Perubahan demi perubahan berlaku dengan begitu
pantas. Mula-mula Karim bergelar jutawan. Selepas itu dia menjadi bomoh
terhandal. Kemudian dia bergelar mahaguru silat 44. Dan kini Tok Guru Karim
pula, pengasas Pasukan Panji Hitam, sebuah kumpulan ajaran sesat.
Selepas mengumpul pengikut di
kalangan pesakit dan pesilat dia mengorak langkah memperdaya mereka dengan
ajaran sesatnya. Ramai orang biasa dan berjawatan tinggi yang terpengaruh
dengan ajaran sesatnya itu. Kumpulan ajaran sesatnya lebih besar dan
berpengaruh berbanding Al-Arqam dan Kerajaan Langit Ayah Pin. Malah
kecerdikannya dalam memanipulasikan ayat-ayat Al-Quran lebih hebat berbanding
Ustaz Asri. Sementara kesaktiannya pula lebih hebat berbanding Ayah Pin.
Karim tersenyum memikirkan semua
yang dirancangnya berjalan dengan sempurna. Dia teringat bagaimana dia membunuh
Fauziah sekeluarga dengan menggunakan santau angin. Pembunuhan itu dilakukannya
hanya beberapa bulan selepas kematian Mazlan. Yang berputar di ingatannya
sekarang ialah peristiwa dia membunuh Kalsum dan anak-anaknya kecuali Soraya.
Kalsum tersenyum menyambut
kepulangan Karim. Matanya bersinar melihat bungkusan yang mengandungi
bungkusan-bungkusan mi rebus yang dijinjit Karim. Dia teringin sangat hendak
makan mi rebus sejak semalam.
“Nah ni mi rebus yang Sum
mengidam sangat tu,” kata Karim lalu menyerahkan bungkusan berisi mi rebus
kepada Kalsum.
Kalsum segera mengambil bungkusan
tersebut dengan tersenyum-senyum.
“Aku dan Soraya makan pasembur.
Sum, Zakiah dan Lutfi makan mi rebus ya?” kata Karim.
Kalsum mengangguk dan kemudian
menghilang ke dapur. Karim memanggil ketiga-tiga orang anaknya ke meja makan.
Ketiga-tiga anaknya yang sedang menonton telivisyen berjalan malas ke dapur.
Itupun setelah disergah oleh Karim.
Kalsum kembali dengan membawa mi
rebus dan pasembur yang sudah pun diletakkan di dalam mangkuk dan pinggan. Mata
Soraya bersinar sebaik melihat mi rebus dan segera hendak mengambil salah satu
mangkuk tetapi dihalang oleh Karim.
“Soraya makan pasembur. Sama
macam papa,” katanya.
Soraya menurut dan meletakkan
semula semangkuk mi rebus yang sudah dicapainya tadi.
“Zakiah tak nak mi rebus. Kakak
nak pasembur,” kata Zakiah pula.
“Kakak makan mi rebus,” kata
Karim.
“Kakak suka pasembur. Kakak nak
pasembur,” balas Zakiah yang memang sukakan pasembur.
“Kakak tak faham apa papa cakap
tadi? Makan sahajalah mi rebus tu!” marah Karim.
Zakiah mencebik, menarik muka.
“Kakak kongsi dengan Soraya,”
celah Kalsum.
Soraya segera menjauhkan pinggan
yang berisi pasembur daripada Zakiah.
“Zakiah makan mi rebus! Soraya
makan pasembur! Tak faham ke?!” marah Karim, menjegilkan mata kepada Zakiah.
“Makan cepat!”
Zakiah takut dengan Karim. Segera
menjamah mi rebus di hadapannya itu. Lutfi yang diam sejak tadi ikut menjamah
mi rebus kerana sama takut kepada Karim. Kalsum pula diam sejenak. Berasa pelik
dengan sikap Karim itu. Selama ini suaminya tidak pernah melayan anak-anak
mereka sebegitu tegas. Tetapi hal itu tidak terus menganggu fikirannya. Baginya
elok juga jika suaminya itu bertegas dengan anak-anaknya yang semakin hari
semakin degil itu.
Kalsum kembali ke dapur untuk
mengambil air minuman pula. Seekor lalat terbang di atas meja makan. Selepas
beberapa ketika terbang melilau sudahnya lalat itu hinggap pada mi rebus
Kalsum. Beberapa saat kemudian lalat itu kaku, tergolek ke dalam kuah mi rebus.
Karim pantas mengambil bangkai lalat itu. Kalsum muncul dari dapur dengan
membawa air minuman. Dia nampak sepintas lalu tangan Karim yang bergerak
menjauhi mangukuk mi rebusnya tadi.
“Kenapa bang?” tanya Kalsum.
Karim tersentak. Hilang kata
sekejap.
“Lalat ke bang?” tanya Kalsum.
“Ya, ya.” Jawab Karim. “Lalat
hurung mi rebus tu tadi,” sambungnya.
“Oh,” balas Kalsum lalu menuang
sirap ke dalam gelas-gelas dan mengedarkannya kepada suami dan anak-anaknya.
Selepas itu barulah dia menjamah mi rebus yang diidam-idamkannya itu. Dia makan
dengan lahap. Dihirupnya kuah mi rebus itu sehingga licin.
“Sedap sungguh mi rebus ni bang,”
kata Kalsum sesudah selesai makan.
Karim tersenyum.
Kalsum bersendawa.
Karim terus tersenyum.
Kalsum terjaga mengejut dari
tidur pada malam itu. Dia berasa pelik kerana badannya berpeluh dan berasa
sakit. Dia melihat ke dinding. Penghawa dingin hidup. Dia merasa tubuhnya.
Tubuhnya panas dingin. Perutnya memulas secara mengejut. Dia turun dari katil
dan terburu-buru ke tandas. Karim membuka mata bila Kalsum masuk ke dalam bilik
air. Dia tersenyum kerana tahu santau yang diletakkannya ke dalam mi rebus
isteri dan dua orang anaknya itu siang tadi mula menunjukkan kesan.
Najis keluar tersembur-sembur.
Berceretek di dalam mangkuk tandas duduk itu. Kalsum berasa pedih pada perut
dan lubang dubur. Seperti ada kaca yang menghiris-hiris ususnya. Setiap kali
dia cirit setiap kali itulah perut dan lubang duburnya terasa amat pedih. Lama
dia membuang air besar. Setelah yakin tiada lagi najis yang akan keluar dia pun
mencuci punggungnya dan kemudian bangun untuk mengepam air bagi mencuci najis
di dalam mangkuk tandas. Terkejut bila mendapati keadaan najisnya di dalam
mangkuk tandas itu. Najis itu bercampur darah dan sesuatu yang menguit-nguit.
Dia melihat dengan lebih dekat. Terkejut besar bila mendapati benda yang
menguit-nguit itu adalah ulat-ulat kecil.
Kalsum yang terkejut bergegas
keluar dari bilik air dan segera mengejutkan Karim yang berpura-pura tidur.
“Kenapa Sum?’ tanya Karim.
“Taik saya ada darah dan ulat!”
beritahu Kalsum, yang ketakutan.
“Ha!” balas Karim, berlakon
terkejut. Hatinya tersenyum.
Kalsum berasa perutnya memulas
lagi. Kali ini lebih sakit daripada sebelumnya. Perutnya berbunyi. Lalu dia
terkentut. Dia cirit. Dia berlari ke tandas. Tetapi sudah ada cecair yang
meleleh dari peha ke betis. Dia berhenti berlari beberapa langkah dari muka
pintu tandas. Tergamam dan segera melihat cecair yang menitik ke lantai.
Terkejut bila mendapati cecair itu adalah darah. Darah mengalir banyak ke
lantai.
“Kenapa ni Sum? Sum gugur ke?”
tanya Karim lalu mencepung Kalsum ke kereta dan terus ke hospital.
Kalsum tergamam dan mulai sakit
seperti senggugut kronik. Dia meraung sambil memegang perut.
Doktor mengesahkan bahawa kalsum
tidak mengalami keguguran. Doktor juga mengesahkan kesihatan Kalsum adalah
baik. Pendek kata, doktor yang mengendalikan kesnya tidak tahu punca sebenar
sakit perut Kalsum itu. Dia sudah melakukan pelbagai ujian tetapi negatif
belaka.
Selepas beberapa lama ditahan di
wad, dia pun dibenarkan pulang bila sakit perutnya beransur pulih. Sebaik
pulang ke rumah, perutnya sakit semula. Dia kembali ke hospital. Doktor
mendiagnosisnya seperti sebelumnya. Dia pulang ke rumah semula dan diserang
sakit perut itu semula . Selera makannya hilang. Dia terlantar di atas katil.
Tidak lagi berdaya untuk bangun. Semua itu berlaku dalam beberapa hari sahaja.
“Abang, ubatkanlah saya. Lain
macam saja penyakit saya ni. Doktor pun tak tahu puncanya. Mereka kata saya
sihat,” rayu Kalsum.
“Aku dah tengok. Aku tak tahu
engkau ni kena apa,” jawab Karim, sambil lewa.
“Sum rasa Sum kena santau bang,” jawab Kalsum.
“Macam mana Sum tahu?” tanya
Karim, terkejut.
“Sum mimpi arwah Abang Mazlan.
Dia beritahu dalam mimpi malam tadi,” jawab Kalsum.
“Dia ada beritahu siapa yang
santau Sum?” tanya Karim.
Kalsum mengangguk.
“Siapa?” tanya Karim, tersentak.
“Entahlah,” jawab Kalsum. “Dia
tunjuk seseorang. Sum dapat tengok orang lelaki tu dari belakang sahaja. Elok
sahaja lelaki tu hendak menoleh mimpi tu pun terputus. Tetapi Sum sempat tengok
tangannya. Dia pakai cincin tengkorak pada jari telunjuknya. Siapa ya bang?”
Karim menelan air liur. Mukanya
sedikit berubah. Namun dia berjaya mengawal perasaannya. “Entahlah. Mainan
tidur sahaja tu. Kalau Sum kena santau tentu abang tahu.”
Kalsum mengangguk. Fikirannya
kosong.
Keadaan Kalsum semakin hari
semakin teruk. Kini dia kerap batuk dan muntah darah. Badannya kurus kering.
Rambutnya juga mulai gugur. Ramai orang yang datang menziarah sudah tidak dapat
mengecam dirinya. Semuanya kehairanan dengan perubahan fizikal yang berlaku
kepada diri Kalsum.
Pada malam jumaat itu tibalah
masa yang ditunggu Karim. Nafas kalsum turun naik laju. Dia batuk darah. Dia
berasa seluruh anggota badannya panas dan bisa. Karim menutup pintu bilik tidur
utama mereka. Dia berdiri di hujung katil mengadap Kalsum yang sedang nazak.
Kalsum ternganga mulutnya meminta tolong Karim. Tapi suaranya kedengaran amat
perlahan kerana tidak berdaya.
Karim menyeluk poket seluarnya
lalu mengeluarkan cincin tengkorak miliknya itu. Cincin tengkorak itu
dipakainya di jari telunjuknya. Kalsum terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Matanya terbeliak besar memandang tajam muka Karim. Karim tersenyum
memandangnya tanpa rasa bersalah. Kemudian dia keluar bilik dan membawa masuk
ketiga-tiga orang anaknya seorang demi seorang. Zakiah dan Lutfi yang sakit
dibaringkan di tepi Kalsum. Mereka berdua sedang tidur. Sementara Soraya digerak
dan diarah berdiri di sisinya. Mata Soraya segar melihat mama, kakak dan
abangnya di atas katil.
Karim membaca mantera pemujaan
kepada syaitan. Mata tengkorak pada cincinnya bercahaya merah. Dari mulut
tengkorak itu pula keluar asap hitam yang terapung mengeliling bilik itu. Asap
hitam itu kemudian bergerak menghampiri Kalsum. Ia membentuk seperti jasad
seorang manusia bertanduk dengan lidah menjelir-jelir ke arah kalsum.
“Abang… abang yang punya kerja ni?”
Karim ketawa mengilai. Terus
membaca mantera.
“Sampai hati abang…” Itu kalimah
terakhir yang diucapkan Kalsum kerana dia diserang oleh asap hitam itu dengan
mengejut. Asap hitam itu masuk ke dalam mulut Kalsum. Kalsum menggeletak buas.
Darah keluar dari hidung, telinga, mulut, kemaluan dan duburnya. Tidak lama
kemudian perempuan itu pun mati. Asap hitam itu menyerang pula Zakiah dan
Lutfi. Kedua-duanya mengalami nasib yang seperti Kalsum. Mereka bertiga mati.
Karim memimpin Soraya ke atas
katil. Dia menolak mayat Kalsum dan dua anaknya ke sisi. Dia membaringkan
Soraya di atas tilam. Dan kemudian melakukan sumbang mahram dengan anaknya yang
masih kecil itu di atas tilam yang berlumuran darah mayat isteri dan
anak-anaknya itu.
Maka lengkaplah syarat-syarat
yang perlu dipenuhinya untuk menjadi bomoh paling hebat itu. Dia bermimpi
berjumpa mahagurunya pada malam itu. Dia dibawa ke tengah satu lautan. Berjumpa
dengan seorang perempuan yang sangat cantik rupa parasnya dan beberapa orang
lelaki. Dia diberi pujian dan penghormatan. Dihidangkan dengan makanan-makanan
yang lazat dan perempuan-perempuan yang melayan nafsunya.