Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
104,690
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 20
                                                                   PEWARIS


Al Qin tersenyum-senyum sendirian. Ingatannya tidak lepas daripada mengingati peristiwa manis sewaktu dia bersama Qinaa tempoh hari. "...kembalikan memori aku, supaya aku dapat ingat siapa kau di hati aku!!"

patah bicara Qinna masih jelas kedengaran di telinga. Udara di alam halus terasa nyaman dan menyegarkan, sehari dua ini, sengaja Al Qin tidak menemui Qinna. Dia mahu memberi waktu kepada Qinna untuk memikirkan semula permintaannya. 

Memori Qinna mengenai hubungan mereka dahulu sebenarnya tidak hilang tetapi kerana kebolehan Qinna melihat bangsa halus semakin pudar bersama waktu, seiiring itu  memori dirinya dalam hidup Qinna juga menjadi kelam. Hanya sahaja Al Qin akan sentiasa memastikan Qinna mengingati dirinya melalui pertemuan mereka di dalam mimpi Qinna. 

                                                     *****************************************

"Assalamualaikum ....assalamualaikum,.."

"Waalaikumusalammm..jap yea Qinna datang"

"Assala.." wajah Nurbaya bercahaya gembira sebaik melihat susuk tubuh Qinna di balik daun pintu.

"Ibuuu..abahhh..masukk lahhh" pelawa Qinna sambil meraih dan memeluk kedua ibu bapanya.

"Qinna sihat?" Nurbaya mengelus lembut raut wajah anak gadis kesayangannya.

"Sihat buu..ibu?"

"Alhamdullilahhh sihat..abah pun sihat" sambung Nurbaya sambil melirik memandang suaminya.

"Abahh..macam mana perjalanan ke sini?"

"Alhamdullilahh..okay jaa..traffik lancar"

"meh laa.. Qinna dah siapkan makanan..kat dapur" ujar Qinna.

"Qinna betul ke okay nih?" balas Nurbaya. Entah kenapa naluri ibunya mengesan sesuatu.

"Laaaa...ibu nih..Qinna sihat..okay jaa..hishhh..apalah ibu nih?" ulas Qinna

"hmmm..Okay lahh..abang jom gi makan dulu..lapar pulak jalan jauh-jauh nihh"..

"awakk nih..bukan tadi kita dah berenti makan ke?"

"alahhhh.. tu tadiii..ni sekarangggg.."

"yea..yea laahh.." 

"Arghhhh..uweekkkk.."Qinna cepat-cepat menekup mulutnya. Terasa berpusing dunia. Lantai yang dijejak terasa seakan laut yang bergelombang. Perut Qinna memulas-mulas tiba-tiba. Senduk nasi yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Qinna berpaut pada kerusi makan yang terdekat. Mujur sahaja dia tidak terjatuh. Melihatkkan keadaan Qinna, Nurbaya menerpa cemas. Gulai ikan sembilang yang baru dicedok ke dalam mangkuk dibiarkan sahaja di atas kabinet dapur. "Kenapa nih Qinna?" 

"erkk..taaa..takkde apaa-aapaa la ibuu"

"Qinna?"

"beettull buu..Qinnann oook"..dan Qinna tumbang.

Nurbaya cemas. Dengan segera Sayid Abdillah memapah tubuh Qinna ke bilik tidur. Wajah Qinna kelihatan sangat pucat. "Abangg..cepatlahh call Syafiq! balik tengokkan keadan Qinna nih...!"

"Yeaa-yea.. abang call sekarang!"

"Assalamualaikummm"..belum pun sempat panggilan dibuat kedengaran suara Syafiq memberi salam.

"Waalaikumusalam.."

"Eh Syafiq, cepatnya sampai? Ujar Nurbaya kehairanan.

"Ibuu..abahhh..bila sampainya?" Syafiq mengelak dari menjawab persoalan Nurbaya

"baru..jap tadii..meh cepat..Qinna muntah-muntah tadi!" seraya diraihnya tangan Syafiq.

"muntah-muntah?" Syafiq kehairanan. Dia sudah lupa bila kali terakhir dia menyentuh Qinna. Sudah terlalu lama rasanya mereka tidak lagi seranjang. Syafiq enggan memikirkan yang tidak-tidak. Semenjak dia sibuk mencari pengganti arwah Pak Kiai Hasbullah untuk mengubati Qinna, Syafiq akui masanya dengan Qinna semakin kurang.

"yeaa Syafiq..jom lahh kita tengok Qinna, kami dah papah dia masuk ke bilik tadi"

                                                          ***************************************

Sementara itu di bilik Qinna, haruman setanggi tiba-tiba sahaja semerbak  mewangi. Qinna yang terbaring lesu sedikit kehairanan. Mata Qinna meliar mencari punca haruman tersebut. 

"kauu?" Mata Qinna lurus memandang AL Qin yang menjelma secara tiba-tiba.

"jom Qinna..aku nak bawa kau balik..ikut aku yea?" Al Qin tersenyum sambil menghulurkan sepasang tangannya.

"taaapii..aaakuu.." Qinna teragak-agak menyambut huluran tangan Al Qin. Tangan Qinna mengusap-ngusap perutnya yang memulas-mulas. Sesekali dia memicit-micit ubun-ubunnya. Pening lagi. 

"kau kurang sihat Qinna?"

"kau boleh nampak kan?" ujar Qinna sinis.

"erkkk..maafkann aku..tapiii aku perlu bawa kau balik hari ini juga sayang!"

"balik ke mana? ini rumah aku laaah!!" Qinna membantah.

"sayangg...aku terpaksa, kalau kau masih disini, aku tak dapat menjamin keselamatan kau!!.."

"apa maksud kau?"

"Qinna..kau bukan sahaja telah aku tanda sebagai pasangan aku, tapi hakikatnyaaa..erkkk..kkitaa telahh bersama.." terlepas jua dari mulut Al Qin dan dia tahu sudah terlewat untuk menarik semula perkataannya.

"kita telah bersama?" Qinna merenung tajam wajah Al Qin.

"yeaa..dannn aku bimbang kalau-kalau kau mengandungkan....."

"jadi ini yang kau sorokkan daripada aku?" tngkah Qinna.

"Qinnaa..akkkuu..tak sanggup kehilangan kau... kau adalah nyawa aku..tolonggg laahhh..ikut aku balik..aku akan jaga kau dengan nyawa aku!"..Al Qin semakin resah. "Cepat la sayangku..bila-bila sahaja Al Uwais boleh datang dan nyawa kau dalam bahaya kalau aku tidak menlindungi mu"! getus hati Al Qin.

"Kalau aku ikut kau balik, kau boleh jamin tiada perkara yang buruk akan berlaku pada aku dan keluarga aku?"

"Yaaa..aku jamin Qinna..apa sahaja permintaan kau aku turut!"

Al Qin tidak boleh memaksa Qinna secara kekerasan sekiranya dia berhajat mahu membawa Qinna ke dunianya. Qinna haruslah dengan rela hati mengikuti Al Qin ke alam halus. Dengan cara itu, Qinna masih boleh balik ke alam manusia jika dia mahu, tapi kalau Qinna diculik dan bawa lari ke alam halus, Qinna tidak akan dapat mencari jalan pulang!. 

Memikirkan kedua ibu dan bapa Qinna masih hidup, Al Qin tidak tergamak menculik dan melarikan Qinna ke alamnya. Kerana itu, dia tidak kisah menunggu sebegini lama untuk bersama perempuan manusia yang menghuni hatinya.

"baiklahhh kalau macam tuh.."akhirnya Qinna bersuara menyatakan persetujuannya.

"kau tak bercanda kan Qinna?" Al Qin separuh terkejut separuh gembira.

"dengan syarat..aku boleh balik bila-bila masa yang aku suka dan kau tak boleh halang aku!" ujar Qinna bernada amaran.

"erkkk..baikk..mari Qinna..."

 Dan kali ini huluran bersambut, Al Qin merangkul tubuh Qinna dengan lembut dan dikucup dahi Qinna sebelum mengebarkan sayapnya. "Pejamkan matamu sayang" ujarnya pada Qinna. Dan saat Qinna menutup mata, barulah pintu bilik tidur dapat dibuka oleh Syafiqullah. Tercengang-cengang Syafiqullah tatkala melihat bilik tersebut yang kosong tidak berpenghuni.

 Sewaktu dia berusaha membuka pintu bilik, tiada sebarang bunyi kedengaran dari dalam bilik tidur mereka. Nurbaya pula terjelepok jatuh di kaki katil. Baru sahaja sekejap ditinggalkan anak untuk  menyambut kepulangan menantu tiba-tiba anaknya hilang sekelip mata. 

"Abangggggggg...mana Qinnaa ?" berjurai air mata Nurbaya melihatkan hanya katil kosong tempat Qinna terbaring sebentar tadi.

Syafiq terduduk di birai katil. Kedua tangan meraup wajah untuk menyembunyikan resah. 

"Terlewatkah aku?" desis hatinya. Syafiq berjalan menuju ke arah meja solek Qinna di satu sudut bilik. Dia membelek-belek sikat rambut yang selalu digunakan oleh Qinna. Terdapat helaian rambut Qinna di situ. 

"Ibu..abahh..sabar yea..Syafiq akan cari Qinna sampai jumpa!" ujar Syafiq sambil menggengam erat helaian rambut Qinna.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.