Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,708
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 9

BAB 9:CANTIK ITU SUBJEKTIF


Najwa meneliti satu persatu satu buku di atas rak buku perpustakaan. Dia sedang mencari bahan untuk tesisnya. Dia leka berada dalam elemennya, berada dicelah-celah deretan buku adalah satu kesukaannya sejak kecil. Kalau anak-anak lain merengek ingin dibawa ke taman permainan, Najwa ketika kecil merengek mahu ke perpustakaan.

“Psssstt...pssttt...,”.

Klik.Klil.Klik.DSklik butang kamera tiga kali. Najwa berdiri di antara rak yang dipenuhi buku dengan berlatar belakang tingkap besar yang lutsinar menampakan langit biru kerana mereka berada di tingkat tiga.

“Seriously...awak ni ada sawan kamera ke apa? Entah cantik ke tidak gambar, nampak muka saya awak petik.Letih betul,”Najwa pelik betul dengan DS. Tak habis ambil gambarnya.Entah memang sebab gambar cantik atau sengaja nak buat Najwa sakit hati.

“Haippp tak boleh mengeluh, dah setuju kan. Terimalah dengan hati terbuka ya sampai hujung sem ni...heheheh,”entah kenapa nampak Najwa saja ringan tangannya mengangkat kamera. Kadang tak cantik pun dia ambik saja gambar Najwa, seronok mengusik.

“Final aspect is Landscape. Let finish once for all and go on with our respective life separate ways. Ni bawak buku ni pergi meja sana,”sudah sebulan Najwa dan DS berkerjasama menyiapkan tesis mereka. Najwa mengakui dia sudah mulai selesa, pemuda itu tidak la teruk mana.Walaupun mereka hidup dalam ruang lingkup yang berbeza tapi setakat ini mereka boleh bekerjasama dengan baik.

“Excuse me...I doubt we will go saparate ways my dear. We are in this together we finish this tesis not only for literature study. Well you never know you may stuck with me forever,”DS mengangkat buku yang telah dipilih oleh Najwa menuju ke meja. Walau mereka lebih selesa kini, entah kenapa kadang Najwa masih cuba untuk lari dari DS. DS tak faham sungguh.

“Jadi untuk landskap kita kupas dua konsep ni rasa OK kot. Lets compare landscape design apply in Garden City by Ebenezer Howard and new Green City concept. Jadi untuk kajian litaratur kita banding beza dan kupas, lepas tu sem depan kita boleh guna konsep yang  bersesuai dengan keputusan kaji selidik di tapak kajian,”Najwa mengasingkan buku berkaitan konsep yang mereka telah pilih.

“OK rasanya dua ni. Tapi rasanya macam Green City lebih sesuai sebab tapak kajian kita dalam pusat bandar dikelilingi dengan aktiviti ekonomi. Kalau Garden City konsep ni diperkenalkan untuk integrasikan kawasan industri, ekonomi dan perumahan.Tapi macam Wa cakap untuk sekarang cukup untuk kupas dulu. Kita pinjam buku ni dulu la, nanti saya fotokopi bagi dekat Wa bahagian yang kita dah tanda tadi,”DS mengemas buku yang tak perlu dipinjam untuk dipulangkan ke rak.

“Eh kejap-kejap,”DS memerhati Najwa yang menulis sesuatu atas beberapa kertas berwarna-warni dan dimasuk ke dalam buku yang ingin dipulangkan.

“Hi Stranger...Smile and be happy, it drives people crazy. =b”.

"Friends...Awesome things will happen today if you choose not to be a miserable cow, lets be miserable human instead.=D"

‘Every year, many, many stupid people graduate from college. And if they can do it, so can you.Chayok  ; D”

DS mengambil nota-nota itu dan membaca satu persatu sambil tersenyum. Kemudian dia merenung Najwa di hadapannya lama.

“Kenapa salah ker?I love this kind of funny notes so much and I love to share with fellow broken souls,” Najwa cepat-cepat menyibukkan diri mengemas bagi mengelak tenungan DS. Nantii terjatuh hati susah pulak.

