.” Jerkah Arshraf tidak
diendahkannya. Arshraf dengan pantas menuju kearah Faris ditarik dan
ditendangnya Faris. Faris jatuh tersungkur. Sambil menunjukan-nunjuk tangannya
ke arah Faris. Arshraf melaung sekuat hatinya.
“Jahanam kau Faris berani kau buat kerja terkutut ini
di bulan Ramadan. Sebelum aku tumbuk muka kau lebih baik kau berambus dari
sini. Jangan kau tunjuk muka kau pada aku. Aku akan buat report polis.” Ugut
Arshraf sambil tangannya memeluk kakaknya yang gementar kelakuan dengan
kelakuan Faris.
“Baik…aku akan berambus tapi aku tidak akan lepaskan
kakak kau.” Gertak Faris dengan bengis. Dia menghentakkan kakinya lalu turun
dari rumah neneknya itu.
Arshraf menenangkan kakaknya itu yang sedang menangis
dan trauma dengan peristiwa itu. Arshraf membawa Alia duduk di sofa dia masih
lagi memeluk kakaknya itu. Di kesat airmata Alia sambil menenangkan kakaknya
itu.
“Along, sabar ya. Kalau diikutkan hati adik mahu saja
adik buat report polis. Kau dia datang lagi nahas dia adik kerjakan.
“Along takutlah adik.” Kata Alia dengan suara
terketar-ketar dan masih menangis.
“Along tidak perlu takut. Adik akan sentiasa jaga
along. Faris memang sudah melampau. Dia berani buat sebab kita tidak report
polis.” Tegas Arshraf pada kakaknya Alia.
“Kalau kita buat report ini sudah jadi kes polis, apa
kata keluarga kita nanti macam mana dengan keluarga abang Amsya.” Balas Alia,
membuatkan Arshraf mengeluh mendengar penjelasan kakaknya..
“Along pergi masuk dulu rehat.” Arah Arshraf.
“Along takutlah…adik teman along tidur. Faris tu nekad
kalau dia datang lagi malam ini macam mana?” Soal Alia risau, airmatanya masih
keluar dan tersedu-sedu.
Amsya rasa tidak sedap hati dari tadi mundar-mandir
dibilik, hatinya berdebar-debar memikirkan Alia Nasuha. Dia menekan nombor
telefon Alia.
“Jom. Along masuk bilik rehat dulu.” Pinta Arshraf.
Dia bangun membawa Alia ke bilik untuk rehat. Sampai sahaja dibiliknya telefon
bimbit Alia berbunyi. Alia tidak mengendahkannya dia merebahkan diri di atas
katil. Arshraf mengambil hanset kakaknya. Tertera nama Amsya. Pangilan dari
bakal abang iparnya. Dia menjawab.
“Hello.” Amsya terdiam seketika mendengar suara lelaki
menjawab telefon Alia.
“Hello, siapa ni?” Balas Amsya.
“Abang Amsya, Arshraf sini.” Mendengar suara adik
iparnya itu jantungnya semakin berdegup kuat.
“Kak Lia mana, Arshraf?.” Tanya Amsya risau.
“Ada, abang nak cakap dengan dia? kejap.” Arshraf
membawa telefon itu kepada Alia yang sedang tersedu-sedu di atas katil.
“Along, abang Amsya telefon.” Beritahunya sambil
menyerah telefon. Alia mengambil telefon dari tangan adiknya.
Dengan suara terketar-ketar dan tersedu-sedu Alia
menjawab.
“Hello.” Amsya mendengar suara Alia teresak-esak.
“Lia kenapa ni? Kenapa nangis? Lia cakap dengan abang
Lia.” Tanya Amsya hatinya semakin berdebar. Alia cuba mengawal perasaannya.
“Tidak ada apalah, Lia rindu mama dan papa. Ummi sihat
tak?” Tanya Alia kali ini airmatanya keluar. Sebak.
“Lia apa dah jadi sebenarnya, cakap dengan abang.”
Pujuk Amsya, suaranya sedikit tegas.
“Tak ada apa.” Balasnya bersahaja. Tidak sedap rasa
hati Amsya. Dia tahu Alia tidak akan memberitahunya.
“Bagi telefon pada Arshraf.” Pinta Amsya. Alia
menyerahkan telefon itu pada adiknya. Arshraf mengambilnya.
“Ya, bang.”
“Arshraf cakap betul-betul dengan abang apa terjadi
pada kakak? Abang tidak sedap hati ni. Jangan buat abang risau.” Luah Amsya
pada adik iparnya.
“Tidak ada apa abang semua ok. Cuma along rindu pada
papa dan mama dekat-dekat raya lagipun sedihlah along nak kahwin tanpa mama dan
papa.” Jawab Arshraf menenangkan hati abang iparnya. Dia tahu abang iparnya
merasakan sesuatu pada bakal isterinya itu. Di fikirnya, kuat instinct abang
iparnya pada Alia, hingga dapat dirasanya apa yang berlaku.
“Baiklah. Tapi Arshraf tolong jaga kakak baik-baik.
Abang sayang kakak” Pesan Amsya.
“Baik bang. Assalamualaikum.” Arshraf mengakhiri
perbualan. Dia memandang kakaknya yang sedang berbaring dan menanggis itu.
“Along, Sayang betul abang Amsya pada along.” Kata
Arshraf. Alia senyum memandang adiknya itu. Hati kecilnya berkata “Sayang
apanya, bukan aku yang dia sayang…aku ni boneka dia saja.” Terdengar engine
kereta akinya pulang.
“Along tidur dulu.”Nasihat Arshraf. Alia mengangguk.
Dia keluar mendapatkan orang tuanya.
Amsya tidak senang hati, resah. Difikirnya pasti ada
yang tidak kena, kenapa Alia selalu menanggis apabila dibelakangnya. Siapa Alia
Nasuha sebenarnya.
Faris dengan perasaan marah
dan tidak puashati dengan apa yang berlaku tadi. Dia memberhentikan keretanya
dibahu jalan. Dia monolog luaran, melepaskan geram dengan mengacipkan giginya.
“Jahaman kau Arshraf, berani
kau nak buat report polis. Aku tidak akan lepaskan kakak kau. Kerusi CEO HH
Holding akan jadi milik aku.” Sambil tangannya menghentak stering kereta. Dia
berkata lagi.
“Tidak apa kali ini aku
lepaskan kau Alia.” Kemudian dia memecut keretanya dengan laju.