Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
31,566
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 5-b

Tiba-tiba dalam dia termenung memikirkan segala kemungkinan kehidupannya yang sudah tidak ketahuan arahnya…

“Maafkan saya Rose…” kedengaran bisikan suara Mahadi di telinganya. Dia tersentak apa bila menyedari Mahadi ada dekat di belakangnya.

Airmatanya luruh menderu-deru, sungguh dia tidak menyangka Mahadi akan kembali. Hatinya rasa berdarah bila mengesan derita dalam suara itu. Dia menghela nafas panjang dan memaksa dirinya bersuara.


"Saya tahu awak akan kembali,"katanya lembut. Dia berhenti sebentar, mencari perkataan yang sesuai."Tetapi saya perlukan awak untuk memahami apa yang awak lakukan lebih daripada sekadar curang. Ia membunuh mati kepercayaan saya terhadap awak, dan ia mengubah segala-galanya antara kita."

Keadaan hening semula,kedua-duanya hilang dalam fikiran mereka sendiri. Selepas beberapa ketika, Hilda meneruskan.

"Saya tidak pasti sama adakita boleh melepasi ini, Di. Saya perlukan masa untuk sembuh, dan memikirkan apa yang saya mahukan untuk diri saya sendiri. Tetapi saya mahu awak tahu bahawa saya sanggup memberi kita peluang, jika awak ikhlas untuk cuba membina semula hubungan kita."

Kepala Mahadi kelihatan tersentak,harapan bersinar di matanya.

Atau mungkinkah itu hanya apa yang aku harapkan dia fikirkan, Hilda berbisik dalam hati.


"Saya serius, Ros. Tidak perlu kata-kata lagi…Saya sayangkan awak... Saya akan lakukan apa sahaja untuk membuktikan kepada awak bahawa saya betul-betul maksudkan apa yang saya katakan ini. Itu semua berlaku secara tak sengaja…ya, saya salah kerana hanyut dan lupa diri…walaupun pada mulanya sekadar berhubung dan membantu sebagai seorang kawan lama…dia yang banyak kali menghubungi saya selepas kenduri itu…saya…saya kecundang dengan godaannya…saya sedar saya mengecewakan awak… saya tidak pernah lupa, malam ini adalah malam pertama kita bertemu…16 tahun lalu…"


Hilda tercari-cari apa yang harus dikatakannnya. Dia memandang wajah Mahadi. Enggan menerima alasan. Mustahil apa yang dilihatnya adalah satu kejadian pertama… tetapi Mahadi menitiskan air mata…dan kelihatan amat terluka.


“Saya cintakan awak Rose…saya tak mahu kehilangan awak dan anak-anak kita…demi Allah…saya telah khilaf…sesungguhnya tuhan menyayangi kita, ujian ini pasti ada hikmahnya…mendekatkan kita berdua…maafkan saya kerana buat awak menangis…”  Jari panjang Mahadi mengusap pipi, mengesat air matanya.

Serentak itu bibir Mahadi mengucup dahinya, pipinya dan…

Jantungnya berdegup kencang… sudah lama dia tidak merasai perasaan itu. Dan kini, Mahadi telah kembali membelainya dengan penuh kasih…dia dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas ini…


Entah mengapa tiba-tiba dalam satu saat suara Wana mengomen tentang My Handsome Prince, terlintas dalam benaknya…segera dia menolak wajah Wana jauh-jauh…

Previous: Bab 5-a
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou