Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
31,579
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 1c

Hilda mengerut dahi sambil melepaskan nafas berat melihat coretan warna merah di salinan manuskrip itu . Ada beberapa tanda highlight dan komen dari editornya yang bernama Wana.

Show. Don’t tell.

Dia mengetap bibir sendiri. Ayat-ayat dalam perenggan yang ditanda itu dibacanya semula.

“Haih… aku tahu lah…tapi dah okay lah yang aku buat ni…” dia membebel sendiri. “Dah memang si Sofia tu mengantuk!! Apa guna buang masa menghabiskan satu perenggan hanya untuk describe sesuatu yang amat membosankan.”

Dia menulis sedikit nota dan mencari paragraf tersebut di komputer desktopnya.

“Kan senang kalau dia komen dalam soft copy aku..eeiiii…ni nak kena tanda lah, nak kena kelebek hard copy…eee…antik sangatlah dia ni…” dia merungut lagi. Memikirkan dirinya yang masih dikira pemula, dia akur sahaja.

What the fish…ahh tukar aje lah…kau boss kan…” dia berleter sendirian, sambil menaip pindaan.


Mata Sofia kian berat. Pandangannya kian kabur. Dia menguap. Dia sangat penat.


Matanya menelusuri lembaran manuskrip itu mencari pindaan yang perlu dibuatnya.

“Eh…pulak…” Baru saja dia menukar terjumpa pula komen di muka seterusnya tentang penggunaan perkataan sangat.


Cuba jangan gunakan kata 'sangat' kerana malas nak fikir. Contohnya, seseorang tidak sangat letih, dia kelelahan, lesu atau longlai.


Dia membolakkan matanya. Banyak betul pembetulan dia kena buat.

Memang editor ni buat kerja. Tapi menyusahkan dirinya. Apakah begini kehidupan yang dia mahu? Lebih bahagia menulis di platform percuma dan dapat likes dan view. Tapi...likes dan view tidak menjanjikan apa-apa.  Yang dia tahu dia mahu buku itu menjadi satu kejayaan dan membawa pulangan terbaik untuk dirinya. Dia wajib buktikan dia mampu masuk dalam kategori best seller dan diagungkan oleh peminat buku di pelusuk negara.

Namun demikian banyak lagi warna merah yang dicakar di helaian manuskrip yang perlu dibetulkan dan dia tak pasti dia ada masa untuk membetulkan kesemua itu.

Sebelum dihantar ke rumah penerbitan itu, setiap malam dia akan berjaga sehingga jam 2 pagi demi menyiapkan manuskrip itu. Kini dengan segala pindaan yang perlu dibuat dan masa yang terhad, mungkin dia terpaksa melayan komputernya sehingga subuh…Satu impian lebih berkuasa daripada seribu realiti. Impian mampu membuat dia menahan desakan untuk melelapkan mata. Realiti hidupnya pula mampu membunuh mati sedikit kekuatan yang masih tersisa dalam dadanya.

Jari jemarinya mencapai helaian rambut yang terjuntai di dahinya. Bila dia dalam keadaan cemas dia kerap menarik rambutnya. Sehelai sehelai. Rambutnya yang dulunya agak ikal dan bergaya kepuk-kepuk kini kian menipis. Terlalu banyak yang bermain di kepalanya.

Salinan cetakan manuskrip di depannya itu dikoyak. Kertas itu digumpalnya dan dicampak ke bakul dekat meja tulisnya. Kepalanya berdenyut-denyut.

Ada komen di paragraf berikutnya lagi. Wana mahu dia mengubah keseluruhan paragraf tersebut…

Dia skrol soft copy dan cari paragraf yang dimaksudkan. Lama dia merenung komputer di depannya. Jika Wana ada didepannya mungkin banyak yang boleh didebatkan…

Sudah sejam dia mengadap komputer itu. Jari jemarinya cuba dipaksa menaip sesuatu. Inikah dia penyakit writers’ block yang terpaksa dilaluinya. Sedangkan semasa dia menulis dengan tenang tidak pula dia terasa begitu. Begitu banyak lagi halaman kosong yang perlu dipenuhkan untuk mencukupkan bilangan lembaran buku fizikalnya nanti. Perkara yang menarik dia tentang menulis ialah sentiasa ada halaman kosong menunggu. Tetapi perkara yang menakutkan tentang menulis juga ialah sentiasa ada halaman kosong menunggu. Sedangkan penulis buku Harry Potter pun ada perasaan demikian. Ini pula dia yang baru menapak. Jauh bagai langit dengan bumi, jauh bertiang-tiang beza pencapaian antara dia dengan J K Rowling. Berani berangan pun dah cukup bagus. Bagaimana rasanya jadi sehebat wanita itu…ahhh jauh dia berangan.

Dan kembali kepada realiti, dia hanya baru menaip enam patah perkataan. Perlukah dia menulis semula keseluruhan bab itu? Hanya kerana Wana si Editor tak suka dengan beberapa bahagian dalam manuskrip itu. Dia menggaru kepalanya..entah mengapa Wana bagai membunuh mati kreativiti dalam dirinya...

Mungkin dia perlu berpura-pura bahawa dia tidak menulis kepada Wana atau kepada khalayak, tetapi kepada seseorang yang ikrab, persis bercerita kepada seseorang yang dia sayangi. Seperti bagaimana dia pernah menulis kepada Mahadi…
Previous: Bab 1b
Next: Bab 2a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou