Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
31,568
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 15

Rumah itu sunyi sepi, hanya bunyi denting jam 6 kali yang bergema di ruang tamu. Dia berjalan ke dapur, jubin sejuk di bawah kaki berkaki ayam sangat kontras dengan bahang emosinya. 

Kopi, dia perlukan kopi. Aromanya memenuhi udara ketika mesin espresso itu dihidupkan. 

Rutin yang menenangkan itu tidak banyak membantu menenangkan fikirannya saat itu. Dia tahu dia tidak boleh berada dekat dengan Mahadi sekarang—bukan begini, bukan ketika kemarahan itu adalah umpama makhluk hidup yang bagaikan bernafas dalam dirinya.

Jika menurut perasaan marah mahu saja dia mencurahkan espresso panas kepada Mahadi supaya lelaki itu tahu betapa sakit hatinya. Tetapi dia tidak terkenangkan Marjia dan Magda…mereka tidak akan memaafkan dirinya sekiranya itu berlaku.

Semasa kopi itu memenuhi cawannya, dia memikirkan langkah seterusnya. 

Perceraian adalah satu pilihan,tetapi ia adalah urusan yang tidak kemas. Penceraian akan mengheret kehidupan anak-anak mereka ke dalam keadaan huru-hara. Tidak, dia tidak akan menyebabkan anak-anak gadisnya menderita. Dia memerlukan penyelesaian yang lebih baik.  


Fikirannya terganggu dengan bunyi notifikasi telefonnya. Ia adalah mesej daripada Lilith.

Kata-kata pada skrin membuatkan tubuhnya menggigil:

Awak tahu siapa Candrima?

Siapa? Tanyanya kembali.

 We need to talk. About Mahadi dan Candrima. Balas Lilith

Candrima? Siapa Candrima? Dia tertanya-tanya.

Ia tidak mungkin satu kebetulan. Candrima kah wanita berkereta sport merah? Dia tidak boleh terus melompat kepada kesimpulan. Mungkin ini kisah lain yang sedang Lilith cuba sampaikan. Apa lagi yang dia tidak tahu tentang Mahadi?  

Dia membaca mesej itu berulang kali, kata-kata itu bagaikan kabur apabila dia memikirkan situasi yang semakin parah. 

Dia memutuskan untuk bersikap tenang.

"Apa maksud awak?" dia menaip laju.

Ibu jarinya bagai melayang di atas butang hantar, penantian itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Jawapan datang hampir dengan serta-merta,

"Jumpa saya di Taman Niomi.Tengah hari. Saya ada bukti."

Mesej itu pendek, tetapi implikasinya jelas. 

Lilith mempunyai rancangan, dan wanita itu mahu dia menyertainya.


£££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££


Pagi itu selepas anak-anak ke sekolah, dia memainkan peranan sebagai isteri yang setia, menghidangkan sarapan pagi Mahadi. Menuang air minuman dan menyendukkan nasi lemak di meja makan.

“Lama dah kita tidak begini kan Di?” Matanya merenung wajah Mahadi yang kelihatan ceria memulakan hari sebagai seorang juruterbang.

“Alhamdulillah, sayang.” Balas Mahadi. Dagunya dicuit manja. “Terima kasih kerana masih tetap tidak gagal menuang minuman Di, menyendukkan makanan untuk Di dengan baik walaupun…”

“Tak perlu kata apa-apa Di. Saya hanya mahu kita kekal seperti ini sebagai satu keluarga…” dia memotong kata-kata Mahadi, jarinya pula menyentuh lembut bibir Mahadi menghalang Mahadi berkata lagi tentang perkara yang amat melukakannya. “Jika awak mahu, saya bukan saja menyenduk, malah sanggup menyuap awak dan itu bukan kerana meminta apa-apa. Hanya kerana awak suami saya.  Dan satu saja yang saya harapkan dari awak…kesetiaan yang tak berbelah bagi.”

Mahadi terkebil-kebil seperti cicak makan kapur.

“Nervous juga ni,” ucap Mahadi menukar topik perbualan. “Dah begitu lama meninggalkan langit biru…”

“Awak boleh lakukannya Di…saya yakin.” Dia memberi kata semangat kepada Mahadi.

