HANNAHdan
Haikal duduk bertentangan di restoran itu. Dia merasa kekok yang teramat
apabila berdua-duaan begini dengan bos sendiri. Siapalah dia, siapalah Haikal.
Nanti orang tuduh dia ada hubungan sulit dengan bos pula. Memang cari nahas
namanya.
“Dah lama ke awak
buka kafe tu?” Hannah berbasah basi agar suasana tidak kelihatan tegang.
“Dalam masuk
lima tahun...”
“Habis tu bila
nak kahwin? Lelaki berjaya macam awak ni mesti senang nak dapat perempuan kan?”
usik Hannah. Haikal bukanlah muda untuk digelar bujang.
“Mana ada. Nak
cari isteri bukannya senang tau tak.” Ujar Haikal.
‘Ya ke? Habis
tu Aril senang-senang aje buatkan aku isteri dia? Sekelip mata saja bertukar
status. Tak senang ke tu?’ desis Hannah di dalam hati.
“Ataupun awak
memilih sangat?” ejek Hannah.
“Memanglah.
Nak cari yang betul bukannya main-main macam cak cak kuti. Kenapa awak ada
calon untuk saya ke? Atau awak nak daftar diri?” Haikal menduga.
“Mana boleh.
Saya kan dah...” Hannah terdiam. Whoa! Mujur dia tidak terlepas cakap. Jika
tidak, memang masaklah dia!
“Dah apa?”
“Maksud saya,
saya kan pekerja. Awak bos. Mana boleh ada hubungan macam tu. Hah, tulah saya
nak cakap.” Hannah menjawab gelabah.
Haikal hanya
mampu tersenyum hambar. Dia agak kecewa dengan jawapan yang diberikan Hannah.
Tidak layakkah dia untuk Hannah? Haikal memujuk hati untuk terus cekal dan
tidak berputus asa.
ARIL mematikan
suis komputernya. Telefon bimbitnya dicapai. Dia sudah bersedia untuk pulang.
Hari ini, dia akan pulang bersama Hannah memandangkan Hannah juga habis kerja
jam enam. Teruja dapat menjemput isteri buat kali pertama. Terasa bagaikan
remeo Malaysia pula walhal dia sudah pernah menjemput Hannah dari kerja dahulu.
Nombor telefon
Hannah didail tetapi seperti tadi, ia tidak dijawab. Haikal membuka pintu
keretanya dan menunggu Hannah di dalam. Apa yang dia sibuk sangat sehingga
telefon aku tak boleh nak jawab, mesej tak boleh nak balas?
Haikal mencuba
untuk kali terakhirnya. Kalau tidak jawab juga, ke kafelah dia jawabnya. Namun,
deringan telefon bimbit itu kedengaran kuat dan dekat. Tidak mungkin telefonnya
berbunyi. Lagipun ini bukan lagu deringan telefonnya. Haikal mula mencari-cari
dan akhirnya temui juga telefon itu.
Di tempat kaki
tempat duduk Hannah! Tercicir rupanya. Aril menggeleng-geleng kepala. Termasuk
kali ini, sudah berapa kali entah Hannah tertinggal barang di dalam kereta.
Kelmarin tertinggal dompet. Mujur dia masih belum keluar dari kereta.
Macam-macamlah Hannah ni!
Pintu kereta
dibuka dan Hannah dengan cepat memasukinya. Dia sudah seperti orang pelarian
yang tidak mahu orang melihatnya. Sudah dipesan kepada Aril agar parkir tempat
lain tetapi Aril tetap dengan lot kesayangannya itu. Degil!
“Kenapa tak angkat
telefon? Saya telefon awak banyak kali.” tanya Aril, sengaja ingin
mempermainkan isterinya. Sempat dia mematikan telefon Hannah agar dia tidak
mensyaki apa-apa.
Bulat mata
Hannah mendengarnya. Hah, betul ke? Dia pun terlupa dengan telefon bimbitnya seharian
hari ini. Dia membuka begnya dan kalut mencari telefon bimbit itu. Malangnya,
ia gagal untuk ditemui. Mana pula dia meletaknnya?
“Tak jumpa?”
tanya Aril.
“Tak. Cuba
awak telefon nombor saya.” Pinta Hannah.
Aril tidak
membantah kerana terang-terangan dia sudah mematikan telefon Hannah. Jadi tiada
bunyi yang bakal berdering. Dengan lagak selambanya, dia menelefon. Tidak
terjawab.
“Agaknya saya
tertinggalkan dekat kafe kot. Sekejap eh.” Ujar Hannah.
Baru saja dia
mahu membuka pintu, Aril mencapai tangannya. Kemudian dia menghulurkan telefon
bimbit Hannah ke tangan Hannah. Mencerlung mata Hannah memandang Aril yang
tersenyum bagai kerang busuk.
“Eii! Suka
sangat main-mainkan orang!” Hannah mencubit lengan Aril geram. Sajalah tu nak
buat orang panik tak tentu pasal.
“Aww, sakitlah!”
Aril menggosok-gosok lengannya yang berlapiskan baju.
Hannah
menghidupkan semula telefon bimbitnya. Wah! 10 missed call dan 7 mesej?
Semuanya dari Aril. Sepertinya, Aril menelefonnya dari siang tadi. Terasa
bersalah pula kepada lelaki ini. Namun, Aril sedikit pun tidak memarahinya.
Malah Aril membuatkan ia sebagai bahan gurauan. Di dalam hati kecilnya, dia
bersyukur diberi suami yang tidak cepat naik angin.
“Awak, saya
ada perkara nak beritahu awak ni. Tapi awak nak kena janji, jangan panik.
Jangan gelabah. Boleh?” Aril bertanya.
Hannah
mengangguk dan kemudian menyatukan jari kelingkingnya bersama jari kelingking
Aril sebagai tanda janji.
“Esok...umi
dengan abah nak datang rumah kita. Tidur semalam.” Perlahan-lahan Aril memecahkan
berita itu kepada Hannah.
Sekelip mata
saja Hannah berubah panik. Matanya membulat memandang Aril.
“Jangan panik.
Jangan.” Aril cuba menenangkan isterinya. “Awak pandai masak apa?”
“Eh awak carut
saya ke?” Hannah berkerut kening. Jelas tidak senang dengan soalan Aril.
“Bukan, bukan
itu maksud saya. Awak reti masak apa, itulah awak masak. Habis cerita.”
“Tapi saya
pandai masak apa ya?”Hannah bertanya. Akibat terlalu gelabah, dia sendiri lupa
dengan kebolehan sendiri.
Aril tertawa.
Comelnya Hannah ni! Terasa ingin mencubit saja pipi gebu itu. Selama ini, elok
saja dia masak untuk sarapan dan makan malam bersama. Ini tiba-tiba, otaknya
bercalaru hanya kerana panik.
“Awak, saya
takutlah kalau umi dengan abah tak sesuai dengan masakkan saya ke....Mereka tak...”
belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Aril sudah meletakkan tangannya di
bahu Hannah, memeluk wanita itu seketika.
“Hannah. Cuma
umi dengan abah aje kot nak datang esok. Yang awak takut semacam ni kenapa?
Selama awak masak saya kata sedap kan. Jadi masak ajelah. Yang penting
ikhlas.”Aril membisik ke telinga Hannah.
Terkejut
dengan tindakan Aril, Hannah terdiam. Sebenarnya, dia terkaku dengan apa yang
dilakukan Aril sebentar tadi. Satu sikap Aril yang dia pelajari selama menjadi
suami isteri adalah, Aril akan sentiasa menenangkannya dalam apa jua situasi
yang mereka hadapi.
“Jom kita balik.” Aril tersenyum.
Hannah memandang Aril dengan seribu satu persoalan di
minda. Aril ini susah untuk dijangka. Mungkin kerana dia masih belum kenal
sepenuhnya sikap Aril. Sepanjang perjalanan ke rumah,Hannah asyik terfikir apa
yang harus dia masak esok. Senang-senang, telefon saja mak Mah minta resepi.
NOVEL di tangan Hannah ditarik perlahan oleh Aril.
Kemudian dia membetulkan posisi Hannah agar memandang dirinya. Seronok sangat
membaca novel sehingga dia di sini pun tidak dihiraukan. Angin malam di luar
ini sangat mendamaikan. Sofa yang diletakkan di balkoni bilik mereka menjadi
tempat kegemaran Hannah. Luas pemandangnnya tiap kali malam menjelang.
“Awak, Aiman tu
tak ada kekasih ke?” Aril bertanya.
“Kenapa tiba-tiba tanya pasal abang ni?” Hannah menoleh,
memandang Aril.
“Saja nak kenal abang ipar saya.”
“Abang masih solo dan tak ada kekasih.” Ringkas jawapan
yang diberikan oleh Hannah.
“Bekas kekasih?”
Lama Hannah menyepikan diri sebelum dia menjawab.
“Dulu ada tapi tak ada jodoh. Perempuan tu meninggal
dalam kemalangan masa dia tinggalkan majlis perkahwinan dia.” Hannah bercerita.
Fikirannya terus melayang ke arwah kak Alisya.
“Majlis perkahwinan kak Alisya dengan lelaki lain.
Dahlah, tak baik cerita pasal orang yang dah tak ada.” Hannah tidak berniat
untuk memanjangkan cerita.
Aril akur dan tidak mahu memaksa. Semua orang ada kisah
kehidupan mereka tersendiri. Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang bahagia,
ada yang merana.
“Awak sebelum ni ada kekasih ke?” tanya Aril ingin tahu.
Sepi dan bahunya terasa berat.
Dia menoleh. Sudah tidur rupanya! Penat orang bertanya,
dia lena tertidur. Aril mengejutkan Hannah tetapi tidak berhasil. Penat sangat
agaknya sampai tidak berganjak.
“Awak kalau tak bangun, saya angkat awak masuk bilik
tau.” Gertak Aril.
Namun, ianya tidak berjaya. Hannah tetap terlentok di
bahunya. Tidak sampai hati ingin meninggalkan Hannah di sini, Aril bercadang mendukungnya
masuk bilik.
“Saya dukung ni...” ujar Aril buat terakhir kali sebelum
mendukung. Senyap. Sah, dia sudah nyenyak tidur.
Aril mendukung badan Hannah dan menggunakan kakinya, dia
menolak pintu balkoni bilik Hannah. Saat dia mahu memasuki bilik itu, dengan
tidak sengaja dia terhantukkan kepala Hannah di pintu itu. Hannah yang
tertidur, sedikit terganggu.
“Opps, sorry!”
Perlahan-lahan, dia meletakkan Hannah di atas katil dan
menggosok-gosok kepala yang terhantuk itu.
“Selamat malam, sayang.”
Dahi itu dikucup penuh kasih.