Semenjak dia berjaya menghasilkan novel fizikal pertamanyaitu, kehidupannya agak sibuk berbanding biasa. Namun perubahan itu tidak dikesan Mahadi mahu pun kedua-dua anak gadisnya. Mereka semua sibuk dengan kehidupan harian masing-masing. Hilda juga semakin yakin dengan dirinya. Apa tah lagi dia sudah mula mendapat hasil tuaian apa yang dikerjakannya selama ini.
Kehidupan harian Hilda sebagai seorang penulis pemula semakin sibuk dengan aktiviti mempromosi novel fizikal pertamanya. Dia baru sahaja selesai mempromosikan buku terlaris terbarunya di satu ruang di salah satu kedai buku yang agak besar. Santai sahaja dia duduk di meja kecil berhampiran pintu masuk, menandatangani salinan bukunya dan berbual dengan beberapa orang peminat. Dia diberi masa sejam untuk mempromosi buku itu ketika peak hours. Walaupun sudah mula dikenali ramai, dia tetap berpendirian untuk tidak mendedahkan identitinya dengan memakai pelitup wajah.
Walaupun dari kejauhan, memang amat jelas dia amat seronok dengan dunia barunya yang membuat dia lupa tentang luka yang terparut akibat kecurangan Mahadi. Sengaja dia berbual rancak dengan peminatnya meskipun dia seorang yang amat pemalu dan tidak gemar bersosial. Dia mahu melupakan sakit di hatinya dengan Mahadi. Walaupun kuat dia melawan, setiap saat dia tetap tidak dapat melupakan episod yang dilihatnya ketika Mahadi bercumbu dengan wanita cantik itu.
Tanpa disedari Hilda, sesosok figura tercegat di antara rak buku sambil memerhatikannya dengan penuh perhatian. Sosok itu adalah seorang wanita, berpakaian serba hitam, dengan kulit pucat, hampir halus. Rambutnya yang panjang dan hitam pekat membingkai wajahnya seperti tirai langsir, dan bibirnya dicat dengan warna merah hampir kehitaman.
Ketika Hilda terus menandatangani autograf dan ketawa bersama peminatnya,wanita berbaju hitam itu perlahan-lahan mendekatinya, dengan jantung berdegup kencang dengan keterujaan.
Akhirnya, wanita misteri itu memberanikan diri untuk melangkah keluar dari belakang rak buku dan menghampiri meja Hilda.
Hilda mendongak, terkejut melihat wanita itu berdiri,tercegat di situ tanpa sepatah kata, dan segera menenangkan dirinya.
"Hello," kata wanita misteri itu akhirnya setelah tercegat di situ hampir 30 saat tanpa kata-kata. Suaranya kedengaran bergetar, wajahnya kelihatan penuh cekal. Tiada siapa tahu jantungnya juga berdegup kencang berdepan dengan Hilda. "Saya tak pasti awak ingat saya, tapi nama saya Lilith Athaliah. Saya pernah jumpa awak dan suami awak, Mahadi,beberapa tahun lalu, ketika dia masih bekerja sebagai seorang pilot."
Terbeliak mata Hilda apabila menyedari siapa sosok di depannya. Namun dia pura-pura tenang. Bagaimana dia tahu aku isteri Mahadi? cemas dia cuba mencari jawapan. Tetapi dia tidak dapat menafikan fakta yang dituturkan wanita itu kerana dia mahu tahu identiti wanita itu pula..
"Ya, sudah tentu! Mahadi ada menyebut awak dulu. Dia sangat memuji awak sebagai seorang…teman sekerja..."Dia berhenti seketika, ketidakpastian melintasi fikirannya. "Adakah semuanya baik-baik saja? Awak nampak... agak tersakiti?"
Lilith menarik nafas panjang sebelum menyambung. "Saya hadir di sini kerana saya ada sesuatu yang mungkin menarik minat awak, Hilda. Awak tahu, saya sudah lama berjumpa dengan Mahadi...lebih lama daripada yang awak fikirkan."
Jantung Hilda berdegup kencang.
"Apa maksud awak?" dia bertanya, suaranya hampir tidak melebihi bisikan.
Lilith menarik nafas dalam-dalam,menguatkan dirinya untuk apa yang akan dia katakan.
"Sebenarnya saya masih berjumpa dengan suami awak... sudah agak lama sekarang," dia mula. "Kami bermula lebih awal dari… percintaan awak dengan Mahadi. Kami berpisah seketika tetapi hubungan kami tidak pernah putus sepenuhnya….kami tetap menjalin hubungan itu sepanjang usia remaja hingga sekarang….”
Hilda tergamam. Dia speechless.