“Mestilah nervous…dulu saya bawa pesawat besar. Ini pesawat peribadi. Mungkin kecil sedikit tapi ada perbezaan. Manualnya pun dah lain… lagi kena masuk simulator dulu.” Mahadi ketawa kecil sambil kelihatan agak gementar.

Dia melihat Mahadi pergi ke tempat kerja dengan senyuman terpampang di wajahnya. Sepanjang masa itu juga,fikirannya berkecamuk dengan kemungkinan.

Apakah akan terjadi? Adakah Candrima nama wanita itu. Apakah Lilith mengenalinya sejak dari zaman mereka berkerja di kem juruterbang atau kenalan baru Mahadi semasa kariernya memuncak sebelum PKP?  Rasa ingin tahu semakin menggerogoti dirinya, tetapi dia tahu dia harus bertenang, untuk perancangan hari itu.



Jam menunjukkan pukul dua belas,dan Hilda mendapati dirinya berada di taman, matanya mengimbas kawasan sesak untuk mencari sebarang tanda kelibat Lilith. Matahari berada tinggi di langit,memancarkan bayang-bayang belang-belang melalui daun pokok rhu. Ketawa kanak-kanak bercampur dengan dengung kenderaan yang melalui jalan rayaberdekatan, mencipta runut bunyi yang sumbang untuk pemikirannya yang kacau. Kelihatanbeberapa orang wanita dan lelaki sedang bersedia dengan untuk bbq di beberapa tempat menghala ke tepi tasik.

Dia menjumpai bangku terpencil dibawah sepohon rendang. Dia melabuhkan punggung, logam sejuk itu berbeza sekali dengan kehangatan matahari pada kulitnya.

Telefonnya berbunyi lagi, kaliini dengan teks ringkas: 

"Di bawah pokok ketapang dekat dengan tasik.Papan tanda taman."

Dia mengerling ke tempat di mana terdapat papan tanda taman itu terpampang, dan dahan pohon ketapang yang anggun itu mencecah tanah, mewujudkan sudut kecil peribadi.  Ketika dia sedang menunggu itu, tiba-tiba angin membawa hujan gerimis. Dia kelam kabut sama ada hendak berlalu atau terus menunggu.

Sosok yang muncul dari bayang-bayang itu seperti yang dia jangkakan—ia adalah Lilith dengan pakaian serba hitam dan rambut ikalnya yang membingkai wajah pucatnya. Bibirnya seperti sebelum ini disalut warna hitam. Gothic.

“Apa khabar?” tanyanya,menghadiahkan sedikit senyuman.

“Baik sahaja. Saya tidak boleh lama.  Saya ada flight lewat petang ini. Saya perlu berada di airport sebentar lagi.” Seperti sebelumnya Lilith membawa aura yang  sukar untuk dijelaskannya. Sedikit pun wanita itu tidak goyah dengan germimis tengahari itu.

“Hmm awak masih bekerja sebagai pilot?” dia bagai tidak percaya dengan kata-kata wanita itu.

“Of course. Sebenarnya hari ini saya off day…yang ini saya mengganti pilot yang tidak dapat hadir…”

“Syarikat mana?” tanyanya perasaan ingin tahu membuak.

“Biarlah rahsia.” Jawab Lilith dengan sebuah senyum senget.

Dia hanya mengangguk. Whateverlah…fikirnya.

"Awak sudah tahu tentang mereka?" tanya Lilith. Suaranya tanpa emosi.

“Maksud awak?” tanya Hildat erketar sedikit. Jelas sekali, Lilith sudah mengetahui keujudan wanita berkereta merah…

Lilith meraba-raba dalam sakunya dan menyerahkan handphonenya kepada Hilda.

Jantung Hilda berdegup kencang.

“Lihat ini.”

Dia mengambil handphone itu,matanya bulat berpura-pura memberikan gambaran kejutan yang amat sangat. Lilith menarik handphone itu setelah memaparkan video berdurasi beberapa saat itu yang menunjukkan satu adegan mesra antara seorang wanita dengan Mahadi.

“Itu mungkin video kenangan mereka di salah satu crash pad dulu. Ketika Mahadi menyewa di crashpad yang sama…” jelasnya perlahan, bagaikan ada sesuatu yang menjengkelkannya.

Pendedahan itu umpama satu bom yang meledak di jiwa Hilda. Tetapi dia menahan diri untuk bertenang.

Lilith menyerahkan sampul bersaiz a4 itu.

“Mana awak dapat video itu?”tanyanya, dengan wajah terluka.

“Saya sudah print babak itu untuk simpanan awak.” Lilith tidak mengendahkan katanya.

“Macam mana awak dapat video itu?”dia mengulang pertanyaannya. "Boleh awak hantar kat handphone saya?"

“I have my sources.” Balas Lilith selamba. Enggan memberi dia maklumat itu.  “You don’t need to kill the messenger. Yang penting ada bukti nyata. Dan maaf, saya tidak akan forward video itu kepada awak.”

“Kenapa tidak? Mungkinkah itu video deep fake?” tanyanya tiba-tiba.

“The eyes only see what the mind  is prepared to comprehend…”balas Lilith. “Kenapa awak nak deny authenticity video itu?”

Matanya mengecil sambil membelek-belek gambar di dalamnya. Tidak tahu apa lagi yang patut diucapnya.

Keheningan saat itu antara mereka bagaikan satu bebanan yang seolah-olah menekan bahu Hilda.

"Saya sempat buat penyiasatan tentang Candrima. Wanita dalam video itu. Dia seorang pramugari.Saya pernah bertemu dengannya dalam beberapa sessi penerbangan semasa saya menerbangkan pesawat lebih besar. Tapi saya tak sangka mereka ada hubungan intim. Dan…sungguh tidak disangka, ini telah berlaku selama bertahun-tahun," Lilith merungut, suaranya ketat bagai menahan marah."Saya tak sangka dia akan buat awak macam ni."

Lilith mendongak, matanya bertemu dengan mata Hilda.

"Saya tahu betapa awak sayangkan dia, dan saya faham kenapa awak ada di sini. Tapi saya tak boleh biarkan dia buat awak macam ni—kepada keluarganya. Tidak lagi." Suaranya tegas, tekad kukuh yang mendasari kata-katanya.

“Mahadi tahu awak menghubungi saya?” tanya Hilda mahu kepastian.

“Ohh tidak…saya tidak pernah perlu tanya tentang awak. Hanya Mahadi yang mengadu sepi dengan saya…tapi saya tak sangka bagaimana saya terlepas pandang tentang Candrima.”

Hilda tergamam.

"Saya ada rancangan,"sambung Lilith, "tetapi ia tidak akan menjadi sesuatu yang molek. Ia memerlukan kepercayaan dengan saya, dan kesediaan awak untuk melepaskan sesuatu yang awak tak perlukan dalam hidup awak."

Hilda merasakan perasaan yang tenggelam dalam perutnya. Bayangan berapa teruknya kata-kata Lilith menerpanya seperti ombak. Dia menarik nafas dalam-dalam, bau petrichor dan asap BBQ yang jauh memenuhi hidungnya.

"Apa yang awak cadangkan?" dia bertanya, hampir berbisik. Menahan keterujaan dalam dirinya.

Lilith bersandar lebih dekat,ekspresinya bercampur tekad dan kesedihan.

"Mereka perlu hilang saja dari muka bumi ini," kata Lilith, matanya tidak berbelah bahagi. "Satu kemalangan, sesuatu yang kelihatan seperti takdir. Ini satu-satunya cara untuk memastikan mereka tidak boleh menyakiti awak lagi."

Angin bertiup kencang, menghembus daun-daun di atas mereka seolah-olah pokok itu sendiri mengangguk setuju. Hilda merasakan peluh sejuk keluar di dahinya. Ini bukan yang dia jangkakan apabila dia mencari jalan untuk menamatkan hubungan itu. Dia telah berfikir untuk mendedahkan mereka mungkin dengan menularkan skandal, tetapi tidak pernah tentang ini- satu pembunuhan.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou