BUDAK lelaki itu teresak-esak menangis.
Tubuhnya penuh dengan kesan cucuhan rokok. Bucu bibirnya mengalir sedikit
darah. Pedih. Kesan lebam di pipinya juga sudah jelas kelihatan. Dia duduk
memeluk kedua-dua belah lututnya.
Dia
mengenangkan nasib diri. Hidupnya tiada lagi kasih dan sayang. Hidupnya sunyi
tanpa rakan-rakan. Dirinya sudah puas diejek. Tubuhnya pula seperti sebatang
pokok yang boleh ditetak sana-sini. Tiada sesiapa yang memahami akan perasaan
yang ditanggung. Hatinya mula dicemari rasa dendam dan benci.
“Kau
menangis lagi?” Ada suara kedengaran di corong telinganya.
Air
matanya berhenti mengalir.
“Siapa?”
“Heheheheee.”
“Siapa?”
Bola matanya liar memerhati keadaan sekelilingi. Tiada sesiapa di situ kecuali
dia sendirian. Dia mula menggigil ketakutan.
“Kau
tak perlu takut dengan aku.”
“Kau
hantu ke?”
“Heheheheeee…
aku akan menjadi kawan kau. Kau takkan kesunyian lagi.”
“Kau
kawan aku?” Dahinya berkerut.
“Ya,
aku kawan kau. Aku akan membantu kau.”
“Tapi…
aku tak nampak rupa kau pun?” Masakan kawannya itu halimunan.
“Heheheheeeee….
aku ada di belakang kau.”
Dia
segera menoleh. Matanya terbuntang luas melihat ‘benda’ yang mengakui kawannya
itu.
16
tahun kemudian…
LELAKI tua itu berlari dengan
sekuat-kuat hatinya. Dia menyorok di sebalik tiang-tiang batu bangunan itu.
Nafasnya turun-naik. Wajahnya sudah pucat lesu. Dia tidak mahu mati lagi.Dia
masih belum puas menikmati hidup. Dia perlu menyelamatkan diri. Nyawanya akan
terselamat jika diaberjaya menyusup masuk ke dalam keretanya itu.
Dia
hampir menjerit melihat perempuan simpanannya yang sudah terbujur kaku
berdekatan dengan kereta miliknya. Dia tiada pilihan lain. Dia segera berlari
ke arah kereta dan bertindak mengalihkan mayat perempuan itu.
“Datuk
Ahmad Fuad…” Bahunya disentuh dari belakang. Bilah parang sudah berada
dipangkal lehernya.
Dia
tidak berani untuk menoleh.
“To…
to... tolongggg lepaskan aku!” Suaranya menggeletar.
“Heheheheeee…
apa kau cakap tadi?”
“To…
to… tolonggg lepaskan aku.” Lelaki tua yang dipanggil Datuk Ahmad Fuad itu
mengulangi kata-katanya.
“Heheheheheeee…”
Lembaga itu ketawa lalu menekup telapak tangannya ke muka. Rayuan lelaki tua
itu kelakar baginya. Tahu pula lelaki tua tidak sedar diri takut. Fikirnya
lelaki tua itu hebat sangat.
Dia
hanya tersengih melihat kelangkang lelaki tua itu yang sudah lencun. Tawanya
berdekah-dekah. Matanya bersindar-kemerah-merahan.
“Aku…
sanggup berikan separuh harta aku pada kau!” Lelaki tua itu masih merayu.
“Aku
tak perlu harta kau. Yang aku mahukan nyawa kau.”
Lelaki
tua itu berpaling dan menyusun sepuluh jari.
“Jaa…
jangan ambil nyawa aku.”
“Heheheheeee….”
Dia semakin seronok melihat lelaki tua itu merayu-rayu lagi padanya. Parangnya
diangkat tinggi.
Bola
mata lelaki tua itu hanya melihat ke arah parang yang mula dihayunkan ke arahnya.
Darah merah memercik. Tubuh lelaki tua itu menyimbah ke lantai.
Darah
yang mengalir pada bilah parang itu dijilat-jilat dengan rakus. Kemudian dia
mula mengheret tubuh lelaki tua itu.