Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
7,454
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 6

Akhirnya…Sampai juga ke penamat manuskrip berharganya itu.Segera dia hantarkan kepada editor  Wana semua yang telah dibetulkan.


“Terima kasih Hilda. Memang sayaagak Hilda akan mampu buat kejayaan untuk kita…” kata Meredith di hujungtelefon.


Dia hanya mengusap dada sendiri. Lega setelah berhari-haridia mengerjakan manuskrip itu. Deadline nya tiba dan dia hantar sahaja apa yangtelah dipinda.


“Ini kulit depan novel youHilda.” Dan seketika itu ada satu lampiran terpapar di skrin telefonnya. Gambarsepasang kekasih yang cantik dan kacak dengan latar gelap dan tulisan yangberseni dan pasti tidak gagal menambat hati pembaca buku target penerbitnya.


“Wahhhcantiknya…Meredith…handsome betul mamat dalam cover ni.” Bulat mata Hildamelihat cover buku terbarunya.


“Artist ni memang tak pernahgagal buat cover yang memukau, kan?” puji Meredith.


“Sekali pandang macam muka ZaynMalik kan?” tnaya Hilda.


“Kita tak perlu pernah tunjukmuka hero secara jelas…begitu juga heroin dear…” balas Meredith.


“Heh apa salahnya…biar dia orangsenang nak imagine…” kata Hilda polos.


“Kita perlu leave something toimagination…you pandang Zayn Malik kacak? I tengok dia macam budak hingusan…Imungkin akan bayangkan Chris Hemsworth… jadinya, beauty is in the eyes ofbeholder… tak perlu kita paksa apa yang kita anggap kacak ke dalam mindapembaca…after all mereka yang akan beli buku itu…dan jika mereka tak setujudengan definasi kacak…kita akan kehilangan satu belian…right?”


“Bijak…bijak sungguh korang ni…”Hilda mengangguk-angguk bagai baru pertama kali tahu tentang itu.


“Kita akan pastikan jualannya hitthe roof…terangkat babe…” sengih Meredith.


“Moga sukses untuk kali ini,”balas Hilda penuh harap.


“Boss pesan you jangan baca peduliapa-apa kat medsos untuk seketika. Fokus untuk promosi karya baru you…”

Hilda terpinga-pinga.


“Kenapa Meredith?”

Nanti lah. Kita tak mahu youterganggu untuk pelancaran buku ini. Ingat, kita ada misi. You perlu buat yourpart. Promote penerbitan buku ini dan post teasers you secara konsisten. Sayasudah bagi you step by step untuk you post kat medsos you. Ikut itu okay.”


Dia menyelak kembali kulit buku babypertamanya.


“Huh tak sabarnye nak peluk babykita yang pertama…dan bau buku yang semerbak…” katanya melepaskan perasaanlega.

Satu part dah lepas. Jangan legasangat. Tunggu komen dari market…book reviewer dan semua yang mahu tumpangkomen nanti. Kuatkan hati you Hilda. Kalau ada yang kondem buku yang sampah justchill okayyy…pernah dulu ada author kena kondem buku dia hancing…you rasa youboleh terima?”


“Bring it on!” kata Hildabersemangat.


“You belum kena kritik olehpengkritik buku yang jenis terus terang…banyak yang baik-baik saja sebab merekatak baca pun kadang kala tu dan ada yang saja nak tumpang glamer kat page youyang banyak view…dan jangan lupa ada you tentu dah ada haters since you punyakat platform free tu pun view dan followers banyak…so…mungkin you dah bersedia…”


“Tak mati dek makian, tak hidupdek pujian….” Balas Hilda yakin.


“Bagus..bagus I like that…”sengih Meredith.

 

Hari yang ditunggu telah tiba. Buku pertamanya itu akandilancar serentak dengan pembukaan pesta buku antarabnagsa itu. Hatinyaberdebar-debar. Apa kata peminatnya hanya cakap saja nak beli tapi tidak.Betapa keciwanya dia nanti. Dan apakah nanti akan ada beratur mereka sepertiyang dikatakan dalam komen-komen di medsosnya.


Dengan semangat berkobar-kobardia memandu ke tempat pesta. Mujur dia ada parking dan dia cepat-cepat ke level3 di mana reruai syarikat penerbitan Guano Publishing dibuka.


Dari jauh dia dapat lihat begituramai peminat buku membanjiri semua reruai di situ. Beberapa orang berbarisuntuk membuat bayaran.


“Sini Hilda…” kelihatan Meredith melambainya.


Dia melajukan langkah. Kelihatanseorang lagi wanita berdiri di sebelah Meredith dia tak pasti siapa wanitaitu…hmm..


Penulis sendu mana kah itu? Diatersengih. Apakah dirinya juga bakal menerima nasib sama?


Buku berkulit hitam gelapkelihatan terletak di meja sebelah. Dia tak dapat melihat dengan jelas tetapidia agak pasti penulis itu lah Carva Arbella. Manakala bukunya My HandsomePrince diletakkan di meja sebelah kanan.


Beberapa orang beratur di baris MyHandsome Prince tetapi hanya ada tiga orang di baris satu lagi.


“Maaf lambat…” katanya sambilmelabuhkan tempat duduk.


“Kak boleh ambil gambar tanpatopeng tak?” tanya pembeli buku yang mahu bukunya ditandatangani. “sayafollower akak kat platform XXX itu…saya yang vote dan like semua bab cerita nitau.”


“Maaf tak boleh,” Meredith yangmenjawabkan.


“Ohh…takpelah saya tak jadi belibuku tu…” balas gadis di depannya itu sambil beredar dan meninggalkan buku yangdipegangnya di atas meja. Hilda buat muka selamba. Matanya menoleh ke arahMeredith tukang jawab soalan.


“Tak mengapa. Satu blah, adaberatus lagi menanti.” Meredith berbisik kepada Hilda, dia yang jadi tukangjawab. “Next,”  Meredith menjemputpeminat seterusnya.

 

Pelancaran hari itu amat berjaya dan buku My Handsome Princetelah habis terjual dengan lebihan order yang perlu dipenuhi lagi.


Tak lama kemudian susuk Madam Vmuncul di reruai itu. Wajah Madam V pun berseri-seri sahaja apabila berdepandengan Hilda.


“Good job Hilda. Tapi ini taksebanyak jangkaan kami.” Komen Madam V. “Dengan begitu banyak pengikut diplatform itu, sewajarnya sekurang-kurangnya seribu atau dua ribu unit lebihterjual dalam sehari…”


Hilda tersengih di sebaliktopengnya.


“Kena kuatkan sikit lagimarketing,” Meredith menyampuk.


“Kita tunggu sehingga hujungminggu…jika tak habis…kita guna back up plan…” kata Madam V serius.


“Ya saya akan post lagi banyakteaser kat  media sosial saya…” balasHilda semangatnya berkobar-kobar.

Madam V dan Meredith pandang sesama sendirisambil tersenyum lega melihat semangat seorang Hilda Aster.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou