Home Novel Thriller/Aksi MAKTUB
MAKTUB
#mystrill
21/11/2019 15:39:38
27,702
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
F & M 5


Tamat imbas kembali...

“Han..Han..dah berangan sampai mana dah kau ni.”

“Sorry Zam.”

“Kenapa ni? Macam ada yang tak kena je kau ni?”

“Dahla jom makan. Sejuk dah makanan ni.” Farhan cuba mengelak dari menjawab soalan Zamri.

“Kau tak payah nak lari tajuk. Aku tanya tadi kan. Jawab la.”

“Zaara..”

‘’Iya..Zaara apa?”

“Zaara pun ada tanda yang sama kat belakang dia. Maksud aku parut sama macam kat belakang Maria tadi.” Farhan berterus-terang. Zamri terkejut.

“Entahlah Zam.”

“Entah apanya? Siasat la. Baru kau tahu siapa Maria.”

“Tapi aku..”

Zamri menghirup teh tarik. Meneliti suasana kedai yang semakin sesak kemudian beralih pula melihat di skrin TV. Drama melayu baru. Dia menonton sambil mendengar apa yang dikatakan oleh Farhan.

“Zam. Kau dengar tak apa aku cakap ni.”

“Dengar. ”Mata Zamri masih melekat di kaca TV. Seketika kemudian dahi Zamri berkerut.

“Kenapa?”

“Tu..”

“Tu apa?”

“Cuba kau tengok TV kat belakang kau tu. Aku dapat petunjuk.”

Farhan menoleh.

“Tu Adam.”

“A,ah Adam. Dia la petunjuk tu.”

“Apa  kau cakap ni.” Farhan tidak memahami maksud Zamri.

“Kau tunggu kejap. Adam tu hero, kau tengok pulak heroin dia siapa. Lepas tu mesti kau faham.”

Farhan hanya menurut. Tidak lama kemudian wajah Maria terpampang. Zamri tersengih.

“Sekarang kau faham kan?”

Farhan mengangguk. Kemudian menghabiskan minumannya. Semasa memandu pulang apa yang dikatakan oleh Zamri terngiang-ngiang di telinganya.Tiba-tiba Farhan membuat pusingan U. Dia perlu berjumpa Adam segera.

.

.

“Pang. ”Maria memegang pipinya yang dilempang Fasha. Sudah tiga kali Fasha mengulang scene yang sama. Berpura-pura lupa dialog.

Sorry. Last. I buat betul-betul. janji.” Fasha beralasan pada penolong pengarah.

Mariaterpaksa menahan sabar.

“Pang.”Sekali lagi Maria ditampar. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Fasha menyebut dialognya dengan lancar kali ini. Maria pula memegang pipinya sambil menangis.

Cut. Okay.

“Tunggu. Aku tahu kau sengaja.” Maria menahan Fasha dari beredar.

“Kenapa kau buat macam tu?”

“Buat apa?”

“Aku tak pernah cari pasal dengan kau. Kenapa kau..”

“Saja. Muka kau ingatkan aku pada orang aku tak suka.” Fasha menjawab selamba sebelum beredar.

Maria mengetap bibir. Geram diperlakukan begitu. Tiba-tiba bahunya ditepuk. Maria berpaling.

“Ariel.”

“Jom makan.” Ariel mengajak.

“Jom. ”Maria mengambil begnya dan mengikut Ariel masuk ke dalam kereta.

“Teruk abang tengok. Empat kali kena tampar dengan Fasha.”

“Dia sengaja.”

“Mancam mana tahu?”

Maria mencebik.

“Dah berapa kali berlakon dengan dia. Skrip lagi panjang dari tu dia boleh ingat. Tengok pipi ni.”

Ariel yang memandu memandang sekilas pipi Maria.

“Pergh. Berbekas lima jari.” Ariel ketawa. Maria merengus. Terasa dipermainkan.

“Memang dia tampar betul tu.”

“Tahupun. Ni nak pergi makan kat mana ni? Lapar ni.”

“Kawan abang nak belanja makan.”

“Kawan? Siapa? Yang hari tu ke? Apa nama dia?” Maria cuba mengingat.

“Fazril.”

“A,ah Fazril.”



Previous: F & M 4
Next: F & M 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill