Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,498
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5: BUDAK PANDAI


Pagi Jumaat DS sudah terpacak di Bilik Seminar B01. Pada setiap minggu akan diadakan pembentangan  oleh ahli fakulti yang terpilih mengenai kajian atau projek mereka. Pembentang dipilih oleh Dekan dan Ketua Jabatan di antara pensyarah dan pelajar Fakulti Alam Bina. Kehadiran pelajar adalah tidak wajib, namun pada kebiasaanya junior pasti akan dipaksa hadir. Kalau diharap pelajar senior, semua lebih suka menghabiskan masa menyiapkan projek dan tesis yang berlambak. DS juga kalau diberi pilihan dia lebih suka memerap di studio menyiapkan kerja yang masih membukit. Namun hari ini dia tiada pilihan, Dr. Elina penyelia tesisnya mahu dia hadir kerana tajuk pembentangan nanti mungkin dapat membantunya menyiapkan cadangan tesis yang ditolak kelmarin.

Saat DS melangkah  masuk ke dalam dewan seminar. Sudah hampir keseluruhan tempat duduk sudah berisi. Minggu ini pembentang dari Jabatan Perancang Bandar jadi kebanyakkan pelajar yang hadir adalah pelajar Perancang Bandar. Terdapat juga beberapa kelompok kecil pelajar daripada jabatan lain yang majoritinya pelajar master dan PHD hadir. Mungkin sepertinya dia, mahu mencedok info yang boleh digunakan dalam tesis mereka. Dari kejauhan dia melihat Jay melambai ke arahnya mengajak dia duduk di kerusi kosong sebelahnya.

“Weh kau mimpi apa malam tadi, tiba-tiba muncul kat sini?,” pelik Jay dengan kehadiran DS pagi ni. Takkan la sampai ke sini dia kejar Najwa.

“Dr.Alice paksa aku datang. Dia cakap tajuk hari ni boleh bantu aku buat literature review. Kau tau la aku memang lemah la pasal nak karang-karang ayat ni. Proposal aku kena tolak kot sebab problem statement aku tak kuat. Kau pulak apahal kat sini,sejak bila jadi pelajar cemerlang datang seminar segala?,” DS pun turut sama pelik. Jarang pelajar senior rajin menghadiri seminar kalau tidak dipaksa.Biasanya pagi Jumaat adalah waktu yang paling sibuk menyiapkan segala projek untuk ditunjukkan kepada pensyarah.

“Aku datang sebagai cheerleaders? Kau ni datang ni redah je ke, tak tengok siapa presenter hari ni?,”kena paksa rela rupanya DS. Jay ingatkan kawan nya seorang ini sudah menjadi stalker kelas satu.

“Cheerleaders,apa benda la yang merepek ni Jay? Entah tak tengok pon nama presenter, tapi yang aku tau tajuk pasal Art District la, tu yang aku kena paksa rela tu datang sini sebab tajuk aku ada kaitan dengan topik ni,”.

“Presenter hari ni Najwa la, sebagai kawan sejati wajib la kami datang bagi moral support.Paperwork ni dia buat masa dia joint Global Outreach Program dekat Korea tahun lepas,”Najwa sememangnya pelajar istimewa. Setiap tahun universiti akan memilih10 orang pelajar cemerlang untuk menyertai pengajian semester pendek di universiti luar negara.

“Budak tu dapat ke? Bukan tahun lepas semua pelajar tahun akhir kebas?,”DS merenung gadis yang sedang sibuk membuat persiapan pembentangan yang akan bermula sebentar lagi.Macam tak percaya Najwa terpilih. Bukan senang untuk terpilih kerana persaingan setiap tahun memang sengit. Dia sendiri tahun lepas hanya sampai ke peringkat temuduga pusingan pertama. Apa yang didengar tahun lepas temuduga diadakan hingga tiga pusingan.

“Sahabat aku sorang tu memang awesome teruk kot, entah macam mana tahun lepas sembilan orang senior tahun akhir terpilih dan dia sorang terselit junior tahun tiga. Sem lepas siapa yang terpilih dapat joint summer school dekat Hanyang University. Jadi selain buat paper, diorang semua ambik short semester dan dapat transfer kredit. So basically budak kat depan tu akan graduate dengan kredit yang lebih berbanding kita manusia normal,”kalau orang lain jadi Najwa mesti dah canang satu kelas, tapi Najwa lain. Hanya Jay dan geng mereka sahaja tahu sebelum Najwa berangkat, kawan-kawan lain semuanya dapat tahu selepas semester baru bermula kerana  gambar yang dimuat turun dalam laman web universiti.

Perbentangan berjalan dengan begitu lancar. Najwa tampak yakin dan berkaliber dalam membentangkan kajiannya, kalau dia tak kenal Najwa pasti dia ingat Najwa pelajar master atau PHD. Slide yang cukup menarik dengan nada suara yang cukup berkeyakinan,pendengar seperti dibawa menjelajah Haewon, Hyundae dan juga Insadong yang amat terkenal sebagai daerah seni di Korea Selatan. Kemudian Najwa tidak ketinggalan membandingkan kawasan itu dengan Geogetown iaitu salah satu daerah seni di Malaysia. Mengajak semua mencari kekurangan kita dari segi rekabentuk,prasarana serta apreseasi seni rakyat terhadap seni di Malaysia berbanding Korea. Membanding bukan untuk memperlekeh negara sendiri tetapi untuk belajar dari kejayaan negara orang. Pembentangan terasa seperti sebuah thesis walaupun sebenarnya Najwa hanya menyediakan kertas penyelidikkan ringkas.

Pembentangan diakhiri dengan sesi soal jawab. Ada yang serius bertanya mengenai tajuk yang dibentangkan, namun ada juga yang bertanya jika Najwa terserempak dengan mana-mana artis k-pop. Suasana kecoh sebentar apabila Najwa mendedahkan pelakon hero kedua drama popular Moon Embracing the Sun, Jung Il Woo merupakan salah seorang rakan sekelas Najwa di sana. Hai apalah yang digilakan sangat dengan pelakon Korea yang berwajah jambu itu. Sesi soal jawab berlangsung selama 15 minit. Lancar sahaja Najwa menjawab soalan. Sempat DS mengambil beberapa keping gambar di mana jelas  terlihat seorang gadis berkeyakinan tinggi bernama Najwa.

Belum sempat DS mahu beredar, Dr. Alice melambai ke arahnya mengisyaratkan DS datang ke depan.Kelihatan Prof. Chan dan Najwa juga di situ.

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.