Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,185
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 13

                                                              SINGAHSANA II

"Apaaaa???" bulat mata Al Idrus saat Al Qin meluahkan apa yang bersarang dihati. Urat tangan berselirat di bawah kulit tangannya kelihatan timbul jelas dek genggaman mengumpal penumbuk menahan amarah. Berkeriut bibir mengertap menahan maki yang semakin membuak hampir mahu dimuntahkan. Jika tidak darah daging sendiri pasti sudah dihunus pedang pusaka keluara diraja memenggal kepala Al Qin.

 

"Ayahanda!..tolong lahh..anakanda dah terlalu lama memendam perasaan ini..bukan setahun dua, bahkan sejak dia dalam kandungan lagi!!" Al Qin enggan mengalah.

"Kau gilaaaa??!! apa kau sudah lupa petaka yang menimpa keturunan kita?! kau patut tahu apa natijahnya kalau kau menanda golongan Al Insaan sebagai pasangan kau!!! kau patut lebih tahu Qinnnnn!! . Dada Al Idrus berombak deras..hidungnya kembang kempis menahan gelojak didada.. Bilik Kemangi yang disediakan khas untuk perbincangan peribadi yang terhad kepada ahli diraja terasa panas membahang walaupun keseluruhan bilik itu dibina daripada marmar paling indah dan dingin. 

"Ayahanda!!..petaka yang menimpa keturunan kita adalah ulah nenek moyang kita dahulu..kenapa dikaitkan dengan perasaan saya pada dia?!..saya cintakan dia ..setulus dan seikhlas hati saya"..lirih suara Al Qin dihujung kata.

"Kau jangan cari pasal dengan aku Al Qin!!..sudahlah keturunan kita hanya tinggal 7000 nyawa itu pun sentiasa sahaja mahu berperang sesama sendiri, kau ingat aku ada masa untuk memikirkan tentang hati dan perasaan??" Al Idrus masih lagi menyinga. Tiada toleransi dalam nadanya.

"Tok..tok..tok..". Perbincangan mereka terhenti. Mata keduanya tertumpu pada susuk di hadapan pintu yang berukir indah. Al Uwais melangkah masuk sambil di tangannya memegang sesuatu. Berbungkus dengan kain berwarna putih yang diletakkan dalam kotak berukiran tengkorak dan ular melingkar. Senyum sinis  bibir Al Uwais membuahkan rasa kurang senang dihati Al Qin. "Gerangan apakah itu?" seraya ekor mata Al Qin tidak berkalih daripada melihat kotak yang dibawa oleh Al Uwais. 

"Ayahanda"...sambil membongkok menghulur kotak yang bierisi bungkusan putih tersebut Al Uwais sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada Al Qin.

Saat matanya melihatkan isi kandungan bungkusan tersebut, Al Idrus segera memalingkan wajah. Al Qin menghampiri untuk melihat dengan lebih dekat. Jantungnya seakan terhenti. Empunya kepala yang sudah terpisah daripada badan itu dikenalinya. Sangat dikenali.

"Kenapa?! apa kesalahan dia?" ujar Al Idrus lantas meletakkan kotak tersebut  dan mengalihkan pandangan pada Al Uwais.

"Dayang Ku Lanka Permana menjalin hubungan sulit Tuanku Ayahanda!!..

"Kau ada buktinya?"

"Ini...."seraya mengeluarkan sepasang cincin yang sama bentuk berlainan saiznya. Batu delima merah menyala terletak indah di atas cincin yang bersaiz lebih kecil.

"Tuanku Ayahanda cuba lihat di batu cincin ini.." Seakan filem yang diulang tayang, gambaran jelas dapat dilihat di dalam batu delima kecil tersebut. Berkerut dahi Al Idrus. 

"Bagaimana boleh terjadi?"

"Dayang Ku Lanka Permana pernah dilihat berkunjung ke Sempadan Dunia Halsar Tuanku..bukan sekali..sudah berkali-kali"..daaann, khabarnya dia ada anak kecil  di sempadan sana Tuanku!!.sambung Al Uwais.

"Hukuman ini terpaksa anakanda laksanakan kerana tindakan Dayang Ku Lanka Permana mendedahkan kita kepada pihak musuh Tuanku Ayahanda"..

Al Qin terasa peluh dingin mengalir membasahi dahinya. "Huhh..kejamnya kanda! tergamak membunuh seorang ibu yang masih punya anak kecil..!!." Sungguh gusar teramat tatkala melihatkan kepala dayang istana yang pernah menjadi pengasuhnya ketika dia masih kecil. "Mana mungkin!" bagaimana dengan anaknya?" hati Al Qin dilanda kebimbangan bukan kepalang. 

Di alam mereka, siapa yang tidak kenal dengan Al Uwais Al Idrus?? Paling kejam antara semua keturunan diraja, dan calon nombor satu untuk menaiki tahtka kerajaan sekiranya berlaku sesuatu terhadap ayahandanya. "Aku harap kanda tidak akan pernah melihat atau terjumpa dengan Qinna." Kusut hati Al Qin memikir keselamatan diri wanita kesayangannya.

Perbincangan dia dan ayahandanya terhenti apabila diarahkan keluar. Al Qin akur walaupun gentar dan gundah di dada. Semoga keadaan yang menimpa Dayang Ku Lanka Permana tidak terjadi kepada Qinna Nur Laila.

                                                 **************************************************

"Agrhhhh..hngg..hmmm.. arghhh..hngggg..."tubuh Qinna menggeliat menahan rasa. Sepasang tangan berbulu hitam berkilat sedang mengusap-gusap lembut sekujur tubuhnya. Pakaian tidur nipis yang dipakai tidak membantu menyekat keinginan Qinna. Nafsu Qinna melonjak-lonjak. Entah kenapa suaminya masih belum membuka langkah. Dalam keadaan separuh sedar, Qinna memalingkan tubuh ke arah empunya tangan. Tangan Qinna cuba mencapai empunya tubuh sehinggalah  merasakan ada cecair yang tiba-tiba sahaja membasahi katilnya. Qinna tersentak!. Matanya terbuka luas. Segera dia bingkas bangun terpinga-pinga. Melingas kiri dan kanan. "Hah..hah.." nafas Qinna turun naik. Seakan dikejar sesuatu yang menakutkan. Saat mata melorot ke arah celahan dua kakinya, nafas Qinna hampir terhenti. "Tidakkkkkkkkkk" jeritan Qinna membelah keheningan malam. 

Kelihatan darah pekat mengalir membasahi tilam beradunya. Qinna melompat turun daripada katil. Terduduk dan mengigil di satu sudut bilik tidur. Kepala makhluk yang berupa lutong menyeringai menampakkan sepasang taring kuning berkarat, terpenggal daripada badan. Terketar-ketar seluruh tubuhnya menahan takut yang teramat. Dalam suasana kelam tanpa cahaya di biliknya, jelas di mata Qinna susuk tubuh yang dikenalinya. Sebelah kiri tangan makhluk itu mengengam kemas pedang yang berkilat berlumuran darah pekat. 

"Kau selamat sekarang Qinna." Al Qin akhirnya bersuara. Bilah pedang itu segera di masukkan kesarung. Dia berpaling membelakangi Qinna dan saat kakinya cuba melangkah terasa ada cengkaman kuat. 

"Kau..jangan pergi..tolong..tolong lahh".aku takut..aku takutttt"...mata Qinna kabur dengan linangan air mata.

"Qinna...maafkan aku..maafkan aku.." nada kesal berbaur hiba. Al Qin pasti, ini adalah ulah Al Uwais. "Ketahuan kah dia tentang Qinna?" hati Al Qin semakin resah. Makhluk berupa lutong yang baru dipenggalnya tadi pasti konco-konco yang dihantar oleh Al Uwais!!. "Azrail..kau tunggu!! berani kau cuba-cuba menganggu wanita kesayangan aku!!" perasaan marah semakin membuak dihatinya.

"Jangan..tolong jangan tinggalkan aku.."rintih Qinna. Kala ini, Qinna tidak lagi memikirkan kedudukkan dirinya sebagai isteri seorang ustaz. Dimana suamiku ketika aku memerlukan dia?! Cengkaman tangan Qinna yang kuat menyebabkan Al Qin tidak terus melangkah. Dia tunduk, memegang lembut tangan Qinna,  kemudianya memimpin Qinna menghampiri birai katil. 

"Sayangku.. Qinna Nur Laila dengar  baik-baik. !! aku akan sentiasa mendampingi kau. Walaupun kau sedar atau tidak, keselamatan diri kau keutamaan aku sekarang!..jadi jangan bimbang sayang.." Al Qin bersuara seraya mengengam lembut tangan Qinna. Qinna menundukkan wajahnya. Sewaktu dia berpaling melihatkan keadaan tilamnya, sekali lagi Qinna terpinga. Kesan darah hilang seakan tidak pernah berlaku apa-apa. Kosong..Dahi Qinna berkerut. "Ehh..?!" Qinna kembali menatap wajah Al Qin. Jelas terpapar tanda soal yang besar di raut wajahnya. "Bolehkah kalau aku memeluk kau?" soalan itu terpacul tiba-tiba daripada mulut Qinna. Serentak dengan itu jemari Qinna secara automatik menekup bibirnya sendiri. Tak tersangka akan terkeluar ayat itu. Al Qin melemparkan senyuman bahagia seraya mendepangkan tangan dan meraih Qinna ke dalam pelukannya. Qinna membenamkan wajah mulus  di dada Al Qin. Saat itu, hilang segala ketakutan dan keresahan yang menggunung. 

"Dupp..ddapp..dupp..dapp" getar hati Qinna  bukan kepalang bila berada dalam pelukan Al Qin. Merona merah wajahnya sewaktu dia mendongak memandang wajah Al Qin. "Qinna.." jemari Al Qin mengelus lembut rambut hitam ikal mayang milik Qinna. "hmm?" sedikit menggoda sambil tersenyum Qinna membalas. Seketika kemudian bibir keduanya bertaut rapat. Tangan Al Qin mulai menjalar membelai belakang tubuh Qinna. Perlahan-lahan menuruni setiap lekuk tubuh wanita itu. "Arghh..hghh..hmmmm"..mata Qinna separuh terpejam dek kenikmatan ciuman Al Qin. Kali ini, dia enggan melepaskan pelukan Al Qin. Sungguh Qinna langsung terlupa status dirinya. Baju tidur nipis yang dipakai dilurutkan sedikit demi sedikit. Tubuh tegap Al Qin dibelai tanpa rasa malu lagi. Di gigit manja dada Al Qin yang terdedah. Nafas keduanya tercungap-cungap menahan gelojak nafsu untuk segera bersenggama. Qinna merebahkan badan separuh bogel diatas katil dengan senyuman yang sangat menggoda. Diraih tangan Al Qin dan diletakan diatas payudara tanpa segan. "Kau mahu bersatu dengan aku Qinna?" ujar Al Qin seiring getar di jiwa nya. 

"Ya..aku..aku mahukan kau Al Qin..tolong..tak tertahan lagi rasanya.." jemari Qinna merayap ke celahan kakinya memberi isyarat dia mahu nafsunya dipuaskan. 

"Qinna"....

"arghhh...hghh..hmm..arghhh"..

Malam itu menjadi saksi, cinta seorang isteri pada suaminya padam dan menghilang tanpa nisan.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.