Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,775
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 11

BAB 11: KAWAN?


Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang, walaupun waktu studio tamat pada pukul 5.00 petang namun Najwa dan kawan-kawan baiknya masih belum bergerak.  Oleh kerana tiada tugasan mendesak,masing-masing lebih santai. Jay dan Faiee sedang bermain game di komputer masing-masing, Seri sedang membaca novel, Eka dan Aina pula ralit melayari laman Facebook. Najwa juga mengambil keputusan untuk merehatkan minda dengan menonton drama bersiri bertajuk Bones berkisar mengenai sains forensik yang digunakan untuk merungkai misteri di sebalik mayat yang dijumpai secara pelik dan misteri.

”Ughhhhh....Cerita apa-apa je tengok? Tak tau mana lagi seram, usus terburai kat skrin atau Najwa yang tengok usus terburai sambil makan kerepek ubi pedas,”DS entah dari mana muncul memasukkan tangan dalam balang kerepek yang diriba Najwa. Sedar tak sedar sudah dua semester mereka bekerja sama yang akhirnya membawa kepada sebuah persahabatan yang akrab.

“At least saya tengok orang mati kena bunuh, tu dua manusia kat sana tu dah sejam membunuh tak habis-habis lagi.Ada kerepek tempe pedas, nak?,”Najwa mengeluarkan satu balang kerepek tempe pedas dan menyerahkan kepada DS. Tahu sangat kegemaran DS yang obses dengan tempe.

“At least kita orang bunuh karakter dalam game. Kau tu tekun tengok Bones macam nak belajar bunuh orang. Kau DS sokmo muncul kat studio kami, tak ada studio sendiri ke?”Faiee yang sedang galak membunuh makhluk asing di skrin komputer bersuara.

“Dah Najwa ni mana sudi lepak studio aku, makanya aku la kena datang sini. Kita ajala nak kena mengalah,”DS menjeling Najwa yang buat muka tak reti di sebelahnya.

“Ala dengan kawan-kawan pun nak berkira. You are the person with bigger heart thats why you need to come to me.Datang sini la bagus, tengok ada kerepek sedap,”sesungguhnya Najwa bersyukur DS seorang kawan yang memahami. Jejaka itu rela berkompromi dan menerima personaliti Najwa yang dilihat sebagai seorang yang sukar untuk didekati.

“Macam biasa pakai strategi tutup rasa bersalah dengan pujian beli hati. Ok la bagi lepas la kali ni. Makan kerepek dari tadi haus pulak, jom pergi minum,”DS tidak kesah pun kalau Najwa tidak mahu ke studionya sebab tahu Najwa sangat tidak selesa berada di situ.

“Aku belum habis bunuh makhluk asing,kirim makan ah,”Jay bersuara.

“Misi bunuh zombi masih belum selesai,nak kirim juga,”Faiee menyampuk.

“Aku nak habiskan novel, jangan kacau. Belikan mee goreng basah,”giliran Seri.

“Malas jalan, nak kirim tapi malas pikir juga,”Eka seterusnya.

“Air yang aku buat pun tak habis lagi, tak dapat pikir nak makan apa,”akhir sekali Aina.

Belum sempat Najwa mengajak kawan-kawannya untuk turut serta, semua sudah memberi alasan terlebih dahulu.

“Tak mau sudah. Jom ah DS. Perjalanan aku pergi Arked Meranti 10 minit, korang ada masa banyak tu je nak pikir nak makan apa dan mesej aku. Tak mesej tak payah makan,diet,”sempat Najwa memberi amaran kepada kawan-kawannya yang masing-masing hanya tersengih.

“Weh...weh...korang tak rasa nak goncang ker budak berdua tu. Kawan konon...loud and clear they have special feeling for each other,”Aina bersuara saat melihat Najwa dan DS sudah hilang dari pandangan.

“Yake...korang rasa Wa suka DS? Kawan kita tu kan puteri salju, beku semacam. Dia ada cerita apa-apa kat korang ke?”Faiee turut bersuara.

“Tak ada maknanya dia nak mengaku. Tapi tengok la, selama ni mana dia tunjuk perangai sebenar dia selain kita, DS je dapat pengecualian. Dengan DS semua tembok yang dia bina roboh, lenyap macam tu jer. Jangan DS main-main sudah, korang tau kan kawan kita tu keras kat luar lembut kat dalam?”Seri yang sudah empat tahun duduk sebilik dengan Najwa jadi tahu benar dia dengan perangai rakan baiknya itu.

“Tak la DS tu pun aku tengok tak main-main. Kalau nak main-main lama dah dia jual minyak. Hebat juga dia tu dapat tembus kawat duri Najwa tu. I believe  they will figure it out eventually. Kita duduk diam-diam sambil perhati jer. Awal-awal aku dah bagi amaran dah kat DS,kalau dia buat hal dengan Najwa dia kena berdepan dengan kita,”Jay memberi keyakinan kepada kawan-kawannya. Persahabatan antara mereka sangat indah, saling menyokong dan melindungi satu sama lain.

“Masalahnya kesabaran aku ni tak berapa nak tinggi. Wa tu aku paham la, kalau bab-bab hati perasaan ni dia punya blur tak boleh bawak bincang. But I expect better from DS,”Eka pula menyampuk. Seperti kawan-kawan lain dia juga mahu Najwa bahagia sepertimana Najwa selama ini tak pernah lokek membahagiakan mereka semua.

 

DS dan Najwa duduk di salah sebuah meja kosong di Arked Meranti sambil menunggu makanan mereka siap sambil berbual-bual kosong. Setelah setahun mereka tidak lagi canggung, orang-orang juga tidak lagi melihat mereka pelik.

“Dengar kata Kelab Fotografi nak buat pameran? Dah hujung-hujung orang lain sibuk dengan projek, tesis belum lagi exam korang lagi sibuk nak buat pameran. Jangan sampai tak rehat sudah,”Najwa tahu sangat dengan cinta mati DS pada bidang fotografi, sanggup tak ada masa rehat.

“Aah,hujung bulan depan. Wah ada orang risau, terharu seh. Pameran kali ni junior yang uruskan tapi khas untuk pamerkan hasil kerja ahli tahun akhir.Tak la beban sangat. Saya dah start ambik gambar. Nak tengok tak? Tema tahun ni hutan hujan tropika,”DS menunjukkan skrin kamera DSLR ke arah Najwa.

“Nak nak. Ni cantik, ni pun cantik,ni paling saya suka. Kat mana ni?,”Najwa menunjukkan gambar anak sungai di dalam hutan sewaktu hari hujan.

“Dekat jer ni, Gunung Pulai. Cantik tempat ni, lain kali saya bawak awak pergi hiking.Of  course you and your favorit rain,just like first picture I took of you,”DS jadi teringat gambar Najwa yang menjadi titik permulaan persahabatan mereka.

“Of course, I’m a frog alike creature for are happiest when it rains. Weh, stop taking her picture, she is just plain weird.Padam tau?,”Najwa menunjukkan gambarnya sendiri yang tersengih sambil menjuihkan bibir.

“Eh eh jangan memandai eh, comel tu. Simpan nanti saya buat pameran solo semua muka budak pelik tu, awak saya jemput jadi tetamu terhormat. Bukan senang tau nak dapat model eksklusif,”DS menyenyit mata pada Najwa, sengaja mengusik.

“Comel ape kebenda nya, rabun betul.Eh kejap bukan perjanjian sampai hujung sem lepas je ker.Hah,breach of contract,”Najwa pelik sungguh dengan DS suka sangat mengambil gambarnya. Dia yakin DS hanya mengambil gambarnya untuk sekadar mengusik. DS tidak pernah menunjukan gambar Najwa yang diambilnya kecuali secara tidak sengaja seperti hari ini.

“Ala kata kawan mana boleh berkira. Kita ikat kontrak sampai hujung hayat la. Will you be my model forever til jannah?,”buat masa ni mampu melamar jadi model sahaja. Kalau melamar jadi lain, semestinya di tolak mentah-mentah.

“Assalamualaikum,sorry kacau. Ni Dila nak bagi itinerary untuk Sabtu ni. Abang Rashid ada bagitahu kan, Dila ikut kereta Abang DS,”belum sempat Najwa menjawab lamaran DS, seorang gadis manis yang entah muncul dari mana menyapa DS.

Perbualan DS dan gadis itu berlajutan hampir lima minit lagi. Najwa pura-pura tak ambik pusing sedangkan ekor matanya sekali sekala menjeling. Telinganya juga menangkap isi perbualan mereka mengenai aktiviti Kelab Fotografi yang akan dijalankan hujung minggu ini. Patut la orang cakap DS jejaka idaman fakulti.Bukan main DS mesra sungguh, senyum sakan mana perempuan tak cair. Naib baik haram, kalau halal lama dia cubit pipi jejaka di depannya. Biar kurang sikit manis. Suka hati jer buat perangai depan Najwa, macam dia tak wujud pula.Tapi sesuai la kalau DS dengan budak Dila ni.Cantik orangnya, manis jer ala-ala Ayda Jebat versi muslimah. Kalau dibandingkan dengan dia memang langit dengan bumi.

Najwa tiba-tiba tersedar, kenapa dia nak marah DS? Bukan urusan Najwa dengan siapa DS nak beramah mesra. Jejaka di hadapannya bukan hak eksklusif siapa-siapa. Jangan la dia jatuh hati ke kawan sendiri, nanti dia juga yang merana bertepuk sebelah tangan.Dalam tak sedar Najwa mengeluh kecil.

“Maaf yer Kak Najwa. Kacau masa Abang DS dengan Akak. OK, Dila gerak dulu.Byeee,”tiba-tiba perhatian dua orang manusia yang tadi rancak bersembang beralih ke arah Najwa.Kuat sangat agaknya Najwa mengeluh.

“Eh tak kacau pun. Sembang je la lagi...byeee.Macam mana dia tau nama saya?Suspicioussss..,”Najwa terkejut sekejap.Entah-entah Dila dah cop Najwa sebagai penganggu hubungan cinta yang baru nak berputik. Tak nak la dia di cop sebagai orang ketiga.

“Dila tu kan junior tahun dua Landskap dan merangkap AJK Kelab Fotografi mesti la dia kenal siapa gadis payung merah.Orang semua kenal siapa awak, awak jer tak tahu orang kenal awak. Tak yah nak acah-acah halimunan sangat,”DS hanya menggeleng kepala melihat perangai lawak Najwa.

”Halimunan tu imej saya sejak hakiki tau, sebab publisiti percuma awak habis imej saya rosak. Mana la tau dia tau nama saya sebab ingat saya ni pesaing dia. Habis cinta baru nak berputik layu di tengah jalan?Kang tak jadi plan nak pergi dating kat Gunung Ledang,”DS hanya tersenyum. Ada bau-bau orang cemburu. Orang kata cemburu tanda sayang. Dalam diam-diam Najwa pasang telinga mengenai permintaan Dila untuk menumpang kereta DS ke Gunung Ledang pada hujung minggu ini.

“Jadi ja. Budak-budak lain bertolak Jumaat, tidur semalam kat sana. Saya gerak lewat sikit. Junior nak tumpang, saya sebagai abang senior yang baik takkan tak bagi,”Dilaa dalah salah seorang AJK Kelab Fotografi yang menjadi urusetia untuk Pameran Fotografi kali ini. Sebagai salah satu tanggungjawabnya adalah mengatur sesi fotografi di Gunung Ledang untuk peserta pameran.

“Berdua je naik kereta? Eh...eh...eh...tak payah jawab.Abaikan. Your date are not my concern,”Najwa menahan diri dari jadi penyibuk. Walau dalam hati rasa nak cepuk lelaki di depannya. Abang senior yang baik konon.

“Betul tak nak tahu? Kang nanti ada orang jelous sampai hilang selera makan. I’ll be happy to fill in you with every details,”DS sengaja menguji, entah apa la yang tersimpan di dalam hati gadis di depannya ini.

“I don’t get jelous on my friends personal life. I wish you all happiness in the world. Eh makanan kita dah siap, saya pergi ambik,”Najwa lega tiba-tiba nombor meja mereka di laungkan dari kaunter mengambil makanan. Najwa bertekad hatinya harus dijaga, jangan sampai terluka dek rasa keliru antara persahabatan dan cinta.


Najwa,Aina, Eka dan Seri berada di Galeri FAB petang itu untuk melihat pameran fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi. Pameran ini disertai ahli kelab yang berada pada semester akhir dan bakal menamatkan pengajian. Galeri FAB telah berjaya diubah menjadi sebuah atrium yang dipenuhi dengan pokok-pokok hiasan dan hasil karya yang bertemakan hutan hujan tropika. Melangkah masuk ke ruang pameran terasa seperti melangkah masuk ke dalam hutan.

Mata Najwa meliar ke kiri kanan mencari sosok seseorang dalam keramaian manusia.Dari tadi orang dicari tidak kelihatan.

“Terpusing-pusing dari tadi kenapa ko Wa, dah macam radar salah programming? Cari teman tapi mesra la tuh,”Aina menyenggol lengan Najwa.

“Teman tapi mesra apa bende plak. Cari DS la, sibuk suruh datang tengok gambar dia tapi batang hidung pun tak nampak. Kang tak tunjuk muka depan-depan cakap tak support kawan pulak. Jom la pusing-pusing dulu,”hasil kerja yang di pamerkan membuatkan mereka berempat kagum, berbakat sungguh ahli kelab Fotografi. Semua gambar yang diamabil kelihatan sangat profesional.

“Chehhhh....ingat DS punya gambar ada muka Wa. Tengok semedang asyik ambik gambar ko je Wa. Baru nak feeling-feeling romantik, manisfestasi cinta untuk Najwa. Perghhhh hakak kecewa,”Eka memberi komen saat mereka sampai pada hasil karya DS.

“Dah nama pun tema hutan, apa hal nak letak muka aku. Kau ingat muka aku macam fauna dalam hutan. Nak suruh aku jadi beruang, beruk ke tenuk?”Eka ni kalau berangan memang bagi kat dia.

“Jadi burung hantu insomia, tak pun jadi panda kurang tidur...orang tidur kau berjaga. Dah serupa sangat rupa. Orang bangun Subuh, kau baru nak tidur,”Seri membebel. Najwa hanya sengih, Seri yang juga rakan sebiliknya cukup tak berkenan dengan habit Najwa yang suka berjaga malam. Lama kelamaan habit itu bakal merosakan kesihatan.

“Assalamualaikum. Sudi juga datang ingatkan tak sudi tengok pameran kita. Baru nak merajuk.Terima kasih la yeh Cik Najwa sudi juga sokong kawan,”entah dari mana tiba-tiba DS muncul.

“Waalaikumussalam...dah datang, tengah tengok ni.Happy?,”kalau tak dipaksa pun pastinya Najwa datang memberi sokongan kepada DS yang sudah dianggap salah seorang rakan baiknya.

“Hallooo...kami ni wujud.Balik lahhh,”Aina menggawang tangannya di depan muka DS.

“Hehehe...nampak la. Terima kasih dekat korang juga. Bangga aku geng empat serangkai datang tengok hasil kerja aku. So girls, how about my pieces?,”dalam berkawan dengan Najwa, DS kini juga boleh dikatakan akrab dengan Seri, Aina, dan Eka.

“Sama-sama.Baru senang hati nak komen. Lawa semua tak da satu pun yang tak cun, tapi satu je masalah. Mana muka Wa, kau hari-hari ambik muka minah ni. Bila nak pamerkan hasil kerja kau yang tu?,”Eka tak habis lagi dengan babak drama romantik.

“Ada la Najwa dalam tu korang je tak perasan. Tu gambar yang paling atas,”DS menahan tawa melihat empat orang gadis yang berusaha untuk memfokuskan mata masing-masing dengan muka keliru.

“Tak da pun. Dah pakai mata empat dah ni,”Seri yang bercermin mata bersuara.

“Tu yang atas daun keladi. Don’t you guys know our friend is a frog alike creature who are the happiest when it rains,”DS menunjukkan ke arah gambar seekeor katak yang sedang berada di atas daun keladi gergasi di kala hujan. Semua ketawa dengan komen DS kecuali Najwa yang buat muka redha.

“Chehhhh...hantu korang. Harimau, burung hantu, panda, katak...binatang apa lagi korang nak kembarkan dengan aku?”DS pun sama ja perangai dengan geng-geng yang lain.Mengiat Najwa dah jadi aktiviti santai di waktu lapang dan tidak lapang. Masing tersengih-sengih, nasib baik kawan-kawan kesayangan.

Setelah hampir lebih satu jam melihat pameran dan mengkagumi hasil karya ahli Kelab Fotografi, geng empat serangkai mengucapkan selamat tinggal pada DS. DS menghantar kawan-kawannya ke pintu utama sebagai tanda berterima kasih.

“Congratulation.Gambar yang awak ambik memang terbaik. I hate to admit it, but my twin froggie picture is my most favorit ones. This is secret, don’t tell the girls. Kang semua binatang atas muka bumi diorang sama kan dengan saya,”Najwa separa berbisik pada DS agar tidak kedengaran oleh kawan-kawannya yang lain.Budak-budak tu pantang nanti dengar dia memuji DS pasti dijadikan bahan menggiat.

“Tak pa kalau dibandingkan semua binatang atas muka bumi, awak lah yang paling comel.This is also secret, don’t tell the girls. Nanti saya buat melamar awak guna semua gambar awak yang saya kumpul,”DS turut sama berbisik pada Najwa.

“Hoi tak mau balik ke, apa bisik-bisik? Gosip tak mau share, sharing is caring,”Aina menjerit saat menyedari Najwa masih ketinggalan di pintu galeri sedangkan mereka sudah ke depan.

“Yeyeye...datang.Tak payah nak buat lawak antarabangsa pulak. Ok la kang jap lagi ada diorang samakan saya dengan siput tuttttt sebab lembab bergerak. Byeee...Assalamualaikum,”Najwa berlari anak ke arah kawan-kawannya. Seperti biasa gadis itu sempat menoleh ke belakang dan melambai riang ke arahnya.

Klikkk...dan seperti biasa juga DS mengetik butang kamera, mengabadikan satu lagi momen bersama. DS tersenyum melihat tingkah comel Najwa yang kini berstatus kawan...Ya kawan buat masa ini.   

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.