Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
31,584
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 14

 

Sudah dua minggu dia pulang dari Penang, tetapi sejak itu juga perasaannya bercampur baur. Siang tadi dia sempat keluar sekejap untuk menghadiri sessi meet n greet sementara Mahadi di jalanan menghantar makanan.

Walaupun agak kepenatan keranaterpaksa ke sana ke mari, dia tidak dapat melelapkan matanya. Mengiring dia kekanan, ke kiri. Dipaksa pun dia matanya tidak mahu terpejam.

Sakit hatinya masih terasa dengan kritikan Zainab. Tak sangka Zainab sama sealiran dengan Voluptous Lips. Sukarnya bila sudah berada di atas, ramai pula mahu menjatuhkan, sungguh bertingkat-tingkat perasaan ujub melingkari dirinya.

Dalam kegelapan malam dia hanya dapat mendengar nafas Mahadi turun naik tenang. Lama dia merenung wajah Mahadi dalam gelap. Lena sungguh tidurnya.

Berita siang tadi mungkin membuatkan Mahadi dapat tidur lena.

Dia diterima semula untuk menjadi seorang juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan kecil persendirian. Setelah sekian lama menjadi seorang rider, tawaran itu amat membahagiakan mereka berdua. Mungkin Mahadi tersenyum dalam tidur kerana terlalu gembira. Atau dia sedang tersenyum mimpikan wanita lain? Apakah dia dalam mimpi Mahadi atau ada wanita lain yang wujud dalam mimpi lelaki di sebelahnya itu.

Dengan fikiran itu sahaja sudah cukup untuk darahnya naik ke kepala. Dia cuba bertenang dan mengelus jari jemari Mahadi.  Pantulan lampu jalanraya yang menampakkan wajah kacak bayang-bayang lelaki yang dulunya belahan jiwanya.

Bagaimana dia mahu mempastikan Lilith bukan mereka-reka cerita yang dia kongsikan panjang lebar itu. Atau apakah mungkin Lilith hanyalah satu watak dihantar oleh wanita seksi dalam kereta merah itu untuk meretakkan lagi rumahtangga mereka yang sudah kian lamar etak…mungkinkah yang memberi maklumat tentang kisah dalam kain Mahadi adalah wanita kereta merah? Dia mungkin  tidak ada kelulusan yang membuat orang ternganga seperti Lilith yang mengaku satu keml atihan juruterbang bersama Mahadi seorang pilot, tetapi dia seorang penulis novel…yang mampu memikirkan berapa punya belitan plot twist sesuatu kejadian…

Entah macam mana kerana fikirannya serabut. Jarinya cepat sahaja menaip.

“Nak tahu siapa dalam mimpi Mahadi?” tanyanya, mesej dihantar.

“Siapa? I ke?” cepat sahaja Lilith Athaliah membalas.

“Ya…dia sebut nama awak.” Pasang emoji sedih.

Lilith Athaliah pause sekejap.

“Janganlah bersedih. Saya tak akan mengganggu awak. Saya tahu awak tak dapat menerima hakikat itu…tapi saya juga tahu Mahadi tidak akan mencari saya ketika dia sedang tenang…”

Dahi Hilda berkerut.

“Good night my friend. Takecare.” Dia membalas. Tidak tahu hendak rasa pilu atau apa lagi. Bercakap terlalu lama dengan orang macam ini bakal terikut pula jadi begitu, fikir Hilda menggeleng kepala sambil meletak telefonnya ke tepi.

Tiba-tiba satu mesej masuk ke handphone Mahadi. Cepat sahaja dia mengerling dan nama penerima itu kelihatan seperti nama lelaki.

Kerana dia sudah tahu password Mahadi, cepat sahaja dia membuka mesej itu. Memang tak disangka, Mahadi tidak menukar passwordnya lagi walaupun setelah kantoi ada skandal. Yang dia tahu Mahadi tidak membiarkan penghantar mesej tahu dia sudah membaca atau tidak mesej yang sudah dibuka.

Video pendek wanita yang sama yang dilihat di parkir itu membakar perasaannya.

Cepat-cepat dia forward video ituk e telefonnya dan memadam track sent out. Telefon diletak semula di tempatnya.Dan dia mengendap wajah Mahadi takut-takut suaminya itu terjaga pula. DengkuranMahadi tidak berubah sama tenangnya. Dia berjengkit ke tempat tidurnya semula dan mengiring ke ujung katil.

Pagi esoknya, dia buka telefon satu lagi dan menghantar video itu kepada seseorang.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou