Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
20,097
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 12

BAB 12: TITIK AKHIR KISAH KITA?


Suasana Universiti Teknologi Malaysia kelihatan lebih sunyi dari hari biasa ketika memasuki minggu belajar atau ‘study week’. Tempoh ini biasanya diberikan kepada pada pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan hujung semester. Ketika ini perpustakaan sentiasa penuh, bilik belajar 24 jam yang sebelum ini lengang penuh tanpa meja kosong. Masing-masing tekun menelaah nota-nota dan soalan lepas.

Tidak ketinggalan Najwa dan rakan-rakan baiknya, seperti biasa mereka belajar bersama-sama. Petang itu mereka memilih untuk mengulangkaji di studio. Hari ini mereka memilih untuk mengulangkaji subjek Perancangan Pengangkutan. Setelah dua jam berhempas pulas menjawab soalan lepas, masing-masing bersetuju untuk berehat sebentar kerana otak tepu.

“Yuhuuu...ada nyawa lagi tak, kenak kena panggil ambulans ke? Teruk sangat dah semua,”DS meletakkan setin Nescafe di hadapan Najwa merebahkan kepala dia atas meja sementara jari jemari ligat menekan butang-butang kalkulator. Di hadapannya penuh dengan kertas peperiksaan lepas dengan contengan nombor-nombor.

“Nyawa tinggal separuh je weh...,”Jay yang sedang berbaring di atas kerusi bersuara. Faiee yang turut berada dalam posisi yang sama di kerusi sebelah tidak bersuara, pastinya sudah tertidur.

“Kita semua dah bateri dah kong.Tu depan kau tu jer, entah pakai bateri jenama apa tak putus asa nak juga kira sampai jumpa jawapan,”Aina yang duduk di sebelah Najwa bersuara, manakala Seri dan Eka hanya melambai tak larat nak bersuara.

“An approximate DDHV could be estimated as DDHV = AADT*K*D. K is the percentage of the AADT that occurs in the peak hour and D is the directional distribution percentage. Jadiiii... jap... jap... taraaaaa... dapat traffic volume. Kita yang tak baca maklumat betul-betul,”Najwa tiba-tiba melompat girang sebelum menyerahkan kertas pengiraan kepada Aina. Sepantas kilat yang lain bangun untuk melihat jawapan soalan yang hampir meragut kewarasan mereka.

“Awat bengap nya kita dia dah bagi dah maklumat trafik waktu puncak dengan hala puncak. Kena kira peratus baru boleh masuk formula.Tetiba semangat balik weh, sebab Wa hebat dapat cari jawapan,”Seri bersuara sambil membelek kertas yang dihulur Najwa tadi.

“Kau bersemangat, aku yang nak muntah. Untuk saya eh? Nak buka pun tak ada tenaga,” terkial-kial Najwa cuba membuka air tin yang dibawa oleh DS untuknya. Tenaganya telah habis dek menyelesaikan masalah pengiraan trafik tadi.

“Meh sini saya buka...kesian sangat saya tengok. Korang study apa sampai teruk sangat?,”DS memasukan straw dalam tin yang baru dibukanya sebelum disuakan kepada Najwa yang sambung merebahkan kepala di atas meja.

“Aah aku pun study group dekat studio, Undang-Undang Bangunan. Rasa nak muntah hijau weh hafal segala klausa.Otak tepu rasa tak boleh nak berfungsi. Aku nak naik basikal korang nak ikut tak? Geng aku semua dah ke laut, semua nak balik tidur,”DS rasa dengan beriadah dapat menyegarkan otaknya yang penat.

“Nak nak...dah tak boleh hadam tengok nota.Sian otak aku kepenatan. Jom la korang,”Najwa buat muka kesian depan kawan-kawannya.

“Lagi nak buat muka comel. Orang healing pi makan ke, pi tidur ke, pi tengok wayang ke, ni korang berdua nak beriadah. Dah la otak penat, tambah lagi badan penat.,”Eka mengomel, dia bukanla seorang yang gemar aktivititi fizikal.

“Jom la, kang nangis pulak dua manusia ni,”Seri bersuara. Najwa dan DS hanya tersengih memandang satu sama lain.

 

UTM menyediakan kemudahan basikal yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk beriadah secara percuma. Setiap pelajar hanya perlu meninggalkan kad pelajar di balai guard untuk ketika mengambil basikal.

“Weh jom ler balik, longgar dah lutut. Kata nak pusing Lingkaran dalam jer, ni apasal sampai Markas Palapes,”Eka merungut.

“Ala dah sampai sini jom la naik Balai Cerap. Bila lagi nak buat kerja gila?”Najwa mengajak. Balai Cerap puncak tertinggi di UTM, dari atas bukit boleh melihat pemandangan UniversitiTeknologi Malaysia dengan seni bina dan susun aturnya yang unik. Jika cuaca baik pemandangan boleh menjangkau sehingga ke Pantai Lido.

“Alahai Wa oiii...kita orang dah separuh nyawa dah ni. Ni bukan kerja gila lagi, ni namanya menzalimi diri sendiri.Jom vote sama nak naik, sapa nak balik,”Faiee yang bersaiz agak comel bersuara sambil tercungap-cungap mengambil nafas. 

“DS, Wa naik balai cerap. Yang lain kita lepak dekat Cafe Angkasa. Lepas korang dah habis buat kerja gila, turun la cari kita orang,”Jay memberi cadangan. Cafe Angkasa iaitu salah sebuah cafe yang terletak di kaki bukit menuju Balai Cerap.

“Makaiiii...semput.Padan muka sendiri,”Najwa tercungap menolak basikal menuju puncak Balai Cerap. 50 meter terakhir dia angkat bendera putih untuk mengayuh basikal, terlalu mencabar untuk staminanya yang sudah sebulan tidak beriadah.

“Tu la, orang ajak joging selalu mengelat. Tadi bukan main semangat membara, baru naik Balai Cerap dah lembik macam puding.Jom duduk sana, kang pengsan jenuh saya kena angkat bawak turun,”DS menarik basikal Najwa dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menarik basikalnya sendiri.

“Uuuuuu...gentleman, thanks. Wah,tak pernah tak cantik pemandangan dari sini. Hari ni extra special sebab kena berusaha, biasa naik kereta tak rasa penat,”Najwa duduk di atas rumput. Di hadapannya luas terbentang permandangan UTM di mana bangunan-bangunannya bersusun membentuk logo UTM. Langit biru dihiasi awan putih bak gula-gula kapas. Angin berhembus lembut, menyegarkan badan dan minda yang keletihan.

“Special la kali ni, sebab ada saya.Kan..kan..? Baik mengaku, tak mengaku saya kecik hati seminggu,”DS turut duduk di atas rumput di sebelah Najwa menikmati keindahan yang terbentang di depan mata.

“Aah special sebab saya dengan awak. Thank you so much for being in my life. You sure make my life brighther. Sorry for being less appreciative as I should be,”entah kenapa Najwa rasa tiba-tiba dia mahu berterima kasih kepada DS. Dia sedar selama ini jarang dia mengekpresikan rasa terhadap pemuda di sebelahnya ini. Entah tiba-tiba rasa sebak pula.

“La dah kenapa macam nak berpisah pulak? Tadi happy ni tiba-tiba sappy. I never feel you are less appreciative towards me,”niat DS hanya ingin mengusik, tiba-tiba pula nada Najwa berubah.

“Memang la belum nak berpisah tapi hampir dah kan. Kita ada sebulan je lagi. Study week, exam week then final presentation. Tiba-tiba masing-masing bawak haluan sendiri,” Najwa merenung kejauhan, bagaimana agaknya hidup tanpa sahabat-sahabat baiknya.

“Wa rasa cerita kita sampai sini je ke? Friendships formed at university might actually last a lifetime,”DS turut merasa berat hati. Sejujurnya dia mahu Najwa berada dalam hidupnya untuk buat masa yang lama.

“I really hope its not the end and we all last for a lifetime. Tapi kita tak boleh tolak kemungkinan yang kita akan renggang. Dalam empat tahun ni kita semua lalui hidup yang hampir sama, hidup dalam ruang lingkup yang sama. Lepas ni kita akan berpecah mengikut laluan yang kita pilih. We will share less common ground as we do know,”walaupun perpisahan ni tak dapat dielakkan dan sudah dijangkakan tapi Najwa tetap takut terhadap masa depan yang tak dapat diramal.

“Kita la paling bahaya, kita baru kawan setahun je. Kenapa la kita tak kenal dari tahun satu? Najwa la suka menyorok, saya muka bersepah mana-mana ada,”DS melawak cuba menceriakan suasana kembali.

“Menyorok pun awak jumpa juga. Awak memang bersepah tapi kita ni tak sefrekuensi. Kalau la kita kawan sejak tahun satu, tak dapat bayangkan macam mana ex awak si Xandra meroyan. Ughhhh, kesabaran saya tak tebal nak layan,”Najwa tak pernah terbayang langsung bahawa suatu saat dia dan DS akan berada di sini. Sesuatu yang tak pernah terlintas akan terjadi.

“Hahaha...betul juga. Kalau dari tahun satu memang lama dah kena psiko dek Najwa, si Xandra tu. Drama dia tak habis-habis walau dah jadi ex. I’m glad I found you even though you keep hiding.In future I just need keep finding you even we have different path,”setiap pertemuan dan perpisahan sudah diatur Tuhan cantik, tidak lambat atau cepat walau sesaat.

“I’m glad too. Janji lepas ni tak menyorok dah. Jom la kita turun, sebelum manusia-manusia kat Cafe Angkasa pulak cari kita,”Najwa bangun dan mengibas seluarnya.

“Sebelum tu, kena la ambik gambar. Kata nak kawan seumur hidup, nanti boleh tunjuk ke anak cucu kita betapa gila atuk dan nenek diorang panjat balai cerap sebab penat ulangkaji.Kejap cari orang tolong,”DS cepat-cepat meminta tolong dari pelajar lain yang berada di situ. Najwa hanya menggeleng kepala, DS kalau tak ambil gambar bukan DS la namanya.

                                            

Dewan Sultan Iskandar riuh rendah dengan suara pelajar tahun akhir yang teruja apabila pengawas peperiksaan mengumumkan peperiksaan TITAS iaitu salah satu subjek wajib universiti telah berakhir dan pelajar dibenarkan untuk meninggalkan dewan peperiksaan. Untuk kebanyakan pelajar tahun akhir ini merupakan kertas akhir, bermakna zaman bergelar mahasiswa bakal menemui pengakhirannya.

“Korang gerak dulu eh, aku nak jumpa DS kejap. Nanti jumpa dekat  Cafe Admin,”Najwa menyuruh kawan-kawannya. Ada sesuatu yang perlu disampaikan kepada DS.

“Nak bagitahu DS pasal tu ke? Bagusla, jangan sorok-sorok. Kita orang gerak dulu,”Jay bersuara sebelum bergerak bersama yang lain meninggalkan Najwa bersendirian di lobi Dewan Sultan Iskandar.

“Sorry lama tunggu? Budak-budak ni sibuk nak ambik gambar kononnya last paper. Kecoh betul padahal tesis tak habis lagi,”DS menghampiri Najwa yang berdiri di lobi, ada sesuatu yang perlu disampaikan pada Najwa.

“I got an opportunity to further my master by research at Leeds Becket University . Awak kenal kan Dr. Davis Spencer, pensyarah pelawat dari UK tu. He has a research on urban regenaration project in Leeds, UK. He want me to joint the team. Temu duga minggu depan, awak rasa saya patut pergi ke?,”Najwa bersuara saat mereka duduk di atas tangga di Dataran Agora. Najwa tak tahu kenapa, tapi dia tahu dia perlu pendapat dari DS.

“Berapa lama, dapat biasiswa ke? Apa pendapat geng-geng awak, keluarga awak?,”DS bertanya.

“Minimum setahun setengah, maksimum dua tahun. Tajaan penuh dengan syarat hasil kajian jadi hak milik universiti. Geng saya sokong, mak abah dengan adik-adik pun sama. Apa yang buat saya bahagia diorang pun bahagia. Awak?,”Najwa memandang wajah DS yang menunduk merenung kasut.

“Kalau itu yang awak nak, tak ada sebab untuk saya tak sokong. You should go, its golden opportunity to joint Dr.Spencer research. Saya tau impian awak nak jadi ahli akademik. What make you happy make me happy too,”DS merenung wajah gadis di sebelahnya. Adakah ini petanda kisah mereka akan menemui titik toktah.

“Terima kasih, lega saya dapat restu dari semua orang yang saya sayang. Well, I still need to undergo the interview and wait for my final result. Belum tentu dapat ke tak. Eh awak cakap ada benda nak bagitahu saya?,”Najwa teringat DS juga mempunyai perkara yang ingin disampaikan.

“Alah temuduga dengan result tu formaliti je, jangan risau la. Saya nak bagitau awak, I got a job interview. Syarikat tempat senior saya kerja dekat KL. My senior show them my profile and they want to meet me. Diorang perlukan junior arkitek untuk projek baru dekat Dubai. Should I go?,”tiba-tiba DS rasa lucu sendiri. Adakah mereka sedang meminta restu untuk pergi jauh dari satu sama lain.

“Berapa lama? Apa pendapat kawan-kawan awak, keluarga awak?,”kali ni Najwa pula merenung kasut menyembunyi rasa.

“Enam bulan training dekat Malaysia, projek dijangka ambik masa dua tahun? Kawan-kawan saya kecoh dah semua cakap jelous. Ibu, Ayah, Tok Ma dengan adik beradik saya sokong jer semua keputusan saya asalkan saya suka. Awak?,”DS memandang wajah Najwa yang kali ini mengambil alih posisi menunduk merenung kasut.  

“You should go. Saya tau impian awak nak kerja dekat luar negara. Saya doakan awak berjaya. What make you happy make me happy too,”Najwa mengulang ayat DS tadi sambil tersenyum menutup rasa sedih atas perpisahan yang menghampiri.

 

Seminggu akhir yang bersisa benar-benar dimanfaatkan Najwa, Seri, Eka, Aina, Jay dan Faiee untuk menghabiskan masa bersama-sama. Walaupun tesis adalah tugasan individu, mereka tetap berkumpul bersama untuk menyiapkan bersama. DS juga selalu menyertai mereka bukan sahaja kerana dia dan Najwa bekerjasama dalam menyiapkan tesis mereka tapi juga mereka sedar kini masa bersama sangat la terhad.

Petang ini mereka berkumpul di gazebo yang terletak di tengah-tengah Tasik Ilmu. Masing-masing gigih menyiapkan slide pembentangan tesis masing-masing. Esok adalah hari penentu setelah bertungkus lumus membuat kajian selama dua semester.

“Ni ok tak? Last sekali nak letak pelan cadangan sebelum rumusan,” Najwa menunjukan skrin komputer ribanya kepada DS yang sedang khusyuk menaip sesuatu.

“Nak letak gambar 3D je ke, ada buat  dalam Google Sketch Up, convert jadi video OK juga,”DS memberi komen.

“Tak reti nak convert, buat tadi macam tak jadi sangat,”Najwa mengadu.

“Bak sini, saya buatkan. Nah,awak tolong check saya punya. Lawa-lawakan sikit ayat, saya tak reti la nak susun ayat,”komputer riba bertukar tangan.

“Untung la, orang ada partner.Kita cemburu ni, bila kita cemburu kita lapar tau tak,”Eka membaling gumpalan kertas pada Najwa.

“Aku tak jealous tapi aku lapar. Banyak lagi ni weh, rasa nak terjun tasik,”Faiee menyampuk.

“Ingatkan dah habis periksa seksa dah habis. We suppose to spend quality time together before we go on different  path. Ni tengok la apa ni...,”Seri menolak kertas yang bersepah di hadapannya.

“Alololo...meh sini Wa peluk roomate kesayangan. Setiap masa dengan korang, semua bermakna. Semua memori indah yang sampai Wa simpan sampai mati,”Najwa memeluk bahu Seri. Tiba-tiba masing hilang dalam emosi.Sebak memikirkan dalam masa beberapa hari lagi, mereka akan berpisah.

“Dah dah dah...semua emo la pulak. Esok la lepas presentation baru nangis. Ni kerja banyak lagi weh. Kang mata bengkak slide show tak nampak dah,”Jay cuba menceriakan suasana.

“Alahai korang ni, comel sangat. Jom rehat kejap la, aku pergi cari minum petang. Wa nak ikut?,”DS bersuara.Kadang-kadang dia cemburu pada persahabatan Najwa dan rakan-rakannya. Beruntungnya mereka.

“Jom...,”Najwa menjawab pendek menyembunyikan rasa sebak. Baik dia lari sebelum dia menangis di situ.

“Haishhhh...sedih pulak aku tengok diorang berdua tu. Dua-dua tak mau mengaku. Takkan nak putus asa macam tu ja.Dah jelas masing-masing ada perasaan antara satu sama lain,” Eka melihat sosok DS dan Najwa yang kian menjauh.

“Aah...Wa menangis tau malam lepas paper TITAS tu. Aku tanya kenapa dia geleng jer, rupanya sorang nak pi UK sorang nak pi UAE. DS ada cakap apa-apa ke Jay?,”Seri menyampuk. Sedih melihat kisah cinta teman baiknya yang berakhir sebelum sempat bermula.

“Tak, senyap jer. Tapi tengok dia kalau kat bilik banyak termenung. Aku nak nasihat pun tak reti. Nak suruh confess macam tak ada masa depan, nak suruh pendam macam sedih sangat pulak,”Jay sendiri tak tahu macam mana nak tolong dua orang kawannya itu.

“Kalau aku jadi diorang pun serba salah weh. Kalau confess pun lepas ni apa? Masing-masing pilih jalan yang berbeza,”Faiee menyampuk.

“Tapi kalau tak confess, aku rasa sampai sini je la kisah diorang. Kita ni lain, kita memang BFF. Kalau dior angmesti tak sanggup weh tengok orang yang kita cinta pergi macam tu je, lagi parah kalau orang tu jumpa orang lain,”Aina menyuarakan kebimbangannya.

“Kita doa je la untuk diorang berdua. Aku rasa buat masa ni diorang cuma nak menghargai sisa-sisa masa bersama. Tengok la mana ada Wa, situ la DS. Kalau ada jodoh, jauh mana pun  diorang pergi akhirnya jumpa pada titik yang sama juga. Perjalanan kita barunak bermula. Jangan kata DS dengan Wa, entah-entah si Faiee dengan Seri pun berjodoh,”Jay mengusik walaupun bukan tak tahu cinta Faiee bertepuk sebelah tangan. Hati Seri pada orang lain.

“Kau kan dah lama hidup ke apa,aku tolak kang masuk tasik ni,”Seri keluar aura singa, bukan sengaja ingin menolak cinta Faiee cuma hatinya sudah terpaut pada Abang Qalif salah seorang pelajar master di jabatan mereka. Walaupun Faiee mengatakan dia faham hati dan perasaan tidak boleh dipaksa, kadang kala Seri tetap rasa bersalah terhadap kawan baiknya itu.       

Walau apapun jalan cerita mereka, Allah lebih mengatahui. Berserah dan jalani apa adanya. Semoga walau bagaimana rupa titik akhir kisah ini, moga ada bahagia menanti. Walau apa pun status hubungan mereka semoga ukhwah yang terjalin kekal hingga hujung nyawa. Terlalu indah memori yang mereka cipta bersama.

   

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.