Alia Nasuha meneliti beberapa pelan yang
berada di atas meja, satu persatu diperiksanya. Dia tidak mahu ada sebarang
kesilapan selepas di Blue Print. Dia memang pantang buat kerja dua kali
merugikan kos blue print dan melambatkan kerja. Ada beberapa gambaran yang
tidak jelas dalam pelan yang ditelitinya. Dia menekan butang intercom tut…
“Ya Cik Lia” Jawab setiausahanya Syafikah
“Syaf kau panggil Malik masuk”
Selang beberapa minit pintu biliknya di
ketuk. Malik masuk terus ke mejanya.
“Duduk Malik” Arahnya. Malik menarik kerusi
lalu duduk didepan bosnya itu, dipandang Alia tanpa berkelip. Lia memandangnya
memberi satu senyuman manis.
“Pelan ini Malik yang buatkan?” Soal Alia.
“Ya Cik Lia” Jawabnya
“Malik, awak ok ke kalau saya panggil awak Malik
atau nak Lia panggil abang Malik”
“Saya tidak kisah Cik Lia nak panggil saya
apa, walaupun saya ni lebih tua sikit dari cik Lia” terang Malik.
“Kadang-kadang saya susah juga nak panggil
staff-staff yang lain sebab kebanyakkan dari kamu semua lebih tua pada saya. Kan
kalau saya panggil nama saja macam tidak hormat pula.”
“Kami semua faham cik Lia. Cik Lia bos
kami.”
“Ok
kita teruskan, saya sudah teliti pelan ini tapi ada beberapa gambaran yang
tidak jelas. Pelan ini merupakan bangunan ubahsuai jadi saya mahu tahu mana
dinding yang perlu diroboh dan dinding yang kekal… sebabnya tidak ada dotted
line mungkin Malik lupa. Dan satu lagi pelan sanitary juga saya tidak jelas.
Saya mahukan pelan asal untuk saya
membezakan mana perubahan baru dan mana yang lama. Biasanya kalau pelan
ubahsuai pelan infra perlu ke?”
“Baik Cik Lia nanti saya baiki semula,
pasal pelan infra itu saya akan checking dulu”
“Saya tengok dalam fail borang CF tidak ada,
nanti minta dengan owner. Projek ini sudah refer C&S?
“Sudah Cik Lia”
“Saya mahu tengok report C&S. Kamu
ambil semuanya dulu dan baiki semula.”
“Baik Cik Lia terima kasih, saya keluar
dulu”. Malik mengambil pelan atas meja Alia lalu keluar dari bilik bosnya.
Itulah Lia, pengalaman satu tahun di firm arkitek di UK membuatkan dia lebih
berpengalaman. Tiba-tiba intercom biliknya berbunyi dijawabnya.
“Ya Syaf ada apa?”
“Ada dua orang Inspektor Bukit Aman nak
jumpa Cik Lia”
“Kenapa, ada apa?” Soal Alia cemas. Jantung
mula berdebar.
“Entahlah Lia aku pun tak pasti, katanya
nak jumpa kau”
“Suruh dia masuk, kau pun masuk sekali”.
Terkejut juga Lia dibuatnya berdebar pun ada kenapa polis Bukit Aman nak jumpa
dia.
Syafikah memasuki bilik Alia bersama dua
orang Inspektor. Lia bangun menyambut kedatangan pegawai polis itu.
“Cik Alia Nasuha binti Helmi” Soal Salah
seorang pegawai itu.
“Ya saya” Jawabnya
“Saya Inspektor Azlan dan ini Inspektor
Marzuki”
“Sila duduk” Pelawa Alia kepada dua orang
pegawai polis itu. Syafikah berdiri disebelah Alia.
“Ada apa tuan mahu jumpa dengan saya dan
apa yang boleh saya bantu?” Tanya Alia dengan penuh hairan. Dua orang Inspektor
tadi memandang Syafikah seolah-olah bertanya sesuatu.
“Tak apa dia PA saya, tuan boleh jelaskan
kepada saya apa sebenarnya”
“Cik Lia sudah bersedia, saya harap Cik Lia
tidak terkejut”
Berdebar juga jantunnya bila mendengar sambil
mengangguk kepala dia menjawab “Baiklah tuan, teruskan.”
“Pihak kami telah meneliti kereta yang
dipandu oleh En.Helmi… terdapat kesan potongan ditali break kereta Mercedes
Brubus milik En. Helmi”. Lia terkejut lalu memandang Syafikah, sedikit sebak
mendengarnya, Syafikah mengangguk kepala.
“Jadi, tuan mahu bagitahu saya bahawa kemalangan
yang berlaku ke atas kedua ibubapa saya di sabotaj?”
“Ada kemungkinan, En.Helmi ada musuh ke?
Soal Inspektor Marzuki. Sebak menyelubungi perasaannya ketika itu. Dia mengeluh
panjang.
“Ya, Allah…Setahu saya papa saya tidak ada
musuh”
“Adakah Cik Alia Nasuha terus buka kes ni?”
“Ya, sudah tentu saya mahu tahu siapa punya
angkara jika betul apa yang dikhabarkan oleh tuan”
“Pihak kami mahukan kerjasama daripada
pihak Cik Alia untuk menyiasat kes ini.”
“Baiklah saya setuju bekerjasama dengan
pihat tuan. Saya juga akan siasat kes ini”
“Baiklah Cik Alia, Jika ada apa-apa kami
datang lagi untuk siasatan selanjutnya. Terima kasih banyak-banyak atas
kerjasama Cik Ali.Kami beransur dulu.”
“Sama-sama” Alia bangun menghantar dua
pegawai polis itu ke pintu pejabatnya. Dia kembali semula ke kerusinya. Dia
pandang Syafikah dengan seribu pertanyaan.
“Syaf kau duduk dulu” Arahnya.
“Kau tahu apa-apa ke Syaf?”
“Maaf Lia, aku tak tahu apa-apa”
“Kau rasa betul ke papa aku kena sabotaj, tapi
angkara siapa?”
“Aku pun tak tahulah Lia” Syafikah terkejut
mendengar berita itu.
“Ok, macam ini kau mesti tolong aku dalam
kes ini. Aku tidak mahu siapa-siapa tahu termasuk semua staf kita. Aku akan
siasat sendiri.”
“Kau nak buat apa Lia?” Soal Syafikah cemas
“Kau janganlah cemas sangat. Aku tahulah
apa nak buat, kau tunggu dan ikut arahan aku?”
“Shaf, satu lagi tolong cancel dulu
mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga aku bagitahu”
“Baik bos, arahan diterima” Syafikah
membuat gaya seorang pegawai polis dengan tabik hormat.
“Sudah…sudah… kau boleh keluar” Arahnya
sambil tersenyum ke arah Syafikah.
Malam itu Lia tidak dapat melelapkan
matanya. Dia masih berfikir kata-kata pegawai polis tadi bahawa papa dan
mamanya kemalangan disebabkan sabotaj dan ini merupakan kes jenayah bunuh.
Direnungnya seketika apa yang harus dia buat.
Dia menolog luaran “Kenapa hari itu papa
dan mama mahu balik Terengganu, siapa orang terakhir papa jumpa, di mana kali
terakhir papa parking kereta dia?. Ini yang aku mesti cari. Perlu bagitahu
Arshraf atau tak. Arshraf perlu tahu”. Dia mengambil telefonya terus mendail
nombor adiknya.
“Hello, kak long apa khabar?”
“Alhamdulilah, adik sihat ke?
“Ok. Ada apa long?”
“Along nak bagitahu sesuatu, adik jangan
terkejut pula”
“Ok. Apa dia?”
“Tadi ada dua orang pegawai polis datang
office bagitahu along bahawa kereta papa ada kesan tali break dipotong” Jelas
Alia pada Arshraf.
“Jadi maksud along kemalangan yang berlaku
pada papa dan mama dirancang?”
“Yap. Persoalannya siapa punya angkara”.
“So macam mana kak?”
“Nanti kita jumpa kita bincang, tidak boleh
cakap dalam telefon ni. Nanti along telefon adik ok tapi adik jangan bagitahu
siapa-siapa”.
“Ok. adik faham. Bye”