Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,785
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

 BAB 4: SI KEJUNG YANG SWEET


Jam tepat menunjukkan pukul tiga petang, saat itu Najwa sudah terpacak di hadapan studio tahun lima jurusan Senibina walaupun batang hidung lelaki itu masih tidak kelihatan. Namapun nak meminjam barang orang, haruslah datang tepat pada masa.Lagipun cepat dia dapat meminjam lukisan-lukisan itu cepatlah juga dia memulangkannya semula. Takut juga Najwa nak memegang projek DS lama-lama, dia sendiri tahu bagaimana berharganya sebuah projek yang disiapkan dengan bertemankan segala kepayahan dan kesusahan.

“Assalamualaikum..sorry.lama ke tunggu? Kenapa tak masuk tunggu kat dalam?,”DS lewat sedikit,perjumpaan bersama penyelia tesis mengambil masa agak lama berbanding kebiasaan.

“15 minit macam tu. Tuan rumah tak da, takkan la suka-suka nak mempelawa diri,” Najwa dengan muka kejung tak beremosi menjawab. Najwa memang begitu, dia jarang menunjukan emosi kecuali kepada keluarga dan kenalan-kenalan rapat.

“Having a hard day? Tajuk tesis kena reject yer? Sorry for my resting bitch face, its kind of habit when I’m with a stranger,”Najwa senyum, rasa bersalah pula menjadikan hari DS lebih teruk dengan muka tak berperasaannya itu.

“Macam mana tau?So you are going to give me advice as I heard you are one of those best student,”DS memang tak kuasa nak dengar nasihat orang pada ketika ini walaupun dari pelajar bijak seperti Najwa.

“Hari Khamis,hari jumpa penyelia tesis kan? I have my meeting earlier too. Heck no, I’m not Miss Smarty Pants. Rasanya awak pun mesti tak nak dengar nasihat dalam waktu macam ni. But still, chayokkkk you can do it bro. OK dah senyum, boleh ambik lukisan sekarang,”Najwa senyum lebar menunjukan giginya yang tersusun cantik.

“Ya ...ya...tak habis-habis dengan lukisan. Nah ambik ni. OK sekarang berdiri kat situ, senyum. Bukti penyerahan baby saya,” butang kamera ditekan. Namun muka kejung yang muncul di skrin. Senyum lebar tadi sudah bertukar kejung.

“I said smile.Suka sangat buat muka kejung, model should follow photographer instruction OK. Ok lagi sekali,”DS menghalakan kamera ke arah Najwa.

“No thanks. Dah dapat bukti kan.Terima kasih. Nanti saya pulangkan.Assalamualaikum,”cepat-cepat Najwa beredar, tak kuasa dia melayan gila DS itu.

DS memandang gadis yang semakin menghilang dari pandangan. DS tersenyum sendiri melihat gelagat Najwa. Senyuman Najwa manis, tapi susah betul nak nampak apatah lagi kalau bukan bersama kawan-kawannya. Hari ni DS dapat melihat senyuman itu walaupun gagal merakam dalam kameranya.  Pelik tapi benar, DS rasa lebih angin nya bertambah baik.   

 

“Asslamualaikum...nah saya pulangkan baby awak,” Najwa menghulurkan plan holder berwarna hitam kepada DS. 

“Cepatnya awak scan, kata nak pinjam dua hari?,”terkejut DS melihat Najwa tiba-tiba muncul di hadapannya.

“Ngeri nak simpan baby orang lama-lama, nanti tak lena tidur,”macam biasa Najwa menjawab dengan muka kejung tak berperasaan.

DS mengamati gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Patutla Najwa selama ini bagaikan manusia halimunan. Sungguh gadis ini tidak berusaha langsung untuk menyerlah.Lihat sahaja cara pemakaiannya malam ini, track suit hitam, sweater hoodie juga berwarna hitam, tudung bawal kelabu gelap dan selipar comel bunga setompok yang sudah tentunya berwarna hitam. Tiada make up mahu pun senyuman manis 1000 megawatt dari wajah gadis itu. She blend so well with the dark night.

“Hallooo...tak nak ke? Nak bagi saya terus ke?,”lamunan DS diganggu oleh suara Najwa yang kini menghulurkan pula plastik berwarna pink daripada tangan sebelah lagi.

Clik. Butang kamera ditekan.

“Bukti pemulangan. Ni drawing saya, yang dalam plastik lagi satu tu apa?,”DS hanya memandang plastik pink yang tidak diketahui isinya.

“Awak ni memang ada sawan kamera ke? Nah ni saya belanja dinner tanda terima kasih sebab bagi pinjam drawing. Tengok muka macam tak dinner lagi, mandi tu macam confirm belum sebab terang-terangan baju petang tadi,”Najwa meletakkan plastik tersebut diatas meja DS.

“Hehehe...aah belum dinner dan belum mandi pun betul sangat la tu. Thank you la, buat  susah-susah je. Sorry tau sebab petang tadi, terbengang plak kat Najwa. Jangan simpan dalam hati eh?,” tiba-tiba DS rasa bersalah pulak dengan perangainya petang tadi, bukan salah Najwa pun cadangan thesisnya ditolak.

“Sama-sama. Tak ada apa la, its not significant enough for me to be offended. Well apa pun saya ucapkan terima kasih sebab tolong pinjamkan semua lukisan tu, banyak sangat membantu. OK la enjoy your dinner and good luck with your thesis. Bye,” cepat Najwa beredar. DS mengeluh. Betul kata Jay, Najwa seorang gadis yang sukar  didekati. DS sendiri pelik kenapa dia tertarik nak kenal siapa Najwa, biasanya dia memang tak ambik kesah dengan pelajar anti sosial macam Najwa.

DS membuka  plastik berisi plastik di hadapannya, di dalamnya terdapat satu bungkus air nescafe, polistren yang berisi mee goreng dan coklat Cadbury dengan sekeping nota yang tertulis ‘STRESSED SPELLED BACKWARDS IS DESSERTS. ENJOY=D”.Dia tersenyum.Sweet.

“Amboi senyum lebar nampak. Sejak bila you kawan dengan perempuan macam tu, not in our class  OK,”Zandra bekas kekasihnya tetiba duduk di kerusi sebelah.

“Ape maksud you perempuan macam tu? Watch your words Zandra,”ni la susahnya kalau bercinta dengan kawan sekelas,lagi susah bila dah putus masih lagi perlu mengadap muka masing-masing setiap hari.

“Dia tu outcastla. Tolong la kalau nak cari pengganti I pun cari la yang better, ni budak nerd berlagak yang you pilih. Siap jadikan dia model poster pulak tu. Bukan cantik pun.Apa teruk sangat taste you?”suka-suka Zandra nak mengata orang, padahal bukan dia kenal sangat dengan Najwa.

“Aah taste I memang teruk pun. I pun tak tau kenapa I pilih orang yang macam you dulu. Mulut ringan je nak mengata orang. You tak kenal pun Najwa tu. Baik you main jauh-jauh dari menambah stress I,”memang Najwa nampak dingin tapi Zandra tak berhak nak menilai.

“Fine, I ingatkan you je. Kalau kena gelakkan dengan kawan-kawan kita you jangan naik angin pulak,”bila la Zandra nak berubah, kononnya mereka berada dalam kelompok pelajar popular. Apa lah ada dengan populariti kampus. DS mencapai coklat pemberian Najwa, kehadiran Zandra buat dia kembali stress.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.