WUJUD
Kewujudan bangsa Al Hin jauh lebih lama daripada bangsa Jin,Iblis, Syaitan mahupun Al Insaan. Bahkan sebelum kekhalifahan di bumi
diserahkan kepada bangsa Al Insaan, bangsa aku terlebih dahulu menjadi pentadbir bumi ini. Jutaan tahun yang lalu. “Ya..bangsa aku juga
beroganisasi,ada hireaki, dan bangsa ku juga bersikap lebih kurang sama seperti manusia..gemar berperang!..bahkan kemajuan teknologi kami
jutaan kali ganda lebih maju daripada teknologi tercanggih yang mampu dicapai oleh manusia dibumi. Aku benci pada peperangan sebenarnya.
Yang menang jadi arang yang kalah jadi abu!..Lalu aku mula membuka lembaran baru dalam hidup aku.
Saat pertama kali aku terlihat Qinna Nur Laila, adalah ketika dia masih amat kecil. Mungkin ketika dia dalam kandungan ibunya. Padangan mata
aku mampu menembusi apa pun sekiranya aku mahu dengan izin Allah pastinya. Pandangan mata Qinna sewaktu bertentangan mata dengan
aku, bundar, bulat dan tepat ke jantung ku. Wajah Qinna tersangatlah comel, ingin saja aku picit-picit hidung kecilnya..Tapi ketika itu, Qinna
terlalu naif untuk mengenal siapa aku. Maka, sepanjang usia Qinna dari bayi hingga ke umur 6 tahun aku selalu menemaninya. Hanya saja,
kedua ibu dan bapanya tidak sedar keberadaan ku di sisi anak mereka. Dan aku terus mengawasi Qinna dari jauh, bahkan sesekali aku sengaja
menerobos ruang mimpi Qinna semata-mata untuk melihatnya dengan lebih dekat.
“Ehh Qinna lukis apa tuh?”
“Oh..heheh..ibuuu..ibuu..Qinna lukis abang..”seraya tangan kecil Qinna menghulurkan lukisan ditangannya kepada Nurbaya.
Sambil menunduk Nurbaya meneliti lukisan anaknya. Susuk tubuh sasa, terdapat juga bulu-bulu kasar menyeliputi tubuh tersebut,
sepasang sayap berwarna putih, wajah yang kabur,dan sepasang mata yang diwarnakan merah.
“Erkk…Qinna, nih gambar siapa?” berkerut-kerut dahi Nurbaya.
“Aaabang..abang la in uuu…” Qinna separuh merajuk.
“Yea lahh..abang nih Qinna jumpa kat mana?”
"Laaa ibu ....abang Qin ni la yang selalu datang jumpa dan temankan Qinna main”..tulus sahaja jawapan Qinna. Apalah sangat yang budak
seusia 5 tahun tahu. Mata bundar, alis lentik, hidung mancung dan bibir yang mungil dan comel terletak. Sesiapa saja pasti akan tertawan melihat
kecomelan Qinna. Kulitnya yang halus, putih tanpa sebarang parut, bahkan lesung pipit di kedua pipinya menambahkan lagi kecantikan Qinna
sejak azali.
Hati Nurbaya mulai gusar. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan “abang” yang selalu menemani anaknya. Bukan dia tak pernah dengar
tentang kisah anak manusia yang dilarikan makhluk halus seperti bunian. Tapi…gambaran “abang” yang diberikan oleh anaknya sedikit
menyimpang kalau hendak dikatakan bunian.. “Bunian tidak bersayap dan berbulu kan?” Habis itu siapa? Atau apa sebenarnya?” “Ya Allah, kau
lindungilah anak ku ini daripada sebarang petaka”…
“Sampai bila Qin?”
“Sampai selama-lamanya..selagi aku masih bernyawa..”
“Kau sudah nekad? Kau betul mahu membawa dia ke alam kita Qin?” Ajim memecingkan matanya..
“Aku tak mungkin dapat mencari sesiapa pun seperti dia di alam kita Ajim..dan sungguh perasaan aku pada dia tak pernah berubah!”..
Al Qin bertegas.
“Kau memang gila Qin!!”.. Ajim mengeluh dan menggelengkan kepalanya yang terpacak dua batang tanduk berwarna merah darah, di
hujung tanduk yang meruncing tajam berwarna hitam pekat. Sesekali dia mengipas-ngipas sayap hitamnya, sekadar menyejukkan badan dan
mungkin juga hatinya yang masih panas dengan kedegilan sahabatnya.
“Qinna…ohh Qinna…?” kat mana pulak budak Qinna nih?!” getus hati Nurbaya tatkala dia menyedari ketiadaan Qinna di sisinya. Puas di cari seluruh rumah, ruang tamu, dapur,bilik mandi, bawah katil, bawah meja makan, di tengah laman, sehingga meleret ke jalan raya, tiada kelibat
Qinna kelihatan. Nafas Nurbaya mulai sesak. Airmata mulai menitis. Empanganya semakin pecah. “Tidakkkkkk!!..tidakkk!!..kat mana kau nakk??
Matanya semakin liar mencari di setiap sudut rumahnya.
“Abang!!..Qinna bang..Qinnaaaa!” Nurbaya menerpa suaminya Sayid Abdillah sebaik wajahnya terpacul di depan pintu.
“Ehhh..dah kenapa macam kucing mati anak nih??”
“Qinna hilangggg bangggg!!”
“Hahhh??Baya?? Kamu jangan main-main!”
“Takkan saya nak main-main hal macam nih bangg!” bentak Nurbaya
Penat badannya belum hilang, lelahnya belum beransur,tiba-tiba dikhabarkan anaknya hilang. Perasaannya Sayid Abdillah bercampur baur.
“Moh..kita ke rumah tok Penghulu Bahar. Kita laporkan kat dia, minta digerakkan pasukan mencari!”
“Nak cari kat mana lagi bang??..dah puas saya geledah kawasan rumah kita nih?”
“Ikut je la aku!” arahan tegas terpacul daripada Sayid Abdillah. Dalam hatinya terasa sedikit sangsi. “Kemana sajalah kau Qinna?”..Qinna
baru berumur 5 tahun. Apa sangat yang dia tahu ? Kemana dia pergi? dengan siapa?” hati Sayid Abdillah gundah gulana.
“Qinna…ohhh Qinna…”
“Qinna Nur Laila bt Sayid Abdillah!..Qinna..ohhh Qinna”!
Nama Qinna Nur Laila di seru sahut menyahut oleh hampir dua puluh orang penduduk kampung dan pihak polis yang menyertai misi
mencari Qinna. Remang senja yang semakin menjauh menunjukkan waktu malam akan menjelma. Sunyi sepi, tiada sahutan. Yang kedengaran
hanya nyanyian kodok, unggas dan reriang. Mambang senja berwarna oren jingga mulai menjengah. Orang tua dulu-dulu berpesan, jangan
sesekali berada di luar rumah sewaktu mambang senja berwarna oren jingga kelihatan. Mambang oren jingga yang mewarnai remang senja
adalah waktu “mereka” di alam sana keluar bercanda!...
“BagaimanaTok Penghulu Bahar? Dah jumpa?” tanya Sayid Abdillah keresahan.
“Belum Sayid…kamu banyak-banyaklah bersabar yea..kita usaha lagi cari lepas
Maghrib nanti..putus Tok Penghulu Bahar.
“Tttapii..Tok?anak saya kecik lagi Tok..saya takut apa-apa yang buruk berlaku nanti!..mana boleh kita berenti sekarang?” Sayid Abdillah
semakin tak keruan.
“Kau balik rumah dulu Sayid..ambil air wuduk..solat Magrib dan lepas bersihkan badan, alas perut dengan apa yang patut, baru kita
sambung cari anak kau si Qinna tuh…dah Maghrib nih..insyaAllah tak kemana anak kau tuh..” Tok Penghulu Bahar bersuara menyedapkan
hatinya sendiri. Jauh di sudut hati dia juga sebenarnya bimbang.
“ Marilah kita ke surau dulu..solat Maghrib, kemudian kita kumpul balik di rumah Sayid nanti,erkk…jangan lupa bawak torch light masing-masing yea…arahan Tok Penghulu Bahar segera di turuti oleh pasukan mencari.
Kampung Banggol Kenanga semakin dibungkus malam. Hanya beberapa batang tiang elektrik yang mempunyai lampu jalan melimpahkan
cahaya kuning malap disekitar kawasan kampung tersebut. Berita kehilangan Qinna dengan cepat tersebar ke seluruh pelusuk kampung.
“Qinna,jom..ikut abang..” Al Qin tersenyum manis seraya tangannya menarik dengan lembut pergelangan tangan kecil Qinna Nur Laila.
“Nak gi mana bang Qin?” soal Qinna membalas senyuman Al Qin dengan mesra.
“Ke taman rahsia..Qinna suka tengok bunga-bunga kan? Ujar Al Qin.
“Tapiiiii…nanti kalau ibu ngan abah Qinna marah macam mana?”
“Jangan risau..nanti abang Qin hantar Qinna balik rumah, okay?”
“hhmmmm..tapi..Qinna takut..nanti Qinna lambat balik ibu dan abi risau”…
“Qinna dah tak suka berkawan dengan abang Qin lagi?” Al Qin separuh merajuk
“Ehhh..tak..tak.. bukan macam tuh..Qinna suka..Qinna suka sangat kawan ngan
abang...tapi..Qinna pelik..kenapa semua orang tak nampak abang?” soal Qinna kehairanan. Kehairanan kerana setiap kali dia menyatakan Al
Qin sering menemaninya tiada siapa yang dapat melihatnya.
“Sebab abang hanya mahu Qinna nampak abang…abang tak perlukan orang lain dalam hidup abang..” Al Qin tersenyum. Seketika kemudian,
dia melutut di hadapan Qinna.
“Mari Qinna..malam nih abang nak bawa Qinna terbang. Nak tak?..cepat sikit kita sampai kat Taman Rahsia tuh…” Al Qin masih
berusaha memujuk Qinna. Wajah mulus Qinna ditatap lembut.
Debar jantungnya, sangat mengharapkan agar Qinna setuju dengan hati yang rela. Kerelaan hati Qinna, menandakan dia ada di hati Qinna.Itu
yang penting!..
“Hmmppp..okaylah…tapi jangan terbang laju-laju tau…nanti Qinna jatuh…macam mana?” ujar Qinna risau bercampur teruja.
“Baiklah puteri ku sayang..demi Qinna, abang terbang perlahan-lahan jea..biar kita lambat sampai…lambat laa Qinna balik…” Al Qin
mengusik sambil tersenyum.
“Haaa??Ehh..tak-takk..abang terbang laju pun tak pe..tapi jangan laju sangat..Qinna takut…ulah Qinna mulai bimbang. Risau pula dia
mahu naik ke pundak Al Qin.
“Jangan risau Qinna, abang terbang elok-elok yea? Qinna akan selamat sampai taman tuh dan lepas tuh nanti abang hantar Qinna balik
rumah okay?” Al Qin memberikan jaminannya. Kesian pula dia melihatkan wajah comel Qinna yang gembira berbaur cemas.
Qinna melangkah dengan penuh hati-hati menaiki pundak Al Qin.Sebaik berada diatas bahu Al Qin, Qinna segera memeluk leher Al Qin dan
kakinya segera mencengkam pinggang Al Qin dengan kuat. Kedua belah sayap putih Al Qin terasa sangat lembut dan gebu seperti kapas.
“Erkkk..Qinna..Qinna..boleh tak longgarkan sikit cengkaman kaki Qinna nih..”
“Tak..tak boleh..Qinna taknak!!…nanti jatuh!”
“Ermmm..yea la..yealah…mari kita terbang!”
“Yeayyyyy…jommm terbangggggggg!!!” jerit Qinna kegirangan.
Qinna tersenyum lebar saat angin malam menampar lembut kulit wajahnya ketika Al Qin mula mengibarkan sayapnya. Membelah malam dengan
kelajuan yang tidak terungkapkan oleh pancaindera manusia, Al Qin, pantas membawa Qinna masuk ke dunianya. Dunia yang sangat jauh
bezanya jika dibandingkan dengan dunia manusia, hingga mata Qinna membulat dan mulutnya ternganga melihat keindahan yang terpapar di
hadapan matanya. Dunia aku wujud Qinna Nur Laila.Inilah dunia aku. Dunia bangsa Al- Hin. Bangsa yang cuma tinggal 7000 nyawa yang
sentiasa dalam bahaya, kerana sifat bangsa ku yang sama seperti bangsa manusia,suka berperang!!..
“Tok Penghulu..macam mana nih??” keresahan semakin jelas diwajah Sayid Abdillah.
“Kita dah usaha cari secara lahiriah tak berjumpa..takpela…nanti aku cuba tanyakan Ustaz Daud, mungkin dia boleh bantu kita
mengesan mana Qinna secara batiniah..firasat aku, Qinna mungkin di sorok kan oleh sesuatu..”ujar Tok Penghulu Bahar.
“Tu laTok..saya pun rasa macam tuh..dah berulang-ulang kita cari di setiap pelusuk kampung…tak jumpa langsung jejak Qinna…”sampuk
seorang pemuda tinggi lampai berkumis nipis yang berdiri di belakang Tok Penghulu Bahar.
“Dah dekat pi kul 12.00 malam nih, kita beransur dulu, esok pagi-pagi kita usaha lagi cari di hujung sungai sana, dekat belukar kecil
hujung kampung nih…mana la tahu kalau-kalau Allah nak ketemukan kita dengan Qinna.., kalau esok tak jumpa juga, kita buat majlis bacaan
Yassin beramai-ramai..mohon Allah permudahkan tugas kita mencari Qinna, kamu, Sayid Abdillah, balik nanti jangan lupa doa banyak-banyak
, semoga terbuka apa juga hijab yang menghalang padangan mata kita daripada mencari Qinna”, tegas arahan daripada Tok Penghulu Bahar.
Sayid Abdillah hanya mengangguk lemah.
Mata Qinna melilau melihat dunia baru yang terbentang di hadapan matanya. Bibirnya tidak putus-putus dengan senyuman. Nyata dia sangat
terpesona dengan panorama yang kelihatannya sangat indah. “Inilah dunia abang…cantik”..hati kecil Qinna berbisik.
“Qinna, mari ke mari?”Al Qin menghulurkan tangannya kepada Qinna sebaik menyedari Qinna semakin leka dengan sejenis bunga seakan
mawar yang berwarna merah darah. Bunga itu mengeluarkan bau yang tersangat wangi,sesiapa pun akan tertarik dengan baunya,
terutamanya manusia. Al Qin juga tahu, sekiranya ada manusia-manusia yang tersesat masuk kedunia mereka selalunya akibat terhidu bau
bunga tersebut. Bunga yang di gelar “Merah Darah Mewangi” itu bukan bunga sebarangan. Duri nya sahaja sudah cukup untuk membunuh!. Dan
dia juga sangat sedar, walaupun bukan bangsanya yang suka menyesatkan manusia ke dunia halus mereka, tetapi bangsa lain seperti Jin,Iblis
atau Syaitan selalu menggunakan haruman daripada bunga tersebut bertujuan untuk mengumpan dan menyesatkan manusia. Dan selalunya
manusia yang tersesat kealam mereka, tidak pernah jumpa jalan keluar!..
“Tapi abang..bunga nih wangiiii laaa.” Qinna tidak beranjak seinci pun.
“Erkk…abang tahu…tapi masih banyak lagi bunga yang belum Qinna tengokkan?”
“Hmmphmm..yea lahh..”dengan berat hati Qinna melangkah menuruti Al Qin.
“Aku akan pastikan dia selamat di sini”..getus hati kecil Al Qin. Walau nampak seperti pelangi di hadapan Qinna, di mata Al Qin
lain bendanya.
“Abang…Qinna rasa cukup lah untuk hari nih yek?”
“Mesti ibu dan abi Qinna tengah cari Qinna sekarang…boleh abang hantar Qinna balik?”
“Qinna dah nak balik..cepatnya…abang belum puas jumpa Qinna”
“Takpela…lain kali kita jumpa lagi nak??” mata bundar Qinna bercahaya penuh harapan. Bimbang mula bertangkai di hatinya. Walaupun
dia seronok meluangkan masa di dunia yang indah itu, tetap juga hatinya resah memikirkan perasaan ibu dan abahnya. “Kalau ibu dan abinya
marah-marah sebab keluar lama-lama macam mana?”…
“Hhmmm..okaylah…tapi sebelum abang hantar Qinna balik, Qinna kena cium pipi abang dulu boleh?”
“Mhmmuahhhhhh”..Qinna menghadiahkan ciuman lewat pipi Al Qin.
Al Qin tersenyum lebar. Walaupun ketika itu dia tahu Qinna hanya berumur 5 tahun. Al Qin tidak kisah menunggu lagi dua puluh tahun untuk
Qinna menginjak dewasa. Pastinya Qinna lebih cantik dan manis daripada sekarang.Serentak dengan ciuman itu juga Al Qin sempat menanda
corak seakan tatoo dibelakang pelipis telinga Qinna. Dia tidak mahu Qinna terlupa akan kehadirannya dalam hidup Qinna. Tanda seakan tatoo
berbentuk cincin dua ekor ular bertemu ekor dan kepala itu meninggalkan bekas tanpa Qinna sedari. Itu adalah tanda, Qinna Nur Laila akan di
tuntut semula oleh Al Qin bila tiba masanya. Al Qin sedar, sebaik Qinna mencapai umur enam tahun, pancaindera keenamnya akan tertutup
dengan sendirinya. Maka akan menjadi lebih sukar untuk dia ner rtemu Qinna kerana itu lah juga dia terpaksa “menanda” Qinna kerana dia tahu bukan hanya dia yang berminat dan jatuh hati dengan Qinna.
“Abanggg…!”
“Tuh..tuh..macam ada sesuatu kat hujung sungai tu bangg” jerit Nurbaya.
“Mana? …aku tak nampak pun?”
“Ya Allahhhhh…Qinnaa…” bergegas Sayid Abdillah dan Nurbaya menyerbu ke arah Qinna yang kelihatan
seperti tertidur pulas di bawah sepohon Meranti yang rimbun. Qinna sebenarnya berada diantara banir akar pokok tersebut yang seakan
melindungi tubuhnya daripada musuh. Pencarian mereka berakhir setelah hampir sebulan Qinna hilang!!.
“Qin…?”
“Aku tahu la Ajim..aku dah pun pulangkan dia semula..”
“Kau memang nekad kan Qin?! kau tak risau kalau-kalau ayahanda kau tahu perbuatan kau nih?”Ajim mula menyuntikkan kesangsian di
hati Al Qin.
“Tolong aku rahsiakan hal nih Ajim..kau kawan aku kan?” Al Qin memohon pengertian.
“Hmmppp..hanya sebab aku kenal kau sudah berkurun lamanya..dan sebab aku terhutang nyawa pada kau Al Qin”. “Cuma aku harap,
kau boleh campakkan jauh-jauh perasaan kau pada dia”…
“Aku tak boleh tipu perasaan aku, Ajim..kau pun tahu kan? bangsa aku kalau sudah jatuh cinta, hanya yang satu itulah aku akan kekal
setia. Sampai hujung nyawa aku Ajim..sampai hujung nyawa aku..dan aku mahu Qinna tahu dunia aku dan kau juga wujud Ajim”.. suara Al Qin kedengaran lirih.
Kehilangan Qinna selama sebulan menjadi igauan ngeri yang sentiasa terpahat kukuh di ingatan kedua ibu bapanya. Dan selepas peristiwa itu
juga,Nurbaya dan Sayid Abdillah mengambil keputusan untuk berpindah daripada Kampung Banggol Kenanga. Mereka tidak mahu peristiwa sama berulang kembali.