AL -UWAIS
Al - Uwais menguis-guis rerambut yang sedikit menganggu pemandangannya. Bayu angin yang bertiup lembut tidak sedikit pun meredakan amarah di jiwa. Apatah lagi perkhabaran yang dibawakan oleh Azrail bukan perkhabaran gembira buat dia. Al-Uwais perlu segera mendapatkan perempuan manusia bernama Qinna itu. Sekiranya benar Qinna mengandungkan zuriat keturunan Al Hin daripada benih adindanya Al Qin, kedudukan dia sebagai pewaris tahkta ayahandanya akan tergugat!. Al- Uwais sendiri tidak mempunyai zuriat.
Walaupun dia berpasangan dengan keturunan bangsa Jin, Mikalya yang sangat cantik dan rupawan, namun hingga kini, dia tidak dikurniakan zuriat. "Arghhh..aku perlu segera ke alam manusia!, aku akan dapatkan Qinna sebelum adindaku membawanya ke sini!, Qinna tidak boleh menjejak kaki ke alam halus, dia akan menganggu gugat plan aku untuk menjadi pewaris singgahsana ayahandaku!. Walaupun menyedari anak sulung lebih berhak menjadi pewaris takhta, namun kebolehan melahirkan zuriat yang akan menjadi penyambung keturunan mereka turut menjadi faktor penentu kepada pewaris sebenar takhta diraja bangsa Al Hin.
Al Uwais sangat menyedari akan sumpahan yang dikenakan terhadap bangsa mereka, mungkin itulah penyebabnya kenapa bangsa mereka hanya tinggal 7000 nyawa sahaja bahkan majoriti daripada mereka adalah lelaki. Sekali pun mereka berpasangan dengan pelbagai mahkluk halus lain, sehingga menghasilkan keturunan bangsa Al Hin yang hybrib, tiada satu pun yang sempurna seperti bangsa mereka yang asal. Ketidak sempurnaan itu menyusahkan bangsa mereka untuk terus mentadbir bangsa makhluk halus lainnya. "Manusia adalah bangsa yang hampir sempurna kan?" getus hati Al Uwais bersama senyuman sinis yang terukir.
**************************************