Home Novel Thriller/Aksi MAKTUB
MAKTUB
#mystrill
21/11/2019 15:39:38
27,707
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
F & M

Novel ini merupakan karya yang bertanding dalam Pertandingan Menulis Novel Thriller anjuran Buku Prima.

Penulis : SITI RUBAYA

PROLOG

FARHAN & MARIA

Farhan menarik nafas lega sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA. Berada di bumi Mekah benar-benar menenangkan jiwanya.

 

Selama ini dia hilang dalam memori indah bersama Zaara sehingga berkali-kali dia menyalahkan takdir. Ampuni hamba-Mu Ya-Allah, sesungguhnya aku lemah dengan ujian-MU.

 

Farhan berjalan sambil menarik 'travel luggage'. Suasana di KLIA agak sesak. Telefon Farhan berdering, dia kelam-kabut mencapai telefon di dalam poket seluarnya sehingga terlanggar seseorang.

 

Majalah yang dipegang perempuan yang berkaca mata hitam itu terjatuh. Farhan cepat-cepat menunduk dan mengutip majalah tersebut. Perempuan itu hanya berdiri sambil berpeluk tubuh.

 

“Maria sini.”

 

Farhan dapat melihat dengan jelas seorang lelaki kacak memanggil dan melambai kepada perempuan yang dilanggarnya tadi.

 

Pandangan Maria terarah pada lelaki itu. Dia mengangkat tangan melambai kembali. Farhan mengambil majalah, sempat melihat sekilas tajuk utama majalah itu. ’Maria.Dewi Remaja 2016’. Farhan bangun dan memberikan majalah Remaja kepada Maria.

 

Thank.”

 

Farhan hanya mengangguk. Baru sahaja selangkah Maria berjalan menuju ke arah lelaki yang melambainya talefon Maria berdering. Maria melihat nama pemanggil diskrin. Mencebik dan dengan sengaja tidak menjawab panggilan.

 

Farhan terpana apabila mendengar nada deringan itu, dia berpaling memandang Maria yang membelakanginya dan sedang berjalan laju menuju ke arah lelaki kacak tadi.

 

Diakenal benar dengan alunan muzik klasik itu yang selalu dimainkan oleh Zaara apabila pulang ke rumahnya pada hujung minggu. ‘Spring’ ciptaan Vivaldi. Ya Farhan yakin telinganya tidak silap mendengar.

 

Tiba-tiba lintasan gambar ‘Maria’ yang dinobatkan sebagai ‘Dewi Remaja 2016’ terbayang dibenaknya. Wajah itu persis Zaara, dia yakin kerana dia sendiri pernah melihat wajah Zaara di make-up begitu semasa menjadi model bersama Adam.

 

Lintasan wajah Maria yang dilanggarnya tadi pula bermain di mindanya. Walaupun berkaca mata hitam namun bentuk wajah, hidung malah bibir wanita itu seiras Zaara. Kedua-dua bayangan itu silih berganti di mindanya. Ya mereka pasti adalah orang yang sama. Maria yang dilanggar itulah yang memenangi Dewi Remaja, wajahnya pula seiras Zaara.

 

Telefon Farhan berdering lagi. Panggilan diangkat.

 

“Kau kat mana?”

 

“Aku..”Diam. Dari kejauhan Farhan terpandang kelibatMaria yang sedang rancak berbual dengan teman lelakinya. Mereka bergelak ketawa. Farhan terus memandang. Seketika kemudian Maria membuka kaca mata hitamnya. Farhan terkesima. Zaara! Ya dia tidak tersilap pandang. Maria adalah Zaara.

 

“Hello..hello..”Zamri mendail semula apabila dia tidak mendengar suara Farhan sambil melihat sekeliling cuba mencari kelibat Farhan.

 

“Hann..”Zamri melaung memanggil Farhan apabila melihat kelibat rakannya itu dari jauh. Dia terpinga-pinga apabila melihat Farhan tiba-tiba berlari.

 

“Aduh apahal pulak ni?” Zamri mengambil beg Farhan yang ditinggalkan.Dia melihat seketika ke arah Farhan yang bergegas mengejar sesuatu. Malas mahu mengejar Farhan Zamri menarik beg luggage Farhan ke arah tempat pakir kereta.

 

Farhan memandang cemas ke kiri dan kanan. Kawasan yang sesak dengan orang ramai membuatkan dia sukar untuk mengejar Maria dan Farhan turut terlepas pandang dimana Maria serta pasangannya berada. Farhan memandang sekeliling mencari kelibat Maria namun tiada.

 

Seketika kemudian apabila melihat disebalik cermin kaca pintu utama, Maria sudah masuk ke dalam sebuah kereta. Farhan berlari keluar. Sejurus selepas Farhan melangkah keluar kereta yang dinaiki Maria bergerak.

 

Entah apa yang merasuk Farhan, dia terus berlari mengejar. Dia terus mengejar walaupun kereta itu sudah berada jauh dihadapannya. Setelah penat akhirnyadia berhenti dan memegang kedua-dua lututnya. Nafasnya tercungap-cungap. Farhan memandang kecewa ke arah kereta yang dinaiki Maria yang semakin menjauh. Talefonnya yang berdering lantas dijawab.

 

“Zam aku ada kat tepi jalan ni ha. Ambik aku.”

 

Tidak lama kemudian Zamri tiba, dia memandang tajam ke arah Farhan yang masuk dan memakai tali pinggang keledar.

 

“Farhan kau ok ke?”

 

Farhan tidak menjawab.Dia memandang ke luar tingkap.

 

“Betul ke apa aku nampak tadi Zam?”

“Kau nampak apa?”

“Aku yakin dia Zaara sebab tu aku kejar dia tadi.”

 

Zamri terdiam, memandang Farhan dengan wajah serius. Adakah sahabatnya itu semakin parah? Contohnya Farhan melihat bayangan Zaara ada di mana-mana, sebab itu Farhan mengejar.

 

“Hanaku tak nak kau kecewa. Mustahil kau nampak Zaara. Kalau dia Zaara mesti dia kenal kau. Mesti dia balik cari kau.”

“Maria.Nama dia Maria. Tapi aku tahu dia Zaara.”

“Tak mungkinlah. Kau jangan macam ni nanti kau sendiri yang kecewa kalau dia bukanZaara.”

“Akuyakin.”

“Sebab?”

Ringtone Maria. Aku kenal sangat. Tu muzik yang Zaara paling suka dengar.Takkan kebetulan. Vivaldi Spring’ aku yakin aku tak silap Zam. Mungkin Allah bagi aku peluang kedua untuk bertemu Zaara.”

 

Zamri memandang wajah Farhan cuba menyelami apa yang tersirat di fikiran sahabatnya itu. Hanya satu yang pasti. Farhan akan mencari Maria. Buat pertama kalinya dia melihat ada sinar harapan di mata Farhan. Kerisauan Zamri semakin menjadi-jadi. Pilihan muzik yang sama tidak boleh dijadikan bukti Maria adalah Zaara.

 

Tunggu Zaara! Abang takkan biarkan Zaara pergi buat kali kedua.Return back to me soI can love you again. Tekad Farhan. Jemarinya digemgam. Hatinya membara keazaman.

Next: F & M 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill