Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
29,140
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 19

Esakan Khairiah memenuhi talian, kata-katanya keluar dengan sedu sedan.

“Kenapa kak?” tanya Hilda matanya membulat.

“Anak akak…anak akak Gina…” Khairiah menangis tersedu-sedu. "Gina... dia hilang. Kawan-kawan dia kata dia pergi dengan mereka, tapi dia tak pernah sampai pulang ke rumah. Kakak dah telefon semua orang, polis...Mahadi,tolonglah akak, akak tak tahu nak buat apa sekarang…"

Mahadi cepat sahaja mengambil telefon itu dari tangan Hilda.

“Kak?”Mahadi bersuara.

“Di….kau orang kat mana?Puas akak cuba…Akak tak dapat call henfon Di…” kata kakaknya.“Baby akak Gina… dia hilang…”

Mahadi tergamam.

“Gina hilang? Mungkin dia ke rumah kawan-kawannya?” tanyanya.

“Tak tahulah Di…akak tak sabar tunggu 24 jam nak lapor kepada polis…tapi…akak takut apa-apa terjadi dengan dia…kau kan favourite uncle dia…kau tolong lah akak Di Basir dah tau tapi...biasalah dia....”

Mahadi mengetap bibir.

Basir adalah bekas abang iparnya yang enggan melepaskan title suami kepada Khairiah. Gina adalah anak saudara kesayangan Mahadi. Budak itu sudah membesar dengan dimanjakan Mahadi. Dia sering dibawa Mahadi dan Hilda melancung ketika gadis itu masih kecil sementelah Gina sebaya dengan anak mereka.

“Di…tolonglah akak…” Khairiah tersedu-sedu.

Warna wajah Mahadi bagaikan pudar terus, dan dia bagai terduduk ke kerusi di sebelah Hilda,lututnya terasa lemah. Gina ialah anak remaja Khairiah berusia dalam 15 tahun, seorang gadis yang ceria dan yang suka menghabiskan hujung minggu bersama mereka. 

Membayangkan Gina dalam masalah membuatkan hati Mahadi tak keruan. Tubuhnya menggigil sejuk.Pelbagai perkara kmungikinana menerpa dalam benaknya.

Bilik itu bagaikan tiba-tiba menjadi amat sepi. Jantung Mahadi berdegup kencang, apa yang kakaknya itu sedang hadapi, dapat dirasai walaupun hanya melalui telefon.


"Bertenang,kak," Mahadi cuba mendamaikan resah Khairiah, suaranya tegas walaupunpelbagai perkara menjalar dalam fikirannya. "Kita akan sama-sama mencarinya. Sudah ke akak check media sosialnya? Mungkin dia ada post sesuatu?"

Hilda memerhatikan Mahadi, ketegangan di antara mereka tentang Candrima, bagaikan hilang seperti kabus di bawah matahari pagi. Mereka terpaksa mengetepikan perasaan yang membakar di dada antara mereka dan menumpukan perhatian kepada kes Gina.

Suara Khairiah semakin perlahan, nada mendesaknya semakin pudar bagaikan dia putus asa. 

"Akak dah semak di mana-mana. Telefon dia tak ada bunyi….macam baterinya dah mati. Masuk ke mailbox terus. Dia macam hilang begitu saja...orang kata boleh cari melalui telefon tapi…akak tak berapa tahu. Tak ada install apps untuk trace.”

Tanpa berkata-kata lagi,  Mahadi menoleh ke arah Hilda. Matanya menggambarkan perasaannya yang Hilda pasti sangat teruk.

“Kenapa ni kak? Ada bergaduh apa-apa ke kak…” tanya Hilda hairan.

“Tak ada Rose… tiba-tiba saja dia hilangkan diri.”

Wajah anak gadis berusia 15 tahun itu terbayang di matanya. Gadis yang polos. Tak gedik langsung. Gina bukan gadis yang melentik-lentik menari ikut trend dimedia sosial. Dia buat homework dengan kemas dan tak pernah melukakan perasaan orang tuanya…

“Dia…dia…marahkan akak ke agaknya…” Khairiah menangis teresak2.

“Kak sabar kak…Rose sibuk sikit sekarang tapi nanti kami pergi ke sana ok. Kak buat laporan polis kak? Dah lama ke dia hilang kak?”

“Dah…kami akan buat laporan polis. Akak malu nak cerita dengan sesiapa sebenarnya. Akak malu jika kisah ni jadi viral tapi akak takde pilihan.”

“Betul kak. Lupakan tentang malu kak. Kita kena cari dia. sekarang kan banyak kes orang colek orang untuk ..” dia terhenti di situ tak sanggup menyambung perkataan yang seterusnya. Tak patut dia menambah kerisauan Khairiah. Khairiah terlalu baik untuk diberikan ujian begitu.

“Ye Rose…Akak takut dia diapa2kan…dia kan sgt manja dengan abah dia.. dia tak pernah keluar sendirian…macam mana dia boleh hilangkan diri sedangkan kami tak pernah marah dia…”

Hilda memicit kepala sendiri.

Dia mahu segera offline kerana masalah dia dengan Mahadi masih tidak selesai, tapi dia juga tidak mahu mengecilkan hati kakak iparnya itu.

“Akak dah buat laporan polis tak?” tanya Hilda, sekali lagi.

“Huhh..belum 24 jam tapi…akak dah pergi balai...dah ada kat fb akak rasa…kau tengoklah sendiri apa Basir tulis…” perlahan kakaknya menyambung kata.

“Kak.akak dah pergi balai polis…kita dah usaha lah ni. Akak dah siarkan kat media sosialkan…”

“Akak tak sanggup Som… Basir yang buat…dia yang sebarkan kat grup masjid tempat kami…akak…akak tak sanggup memikirkan kemungkinan2 nya…kau tolonglah akak.Gunakanlah apa aje asalkan dapat bawa dia kembali ke rumah ni…”

Suara Khairiah semakin perlahan. Hilda tahu Khairiah menangis. Dia mahu ke sanamemeluk Khairiah tetapi dia ada masalah lebih penting. Dia mahu Mahadi dan Candrima hilang dari muka bumi ini.

"Bila kali terakhir akak jumpa dia?" suara Mahadi bertanya kepada Khairiah mengejutkannya dari pemikiran yang masih berselirat dengan Candrima…

Mahadi menguatkan hati, walaupun tangannya menggigil sambil memegang telefon. Esak tangis Khairiah semakin kuat sehingga sukar untuk memahami kata-katanya.

"Petang semalam, dia keluar jumpa kawan-kawan dia... dia tak balik. Kawan-kawannya tak tahu mana dia pergi. Dia memang dah merancang sebab dia bawa satu back pack…akak ingat dia bawa buku dan baju sepasang untuk overnight di rumah kawan perempuannya…tapi…"

Fikiran Mahadi berkecamuk, memikirkan kronologi. 

Dia telah melihat Gina menerusi hantaran dalam grup whatsap keluarga mereka. Hanya dua hari lalu, matanya bersinar dengan keterujaan tentang lawatan sekolahnya yang akan datang.

Bagaimana pula ini pula yang berlaku?

Hilda, yang tidak dapat duduk diam, mula mundar-mandir di dalam bilik, fikirannya bergelora dengan soalan.

Mahadi  mendengar dengan tekun semasa Khairiah menceritakan bagaimana dia mencari dan panggilan telefon yang sia-sia kepada rakan-rakan Gina.

"Kak,kami dalam perjalanan," kata Mahadi menutup biacara. "Kami diluar negara kak. Tapi kami akan pulang," katanya, suaranya tegas."Kami akan ke sana secepat mungkin."

Kemudian Mahadi membuat satu panggilan telefon memberitahu kepada pihak syarikat. Dia terpaksa menyerahkan tugas penerbangan kepada pilot gantian kerana kekusutan keadaan. Kerana jadual penerbangannya adalah untuk tiga hari  kemudian. Mereka perlu terbang kembali ke tanah air sekarang juga.

Hilda mengangguk, bergegas mencapai beg pakaiannya. Pergaduhan mereka tentang  Candrima nampak amat remeh sekarang. Mereka perlu berada di sana untuk Khairiah, untuk Gina.

Mereka check out dari resort yang cantik itu. Masalah sebentar tadi kian tenggelam dalam setiap detik yang berlalu.

Ketika mereka bergegas keluar dari pintu, Hilda tidak dapat mengelak daripada memandang semula ke bilik tidur di suite itu. Ruang yang  sepatutnya mereka gunakan malam itu untuk memadu kasih tetapi menjadi tempat di mana menjadi titik permulaan ke arah perpisahan antara mereka yang ditempa Mahadi.

Ingatan tentang pertengkaran mereka sebelum ini terasa seperti bergema jauh. Ketegangan antara mereka masih ada, tetapi ia telah dibayangi oleh kebimbangan yang lebih mendesak.

Dengan tergesa-gesa, mereka melangkah keluar ke lobi. Suasana tegang dan cemas menghimbau kedua-dua mereka. Fikiran Mahadi tidak putus-putus berlumba-lumba dengan segala kemungkinan, senario, yang mungkin dihadapi Gina….semuanya setiap satu lebih menakutkan dari setiap satu yang difikrkannya.


"Saya akan hubungi syarikat penerbangan," Mahadi berkata sambil langkahnya laju menuju ke arah kaunter di lobby hotel. "Kita perlukan penerbangan pertama keluar.”

Hilda tidak dapat mengelak daripada memikirkan Gina, anak saudara perempuannya yang manis dan pemalu. Gadis itu sentiasa memandang tinggi kepada Mahadi, bahkan mengidolakannya.Sering kalo Gina memuji Mahadi depan-depannya.

Gina kalau dah besar nanti nak cari suami hensem macam uncle Di, kaya dan romantik syangat.”

Diahanya mampu tersenyum mendengar pujian anak saudaranya itu terhadap Mahadi.Memang Mahadi dipandang tinggi oleh kaum keluarga. Tapi mereka tidak tahu disebalik itu semua…hanya dia sahaja yang tahu kelemahan Mahadi.

Gina punya semangat belajar tinggi kerana Mahadi. Sering tiap yang dilakukannya bersandarkan persetujuan Mahadi. Sekarang Gina sudah hilang. Mereka perlu berusaha mencarinya. Ia adalah peringatan yang jelas tentang tanggungjawab mereka sebagai orang dewasa, untuk melindungi mereka yang tidak bersalah dan terdedah dari pelbagai pemangsa di kalangan manusia.

Mahadi klik telefon, dan suara ejen perkhidmatan pelanggan memenuhi kereta.

"Hello,boleh saya bantu?"

Mahadi menarik nafas panjang, cuba memastikan suaranya stabil.

"Ya,kami perlu penerbangan ke Kuala Lumpur paling cepat yang available sekarang." Mujur ada flight pulang ke Malaysia dari Bandranike Airport itu.

Semuanya kelihatan tidak penting untuk mereka sekarang berbanding kemungkinan yang terjadi kepada Gina. Ketika kereta yang mereka sewa memecut melalui jalan-jalan yang lengang, lampu jalan di bandar itu kabur menjadi pelangi kebimbangan dan ketakutan. Percutian mereka yang sepatutnya dipenuhi dengan harapan dankegembiraan, telah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Namun,ketika mereka berlumba-lumba menuju ke lapangan terbang, di antara mereka, api krisis yang melanda rumahtangga mereka bagaikan terpadam seketika. 

Hilda mengerut dahi apabila mengenang apa yang terjadi sebentar tadi.Bagaimana dia hampir dihumban menerusi tingkap hotel itu oleh Mahadi…apakah perkara itu akan berulang lagi kemudian hari? Perlukah dia melaporkan kepada polis tentang cubaan Mahadi mencampaknya dari tingkap balkoni hotel itu…

Ketika duduk di kerusi dalam penerbangan itu, dia hanya mampu termenung memandang keluar terlihat dari kapal terbang tompok-tompok pulau berdekatan Male. Hotel mereka terletak di tanah besar. Sememangnya dia tertanya-tanya bila Mahadi memilih untuk tinggal di hotel yang bukan terletak di perairan dan di bangunan tinggi pula… Mungkin Mahadi sudah merancang lebih awal untuk mencampaknya di hotel yang ditempah itu. 


Dalam dia termenung memandang tingkap, berfikir-fikir langkah seterusnya…tiba-tiba jari jemarinya dicapai Mahadi. Pantas sahaja Mahadi menggenggam tangannya itu dan meletakkan ke atas riba. Dia memaling wajahnya menjeling ke arah Mahadi. Mahadi merenungnya tajam dengan pandangan yang tidak difahaminya. Tiba-tiba Mahadi mengucup dahinya. Spontan. Dia tersentak. 

Siapakah di antara mereka yang akan lebih dulu bakal menjadi mangsa nanti? Hatinya berdebar-debar.


//Ini last chapter.di sini untuk seketika. Tunggu ya any new update tentang progres karya ini seterusnya di wattpad

Previous: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou