Home Novelet Keluarga RAYA RUMAH TOK ABAH
RAYA RUMAH TOK ABAH
Hikari Hana
18/3/2025 17:28:40
364
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
27 RAM

27 RAMADAN

“Eh budak ni,kita nak balik kampung dia, tapi dia bantai tidur tak ingat dunia.Nasib baik ada GPS,kalau tak jangan kata Kampung Tualang Tengah, pokok tualang pun belum tentu aku jumpa,” Aliff membebel bersendirian.

Saat Honda CR-V milik Aliff membelok masuk ke Kampung Tualang Tengah, dia disapa dengan pemandangan saujana mata memandang sawah padi dilatari Gunung Keriang iaitu salah satu gunung batu kapur yang terkenal di negeri Kedah. Pokok padi yang baru membunting meliang-liuk ditiup angin. Tidak rugi dia bersetuju mengikut Zarif beraya di Kedah.

Sepatutnya tahun ini Aliff beraya di tanah suci bersama Aunty Susan sekeluarga. Aunty Susan merupakan satu-satunya ahli keluarga Aliff yang memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Namun dek kerana masalah visa di saat akhir, tinggal lah dia beraya di Kuala Lumpur bersendirian. Ingin pulang ke rumah orang tuanya di Melaka,ibu,ayah dan neneknya kini berada di Taiwan kerana melawat kakak sulungnya yang kini menetap di sana bersama suami dan anak-anak. Mujur dia terserempak dengan Zarif semasa solat Jumaat di masjid tadi. Walaupun sudah hampir empat tahun terputus hubungan namun ukhwah yang terjalin tidak berubah. Zarif dengan senang hati mempelawa Aliff beraya bersama dia dan keluarganya di Kedah setelah mengatahui Aliff sudah memeluk Islam tiga tahun yang lalu.

“Zarif...ooo Zarif bangun la, dah sampai kampung ni. Mana satu rumah Tok Abah kau?,” digoyangkan sedikit bahu pemuda di sebelahnya tapi langsung tak terkutik.

“Haila budak ni...tidur mati pulak dia. Melampau betul...Zarifffffff bangunnn dah sampaiii",dia menjerit ditelinga pemuda itu.

“Ooo dah sampai, sampai mana?,”tenang sahaja Zarif menjawab, matanya masih terpejam. Sungguh tak makan saman.

“Sampai Perlis, kan tahun ni kita raya kat Kangar,” Aliff menjawab selamba.

“Hahhhh...kita balik  Kedah la, dah terlajak ni...!” terbeliak mata Zarif, haru nak patah balik ke Alor Setar mau makan masa. Hilang sisa-sisa mengantuk, matanya meliar ke kiri ke kanan.

“Tau takut...tidur tak ingat dunia. Dah sampai kampung kau ni, girlfriend aku tak tahu rumah Tok Abah Zarif kat mana,” selamba Aliff menjawab sambil menunjuk ke arah GPS di hadapan mereka.

“Hehehe sory la Bro semalam berjaga siapkan kerja sebab nak cuti awal punya pasal. Terkejut cek tau, hang melawak kasaq betui. Tu la GPS dibuat girlfriend, lain kali cari manusia di alam nyata,mesti tau,’’ Zarif tersenyum sumbing. Zariff merupakan jurutera mekanikal yang kini berkhidmat dengan Proton. Masuk jer kawasan kampung automatik loghat Utara keluar.

“Banyak la manusia di alam nyata.Ni nak pergi mana ni, wahai manusia yang baru kembali ke alam nyata?,” tanya Aliff lagi.

“Bro, kau jalan terus dekat simpang empat tu belok kanan, rumah first yang kau jumpa belah kiri, tu la rumah Tok Abah aku,” walaupun Zarif membahasakan diri kau aku dengan Aliff,tetapi dia tetap tidak memanggil Aliff hanya dengan nama sahaja. Aliff adalah seniornya, malah tua setahun dari Kak Long. Nak dipanggil Abang macam kelakar pula, jadi nak dengar macam bergaya sikit dia panggil la Bro.

Sampai di hadapan rumah Aliff membelok kereta masuk ke halaman rumah yang dimaksudkan Zarif. Kaget sebentar dia, besar sungguh rumah keluarga Zarif. Rumah hadapan terdiri daripada rumah kayu dengan reka bentuk Melayu Kedah dengan kolong yang cukup tinggi yang kini diubah suai menjadi ruang santai keluarga.  Rumah belakang pula rumah batu  yang agak moden namun masih mengekalkan suntikan senibina Melayu tradisional. Besar sungguh rumah keluarga Zarif ini,sekali pandang macam resort pun ada.Yang menjadikan dia teragak-agak untuk turun ialah melihat deretan kereta lebih 10 biji tersusun di hadapan rumah,dari klasik Volkswagen Beetle, ke kereta buatan Malaysia seperti Proton Saga dan Perodua sehingga kereta mewah BMW.

“Weh Zarif ni rumah keluarga ke resort, besar betul. Penuh kereta. Ada kenduri ke atau ada orang meninggal?”Aliff menyiku Zarif yang sedang mengeluarkan barang-barang mereka  dari dalam bonet kereta. Dia mendengar suara orang mengaji dari atas rumah.

“Choiii...Bro mulut kau,mana ada orang meninggal. Suara Tok Abah tu, tadarus dengan cucu-cucu dia,kalau bulan puasa ni lepas Asar memang Tok Abah akan buat aktiviti bermanafaat untuk budak-budak tu. Tok Abah cakap kalau yang kecik-kecik ni lepas asar takda aktiviti, memang sakan la diorang meloncat. Nanti nak tunggu berbuka semua  lembik macam jeli,” sungguh Zarif rindu suasana ini, sibuk sungguh dia tahun ni sehingga tak sempat balik berbuka di Kedah.Nasib baik minggu lepas sempat dia lari balik Kuala Pilah iaitu kampung belah Papa, sempat juga dia tidur dua malam rumah Mak Long Timah. Rumah pusaka keluarga Papa kini dijaga oleh Mak Long Timah dan Pak Long Kadir selepas kedua datuk dan neneknya meninggal hampir tujuh tahun lepas.

“Jom Bro naik...diorang tak sedar la kita dah sampai. Kan aku dah cakap family aku besar, tu kereta yang berderet tu tak semua lagi tu, ada yang tak ada dekat rumah.Assalamualaikum...ade orang dak kat dalam, kami kat luaq ni,’’Zarif melaung sambil menaiki tangga, Aliff membontot sahaja Zarif. Seram sejuk pula dia hendak bertemu keluarga besar Zarif,keluarganya sendiri bukan besar mana, dia cuma dua beradik. Kalau balik kerumah Poponya di Beaufort pun tidak la seramai ini kerana bapanya cuma tiga beradik. Kalau pulang ke rumah Ama di Melaka lagi la tak ada orang kerana ibunya adalah anak tunggal.

“Waalaikumsalammmm...”ramai yang menjawab salam Zarif.

“Tok Abah, Tok Mak...Ngah Zar sampai dah,”seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang tujuh atau lapan tahun muncul di muka pintu seraya bersuara memberitahu orang di dalam.

“Tok Abah,Tok Mak...Ngah Jar ayik ngan abang encem,” seorang kanak-kanak perempuan mungkin berusia tidak lebih tiga tahun pula bersuara dengan pelat yang sangat comel. Aliff hanya tersengih bangga.

“Alhamdulillah...sampai juga.Jenoh dok tunggu, tak sampai-sampai. Kak Long hang telefon pasai pa tak angkat?Cemuih dah kawan tu dok tekan telefon,”seorang wanita muncul di muka pintu.

“Mak Andak...apa habaq?Telepon mampuih,bateri kong nak jawab lagu mana. Zar kreja setengah hari, lepas Jumaat baru bertolak. Ni Mak Andak kenai kan Aliff, senior Zar masa ngaji kat US dulu,”Zar bersalam dengan wanita yang dipanggil Mak Andak.

“Assalamualaikum Mak Andak, apa khabar?,” Aliff turut menyapa.

“Waalaikumsalam,Alhamdulillah sehat walafiat. Ingatkan Zar bawak balik marka, rupanya bawak balik abang encem bak kata Auni. Mai mai kita naik, dok tercegat tang tu pasai apa?Jom Aliff. Depa semua duk kat ruang tamu nun,” ramah Mak Andak mengajak.

“Tok Makk...I love you,"Zarif mencium pipi neneknya yang sedang khusyuk memasukkan penyangkut langsir ke dalam lubang yang disediakan.

“Oh mak hang...i lap you lap lap lap,” Tok Mak sudah mula melatah sambil memukul belakang Zarif berkali-kali.

“Padan muka hang...kacau Tok Mak.Tok Mak hang melatah memang tak sedaq kain baju,” seorang lelaki yang sedang memasang langsir terkekeh,seisi rumah juga turut tergelak sama.

“Sakit Tok Mak...berbedan badan Zar. Ala Pak Lang, Zar saja ja nak usik-usik manja Tok Mak,” Zarif cuba menggosok belakangnya yang dirasakan pedih.

“Bertuah sungguh cucu sorang ni,kahaq (nakal) tak surut-surut...terkejut beruk Tok Mak, sakit dak,”Tok Mak mengusap belakang Zarif dengan penuh kasih sayang.

“Sikit ja, anak jantan kena lagu ni tak rasa eh...ni Tok Mak, Tok Abah, semua nak kenaikan ni abang senior Zar,Aliff Iman Tang. Zar ajak dia beraya dengan kita, boleh dak Tok Abah?,” hampeh sungguh si Zarif ni, sudah sampai ke Kedah baru dia minta kebenaran keluarganya. Kalau mereka tak suka bagaimana, satu hal Aliff perlu patah balik ke Kuala Lumpur.

“Pasai pa pulak tak buleh,boleh la sangat. Alhamdulillah dapat Tok Abah cucu sorang lagi ghaya ni, tak dapat cucu menantu, cucu angkat pon buleh la dari habuk pon tak dak,”syukur Tok Abah bagi lampu hijau, Tok Mak juga menggangguk sambil tersenyum.

“Terima kasih Tok Abah,sanggup terima saya,” sungguh Aliff lega kerana kehadirannya diterima.

“Ok kalau macam tu Zar kenalkan kat semua ya kat Aliff. K bro, ni kenalkan Mak Andak, Tok Mak dengan Tok Abah.Kenalkan tengah pasang penyangkut langsir dengan Tok Mak ni Mak Lang.Abang-abang sado yang pasang langsir tu Pak Lang dengan Pak Andak. Merpati dua sejoli yang tengah dating kat ruang tamu sebelah sana tu Mak Long dengan Pak Long. Ok yang kecik-kecik ni mula dari kiri Auni, Akib, Maream, Hakim, dan yang hujung tu Edrus,” Aliff menggaru kepala, ramai sungguh macam mana agaknya dia nak mengingat. Pelajar-pelajarnya di universiti pun kadang-kadang dia lupa nama.

“Jangan duk berkerut sampai lagu tu la Aliff oii,hang tak payah sakit pala pikiaq macam mana nak hapai semua. Sian Mak Long tengok muka hang. Kami ni kalo bercakap bahasa kan diri nama , esok mesti hang kenai semua,”lega dia mendengar saranan Mak Long. Zarif di sebelah hanya mengekek ketawa.Memang la budak sorang ni, langsung tak membantu.

“Hangpa dah Asaq ka? kalau belom solat dulu. Hangpa guna bilik Mak Teh. Tok Mak nak pi dapoq dah ni, Aliff dengan Zar nak makan apa, sat lagi Tok Mak masak?,” Tok Mak dan mak cik-mak cik Zarif yang lain kelihatan sudah bangun untuk ke dapur.

“Kalau Zar guna bilik  tu, Mak Teh dengan Pak Teh nak tidoq mana? Zar nak kuih talam buleh dak Tok Mak?”Zarif tersengih, Tok Mak dah tanya jadi baik dia gunakan peluang ni nak mengada-ngada.

“Mak Teh balik raya kampung Pak Teh kat Kelantan tahun ni. Hang guna la bilik tu, bilik lain semua dah kena cop. Kak Long hang dah buat dah Zar, tahu sangat kuih favorite hang. Aliff nak makan apa? Cakap ja jangan segan, makanan Sabah Serawak pun Mak Lang boleh masak. Mak Lang lahir dekat Tawau, membesaq dekat Kuching sebab ayah Mak Lang askar,” ramah Mak Lang bercerita.

“Ya ke Mak Lang, kecik betul Malaysia ni. Daddy saya pun asal Tawau. Saya ni OK jer Mak Lang, semua  saya makan.Tolak batu dengan kayu jer, tupun kalau bagi air batu dengan ubi  kayu saya tak tolak,” takkan la Aliff nak minta di masak macam-macam sedangkan dia hanya tetamu, segan pulak dia.

“Tak pe Mak Lang nanti  Zar risik-risik dia nak makan apa, segan lagini.Jom la Bro masuk bilik,  solat dulu ke, sambung tidur ke,” Zarif mengajak, tak cukup lagi tidur dari KL sampai ke Kedah.

Saat melalui ruang tamu kedua,mereka terserempak dengan seorang lelaki dan seorang wanita bersama  seorang bayi comel. Mereka sedang memakaikanpakaian si kecil, mungkin baru  lepasmandi.

“Wooooo...Acik Jo, tokoh bapa mithali ni. Pandai ka hang pakaikan pampers anak? Jangan terbalik sudah. Ni kenalkan kawan Zar, Aliff. Bro kenalkan ni sepupu aku Acik Jo.Ni isteri Acik Jo, Kak Chah, si debab ni Rayyan namanya,”mengekek si kecil diagah Zar. Aliff pula bersalam dengan lelaki itu dan sekadar senyum kepada sang isteri.

“Si kecik ni baru dapat kaki, nak pakai pampers dia tobat lahom payah sungguh.Hang pasai pa lewat sampai, sikit lagi Kak Long hang nak transform jadi godzilla. Jangan lupa whatapps dia bagitau hang dah sampai...dia pi kebun tadi dengan depa semua,” patut la sepupu-sepupu Zarif semua kecil-kecil, rupanya yang dewasa semua tak ada.

“Hehehe...kecoh la Kak Long tu,tak dak nya orang nak culik aku, badan besaq guni. Acik Jo, hang kena tolong aku cari kan suami cepat sikit ke Kak Long, sindrom hyper protective sister teruk sangat  dah tu. Dia punya beletiaq tuh luruh telinga weh,” Zarif berharap benar kakaknya cepat bertemu jodoh. Sudah cukup banyak pengorbanan yang dilakukan Kak Long demi membantu Babah membesarkan Zarif dan  adik-adik mereka.

“Nun orang sebelah hang  ada, sebat la. Hensem...lawa-lawa anak menakan kita nanti, mix tuh,”serentak semua mata tertumpu pada Aliff.

“Hahaha...Bro nanti isi borang eh, online application pun boleh. Sila sertakan resume berserta penyata keewangan 12 bulan terakhir dan senarai harta persendirian,”Zarif mengenyitkan mata ke arah Aliff.

“Woi kau ingat isi borang taksiran cukai ke. Kak Long kau dengar habis aku. Elok-elok dapat raya sini,kang kena halau dah jadi musafir di Aidilfitri pulak,” suka hati je Zarif ni nak kenenkan dia dengan kakaknya, entah-entah si dia sudah berteman.

“Hehehe... ingat Kak Long aku tu kejam sangat ke. Baik tau dia macam adik juga.Jom la Bro, aku tunjuk bilik. Nak kena mesej bakal zaujah kau a.k.a Kak Long tercinta sebelum dia mengaum,” Aliff mengekori Zarif ke arah sebuah bilik. Tak habis-habis nak merepek.

“Weh Zarif besar sungguh rumah Tok Abah, dah macam resort dah ni. Ada berapa bilik ni?,”selesai solat Aliff berbaring di atas katil meregangkan urat-urat yang tegang dek kerana memandu dari KL ke Kedah manakala Zarif sedang mengecas telefonnya di suatu sudut.

“Dah keluarga besar, rumah pun kena la besar juga. Ada 12 bilik. Tok Abah je ada enam anak, arwah Mama anak nombor dua. Dulu rumah atas tu je, tapi bila anak cucu ramai berkumpul memang  tak muat, jadi kami kumpul duit besarkan rumah bawah, tambah lagi enam bilik dekat bawah, tambah ruang TV dengan besarkan dapur. Anak Pak Long dua dah kahwin jadi mestila kena ada bilik sendiri, lepas tolak bilik Tok Mak dengan Tok Abah ada lebih tiga bilik lagi. Itu sapa cepat dia la dapat. Tapi diorang tu semua suka tidur lambak,bilik buat port parking beg je. Tengok la malam nanti, ruang TV tu memang macam pusat pemindahan banjir,”Zarif lupa nak bagi pengenalan pada Aliff. Kesian Aliff,terkejut sekejap dengan saiz keluarganya Zarif yang besar.

“Oh ni keluarga arwah ibu kau,aku ingat keluarga ayah kau. So ayah kau pun balik raya sini ke?,”dulu di US ada Zarif bercerita serba sedikit mengenai keluarganya. Ibunya sudah lama meninggal sejak Zarif berumur 17 tahun lagi. Dia kini tinggal bersama ayahnya,kakak dan dua orang adik kembar. Semenjak ibunya meninggal,kakaknya yang sulung lah menjadi pengganti ibu. Dari sampai tadi pun nama Kak Long asyik disebut,hebat sungguh kakak Zarif itu.

“Raya sini la. Atuk dengan nenek Negeri Sembilan pon dah lama meninggal, balik Kedah la tiap-tiap tahun. LagipunTok Abah dengan Tok Mak sayang Babah macam anak sendiri kot,walaupun Mama dah tak ada sikit pun tak berbeza layanan diorang pada kami sekeluarga. Aku dengar suara kecoh-kecoh kat luar, mesti team kebun dah balik.Kau nak tidur ke nak join aku keluar?”terdengar suara-suara kecoh sepupu-sepupunya yang lain.

“Tak da maknanya nak tidur lepas Asar. Keluarlah, aku bukan anak dara nak terperap dalam bilik,” bagus juga dia dapat berkenal dengan sepupu-sepupu Zarif yang sebaya, boleh buat kawan baru.

“Tu dia...banyak betoi derian.Long Nuar buah langsat tak dak ka?,”Zariff menegur saat sebakul buah durian diangkat diletakkan di anjung luar rumah bawah.

“Hah sampai juga encik engineer,pandai hang no petang baru sampai. Langsat ada, tapi tak leh nak ambik sebab lupa bawak galah, hang la lambat ingat nak kerah hang ghaghaih pokok langsat. Eh sapa ni, kecoh budak-budak cerita hang bawak balik abang hensem,”lelaki yang Zarif panggil Long Nuar tadi bersalam dengan Zarif dan juga Aliff.

“Ni kenalkan kawan Zar, Aliff.Bro kenalkan ni Along Nuar, yang glowing with pregnancy tu Kak Maya, tu yang muda remaja tu Amalin, Ainan, Kamil dengan Hafiz. Eh Zakir dengan Zaira mana tak ikut pi kebun ka? Kereta Babah pun tak dak, ingat Babah pun pi kebun,”tak nampak batang hidung Babah seta dua adik kembarnya itu.

“Ha...baru hang ingat Babah dengan adik-adik. Dari orang call, hang tak reti angkat,”serentak dengan itu Zarif menjerit kecil apabila telinga ditarik oleh seorang perempuan yang tiba-tiba muncul dari dapur.

“Lain kali buat lagi.Babah dengan adik-adik balik Pilah sat, hari ni orang yang nak tukar batu nisan dengan kepok kubur Wan dengan Atok mai . Kak Long mesej suruh singgah bukak puasa sana tak baca ka? Telefon tu hang pi benam dalam keleboq,”geram Zara dengan perangai adiknya itu. Risau sungguh bila tak dapat menghubungi Zarif sejak tengah hari tadi.

“La Pak Long kan ada,kenapa Babah nak susah-susah balik Pilah pulak? Bateri mampuih la, bantai tidoq sampai tak perasan. Aku stay up buat gheja pasai nak cuti awai,”Zarif mengosok telinga nyayang pedih ditarik Kak Long.

“Kebetulan Babah nak ambik Pak Cu kat KLIA, flight sampai pukul tiga pagi esok. Bertolak la awai sikit, singgah Pilah. Hang tak drive ka, balik naek apa?,”Pak Cu Azam yang merupakan jurutera Petronas, tinggal di Kuwait bersama isteri dan dua anak mereka. Bapa saudara mereka itu akan balik beraya di Malaysia pada setiap tahun.

“Balik dengan bakal imam Kak Longla...ni kenaikan...”belum sempat Zarif kenalkan Kak Long nya itu sudah memotong.

“Dr.Aliff?” Zara baru perasan ada lelaki yang berdiri di sebelah Zarif, terlindung dengan adiknya yang tinggi lampai itu.

“Dr.Zara?”dia kenal benar dengan wanita yang baru kelihatan wajahnya setelah Zarif bergerak sedikit.

“Eh kenai ka?,”terkejut Zarif,seingatnya dia tak pernah kenalkan mereka berdua.

“We teach in same kuliyyah, same department even same student?,”terkejut Zara dengan kehadiran Aliff di situ.

“Eh Bro bukan kau mengajar Construction Engineering kat UTM Skudai, Kak Long mengajar Building Design kat UIAGombak?,”kerja sekali dua orang ni rupanya, tapi kenapa muka macam tak gembira sahaja berjumpa.

“I just start at UIA early thisyear, so we have been working together for past six intresting months,”Aliff tersenyum paksa. Janganla gurauan dia di halau kakak Zarif menjadi kenyataan.Hubungan Aliff dengan Zara memang tak pernah baik sejak dia mula mengajar diUIA. Selalu sahaja bercanggah pendapat.

“Eh kalau enam bulan lepas,maknanya ni la pensyarah sepet yang selalu buat hang naik angin satu badan eh Kak Long? Ada ka hang kata muka abang senior aku macam apek dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok, teruk la hang. Cuba tengok elok-elok, muka punya hensem, macam RM BTS yang adik-adik kita minat tu. Macam ni la sempena bulan Ramadhan yang mulia berbaik la kalian. Dah semua jom masuk tinggaikan depa ni berbincang isu-isu tertangguh. Bakul ni nak letak pucuk ubi kan, mai aku ambik alih,”rupanya Aliff la pensyarah baru yang tak sebulu dengan kakaknya. Jenuh enam bulan ni dia mendengar kakaknya merungut.

“Ngah hang kan mulut meminta cabai.Eh jangan la blah lagu tu ja,”Zara cuba menarik lengan Zarif berlalu bersama yang lain. Tersengih-sengih masing-masing meninggalkan Zara dan Aliff.

“Awak OK ke saya beraya kat sini?Kalau awak rasa tak selesa, takpa esok saya balik KL,”Aliff bersuara memecah kesunyian.

“Well this is undoubtly an akward situation, but please I insist for you to stay. Awak tetamu keluarga saya. Lets celebrate raya without being at each other throat,”Zara tidak mahu kerana perselisihan faham mereka, Aliff perlu patah balik ke KL. Hal di tempat kerja tak perlu di bawa balik dalam kehidupan peribadi.

“Thank you Dr.Zara.Betul ke muka saya macam macam apek dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok? Auni cakap saya abang encem tau?,”Aliff cuba memecah kejanggalan dengan berseloroh.

“Well biasanya awak hensem macam Oppa Korea, tapi bila awak cari pasal tu tiba-tiba transform jadi Apek dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. So stop driving me up the wall and maintain the handsome Oppa look Ok?,”Zara senyum tiga saat sebelum berlalu masuk ke dapur.

“Eh dia puji ke keji ni? Padan muka kau Aliff, lain kali cari pasal lagi dengan anak dara orang. Kena  balik kat muka sendiri,”Aliff merungut bersendirian. Dia dan Dr.Zara bukan la bermusuh cumanya sebagai dua pensyarah paling muda di jabatan mereka, masing-masing ada cara pemikiran tersendiri.Kadang-kadang kedua-duanya tak mau mengalah. Masing-masing keras kepala menyebabkan hubungan mereka sedikit dingin.Kalau tiada urusan mendesak memang keduanya tak bercakap antara satu sama lain.

Tepat pukul tujuh setengah malam keluarga besar Tok Abah berkumpul di ruang tamu kedua. Masing-masing bersila di atas tikar mengkuang menghadap juadah sederhana. Terdapat  kuih ketayap,karipap dan talam berlauk serta buah-buahan yang dikutip dari dusun tadi. Tidak dilupa kurma serta air kopi panas, teh panas dan air oren sejuk. Biasanya kalau berbuka Aliff akan terus dengan makanan berat, kalau di rumah Aunty Susan pun begitu. Tapi di sini lain dan Aliff hanya mengikut, namapun tetamu di rumah orang. Saat azan maghrib berkumandang,doa berbuka puasa dan doa makan di baca. Tertib sungguh keluarga Tok Abah, semua  tak kira besar kecik berbuka dengan kurma. Kalau sepupunya, masing-masing liat sungguh nak makan kurma,katanya manis sangat. Air sejuk biasanya diterkam dahulu.

“Dah sudah ke bro? Jom kita solat dulu,”Zariff menepuk bahu Aliff. Ahli keluarga lain turut sama beredar.

Mereka bersolat jemaah di ruang tamu rumah. Dengan lebih 30 orang jemaah ruang tamu rumah penuh, malah lebih penuh dari sesetengah surau. Aliff duduk di saf paling hadapan di belakang imam yang masih kosong. Aliff agak mestilah tempat Tok Abah kan.

“Bro bersedia, Tok Abah dia suka main tangkap muat jer imam tu. Sapa yang bertuah dapat la merasa jadi imam,”Zarif menyenggol lengan Aliff.

“Kau jangan nak takutkan aku pulak, aku ni budak baru belajar tau. Pindah saf belakang la,”bukan la Aliff tak pernah jadi imam tapi untuk jemaah seramai ni kecut juga dia. Dia bukan hafal doa panjang lebar,yang asas-asas boleh la, tu la padahnya asyik ponteng kelas fardu ain yang diadakan Jakim seminggu sekali.

“Man hang iqomat, Zar hang jadi imam. Boleh dak?,”Tok Abah bersuara sambil menepuk bahu Zarif.Tadi menakutkan Aliff, tup tup dia yang kena.

“Tak dak masalah nya,Man sedia menyumbangkan suara bak jamal Abdillah ni,”Dr.Azman salah seorang sepupu Zarif yang kini membuka klinik persendirian di pekan bersuara.

“Hehehe...Zar pun OK Tok Abah,always ready,”Zariff sudah bangun.

“Macam ni cucu jantan Tok Abah, practice selalu nanti senang nak imamkan anak bini. Betoi dak Aliff?,”Aiff hanya tersengih.  Ala Tok Abah dah bagi isyarat.Malam ni kena buka balik doa-doa yang belajar dalam kelas. Persediaan kalau kena tarik.

Solat magrib berjalan lancar.Tenang Zarif mengimamkan mereka, kagum sungguh Aliff. Baru setengah hari Aliff di rumah ini namun hatinya cukup tenang, suatu suasana baru yang tidak pernah dirasai. Selesai doa dibacakan dan mereka semua bersalaman, kaum wanita kelihatan mula beransur bergerak, yang tinggal hanya kaum lelaki dan kanak-kanak. Tok Abah mengambil alih tempat imam dan mula menyampaikan tazkirah. Malam ini Tok Abah mengingatkan semua untuk memanfaatkan Ramadhan yang tinggal dua hari.

“Alhamdulillah tinggal dua hari lagi posa, InsyaAllah lusa kita dah raya. Dua hari yang bersisa hangpa pulun kaut la pahala sebanyak mungkin. Jangan tinggai solat berjemaah, terawih serta witir. Kalau segan (malas) solat jemaah, hangpa buat di rumah. Tahajud jangan culas. Kita doa mintak keampunan atas dosa-dosa kita.Hari-hari kita buat dosa. Dosa mulut,mata,telinga,hati seribu satu jenis.Belum lagi dok ghalit hal lagha. Kalau kita buleh tengok senarai dosa, tak taula panjang lagu mana. Kita pun akan rasa aku ni memang confirm kena pi hantaq masuk neraka. Tapi dengan adanya Ramadhan, Allah bagi nikmat dan peluang pada kita tobat. Cuci segala dosa-dosa. Tobat dengan apa? Dengan solat malam, zikir, dan doa.Terpulang pada kita pulun ghebut peluang tu ka nak cebuq masuk keleboq (paya),”masing-masing khusyuk mendengar pesanan To Abah.

“Rasulullah SAW menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang bermaksud,apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Mai kita semua pulun, kaut peluang setan tak dak ni untuk mantapkan iman, bila setan semua keluaq mai, iman di dada mantap semua. Jadi kita tak patah balik peghangai lama tu. Rugilah seseorang muslim itu bila Ramadhan berakhir, dosa-dosa dak kurang dan perangai dok lagu tu la juga.Tahun depan belum ada jaminan kita ni dan ka nak jumpa Ramadhan lagi. Sampai sini je la sikit amanat dari Tok Abah. Tanda sayang Tok Abah pada hangpa semua,Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... mai kita pi dapuq, siap dah depa idang makan tu,” To Abah mengajak untuk makan,sudah menjadi amalan di rumah TokAbah di mana makanan berat hanya dihidangkan selepas solat maghrib.

Terkejut Aliff melihat makanan yang dihidang secara buffet di atas meja. Menu terhidang bak pakej berbuka puasa di hotel. Beraneka lauk pauk kampung dihidangkan. Oleh kerana keluarga Tok Abah besar makanya lebih praktikal untuk menghidangkan juadah secara buffet,kurang sedikit pinggan mangkuk perlu dibasuh.

“Cukup?,”Zara yang bertugas menyenduk nasi bertanya kepada Aliff.

“Dah cukup, terima kasih,”siapa sangka Zara yang tak pernah sebulu dengan Aliff, hari ini menyendukan nasi untuknya. Kalau di kampus jangan kata sendukan nasi, makan semeja pun tak pernah.

“Sama-sama, jangan malu-malu nak tambah tau, tapi tu la lauk kampung jer,”sudah menjadi didikan Zara sejak kecil, tetamu harus dimuliakan walaupun musuh sekalipun. Kehadiran tetamu sesungguhnya membawa rezeki.

“Eh ni yang sedap, kalau kat KL ni mau terbang beratus ringgit makan kat hotel,” Aliff rasa janggal tahap maksimum bila Zara mesra. Kalau bertegang leher dah biasa.

“Ha Aliff, meh Pak Long kenaikan kat hang menu kita hari ni, start dari kanan sambai ikan bilis kulat sisir,gulai lemak siput sedut, asam pedas ikan puyu campoq timun masak, ikan tilapia bakaq tangkap dari kolam belakang rumah cicah ayaq asam terung satok, ikan pekasam goreng, ayam goreng rempah dengan sambai belacan siap dengan ulam. Tapi sambai belacan ni hang kena hati-hati, pedaih dan sedap habaq hang. Kalau jatuh hati pada rasanya payah nak pi berubat. Ubat dia satu ja, hang kena pi pinang tukang buat. Pak Long dengaq tukang buat dia single, lawa pulak tu, ye dak Kak Long?”Pak Long kenyit mata.

“Pak Longggg...hadoii jangan la duk melawak lagu tu. Sat lagi depa dengaq, mati la cek. Pak Long mula confirm depa joint lagu seghopa ikan pirana. Dah la Kak Long nak pi tambah lauk,”Zara dah lari,kalau tunggu memang lagi teruk dia kena bahan. Mukanya merah menahan malu.Memang hobi orang-orang dalam rumah Tok Abah ni menyakat.

“Uishhh...belum makan dah jatuh hati.Dah la tu Aliff tak yah nak tenung sangat, tak jauh tukang buat sambai belacan tu lari, pi dapoq je pun,”Acik Jo tepuk bahu Aliff. Peluang menyakat tak dilepaskan oleh Acik Jo yang sedari tadi memasang telinga. Aliff hanya tersenyum kambing, kantoi tengok anak dara orang. Tak pernah Aliff tengok rakan sekerjanya tu sebegitu. Sopan dan manja pula kedengaran bila Zara berbicara dalam lorat Utara dengan Pak Long tadi, biasanya rakan sekerjanya itu terkenal dengan sifatnya yang tegas dengan para pelajar. Boleh masuk dalam senarai hari ini dalam sejarah.

“Ha sapa turn baca doa?,”Tok Abah bersuara.

“Turn Akib...Bismillahirahmanirahim, Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaawaqinaaadzaa ban-naar. Yaa Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami,dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Allahummasolli 'ala Muhammadin wa 'ala aali Muhammad, kama sollaita 'ala aali Ibraahiminnaka hamidun majid. Amin,”semua orang megaminkan doa Akib. Pandai Tok Abah mendidik cucunya untuk berani menjadi ketua. Comel melihat muka bangga si kecil Akib kerana berjaya membaca doa dengan baik.

Sungguh tertib semua orang menjamu selera. Mereka makan bersila di atas tikar mengkuang dan setelah siap semua orang membawa pinggan masing-masing ke sinki untuk dibasuh. Dengan cara ini ringanlah sedikit beban kaum wanita di dapur.

“Adoi bro…memang mengancam lauk tadi,bertambah aku makan,”Aliff bersandar di serambi rumah bersama Zarif sambil melihat sepupu-sepupu Zarif menyalakan pelita di halaman. Oleh kerana ibu Aliff berketurunan baba nyonya jadi lidahnya lebih ke arah kemelayuan.

“Brace yourself bro…tu kira lauk biasa-biasa je tu, kalau diorang masak special memang mencabar la juga nak pergi terawih,”Zarif turut sama mengusap perutnya.

“Eh budak-budak hangpa jangan gatai main pelita, nanti belemoih baju. Sat lagi nak pi masjid. Budak tua pun jangan jadi baloq liat (pemalas), Mak Lang ligan hangpa sat lagi,”Mak Lang berseloroh dari tingkap.

“Hehehe...salah Mak Lang la, awat masak sedap sangat, kami melahaq (makan) sampai lupa dunia. Ni tersadai rupa dugong dah.Kau OK ke tak bro nak ke masjid?,”Zarif bertanya kepada Aliff, kesian pula kerana seniornya itu pasti kepenatan memandu seorang diri sedangkan dia ternganga di sebelah.

“Rugi la bro tak pergi teraweh hujung-hujung ni, sekejap aku ambik kunci kereta,”nak juga Aliff merasa teraweh di kampung.

“Tak yah la bro, kita jalan jer.Sepelaung je pun masjid tu. Moh kite join rombongan Cik Kiah, boleh juga tolong hadam makanan cepat sikit,”kalau di bandar memang la nak bergerak ke mana-mana naik kereta atau motosikal tapi di kampung lagi syok kalau berjalan kaki.

Boleh kata hampir semua ahli keluarga Tok Abah tak kira yang kecik atau besar semua mengikut ke masjid,yang tinggal cuma beberapa orang wanita. Mungkin berhalangan. Seronok melihat deretan pelita serta lampu lip lap yang dipasang orang kampung di rumah masing-masing serta sepanjang jalan, meriah sungguh. Riuh masing-masing menyapa satu sama lain saat bertembung.

“Assalamualaikum Bang Aji... cucu baru, bakal Kak Long ka ni?”seorang lelaki menyapa Tok Abah di pintu masjid.

“Waalaikumsalam...Alang.Ni Aliff,setakat ni status cucu angkat lagi la. Esok lusa tak tau la kalau kalau nak mohon naik pangkat cucu menantu. Amacam pas ka dak?,”Tok Abah pun dah masuk persatuan menyakat sedunia. Aliff bersalam dan mencium tangan dengan orang tua tersebut diikuti kaum lelaki yang lain.

“Mai Tok Alang tengok, badan sedap perangai elok. Tok Alang bagi  cop pas besaq-besaq kat hang.Kak Long hang pas ka dak? Tok Alang nak standby tumbang lembu sekoq majlis hang?,”masing-masing cuma senyum macam kerang busuk, tak berani nak menyampuk. Tak pasal kena luku dengan Zara yang sudah muncung.

“Tok Alang pun join depa menggiat Kak Long. Ni rasa nak teghiyak ni. Dah la nak pi menyebai sat,”Tok Alang tergelak melihat Zara yang bergegas masuk ke dalam masjid. Tok Alang adalah bilal surau merangkap kawan baik Tok Abah. Semua cucu-cucu Tok Abah sayang dan manja dengan Tok Alang. Masing-masing sakan tumpang gelak melihat Zara disakat. Nampaknya tahun ni mangsa rasmi untuk disakat adalah Zara dan Aliff.

Solat sunat teraweh di masjid kampung Tualang Tiga dilakukan sebanyak 18 rakaat dan diikuti 3 rakaat solat witir. Kalau di bandar pasti jemaah sudah surut, tapi lain di kampung. Jemaah makin ramai, almaklum ramai perantau sudah pulang ke kampung untuk menyambut Syawal. Selesai solat mereka dijamu pula moreh. Menu malam ni mee hoon sup utara dan air tembikai. Berkesan sungguh solat teraweh dan witir terhadap sistem penghadaman mereka, selesai 21 rakaat semua lapar balik. Selera masing-masing menjamah juadah yang disediakan.

Selesai solat terawikh Aliff ingat aktiviti hari tu dah tutup buku, rupanya sangkaannya meleset sama sekali.Sampai sahaja di rumah Zarif cepat-cepat menukar baju Melayunya kepada t-shirt dan seluar track.

“Weh nak ke mana pulak ni?,”Aliff yang baru berura-ura nak berbaring bertanya.

“Nak pergi berburu, nak ikut ke?Nak rehat pun tak pe, tak wajib pun ikut. Kami nak berburu dalam loq,”Zarif serba salah juga ingin mengajak Aliff, tentu dia keletihan.

“Ikut la weh, bukan senang nak dapat peluang nak merasa berburu,”laju Aliff bangun untuk menukar baju, teruja sekejapdia.

Sakit hati Aliff melihat Zarif sakan gelakkan dirinya. Hidup-hidup kena pedajal dengan juniornya itu. Loq tu dalam dialek utara bermaksud reban. Berburu la sangat, ingatkan berburu dalam hutan rupanya berburu dalam reban ayam dan itik. Sudah menjadi acara wajib setiap tahun kaum lelaki berkumpul untuk menangkap ayam dan itik untuk dijadikan juadah raya. Kata Pak Long lebih senang jika ayam dan itik di tangkap pada waktu malam kerana haiwan-haiwan itu kurang aktif pada waktu malam. Tak sampai sejam 15 ekor ayam kampung dan 10 ekor itik berjaya ditangkap. Kecoh masing-masing memberi arahan untuk mengepung ayam dan itik. Sudah seperti acara sukan tahunan pula.

Kemeriahan rumah Tok Abah seakan tiada tanda akan surut walaupun jam sudah menginjak pukul 11.00 malam.Kanak-kanak bukan main seronok bermain di halaman, sekali sekala dibenarkan tidur lewat makanya berjoli sakan la mereka. Aliff masuk ke dalam rumah selepas disuruh Tok Abah untuk mengambil air kopi dan dibawa ke ruang rehat bawah kolong untuk membasah tekak setelah penat berburu dalam reban. Bau biskut raya semerbak wangi saat Aliff melangkah masuk menyebabkan kakinya terhenti di pintu dapur. Baunya sedap betul. Bau tart nenas betul-betul menggoda.

“Ha Aliff pasai pa dok batu tangtu, hang nak ambik apa? Mai Tok Mak tolong carikan,”Tok Mak menegur Aliff yang terpacak dek kerana bau tart nenas.

“Tok Abah suruh ambik kopi bawa keluar Tok Mak?,”sungguh Aliff tak terasa canggung di sini. Semua melayannya seperti dia salah seorang dari ahli keluarga Tok Abah.

“Ainan hang pi buat kopi. Bubuh kuih dalam pinggan sekali biaq Abang Aliff bawak keluaq. Kopi jangan buat ceghoi (cair)  sangat, buat manis-manis buah ja. Tok Abah tak buleh minum kalau manis melecas,”lembut Tok Mak menyuruh.

“Mai la duduk dulu Aliff,sementara tunggu Ainan buat kopi. Mai rasa kuih raya kami, hang suka makan biskut raya dak?,”Mak Lang mempelawa Aliff.

Aliff menarik kerusi kosong disebelah Zara yang khusyuk sedang menggulung tart nenas. Di atas meja Kak Maya,Amalin, Ainan dan Zara sedang membuat tart nanas. Di lantai Tok Mak, Mak Lang, Mak Long dan Mak Jang sedang membakar kuih bangkit dalam oven traditional yang diletakkan atas dapur gas.

“Suka Mak Lang. Tart nenas ni paling saya suka. Ni team biskut moden lawan biskut tradisi ke?,”Aliff menegur.

“Ni namanya divide and conquer.Kalau suruh Zara buat kuih bangkit esok pun belum tentu bangkit-bangkit. Kak Long tu retak sikit pun dia reject, mana nak dapat kuih bangkit bentuk perfect semua. Tengok tu dia menggulung tart siap pakai pembaris ukur saiz,”terkekek Amalin di sebelah mendengar bebelan Kak Maya. Zara hanya buat muka toya, masih ralit dengan pembarisnya.

“Ingatkan dengan student je perfectionist, rupanya buat kuih pun perfectionist juga. Ni buat kuih ke lukis plan siap pembaris bagai, T square tak nak bawak keluar?”Aliff ni memang la suka jolok sarang tebuan.

“Eh biarlah, sedap di pandang sedap di makan.Buat kerja jangan sambil lewa tau?,”Zara bukan la sejenis cerewet sangat sebenarnya. Tapi sudah terbiasa di latih oleh Babah yang merupakan pesara tentera untuk melakukan setiap pekerjaan dengan disiplin dan teliti.

“Masalahnya sedap ke?Jangan can....,”belum habis ayat mulut Aliff disumbat dengan sebiji kuih tart nenas oleh Zara.

“Sedap ke dak Abang Aliff?,”terkekek Ainan sambil meletakkan dulang berisi kopi, cawan serta sepiring kuih muih di depan Aliff melihat reaksi terkejut Aliff. Brutal sungguh kakak sepupunya itu. Suka hati ja sumbat mulut anak teruna orang, nasib baik tak tercekik orang tu.

“Uishhhh....sedap,sedap. Jem dia memang memang pemurah,”Alif yang masih dalam terkejut menjawab. Terkejut bukan sahaja kerana kesedapan kuih tart nenas kegemarannya tetapi juga dengan tindakan berani Zara menyuap kuih kemulutnya. Nasib tak kena serangan jantung.

“Nah ambik ni tart reject, pergi main jauh-jauh,”Zara meletakkan sepiring kuih tart dalam dulang air kopi.

“Aishhh hangpa ni...macam-macam peghangai.Kang Tok Mak kawenkan baru hangpa tau. Kalau tempat kreja lagu mana la? Agaknya duk berghomoi kot,”Tok Mak membebel.

Kedua Zara and Aliff hanya senyum kambing. Tok Mak tak tahu kalau di universiti lagi dasyat mereka berseteru.Kalau berjumpa tu macam ada laser dari mata masing-masing. Keduanya ada pendekatan yang berbeza dalam mendidik para pelajar. Ada sahaja yang tidak kena. Sudahnya para pelajar yang pening.Namun meletak tepi persengketaan mereka kedua Aliff dan Zara berjaya mengharungi hari pertama di rumah Tok Abah.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.