Home Novel Seram/Misteri QARIN
QARIN
Illya Abdullah
3/1/2015 15:47:47
55,766
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 16

JOHENDRY tahu apa yang dia lakukan itu adalah kerja gila. Tanpa pengetahuan dari Asmida, dia mengekori Faris dalam diam. Faris nampak normal bersama keluarga kekasihnya itu. Tiada mencurigakan Johendry setakat ini. Johendry masih berwaspada kerana dia yakin Faris masih belum menunjukkan rupa sebenarnya.

“Ah, mungkin dia sedang berlakon. Aku mesti menyingkap topeng yang dia pakai. Aku mesti siasat mamat ni hingga ke akar umbinya,” Desis hati Johendry.

Johendry masih tidak boleh memadam dari kotak ingatan apa yang dilihatnya malam itu. Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya itu adalah realiti dan bukannya mimpi. Tapi matanya tidak salah pandang. Dia yakin lelaki itu adalah Faris. Johendry perlu menyiasatnya sendiri. Benarkah Faris adalah manusia bertopengkan iblis?

Sekiranya terbukti Faris adalah pembunuh kejam itu, dia perlu memberikan amaran kepada Asmida. Dia tidak mahu Asmida menjadi mangsa. Kini, Johendry percaya pada mimpi-mipi ngeri yang diceritakan oleh Asmida. Johendry tidak akan berhenti selagi tiada bukti kukuh di dalam tangannya.

RUZANA menjerit-jerit dalam tidur. Dia seakan dibayangi mimpi ngeri. Ruzana membuka mata. Tubuhnya dibasahi dengan peluh dingin. Mata Ruzana meliar sekeliling bilik tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Tiada kepala Rais yang mengejar. Tiada tubuh Rais tanpa kepala yang bergolek di atas jalan. Ruzana mengurut dada. Dia asyik bermimpi yang sama saban malam. Apa salahnya pada Rais hingga lelaki itu mengganggu di dalam mimpinya.

Ruzana mencapai telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Qarl. Panggilan tidak berbalas.Bibirnya di ketap. Hatinya bertambah geram apabila Qarl mematikan telefon. Ruzana menyumpah seranah. Telefon bimbit dicampakkan ke lantai. Berkecai. Ruzana sudah tidak

dapat bertahan lagi. Banglo Qarl juga sudah tidak selamat baginya selagi gangguan itu tidak dihapuskan. Dia perlu paksa Qarl mencari bomoh untuk memagar banglo ini.

Apabila kakinya menjejak lantai, ada sebatang tangan menjulur keluar dari bawah katil memaut pergelangan kaki kiri Ruzana. Ruzana menjerit. Ruzana cuba melepaskan kakinya dari cengkaman tangan itu. Ruzana menendang tangan tersebut dengan kaki kanannya.

Apabila usahanya berhasil, Ruzana segera berlari ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas kali-kali. Ruzana sudah takut separuh mati.

“Tolongggg!” Jeritnya.

Dia memalingkan kepalanya ke belakang. Lembaga tidak berkepala merangkak keluar dari bawah katilnya itu. Kali ini dia tidak bermimpi.

Ruzana cuba memulas lagi tombol tetapi tidak berjaya. Dia mula memukul-mukul pintu

bilik itu dengan kuat.

“Tolonggg!”

“Ruzana…” Namanya diseru-seru. Hantu Rais merangkak-rangkak menghampirinya. Bau busuk sudah mencemari rongga hidung Ruzana. Ruzana hampir pitam dengan bau busuk itu. Tekaknya juga mual.

“Tolongggg!” Kali ini Ruzana menjerit dengan kuat. Ruzana sudah menangis. Tidak sanggup dia berpaling lagi melihat Rais yang mengerikan. Tangan Rais yang sudah hampir tidak berdaging dan berulat itu hampir-hampir memengang kaki Ruzana.

Pintu bilik itu terkuak. Dua orang pegawal peribadi Qarl berdiri di muka pintu.

“Kenapa Cik Ruzana?”

Ruzana segera menyorok di belakang pengawal peribadi Qarl itu.

“Hantu! Ada hantu!”

Kedua-dua lelaki itu mengerutkan dahi. Tiada apa-apa yang dilihat di hadapan mereka. Ruzana turut memanjangkan lehernya. Hantu Rais tanpa kepala sudah tidak kelihatan lagi di dalam biliknya.

“Tiada hantu pun dalam bilik Cik Ruzana.”

“You fikir I tipu?” Ruzana berang. Dia tidak mungkin bermimpi. Dia namapk jelas hantu Rais tanpa kepala itu merangkak-rangkak ke arahnya.

“Kami tak kata cik menipu.”

“I nampak dengan dua biji mata I hantu Rais tanpa kepala di belakang I. Buat apa I menjerit minta tolong jika I tak nampak?”

Kedua-dua lelaki itu saling berpandangan.

“Barangkali cik bermimpi.”

“Mimpi hotak you. Sudah! I tak nak tidur dalam bilik berhantu ni. I nak tidur di sofa ruang tamu. You berdua kawal di luar!” Ruzana melenting. Dia mencapai bantal dan selimut lalu turun memijak anak tangga.

Ruzana menghenyak punggung atas sofa. Dia menekan remote televisyen. Astro sahaja ada rancangan hingga ke pagi. Rancangan yang kerap berulang-ulang dimainkan hingga penonton seperti berasa muak.

“Cik Ruzana…”

“You berdua kawal di luar tu sampai pagi. Jangan tidur!” Arahnya.

Kedua lelaki itu sekadar menjongket bahu. Panas hati betul perempuan seorang itu. Mereka terpaksa menurut kata-kata Ruzana kerana tugas yang telah diberikan oleh bos mereka.

Nafas Ruzana turun-naik. Tubuhnya masih menggigil. Bukan kerana kesejukan dari penghawa dingin tetapi rasa takutnya itu.

Kenapa hantu Rais mengganggui dia? apa salahnya pada Rais? dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan Rais. Patutnya Rais ganggu tunangnya itu bukannya dia. Apartmen yang dibelikan oleh Qarl sudah dijual. Pasangan suami isteri yang membelinya. Tidak pula pasangan itu diganggu. Hairan?

QARL ketawa berdekah mendengar cerita dari mulut Ruzana. Jika hantu Rais menganggu Ruzana, sudah tentu dia juga akan diganggu sekali. Ruzana hanya bermimpi ngeri sampai terbawa-bawa ke alam realiti.

“You ketawakan I?’

“Cerita you tu tak masuk di akallah sayang.”

“I serius Qarl!” Marah Ruzana. Qarl tidak mengalaminya tentulah boleh bercakap besar.

“Kalau dia kacau you, I pun dia kacau sekali. Khayalan you aja.”

Tawa Qarl masih bersisa. Qarl memperlekehkan cerita dari mulut Ruzana. Ruzana takut tidak menentu sampai berkhalyal sejauh itu.

“I tak nak duduk di banglo itu lagi!” Tidak kuasa dia tinggal dalam banglo yang sudah berhantu itu. Saban malam dia akan dikacau nanti.

Qarl memaut bahu Ruzana. Dia sudah bersedia untuk memujuk kekasih gelapnya itu.

“I akan cari bomoh untuk halau hantu tu.”

“You masih nak main-mainkan I!”

“I serius ni sayang. I akan minta bomoh tu pagarkan sekali banglo tu. Lepas ni tidak ada hantu akan kacau you.”

So, you kena cari bomoh tu sekarang.”

“Sekarang?”

“Ya, sekarang!” Desak Ruzana. Dia tidak boleh melelapkan mata jika hantu Rais terus menagganggu.

“Okay, I akan uruskan semuanya…” Qarl menurut sahaja kehendak Ruzana. “Senyumlah sikt.” Qarl memaut dagu Ruzana.

“I tak boleh nak senyum selagi semuanya belum selesai.”

“Okay-okay.”

Sebaik Ruzana keluar dari bilik pejabatnya, Qarl menongkat dagu di meja. Dia memang tidak percayakan sangat pada cerita Ruzana. Masakan Rais yang sudah dimamah tanah itu bangkit untuk mengacau mereka. Mengarut! Kalau Rais jadi hantu, kenapa mereka yang perlu dikacau. Dia tidak membunuh Rais. Rais patut mencari pembunuhnya!

Sampai sekarang kes pembunuhan Rais masih tidak terungkai. Susah sangat agaknya pihak polis mencari bukti. Seperti kata Ruzana, dia juga perlu berjaga-jaga. Apa yang dia takutkan adalah musuh dalam selimut.


“ITULAH orangnya.” Johendry menundingkan jari ke arah Ruzana yang sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki.

“Cantik.” Puji Asmida.

“Aku rasa kau lagi cantik,” Komen Johendry.

“Jangan mengarutlah.”

“Aku nak puji pun salah,” Keluh Johendry. Saja dia menayangkan muka seposennya.

“Tak payah nak buat muka dengan aku. Ingat aku akan simpati ke?”

“Bila kau jadi kejam ni? Ini mesti kau stress dengan manuskrip kau.”

“Joe… tutup muka cepat!” Asmida memberikan isyarat.

Johendry dan Asmida segera mengangkat menu masing-masing. Ruzana melintasi meja mereka bersama Qarl.

“Seksa aku tengok. Aku ingat orang miskin yang tak cukup kain rupanya orang kaya lagi tak cukup kain.” Johendry mengomen penampilan Ruzana. Tergeleng-geleng kepalanya.

Ketawa kecil Asmida.

“Aku pula ingatkan kau nampak perempuan cantik ni, tertonjol keluar biji mata kau.”

“Aku bukan bangsa lelaki mata keranjang.”

“Okaylah kau jenis lelaki yang baik-baik. Kategori lelaki melayu terkahir.”

Sengih Johendry dengan kata-kata Asmida. Seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Johendry menelan air liur melihat harga makanan di dalam menu terbabit. Sempat dia mengerling Asmida yang selamba membuat pesanan kepada pelayan lelaki itu.

“Emmm…” Johendry masih membelek menu di tangan.

“Pesanlah. Aku belanja kau.”

Terjongket sebelah kening Johendry.

“Kau nak belanja aku?”

“Yeap.”

Laju Johendry membuat pesanan. Tengah-tengah bulan begini biasalah duit sedang kering. Tambahan pu;la dia

“Tak kisah ke ni?”

“Sekali-sekala.”

Senyum lebar Johendry. Bolehlah dia kikis sikit duit Asmida untuk makan di sini. Untung ada kawan baik macam Asmida.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.