Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,179
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 27
                                                          DENDAM BELUM TERLUNAS

"Kau bodohh!!, macam mana boleh terlepas hah?!" tinggi melengking suara Al Uwais memarahi konco-konco Azrail yang gagal mengekori Al Qin dan Qinna. Entah bagaimana mereka boleh kehilangan jejak pasangan itu.  Matanya merah menyala dengan dengusan nafas kencang berombak menunjukkan kemarahan yang bukan kepalang. Memikirkan keadaan adindanya yang hampir pasti akan mendapat zuriat diraja bangsa Al Hin, menambahkan lagi kerunsingannya. 

Berita yang dirisik menunjukkan manusia perempuan itu telah sah mengandungkan benih Al Qin. Kepala Bidan Mak Nggal disekatnya sewaktu terbang mencari mangsa beberapa hari yang lalu. Hanya dengan sekali gertakan, terkeluar semua cerita. "Huh..langsung tak boleh percaya..dasar penanggal!!"..cemik Al Uwais. Walaupun Al Uwais sedikit gembira dengan berita dia akan mendapat anak saudara, namun memikirkan kedudukannya sebagai pewaris takhta bakal tergugat, perasaan gembira itu hanyut bersama dendam dan kebimbangan.

"Arghhh..parah kalau Ayahanda tahu berita nih..pastinya dia akan menitahkan seluruh bala tentera bangsaku untuk melindungi manusia perempuan tuh!, satu-satunya cucu ayahandaku bakal dilahirkan oleh manusia biasa!..semakin sukar kerja aku untuk membunuh dia!"..dengusan nafas Al Uwais diikuti asap panas berwarna jingga keluar dari rongga hidungnya. Marah benar dia!. 

"Azrail kau cepat pergi akan ke pondok penginapan  Al Qin!!..cari bukti dia menyorokkan manusia perempuan itu dirumahnya, senang untuk aku racun fikiran ayahandaku...aku penggal kepala mereka berdua kelak !!"..Sorotan mata Al Uwais jelas menunjukkan dendam mendalam terhadap adiknya sendiri. Azrail yang mendengar perintah Al Uwais, menghilang sekelip mata, "tiada masa untuk aku bazirkan, sebarang titah Al Uwais perlu aku laksanakan!"..

                           **********************************************************************

"Cepat..cepat..geledah barangan di pondok  Al Qin sebelum dia balik!", tempik Azrail kepada konco-konconya. Habis bersepah. Puas juga beberapa ekor makhluk halus berupa lotong itu menghidu seluruh kawasan pondok mencari bukti keberadaan Qinna disitu. Namun anehnya, mereka hanya dapat mengesan bau Al Qin sahaja. Tiada juga sebarang barangan yang ditemui boleh mengaitkan Al Qin menyorokkkan manusia perempuan itu di pondoknya. "Arghhh..boss..macam mana?" soal salah seekor konco Azrail. 

"Tak jumpa apa-apa bukti?" berkerut dahi Azrail.

"Tak boss.."

"arhghh..sudahhhh..matilah aku!!" kecut perut Azrail memikirkan penerimaan Al Uwais nanti. 

"boss..boss..aku rasa aku jumpa sesuatu"..konconya sambil menghulurkan helaian rambut hitam panjang menghurai.

Azrail meneliti dengan cermat helaian rambut tersebut. "huhhh!!..hurmm...lain macam bau rambut nih", mata Azrail bersinar galak apabila helaian rambut itu dihidunya. "Sudah..kemas balik pondok ni seperti asal, aku tak mahu Al Qin mensyaki kita menceroboh pondoknya".  

Azrail mengengam kemas helaian rambut tersebut dan segera bertolak menuju ke istana untuk bertemu Al Uwais. "Aku harap ganjaran aku setimpal dengan usaha yang aku buat!..aku tak mahu lagi dipandang seperti picisan di alam ini!"..begitu menggunung harapan yang disandarkan pada helaian rambut yang dijumpai di pondok Al Qin.


                            ***************************************************************************

"Aminn.." usai menunaikan solat Isyak, Ustaz Azhar berinjak ke sebuah bilik. Dalam keadaan masih lagi berwudhuk, dia membaca potongan Doa Nabi Sulaiman A.S. untuk tujuan menghalau sebarang makhluk sepertin jin dan syaitan. "Kalau tidak kerana rambut ini, pasti sukar untuk aku kesan dimana Qinna disembunyikan." "Rupanya sudah dibawa ke alam sana?" hati Ustaz Azhar bimbang bercampur gundah. Bimbang kerana tidak mustahil Qinna akan terpesona dengan kehidupan didunia halus dan gundah kerana Qinna pastinya sangat naif untuk mengetahui keadaan sebenar dunia halus itu. 

Simpatinya pada Ustaz Syafiqullah semakin bertambah. Daripada firasatnya, Qinna telah pun menjadi sebahagian daripada makhluk sebelah sana. "Tak mungkin Qinna dilarikan, melainkan dia sendiri sanggup dan mahu ikut makhluk yang menculiknya!"..


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham