Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,759
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 6

BAB 6: BAIK ATAU JAHAT?KITA YANG PILIH


DS terjengah-jengah ke dalam Studio tahun empat Perancang Bandar. Sunyi sepi,agaknya mereka semua ada kelas. DS bersandar di koridor, dia memutuskan untuk menunggu lagi 15 minit. Teringat kejadian minggu lepas. Habis sahaja sesi perbentangan dia dan Najwa diminta untuk tunggu sebentar oleh Dr. Alice serta Prof Chan yang juga penyelia tesis kepada Najwa. Kedua-dua pensyarah itu mahu mereka berdua berkerjasama dalam menyiapkan tesis masing oleh kerana kedua-dua mereka memilih topik Daerah Seni dan Jalan Warisan Tan Hock Nee sebagai kajian kes. Najwa akan memberi fokus kepada reka bentuk kawasan dan ruang manakala DS akan memberi fokus kepada reka bentuk bangunan. Namun mereka harus menjadikan tesis satu sama lain sebagai rujukan dalam menghasilkan reka bentuk akhir.

Pada mulanya dia dan Najwa agak terkejut dengan saranan penyelia mereka. Namun bila difikir kembali, kerjasama mereka lebih banyak mendatangkan kebaikan.Sekurang-kurangnya Najwa dapat membantu DS dari segi analisis topik, manakala DS pula akan membantu Najwa dari segi rekabentuk visual. Lagi pula mereka punya kelebihan kerana dapat berkerjasama sedangkan tesis kebiasaanya adalah projek individu. Dia teringat kata-kata Dr. Alice, ‘a journey of thesis dissertation is a lonely journey’.

Tujuan dia mahu mencari Najwa hari ini untuk meminjam bahan rujukan. Dalam berbincang mengenai tesis mereka, lupa pula DS hendak mengambil nombor telefon Najwa, makanya tercongok la dia di hadapan studio gadis itu. Najwa berjanji mahu berkongsi sumber rujukan dengan DS untuk menyiapkan kajian literatur. DS perlu menyiapkan sekurang-kurangnya separuh sebelum perjumpaan dengan penyelia yang diadakan setiap hari Rabu.

“Hoi Bro kau cari siapa ni? Tiba-tiba tercongok depan studio aku,”Syukri salah seorang AJK Kelab Fotografi dan juga pelajar tahun empat perancang bandar menegurnya dan menghulurkan tangan bersalam. Tradisi biasa pelajar lelaki di fakulti ini.

“Eh Bro,whatapss?Aku cari Najwa. Korang baru habis kelas ke?,” DS menyambut salam yang dihulur.

“Seriously Bro.Sejak bila kau berkawan baik dengan si Najwa ni? Siap datang presentation dia, jadikan dia model poster. Tak masuk weh kau kawan dia,”lain macam sungguh ayat Syukri. DS teringat beriya Syukri membantah apabila melihat rekaan posternya tempoh hari, namun dek kerana AJK lain bersetuju sebulat suara maka poster dengan wajah Najwa digunakan.

“Tak la gambar tu aku ambik tak sengaja. Ni aku datang pasal nak ambik bahan rujukan tesis.Dr. Alice minta refer Najwa sebab tajuk kami lebih kurang sama? Kau pehal Bro anti sangat dengan dia?”pelik DS apa masalah Syuk dengan Najwa. Takkan dengan perempuan pon nak cari gaduh.

“Budak tu nak tolong kau? Aku tak rasa la bro. Aku ni pun buat tesis bawah Prof Chan, jangan kata nak kongsi bahan rujukan nak tengok pun tak bagi. Tiap-tiap minggu perjumpaan dia je la dapat pujian menggunung. Dia punya kedekut tu, kalau kau bukan geng dia memang tak la dia nak tolong.Mentang-mentang la anak emas pensyarah,”DS keliru sekejap, betul ke Najwa seorang yang mementingkan diri.

“Dah dah la tu Syuk, tak habis lagi ke sakit hati kau dengan Najwa. Dia tak buat apa pun. Kau tu cermin balik perangai kau sebelum salahkan orang,”entah dari mana Faiee muncul dan bersuara.

“Kau tu Faiee,tak habis lagi ke menangkan budak tu? Ramai yang tak suka dari suka dia, kau tu je buta. OK la DS aku blah dulu la. Tak kuasa aku nak layan, nanti ada aku tumbuk orang,”hai lah Syukri tak habis dengan perangai panas baran dia.

“Hai Bro. Sory la, aku dengan Syuk tu angin tak berapa ngam sikit. Semua kena ikut cara dia,”jarang dia melihat Faiee menegur orang. Faiee biasanya bukan jenis banyak cakap, bersuara hanya perlu.

“Its ok la Faiee,aku pun tau baran Syuk tu. Aku cari Najwa weh, bukan selalu korang gerak sama?,”DS kembali ke tujuan asal mencari Najwa.

“Aah. Tapi hari ni semua berpecah sebab masing-masing ada hal. Najwa pergi library la,”.

“Oh ye ke? Aku nak ambik bahan rujukan dari dia. Bagi aku no phone dia boleh?,”DS mengeluarkan telefonnya dari kocek.

“Sorry Bro bagi nombor telefon aku tak berani.Kena tanya dia dulu, nanti sia-sia je aku kena makan dengan singa jadian,”DS cuma garu kepala. Kenapa la susah sangat nak berurusan dengan Najwa ni?

“Macam ni la Bro,kalau urgent sangat kau cari dia dekat library. Port dia sama je,tepi tingkat tiga meja paling hujung belah kiri dekat rak buku seksyen Alam Bina,”kesian pula Faiee pada DS. Ada Najwa bercerita pada geng mereka perihal Prof Chan mahu dia bekerjasama dengan DS untuk tesis mereka. Siapa sangka dua manusia dari dunia berbeza boleh bertembung dalam satu jalan.

“OK la weh. Aku cari dia la. Aku ada dua hari lagi nak siapkan literature review  untuk tunjuk pensyarah. Thanks bro,” selepas bersalam dengan Faiee. DS bergerak ke Perpustakaan Sultanah Zanariah. Harapnya Najwa ada di tempat yang dinyatakan oleh Faiee, kalau tiada jenuh juga dia nak mencari dalam perpustakaan yang besar itu.

Hari itu perpustakaan nampak lengang. Mungkin kerana jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Kebanyakkan kelas masih berlangsung. DS sendiri sepatutnya ada kelas,namun dibatalkan dan diganti ke pukul 3.00 petang. Pelajar tahun akhir kebiasaanya tidak mempunyai kelas yang banyak, masa banyak difokuskan kepada projek dan tesis. DS terus naik ke tingkat tiga dan seperti yang dikatakan Faiee,Najwa duduk meja paling belakang belah kiri dekat rak buku seksyen Alam Bina, betul-betul tepi tingkap besar yang berlatar belakangkan langit biru.

Niat DS untuk kesana terbantut seketika, Najwa tidak berseorangan. Bersama Najwa seorang pelajar asing kulit hitam, sepertinya pelajar dari Nigeria. Najwa sedang menerangkan sesuatu sambil menunjukan buku nota di hadapannya, sesekali pelajar asing itu mengangguk tanda faham. DS mengeluarkan kamera dari beg, pantas fokus dihalakan pada Najwa. Nasib dia ada perjanjian dengan Najwa, kalau tidak pasti dia sudah ditangkap kerana mengendap anak dara orang.

“Assalamualaikum.Siapa tu, pak we?,”DS mendekati Najwa setelah pelajar itu beredar.

“Waalaikumsalam.Nope.He is from TITAS class? Sapa entah nama, Abdul something. Tak ingat nama.Nak pinjam nota sebab tertinggal kelas semalam,”Najwa pelik dah kenapa DS soal siasat macam la dia ditangkap berdua-duan di tempat sunyi. Punya la besar perpustakaan ni, walaupun hari ni tak la seramai mana tapi masih ada pelajar lain di situ.

“Awak bagi? Namapun tak ingat,”pelik DS. Syuk kata Najwa tak suka tolong orang. Entah-entah kes dia pun sama, depan Prof Chan dengan Dr. Alice sahaja Najwa setuju untuk berkerjasama.

Najwa pandang muka DS tepat. Kenapa DS menyibuk sangat pasal hal peribadinya. Najwa paling benci kalau ada orang luar dari lingkungan rapatnya cuba menceroboh ruang peribadinya.

“OK, jangan tengok saya macam tu. Sorry kalau ayat saya tadi sakitkan hati awak. OK bukan nak judge ke nak kondem ke, tapi just curious. Kenapa awak tolong mamat tadi?Syuk said you hate helping other than your gang members?,”DS ni memang suka cari pasal, dia tunggu je Najwa sembur. Mulut tu tak ada insurans.

Najwa mengeluh,mesti ada yang bawa mulut. Tapi sekurangnya DS jujur bertanya, bukan macam sesetengah orang, dengar cerita atas cerita orang sahaja boleh dijadikan sebab nak menghukum.

“Why I help that unknown Nigerian fellow but refuse to do so with Syuk my BELOVED classmate?Jawapan dia senang je. I’am able to do so,”pendek saja sebab Najwa.

“Tak faham.Explain,”DS ingatkan Najwa nak marah, tapi sebaliknya dia kekal dengan muka takada perasaan.

“You can’t choose to do bad things. Kejahatan tu bagi saya bila kita buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri atau makhluk lain. Jadi benda jahat tu memang jawapannya tak boleh buat, tapi tak tolong Syuk bukan perkara jahat. Kalau saya tak tolong, Syuk akan gagal tesis ke? Tak kan, sebab dia boleh je minta bantuan orang lain atau jadi macam pelajar lain, buat sendiri. Tak tolong, tak memudaratkan, bukan benda jahat, boleh buat. Make sense?,”Najwa bertanya.

“Aaaa...OK agak make sense juga,”betul juga kata Najwa, tidak mebantu Syukri bukan la satu kesalahan sebenarnya.

“So as its not a bad thing, I have all the right to choose to help or not to help. Kalau saya nak tolong orang, orang tu mesti memenuhi kriteria saya. Jadi kalau saya pilih untuk tak buat baik maknanya tak cukup syarat la. Saya bukan manusia baik yang boleh buat kebaikan tanpa pilih bulu, saya ni manusia biasa je ada perasaan,”Najwa malas nak berbuat baik kalau akhirnya nanti dia makan hati balik. Dia juga manusia biasa yang mengharapkan dilayan dengan baik selepas berbuat kebaikan. Bukan dia tak tahu dari dulu ramai antara rakan sekelasnya suka membawa mulut perihal dirinya. Ada sahaja yang tak kena. Belakang bukan main mengutuk lepas tu harap orang buat baik.

“What make Abduh Something qualified to receive your kindness? Saya layak tak?,”DS bertanya,kot-kot Najwa rasa dia juga tak layak menerima kebaikan gadis itu.

“Kes kita lain.We are doing barter system. I need to help you in order to receive your help.Simply said, we are bussiness partner,”kalau tidak kerana arahan Prof. Chan memang tak kuasa Najwa nak berkerja sama dengan DS. Mereka dari dua dunia yang berbeza.

“Assalamualaikumsister...this is your note. Thank you very much for lending it to me, may Allah grand you blessing in knowledge you share. You are very nice sister,”perbualan mereka terhenti sebentar apabila Abul Something datang memulangkan kembali buku nota Najwa. Sopan sahaja dia.

“Waalaikumussalam.Your welcome brother. Amin, may Allah give me ease in sharing. Please do not skip class again, we need 90% attendance to attend final exam,”Najwa juga menjawab dengan sopan.

“Insyaalah Sister, I will remember that. I will pray your knowledge will be baraqah in dunya and akhirah. Thanks again for the note. See you again next week in class,” Abdul Something berlalu selepas bersalam dengan aku.

 “Kalau awak kat tempat saya, awak akan tolong Abdul Something tak?,’sampai kesudah pelajar Nigeria itu diberi nama Abdul Something.

“Tolong. Polite sungguh,”patutla Najwa dengan senang hati meminjamkan buku notanya. Nak buat baik pun senang hati dengan kesopanan lelaki itu.

“See bukan senang nak nak jumpa orang yang mendoakan kita tau. Awak lain kali nak saya tolong tanpa sistem barter, doa kan la saya?,”Najwa sengih tunjuk gigi. Keluar dah perangai comel dia.

“Boleh je. Nak doa awak dapat suami mithali macam saya ke?,”sekali-sekala DS keluar ayat-ayat cinta abang surau.

“Ewww...paling-paling doa la saya dapat suami anak sultan Brunei. Tak pa la, buat baik tak boleh mintak balasan nanti doa tak mustajab. Doa kena ikhlas dari hati. Nak ambik bahan rujukan untuk tesis kan?Ada bawak pendrive?,”terkejut DS. Dari mana Najwa tau.

“Ada. Scary nya,awak ada membela ke? Tak cakap dah tau?”DS menghulurkan pendrive pada Najwa.

“Aah saya ada berdamping dengan makhluk bernama Faiee, dia Skype bagitau awak cari saya.I  got the best crew ever. Ni saya transfer jurnal softcopy. Saya asingkan yang saya dah baca dan belum baca dalam dua folder. Ni yang dalam fail ni buku yang saya photostat. Ada yang saya dah baca saya higlight la, yang suci murni tu maknanya tak baca lagi la,”Najwa suka segala bahan rujukan di susun dengan baik.

“Ni tak takut ke saya kongsi dengan orang?,”DS menduga, mencari kebenaran kata-kata Syukri.

“Bagi la tapi dengan satu syarat, jangan petik nama saya. Serabut jer nanti semua orang tahu,”Najwa sebenarnya bukan la kedekut kalau pasal berkongsi ilmu, cuma dia tak suka ada yang suka mengambil kesempatan.

“Tak pa, enjoy the fame yourself. Awak jadi la lembu dan sapi. Nama tak nak, pahala nak,”Najwa sengih.

“Awak ni betul-betul baik tau tak, gunuinely nice girl,”makin dia mengenali  Najwa, hanya ada pujian untuk gadis itu.

“Random betul pujian,”Najwa hanya buat muka tak faham.Malas nak perasan lebih-lebih. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.