Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,784
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 7

BAB 7: KERAS DI LUAR,LEMBUT DI DALAM

 

Malam Jumaat, seperti kebiasaan Najwa dan geng-gengnya berkumpul di studio selepas solat Isyak di Masjid Sultan Ismail. Bila ada kelapangan mereka akan mengikuti bacaan Yassin yang diadakan di masjid. Selepas itu mereka akan makan malam bersama di studio,kali ni Jay membeli oblong untuk mereka.

“Besar naw burger oblong ni kau beli mana ni Jay? Confirm aku tak abis,”Najwa menarik kerusi meja mesyuarat yang diletakan di tengah-tengah studio.

“Aku beli kat cafe Kolej Perdana. Mana ada besar, kau yang perut kecik Wa. Ni bagi kat Eka tiga kali kunyah jer, serupa buaya dia ngap,”Jay mula membahagikan makanan kepada yang lain.

“Amboi mengata aku. Tak pa untuk mengelakan pembaziran aku akan tolong kau habiskan Wa,”pelik sungguh Eka yang berbadan kurus tetapi mempunyai selera besar.

“Ok ni semua RM 3.50 satu yer, sila la lepas makan bayar la kat Jay,” Seri yang sering menjadi bendahari dalam geng mereka mengingatkan.

“Coppp..Faiee tu aku punya tak ada sayur, ada tulis tu. Nah tukar,”Aina menukar makanannya dengan Faiee.Aina memang sejenis manusia susah makan sayur, macam kanak-kanak tadika.

“Nah la...sayur pun nak berkira. Macam ni la kawan,”Faiee buat-buat merajuk.

DS mengintai dari luar tingkap studio tahun empat Perancang Bandar. Amboi meriah sungguh Najwa dan gengnya makan malam, seperti kenduri sahaja. DS ingin memulangkan bahan rujukan tesis yang dipinjam daripada Najwa. Belum sempat dia menolak pintu, dua orang gadis terlebih dahulu menolak pintu dengan kasar, tak beradap sungguh.

“Hoi perempuan, kau kenapa hati busuk sangat? Berani kau buang nama aku dari assigment Dr.Maziah. I want you go see Dr.Maziah and take that assignment back, aku pun buat kerja tau. Kalau tak...,”terkejut semua apabila Nabila tiba-tiba meluru masuk dan marah-marah dengan nada tinggi.

“Kalau tak nak... kau nak buat apa?,”Najwa bangun dan bersuara. Suaranya tenang sahaja.

“Kami akan buat laporan pada dekan, kau ingat kau tu kesayangan pensyarah kau kebal ke...setakat ketua kumpulan je pun tak payah nak gila glamour sangat,”Fatin kawan baik Nabila pula bersuara, tidak kurang menjengkelkan.

“Hoi yang kau nak campur apa hal Fatin, bukan nama kau pun kena gugurkan. Tak lama kena makan penampar budak dua orang ni...,”Aina tak boleh tahan melihat dua orang gadis itu menyerang kawan baiknya.

“Tak pa Aina, kau tak payah nak kotorkan tangan kau tampar manusia tak bertamadun.Tunggu sekejap,”Najwa menahan Aina. Dia mengeluarkan beberapa helai kertas dari failnya,dia sudah bersedia dengan bukti yang kukuh sebelum mengambil tindakan mengluarkan nama Nabila dari produk akhir tugasan subjek Undang-undang Perancang Bandar.

“Tengok content tu ada kajian kes kau ke? Ni pulak gant chart untuk project, tengok line nama kau...berapa banyak ruang warna merah, nak bagi tau kau la yang warna merah tu semua dateline yang yang kau langgar,”macam mana Najwa tak gugurkan nama Nabila, dari lima kali perjumpaan dia hanya hadir sekali.  Kajian kes yang ditugaskan untuknya juga disiapkan ala kadar.

“Apa hak kau nak keluarkan part aku, kau bukan pensyarah. Ahli group lain pun mesti tak setuju,”muka Nabila merah, dah macam gunung berapi nak meletus.

“Apa kau ingat ahli group kita yang lain tu tunggul ke, tak da pendirian?Aku memang bukan pensyarah dan tak da hak nak cut kau suka hati, tapi tengok sendiri. Dr.Maziah herself agreed that your work is a trash and not worth to be include in our project. Baca sendiri note dia kat draft part kau tu. Aku nak pulangkan bahagian kau, but as you are no where to be found in class so aku simpan dulu. Kang aku kirim kat orang jatuh pulak maruah kau.Kau ada masa tiga hari lagi untuk submit,” Najwa masih dengan muka tak perasan. DS sendiri hairan macam mana gadis tu boleh kekal cool je.

“Kurang ajarrrrr...ambik kau,”Nabila menjerit macam orang akal. Tanpa diduga di gapainye air mineral di atas meja dan disimbah ke muka Najwa sebelum dia berpaling dan berlalu.

“Faiee aku pinjam, nanti aku ganti. Nabila kejap,”dalam sekelip mata air milo ais tabur kepunyaan Faiee selamat di curahkan atas kepala Nabila. Semua mulut terlopong termasuk yang kenah curah. Habis t-shirt putih Nabila bertukar coklat.

“Arghhhh...you better watch out,”Nabila meninggalkan studio sambil menghentakkan kaki. Terkedek-kedek Fatin mengekori kawan baiknya.

“Wa kau OK? Nasib air mineral tu tinggal separuh je, basah dah,”Eka mengelap muka Najwa.

“Ok je. Aku pakai sweater kat luar, bukak je la. Tudung pun basah sikit je.Masuk la DS, dah habis dah drama. Tak payah jadi patung cendana depan pintu,”Najwa turut mengelap muka nya dengan tisu.

“Sorry la salah timing pulak datang nak pulangkan ni,”DS hanya sengih dan melangkah masuk sambil menunjukan fail di tangan.

“Padan muka. Dia simbah kau dengan air mineral dia dapat balik lagi dasyat. Aku halalkan Wa air milo ais tabur aku walaupun baru sedut dua kali, terasa kepuasan tengok kau curah dia. Bravo sis,”Faiee meberi isyarat bagus pada Najwa.

“Perempuan tu memang kurang adab ek? Esok aku langgar jer dengan Myvi bumble bee aku,”Aina menambah.

“Hehehe..thanks Faiee. DS kau letak je la sini, nanti saya ambik note tu. Aku nak pergi tandas, nak cari mop. Habis lantai minum air milo,”Najwa berkata kepada DS sebelum beredar diikuti Aina, Seri dan Eka. Patutla orang gelar mereka empat serangkai. Nak pergi tandas pun sama-sama.

“Bro kenapa kawan kau OK je?,” DS bertanya kepada Jay.

“Hahahaha...bukan soalan kau sepatutnya Najwa tu OK ke tak?,”Jay sebenarnya faham reaksi DS. Najwa tu nampak santai sangat untuk orang yang baru kena serang.

“Masalahnya kawan kau tunampak terlampau OK untuk orang yang baru kena serang. Kalau orang biasa akuboleh jamin mesti dah berakhir dengan adegan tarik tudung,”sungguh Najwa laindari yang lain.

“Bro sometime what do you see may not reflect the whole picture. Kita ni je kadang-kadang terlampau cepat menilai,” Jay menjawab tenang. Mungkin pada luarannya Najwa manusia pelik tapi sebenarnya gadis itu sama sahaja dengan orang lain, ada hati dan perasaan.Cumanya dia lebih suka berselindung dari menzahirkan apa yang dia rasa.

DS tak menunggu Najwa kembali ke studio. Lama sangat pergi cari mop. DS hanya meninggalkan bahanrujukan yang dipinjam pada Jay. Lain kali la dia mencari Najwa untuk berterima kasih.

“Weh dah siap ke 3D model kau?,”DS yang baru kembali ke studio Senibina tahun lima menyibuk di tempat Raqib salah seorang rakan sekelasnya yang begitu khusyuk di depan PC.

“Belum, baru siap separuh. Apa kecoh-kecoh kat studio Planner tadi, apasal si Nabila tu menjerit macam kena rasuk?,”Raqib menjawab tanpa mengalihkan pandangan dari skrin komputer.

“Hah... mana kau tahu?,”terkejut DS, mana Raqib tahu kejadian tadi.

“Halo Bro...cer pandang sebelah, kan studio kita betul-betul bertentangan. Boleh nampak kot, kalau tingkap terbuka boleh dengar ler,’DS menjengah di luar tingkap sebelah meja Raqib. Betul jelas dia melihat Najwa di tingkap sebelah sana. Mana DS perasan, tempat dia sendiri di tengah-tengah jauh dari tingkap.

DS melihat Najwa seperti sedang mengelap air mata di tempat duduknya. Cepat-cepat DS mengambil kamera dari tempatnya, dilaraskan fungsi zoom. Sah, Najwa sedang menangis, di sisinya ada Seri, Aina dan Eka memujuk. Betul kata Jay, jangan menilai luaran. Najwa nampak seperti manusia keras tak berperasaan tapi sesungguhnya dia juga manusia biasa, rasa sakit bila diperlakukan sebegitu.Klikkk...butang kamera ditekan.Another side of Najwa.

“Qib...tukar tempat dengan aku. Aku belanja kau lunch tiga hari berturut,”DS bersuara sambil membelek skrin kamera.

“Hahhhh...,”Raqib menggaru kepala sambil melihat ke arah studio sebelah dan DS bergilir-gilir. Pelik dengan kelakuan kawan sekelasnya itu.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.