Dayana memandang ke luar tingkap bilik. Masih terngiang-ngiang kata-kata Mulqish petang tadi.
“Kau okay?” soal Wana yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik. Dia sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Dayana menoleh ke arah gadis itu.
“Sejak kelas petang tadi, aku tengok kau tak banyak cakap. Kenapa?” soal Wana lagi kini menarik kerusi sambil duduk mendepani gadis itu. Dayana masih diam membisu.
“Yana?” panggil Wana yang hairan dengan telatah gadis itu.
“Sebelum masuk kelas petang tadi, Mul datang jumpa aku,” beritahu Dayana perlahan.
“Aku tahu. Sebelum dia jumpa kau, Mul jumpa aku dulu. Dia tanya kau kat mana,” balas Wana sambil tergelak. Dayana tersenyum.
“Apa yang berlaku?” soal Wana hairan.
“Dia beritahu aku. Dia suka kat aku,” beritahu Dayana akhirnya. Bulat mata Wana memandang sahabatnya itu.
“Aku tak beri jawapan lagi,” sambung Dayana.
“Why?” soal Wana agak terkejut. Dayana tersenyum. Dia mengeluh perlahan. Wana menarik kerusinya menghampiri gadis itu.
“Kenapa nak fikir lagi?” soalnya yang kurang berpuas hati.
“Sebab Naufal ke?” soal Wana lagi apabila melihat gadis itu hanya membisu. Dayana tergelak mendengar nama Naufal disebut oleh sahabatnya itu.
“Naufal tu kawan baik aku,” beritahunya.
“Dah tu? Kenapa nak fikir lagi?” soal Wana semakin hairan.
“Aku sebenarnya tak ready,” balas Dayana dalam nada perlahan. Wana tergelak kecil.
“Kau ni macam dah nak kahwin. Nak bersedia apa? Kau cuma perlu terima Mul sebagai kekasih,” usiknya.
“Aku tahu. Aku tak ready lagi nak terima someone,” balas Dayana kini dengan riak wajah serius.
“Kau biar betul. Kau suka Mul tak?” soal Wana dengan kening berkerut.
“Aku..., memang suka kat Mul,” balas Dayana sambil mengeluh lagi. Wana memandang gadis itu dengan perasaan tidak percaya.
“Aku tak faham dengan kau ni,” komennya. Dayana tersenyum.
“Dah pergi balik ke meja kau. Aku nak study,” halaunya sambil mula membuka laptop. Wana menggelengkan kepalanya sambil berdiri menarik kerusinya semula.
*****
“Kau sibuk ke?” soal Hana. Dayana tersenyum. Dia baru saja membuka laptop. Sebenarnya ada beberapa tugasan yang dia perlu siapkan namun fikirannya terganggu dengan kejadian petang tadi.
“Tak juga. Aku nak buat kerja tapi agak malas,” jawabnya. Hana tergelak kecil.
“Kau sihat? Macam mana keadaan kat sana? Hafiz buat hal tak?” soal Dayana bertalu.
“Kau ni risau mengalahkan mama dan papa,” usik Hana. Dayana tergelak.
“Aku risaukan kau,” balasnya.
“Aku okay. Masih hidup bahagia dengan Hafiz. Dia adil Yana. Aku bersyukur,” beritahu Hana. Dayana tersenyum.
“Baguslah macam tu,” jawabnya.
“Cuma malam ni dia kat rumah isteri pertama. Aku bosan. Tu sebab aku call kau ni,” kata Hana dengan senyuman.
“Jangan lupa kunci pintu rumah tu,” pesan Dayana.
“Baik bos. Ni aku nak tanya. Macam mana kau dan Yusuf?” soal Hana.
“Tak jadi. Kami selesa berkawan,” balas Dayana dengan senyuman.
“Kenapa? Sebab aku ke?” soal Hana mula risau. Dayana tergelak besar.
“Tak ada kaitan. Aku lebih selesa berkawan dengan Yusuf,” balasnya. Hana mengangguk faham.
“Dah ada orang lain?” soalnya separuh mengusik. Dayana tersenyum. Wajah Mulqish terbayang di matanya.
“Ni diam maksudnya adalah ni,” teka Hana.
“Nantilah aku cerita. Kau pergilah tidur. Aku nak buat kerja,” balas Dayana separuh menghalau. Hana tergelak lagi.
“Pandai nak ubah topik. Yalah, jaga diri kat sana,” pesannya. Dayana menutup telefonnya. Dia memandang semula ke luar tingkap. Wana yang sedang menulis sesuatu menoleh ke arah gadis itu.
“Asyik mengeluh dari tadi,” tegurnya. Dayana tergelak mendengar komen gadis itu. Dia mula memandang laptopnya semula.
Fokus Yana!
*****
Mulqish berdebar memandang senyuman gadis itu. Awal pagi lagi dia sudah mendapat mesej daripada Dayana. Gadis itu mahu bertemu dengannya.
“Ada kelas tak lepas ni?” soal Dayana.
“Petang tak ada. Malam ni ada,” jawab Mulqish dengan senyuman. Dayana mengangguk.
“Mul,” panggilnya. Mulqish semakin berdebar.
“Yana, awak buat saya gementar,” balasnya jujur. Dayana tersenyum.
“I’m sorry,” ucapnya dengan perasaan bersalah. Mulqish terkedu.
“Saya memang suka berkawan dengan awak,” kata Dayana kini dengan riak wajah serius.
“Maksudnya...,”
“Saya tak mampu nak jadi lebih daripada apa yang awak harapkan,” pintas Dayana. Mulqish terdiam sejenak.
“I’m sorry,” ucap Dayana sekali lagi. Mulqish tersenyum hambar.
“No. Saya yang silap. Saya tak tanya awak dulu. Saya begitu yakin yang hati awak belum dimiliki,” balasnya yang malu bercampur kecewa. Dayana tersenyum hambar.
Hati aku kosong. Aku masih belum bersedia lagi. Untuk melangkah ke fasa tu, aku mungkin akan langgar prinsip yang aku dah tetapkan sebelum sampai ke tahap ni.
Tanpa sedar Dayana mengeluh perlahan. Mulqish menarik nafas berat.
“Thanks. Sekurang-kurangnya saya dapat jawapan daripada awak. Sayangnya saya terlewat kenal awak,” katanya dengan nada sayu. Dayana tersenyum hambar. Dia cuba menahan sebak di dadanya. Lidahnya kelu untuk membalas.
Yana, apa sebenarnya yang kau takut sangat?
*****
Mulqish mengeluh perlahan. Faiz hanya menepuk bahu lelaki itu cuba untuk memujuk.
“Bukan tu Effa ke?” soal Faiz sambil memandang gadis yang sedang berjalan menghampiri mereka. Mulqish hanya memandang sekilas ke arah gadis itu.
“Hai Mul,” sapa Effa dengan senyuman. Mulqish hanya mengangguk tanpa senyuman. Faiz menggeleng melihat telatah lelaki itu.
Kecewa sangat sahabat aku ni.
“Boleh saya bercakap dengan Mul sekejap?” soal Effa separuh meminta. Faiz mengangguk sebelum bangun dari kerusi lantas berlalu. Effa menarik kerusi di hadapan Mulqish.
“Maaf ganggu awak. Mul, saya minta maaf kalau sebelum ni, tanpa sedar saya dah buat silap pada awak,” ucap Effa. Berkerut kening Mulqish memandang gadis itu.
“Awak tak bersalah. Saya yang tak sedar diri,” balasnya perlahan. Effa tersenyum.
“Saya tak nak bermusuh dengan awak,” katanya. Mulqish hanya mengangguk.
“Thanks,” ucap Effa dengan senyuman. Dia sebenarnya tidak mahu ada perasaan bersalah lagi antara mereka. Kalau lelaki itu berani mengaku kesilapannya, dia juga perlu bersedia untuk memaafkannya.
“Hello,” sapa Wana dengan senyuman lebar. Dayana yang berdiri di sisinya sekadar tersenyum. Mulqish cuba untuk bertenang saat terpandang gadis itu.
“Hai, saya Effa,” Effa memperkenalkan diri.
“Wana. Ni Yana,” balas Wana. Effa mengangguk. Dayana hanya tersenyum memandang gadis itu.
“So, semua orang dah ada. Jom lunch,” celah Faiz yang datang tiba-tiba. Berkerut kening Mulqish memandang lelaki itu.
“Boleh juga,” balas Effa dengan senyuman.
“Aku nak ikut,” celah Alifah sambil tersengih di sisi Effa.
“Boleh aje. Tak ada masalah,” balas Faiz sambil tergelak.
“Saya Alifah,” beritahu Alifah dengan senyuman. Effa hanya menggeleng melihat telatah gadis itu.
“Yana,” panggil seseorang. Dayana menoleh ke arah suara tersebut diikuti yang lain. Kelihatan Safa sedang berjalan menghampiri.
“Nak lunch ke?” soal Safa. Dayana mengangguk.
“Jomlah sekali dengan kami,” ajak Faiz lagi. Safa memandang Dayana.
“Nak ikut?” soal Dayana separuh mengusik.
“Aku lapar ni,” balas Safa dengan kening berkerut. Mereka tergelak mendengar jawapan gadis itu.
“Jom,” kata Faiz sambil mengemas bukunya. Mulqish yang sedari tadi membisu turut menutup laptopnya. Dia cuba bertenang semampu yang boleh.
*****
Dayana berjalan perlahan menyusuri pantai. Dia meninggalkan Wana dan Safa yang rancak berbual. Dayana berhenti melangkah. Dia memandang laut yang terbentang luas. Sudah seminggu berlalu selepas apa yang berlaku antara dia dan Mulqish. Dia lega apabila lelaki itu sudah boleh berbual dengannya seperti biasa. Mungkin Mulqish sudah boleh menerima apa yang berlaku.
Aku pula?
Dayana mengeluh perlahan.
“Hi, this is...,”
Dayana menoleh. Dia agak terkedu saat melihat pemuda yang sedang menghulurkan gelang miliknya. Dia memandang pergelangan tangan kanannya yang kosong.
“Yes, that’s mine. Thanks,” ucapnya sambil menyambut huluran tersebut. Pemuda itu tersenyum.
“Yana right?” soalnya. Dayana mengangguk lambat.
Macam mana aku boleh terserempak dengan mamat exchange student ni kat sini?
“My name is Winn,” beritahu Winn dengan senyuman. Dayana mengangguk lagi. Bibirnya terkunci untuk membalas.
“See you after this,” kata Winn lagi sebelum berlalu. Terkebil-kebil Dayana memandang langkah pemuda itu. Dia mengeluh perlahan.
Please Yana. Fokus!
-The End-