Home Novel Thriller/Aksi MAKTUB
MAKTUB
#mystrill
21/11/2019 15:39:38
27,651
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
F & M 3
‘”Eh tu ke Maria yang kau cakap tu?”

“Mana”

“Tu?”

Farhan melihat pada skrin TV. Pengacara sebuah rancangan gossip mengulas mengenai fesyen yang dipakai artis. Maria turut tersenarai dalam artis yang memakai busana 'classy' bertepatan dengan tema.

Gaun 'bareback' jelas mendedahkan tatu pada belakang badan Maria. Farhan terkejut. Zaara juga mempunyai tanda yang sama. Tak mungkin kebetulan. Maria adalah Zaara.

Ternyata baju yang dipakai Maria pada malam anugerah skrin mengundang kontroversi. Netizen menuduhnya cetek agama kerana mengukir tatu.

Maria tidak kisah dengan kritikan itu. Busana yang dipakai ditaja oleh salah seorang pereka fesyen terkenal tanah air. Malah kontroversi seperti itu dapat dijadikan batu loncatan untuk melonjakkan nama pelakon baru sepertinya.

“Padan muka kena terjah dengan wartawan. Hah menjawab la kau. Tuhan dah buat elok pandai-pandai pulak menambah.” Zamri mencebik.

Jelik dengan sikap artis yang bermacam ragam. Natijahnya anak-anak muda turut terjebak melakukan perkara yang sama.

Maria tenang dengan asakan wartawan dan menjawab setiap soalan diiringi senyuman. Dia menjelaskan tanda pada bahagian belakang badannya bukanlah tatu sebaliknya kesan melecur akibat kemalangan.

Farhan yang melihat Maria yang tersenyum tenang sambil menjawab soalan wartawan kembali terkenangkan Zaara.



Previous: F & M 2
Next: F & M 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.