“Tak pun. Do you know you have really beautiful soul?”susah nak jumpa manusia yang membuat sesuatu untuk orang asing tanpa mengharapkan balasan.

“Dah la cepat hantar buku, tak payah merepek. Lapar weh, nak cari makanla,”malas nak layan DS merepek.

“Jom saya belanja. Jumpa asyik pasal thesis ja, tak pernah kita makan sekali. Kali ni jangan nak menolak eh,”dinding Najwa ni tebal sungguh, susah nak nak tembus.

“Ish..dia ni kan. Makan kat Cafe Admin eh, kang makan kat Arked Meranti banyak pulak mata memandang sambil juling-juling,”Cafe Admin terletak dibangunan pentadbiran jadi tidak ramai pelajar ke situ.

“Ya la jom,jom.Takut sangat orang nampak...,”DS hanya menggeleng kepala dengan perangai Najwa. Apa la yang dikesahkan sangat pasal pandangan orang.


Malam itu DS ke studio Najwa untuk menyerahkan bahan tesis yang telah difotokopi. Jam menunjukan hampir pukul 12.00 malam. Oleh kerana esok adalah hari Jumaat atau hari studio, makanya semua pelajar FAB berhempas pulas menyiapkan projek untuk ditunjukan kepada pensyarah. Dah hampir tengah malam baru DS teringat pada janji pada Najwa akibat kesibukan menyiapkan projek.

“Assalamualaikum bro...apahal ni dah pengsan sorang?,”DS menepuk bahu Faiee yang tekun merenung skrin komputer. Di kerusi sebelah Najwa nyenyak tidur.Comel betul merengkot tidur atas kerusi dah macam koala.

“Waalaikumussalam...Tu bukan pengsan, tu hibernasi kumpul tenaga nak seksa aku. Padahal boleh jer tidur kat bilik dah siap nanti aku email la. Tengok sanggup dengan seluar jalur-jalur, tidur sebelah aku sebab nak pastikan part aku siap,”mata Faiee masih tidak lari dari skrin komputer.

“Bertabahla la eh bro dapat project leader yang terlebih kaliber ni. Mana lagi geng kau,Jay and the girls. Bukan empat orang ni tak boleh berpisah?,”studio tahun empat pelajar perancang bandar agak penuh dengan pelajar tetapi tidak kelihatan pula Jay, Aina, Eka dan Seri. Setahu DS gadis berempat tu susah nak berpisah, ke mana saja bersama.

“Diorang pergi printing benda yang dah siap.  Budak ni ja degil suruh balik tidur tak nak,dia ni dah seharian tak rehat kau tau, ni tinggal sikit je lagi. Control freak betul,muka dah macam panda pun tak sedar diri lagi”di FAB disediakan kedai mencetak yg beroperasi 24 jam. Almaklum FAB mana pernah tidur, 24 jam sentiasa ada aktiviti.

DS mengeluarkan telefon dari dalam kocek dan mengambil gambar Najwa yang sedang tidur. Malam itu dia lupa bawa kamera DSLR nya. Faiee hanya kali ni menoleh dan memandangnya dengan muka pelik padahal dia tau mengenai perjanjian antara DS dan Najwa.

“Hehehe...comel sangat tidur macam koala bear. Kena ambik simpan satu,”DS tersengih membalas pandangan pelik Faiee.

“Parah la kau ni. Comel kau kata, tu bukan koala tu harimau yang menunggu masa nak menerkam. Sat lagi dia bangun aku yang kena baham tau tak?”Faiee pelik betul, apa la DS obses sangat dengan Najwa padahal kawannya itu bukan main dingin lagi.

“Hi...good night gorgeous. Sorry kacau eh, tidur la balik. I’m just here to send this fotocopy material from yesterday,”DS tersenyum melihat Najwa yang sudah mula terjaga, masih mamai.

“Night, sorry tertido. Thank you, susah-susah ja. Esok pun boleh. Tak pa nak bangun dah, I better get up and help Faiee,”mimpi apa agaknya Najwa,bangun-bangun terus tersenyum pada DS. Manis pulak tu senyuman, mimpi indah agaknya.

“Do you want to exchange our finished draft? We can proof reading each other literature review.Saya punya 80% dah siap, tinggal nak masukkan bahagian yang kita bincang semalam dengan rumusan,”Najwa menggosok matanya yang masih mengantuk. Jelas di mukanya kepenatan masih bersisa walaupun bibir mengukir senyum.

“Thanks beb. Cun sangat cadangan tu, baca sendiri memang tak nampak dah mana salah. Tapi minggu ni saya nak balik rumah, pagi Sabtu boleh saya bagi?Awak punya kalau tak siap email je pada saya, nanti saya printkan dekat rumah.Tak payah kalang-kabut sangat. Rehatla jangan paksa diri, nanti sakit ,”DS risau juga tengok Najwa yang kelelahan, gadis itu terlalu bekerja keras.

“Boleh,Sabtu pagi. OK jer, hujung minggu ni memang nak siapkan draft lepas tu rehat je. OK la saya nak pergi tandas nak basuh muka. Muka dah macam apa, macam panda kene tumbuk dah,”minggu ini sememangnya minggu yang panjang buat Najwa. Dengan kelas, tesis, dan projek yang perlu disiapkan badannya benar-benar lelah. Namun bekerjasama dengan DS sedikit sebanyak memudahkan urusan menyiapkan bahagian pertama dalam tesisnya.

“I walk with you.Saya pun nak balik studio dah ni. Tak da la teruk sangat pon,macam panda comel,”DS sudah bangun dari kerusi, dia juga masih mempunyai projek untuk diselesaikan untuk esok.

“Kau kenapa Faiee? Seronok tengok aku sampai mulut nganga. Siapkan cepat esok nak kena present tau. Kau last minute siap aku suruh kau present sendiri,tak nak aku present. Jap lagi aku balik bilik air aku check ada salah siap kau,malam ni jangan tidur,”Najwa meninggalkan Faiee yang masih melihat dua manusia di hadapannya dengan pelik bercampur takjub. Biasa dengan Jay dengan Faiee pun Najwa  ganas semacam, kalau perangai comel paling-paling dengan Aina, Eka dan Seri saja. Teruk sangat tu kesan tak cukup tidur tu. Sekejap senyum manis terlebih gula dengan DS, sekejap keluar aura membunuh pada Faiee.


Pagi Sabtu itu DS bersiap untuk pulang ke rumahnya di Kampung Melayu Majidee sesudah subuh, walaupun rumahnya masih terletak dalam daerah Johor Bahru namun dia lebih selesa tinggal di asrama. Lebih memudahkan dirinya berbanding jika perlu berulang dari rumah setiap hari. Hari ini dia berjanji untuk membawa neneknya menghadiri jemputan kenduri kahwin di Muar. Mereka perlu bertolak awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas. DS cuba menghubungi Najwa namun telefon tidak diangkat. Belum bangun tidur agaknya.

“Yo Bro awalnya kau nak pergi mana? Pagi-pagi dah smart semacam,”DS terserempak dengan Jay di tapak letak kereta asrama. Kelihatan Jay berpakaian sukan, mungkin mahu beriadah.

“Balik rumah, nak bawak nenek aku makan kenduri. Kau nak jog ke? Weh aku kirim barang bagi kat Najwa boleh, tak angkat telefon la dia. Tak bangun tidur lagi agaknya,”DS perlu menyerahkan draft untuk disemak Najwa seperti yang dijanjikan.

“Aah nak pi jogging. Bagi sendiri ja, jom aku bawak kau pergi gegar dia.Lama aku tak mendajal budak tu. Selalu dia je mendajal aku,”DS senyum sumbing.Rupanya Najwa juga duduk di Kolej Rahman Putra malah bangunan asramanya hanya perlu menyeberang jalan dari tempat mereka berada. Kolej Kediaman Rahman Putra merupakan kolej kediaman yang menempatkan pelajar perempuan dan lelaki tanpa kawalan ketat di mana bangunan asrama perempuan dan lelaki hanya dipisahkan dengan jalan. Peliknya tak ada pula kes salah laku antara pelajar lelaki dan perempuan. Tak mencabar agaknya.

Awa laisallażī khalaqas-samāwātiwal-arḍa biqādirin ‘alā ay yakhluqa miṡlahum, balā wa huwal-khallāqul-‘alīm

Innamā amruhū iżā arāda syai’anay yaqūla lahū kun fa yakūn

Fa subḥānallażī biyadihī malakūtukulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūn

Sadaqa Allah Al-Azim

”Adinda..oooo...adinda...tunjuk la diri mu di jendela. Kanda datang membawa hajat besar, sebesar Iced Asian Dolce Latte Venti Tambah Cold Foam & Caramel Upside Down beli kat Starbuck,”Jay menjerit ke arah satu balkoni diblok pelajar perempuan yang berada di tingkat satu. Blok itu terletak kawasan yang tinggi lebih kurang satu meter dari aras jalan.

“Shhhh...Jay kau memang nak makan selipar pink aku ek. Suka buat hal menjerit kat tingkap aku, jap lagi kena tangkap dengan felo padan muka. Nak apa?,”Najwa keluar dari balkoni dengan bertelekung sambil memegang selipar warna pink terang.

“Hehehehe...jangan la marah, baru tadi sejuk hati dengar kawan baik aku  rajin baca Yassin lepas subuh. Ni ha bawak rombongan DS nak meminang kau,”Jay buat lawak pagi-pagi hari. DS menyenggol lengan Jay. Sekejap lagi betul-betul Jay dan DS makan selipar.

“Ya Allah berikan hamba Mu ini kesabaran. Nasib la aku baru lepas mengaji weh, kalau tak aku tak bawak selipar aku bawak air terus jirus kepala kau. DS saya tahu kawan baik saya tu masuk air, kenapa la awak pun joint sekali?,”pelik Najwa biasa Jay dengan Faiee yang suka buat kerja gila menjerit bawah balkoni  biliknya. Hari ni ada ahli baru pula.

“Tak bersalah eh. Idea Jay. Saya nak bagi draft, telefon awak tak angkat,”DS menunjukkan fail yang berada di tanganya.

“Oh...ada telefon eh? Phone silent.Kejap saya turun, saya punya pun dah siap,”Najwa lupa DS sudah berjanji.

“Eh jap bagi pose satu, nak ambik gambar,”kebetulan DS membawa kameranya pada hari itu.

“Seriously....hadoii. Dah cepat-cepat,”Najwa pose dari balkoni dengan satu tangan pegang selipar pink dan sebelah tangan buat symbol ‘peace’ sambil tersengih nampak gigi sebelum menghilang masuk ke dalam bilik.

“Hahahaha...comel.Apa?,”DS bertanya pada Jay yang memandangnya pelik.

“Comel apa nya, walau budak tu BFF aku tapi tak nampak comel pun weh.Konsep apa entah pose dia, muslimah gangster kampung pisang?Tengok dia punya fesyen seluar tidur warna hijau pucuk pisang bercorak Micky Mouse, selipar pink,stokin kuning, pakai telekung,”Jay geleng kepala melihat Najwa yang berlari anak ke arah mereka.DS pun dah jadi sama-sama pelik mcam kawan baiknya tu.

“Tak payah nak kutuk seluar aku, comel eh. Comel kan DS?,”Najwa dah agakJay mesti nak kutuk pemilhan pakaiannya pagi itu. Bukan dia nak ke mana pun,setakat berjumpa dengan DS dan Jay di luar blok sahaja, tak perlu nak bersiap lebih-lebih yang penting tutup aurat. Tapi dia tak terasa pun kena kutuk, kutuk mengutuk adalah bahasa gurauan mereka.

 “Aah comel,hahahaha..,”DS layankan sahaja perangai Najwa.

“Ya la comel, comel sangat macam badut muslimah.Jom ah joging,mana lagi tiga orang? Jap lagi Faiee datang. Lama kita tak riadah sama-sama”

“Seri basuh baju, Eka dengan Aina tidur lagi. Malas ah joging, aku sayang lemak-lemak aku. Malam ni ah lepak N24 makan roti canai,”hari Najwa nak bermalas-malasan setelah minggu yang padat.

“Orang ajak bakar lemak, dia ajak tambah lemak. OK la malam nanti jumpa kat Cafe N24 pukul 9.00 malam. OK bro aku jalan dulu, kau layan la budak seluar Micky Mouse selipar pink ni, aku rasa kau pun dah jadi pelik macam BFF aku ni,”Jay bergerak selepas mengucapkan selamat tinggal.

“Ni draft saya, nanti kita jumpa balik Isnin petang boleh lepas studio.Selasa kena tunjuk pensyarah kan?,”DS menghulur fail yang dibawa kepada Najwa.

“Ni draft saya,OK Isnin petang. Jumpa dekat perpustkaan FAB je la. Lepas studio biasa tak ada orang. Awak nak pergi mana pagi-pagi Sabtu ni handsome semacam, dating eh?Opss, sorry terlebih menyibuk,”Najwa cepat-cepat tutup mulut, biasa dia bukan suka ambik tahu hal orang.

“Of course we will met at your favorit place, the library. Handsome ke?Nak dating dengan nenek pergi makan kenduri. Nak ikut?,”Najwa puji DS dan nak ambil tahu pasal DS, ni perkembangan positif.

”Hehehehe...boleh la. Tak pa silakan, tak mau ikut. Bye,”laju Najwaberpusing dan menghilangkan diri.

“Bye,”DS  membalas walau Najwa dah hilang dari pandangan mata.

“Drive safely,”Najwa muncul balik dari balkoni dan menjerit kepada DS dibawah sebelum cepat-cepat menutup pintu.Pesanan yang ringkas tapi boleh  buat DS hati kembang.

Jam menunjukan pukul 10 malam, DS mengambil keputusan untuk mengambil angin di taman di hadapan rumah sambil memindahkan gambar dari memori kad kameranya ke dalam komputer riba. Walaupun malam hujung minggu rumahnya sudah sunyi sepi.Ibu dan ayah masih di luar daerah, kakaknya yang telah berkeluarga kini menetap di Kuala Lumpur manakala adik bongsunya pula di asrama. Nenek dan pembantu rumah mungkin sudah tidur kerana kepenatan menghadiri kenduri tadi. Lewat juga mereka sampai di rumah, hampir menjelang maghrib. Biasa la neneknya kalau berjumpa sanak saudara memang payah nak balik.

DS meneliti satu persatu gambar yang baru dimuat turun. Dipadam gambar yang dirasakan tidak menarik. Fotografi sudah menjadi hobinya semenjak kecil lagi, mengikut hobi ayahnya yang juga meminati fotografi. DS memindahkan gambar Najwa dalam satu fail di desktop komputer ribanya. Satu persatu gambar di klik,ada muka masam,ada muka kejung, ada muka senyum, ada gambar gadis itu tertawa tapi banyak gambar DS ambil secara curi-curi. DS senyum seorang diri. Dalam gambar curi-curi pun semua cantik.

“Amboi cucu Tok Ma sengih sorang-sorang tengok gambar anak dara orang.Siapa ni, girlfriend ke? Meh Tok Ma nak juga tengok,”nenek DS meletakan secawan air milo di atas meja taman sebelum duduk di sisi DS.

“Eh Tok Ma tak tidur lagi rupanya. Bukan girlfriend Abang la Tok Ma, kawan ja. Cantik tak Tok Ma? Semua cakap dia ni tak cantik tapi gambar dia yang Abang ambik semua cantik. Ke mata Abang je?,”DS menunjukan gambar Najwa kepada neneknya. DS memang sangat rapat dengan neneknya yang merupakan seorang bekas pengetua. Bagi DS Tok Ma nenek paling ‘cool’ sekali.

“Nama dia Najwa. Abang tak pernah jumpa personaliti macam dia, weird but in good way. Gambar pertama Abang ambil yang payung merah tu, sebab cantik Abang pakai untuk poster promosi pertandingan fotografi. Tok Ma tau dia datang serang Abang ugut suruh Abang turunkan. Tapi mungkin takdir kan, pensyarah nak Abang dengan dia kerjasama buat tesis. Tok Ma tau dia mula-mula tak nak kawan dengan Abang pun, nak jumpa kena pergi perpustakaan duduk pun tempat tak ramai orang,dia tak suka orang bagi perhatian pada dia. Dia hidup dalam dunia dia sendiri,”DS tak boleh lupa kali pertama dia jumpa Najwa, bukan main garang.

“Eh ada orang tak nak kawan dengan cucu Tok Ma? Adik cakap Abang popular kat universiti, katanya semua orang kenal Abang. Kalau masuk geng Abang maknanya geng budak popular,”nenek DS pun pernah muda, pernah masuk universiti.Serba sedikit faham la juga.

“Adik cerita tu melebih je. Tapi tula Abang biasa senang je nak buat kawan,dengan minah sorang ni boleh kene tolak mentah-mentah.Luar dia nampak dingin,kaku, kejung, sombong, anti sosial tapi bila Abang kerja dengan dia Abang nampak sisi baik dia. Senang cakap dia bukan plastik, original sangat,”sedar tak sedar sudah hampir dua bulan Najwa hadir dalam hidup DS.

“Tok Ma boleh tengok betapa originalnya dia. Pakai telekung sambil pegang selipar pink pun comel, tak da rambut kuning macam Zandra bekas kekasih Abang  dulu,”Tok Ma menunjuk ke arah gambar Najwa yang diambil pagi tadi. Tok Ma memang kurang berkenan dengan Zandra semenjak diperkenalkan tapi Tok Ma tidak pernah menghalang dengan siapa DS ingin berkawan. Cucunya itu sudah dewasa.

“Kannnn...Tu gambar separuh badan je.Tok Ma tak tengok kat bawah dia pakaiapa. Seluar warna hijau pucuk pisang ada corak micky mouse, stokin warna kuning, selipar warna pink.No effort at all to impress me and yet I find her so adorable.  Tu bila Abang setiap kali jumpa dia,ringan je tangan nak ambik gambar. Walaupun awal-awal kena marah, sekarang dia dah redha jer,”DS tergelak bila teringat perangai pelik Najwa. Pelik Najwa tu kadang-kadang buat DS terhibur.

 “Dari cerita Abang, Tok Ma dapat rasa Najwa ni istimewa sangat.Orang ni kalau kita nampak hati dia cantik, serba serbi akan jadi cantik. Tu la kecantikan yang Abang nampak. Abang bertuah tau,sebab orang lain tak nampak. Keep her in your life, I think you find a gem,”Tok Ma menepuk-nepuk tangan cucunya penuh kasih sayang.

“Tak pasti la permata ke tak, buat masa sekarang Najwa tu macam air batu dari kutub utara ja. Dingin semacam. Lagi Abang nak dekat dengan dia lagi jauh dia lari. Strictly work relationship only. She is just such warm soul with cold appearance. Tak tau macam mana nak dekat,”sehingga kini DS masih merasakan Najwa meletakan jarak antara mereka.  

“Abang ais tu lama-lama kena panas cair juga. Maybe thats her defense mechanism. Kalau Abang ikhlas nak berkawan, in syaa Allah dia akan buka hati dia. Tok Ma nak tidur dah ni. Abang jangan berembun lama sangat. Nanti balik U,kirim salam Najwa,”Tok Ma menepuk lembut bahu DS sebelum beredar masuk.

DS termenung melihat gambar di skrin komputer. Ya secara subjektifnya gadis ais di skrin itu cantik dari segi segala sudut. DS tertanya sendiri, bila la agaknya gadis ais itu akan mencair.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.