Bab 9: Operasi Menyelamat
Jam sudah melepasi pukul satu pagi. Bunyi cengkerik di luar jendelarumah inap yang sunyi itu bersahut-sahutan, namun suasana dalam ruang tamu amattegang. Zara duduk bersila di lantai, tekun melakar sesuatu di atas kertas A4yang diselamatkan dari sisa-sisa laporan forum pelajar. Liam menghadap komputerriba yang dikelilingi kabel, adapter, dan telefon Nokia lamanya yang diletakkandi sebelah seperti petunjuk masa. Aiman memerhatikan mereka berdua sambilmenggigit hujung pen, seakan tidak percaya apa yang mereka bakal lakukan malamitu.
Nico mengeluh dan berdiri, berjalan ke dapur dan kembali semula dengandua tin minuman F&N. Satu diletak di depan Zara tanpa banyak bicara.
"Terima kasih," balas Zara sepatah, matanya tidak lepas daripeta kasar sistem makmal yang dilakar berdasarkan memori mereka dan nota yangditinggalkan oleh Encik Hadi.
"Jadi kita semua setuju?" tanya Aiman akhirnya, memecahkankesunyian yang menghantui mereka sejak Risa hilang. "Kita tak tunggubantuan. Kita buat sendiri."
"Polis takkan percaya," jawab Liam tanpa angkat kepala."Kalau pun percaya, sebelum mereka semua sampai, Risa entah di mana."
"Aku pun setuju," tambah Zara. "Kalau kita nak tunggu mereka,Risa mungkin dah tiada."
Nico mengangguk. "Kita tak boleh bazir masa."
Aiman menghela nafas panjang. "Baiklah. Kita bahagikan tugas. Liam,kau urus pintu masuk. Kau boleh godam sistem penggera?"
"Aku bukan Ethan Hunt, tapi aku pernah pintas wi-fi librarykolej," jawab Liam sambil tersengih. "Cuma aku perlukan masa dansambungan dekat dengan pusat sistem."
"Zara dan aku akan cari bilik kawalan. Kita cuba alihkan perhatianpengawal. Nico, kau ikut Liam. Kau cover dia kalau ada apa-apa."
"Copy that, capten," Nico menjawab sambil buat tabikgaya drama Jepun lama.
Perancangan mereka ringkas, tetapi risiko tinggi. Jika gagal, bukansahaja nyawa mereka yang terancam, tetapi kebenaran yang mereka cari selama inimungkin akan terkubur bersama rahsia Gunung Lambak.
*****
Langit malam gelap gelita. Awan hitam menghalang cahaya bulan daripadamenerangi laluan mereka ke pinggir hutan. Mereka berpakaian serba gelap,memakai kasut senyap dan membawa beg galas berisi lampu suluh, bank kuasa,peta, walkie-talkie murah, dan tekad yang semakin menebal.
“Laluan belakang makmal ini tak dijaga ketat,” ujar Zara sambil memanduarah berdasarkan peta Encik Hadi. “Kalau kita ikut denai semak ini, kita bolehmasuk ikut pintu sisi yang Liam jumpa sebelum ini.”
Mereka merangkak di bawah ranting rendah dan menyeberangi parit kecilsebelum akhirnya sampai ke dinding konkrit makmal yang sudah ditumbuhi lumutdan pokok liar. Di depan mereka terletak pintu besi kecil, berkarat di luar tetapimasih kukuh. Liam mula menyambung kabel daripada bank kuasa ke satu alat kecilhasil buatan sendiri yang disambung ke panel elektronik.
"Berikan aku tiga minit. Kalau lebih daripada itu, tolak aku kelongkang."
"Kalau kau masuk longkang, aku tak nak keluarkan," balas Nicosambil berjaga-jaga dengan kayu di tangan.
Klik.
Pintu itu terbuka sedikit dengan bunyi ‘tik’ yang nyaring tetapi cukupmemuaskan. Mereka masuk secara bergilir, menyorok di balik dinding sementaraAiman dan Zara menyelinap ke arah tangga naik ke aras atas.
Di dalam makmal, keadaan sepi. Lampu kecemasan berkelip perlahan-lahanseperti nadi bangunan yang masih bernyawa. Kamera CCTV masih berfungsi, tetapiZara sudah bersedia. Dia menekan suis pada alat pengacau isyarat yang dipinjamdari Encik Hadi. Skrin pengawasan mula berkelip dan kemudian statik.
"Aku rasa mereka tengah set semula sistem sebab kita kacauisyarat," bisik Zara. "Sekarang masa kita."
Mereka berpecah. Liam dan Nico menuju ke bilik kawalan pusat manakalaAiman dan Zara menyelinap ke blok barat, tempat di mana mereka percaya Risadikurung berdasarkan maklumat kamera yang mereka lihat sebelum ini.
*****
Bilik itu gelap dan sunyi. Hanya bunyi titisan air dari paip bocormenemani Risa yang duduk di penjuru bilik, tangannya diikat dengan wayartelefon lama. Dia cuba tenangkan diri, cuba ingat semua yang pernah dia lihatdan dengar sejak mereka sampai ke Kluang. Risa tahu, jika dia panik, dia akankalah.
Kemudian, dia terdengar sesuatu. Langkah kaki, perlahan, tetapi bukanseperti pengawal. Ada sesuatu yang berbeza.
“Risa!” suara Aiman separa berbisik dari luar bilik. “Kau okey?”
“Cepat!” jawab Risa, walaupun suaranya lemah. “Aku tak tahu berapa lamalagi sebelum mereka datang semula.”
Zara menyelinap masuk dan terus memotong wayar yang mengikat tanganRisa. Aiman berjaga di luar. Mereka bergerak laju, tetapi tiba-tiba sirenberbunyi.
"Alamak," gumam Liam dari walkie-talkie. "Mereka tahukita ada di dalam. CCTV back online."
“Keluar ikut laluan kecemasan!” jerit Nico. “Tingkat bawah ada terowong.Aku buka laluan sekarang!”
Zara dan Aiman membawa Risa ke arah tangga belakang sambil cuba elakkamera yang sudah kembali aktif. Bunyi derapan kaki mengejar mula kedengaran.Risa menggenggam lengan Aiman sekuat hati.
“Aku boleh jalan sendiri,” katanya tegas. “Jangan tunggu aku. Kalau akujatuh, tinggalkan aku.”
“Tiada siapa akan ditinggalkan,” balas Aiman, tanpa berpaling.
Mereka tiba di ruang sempit yang penuh dengan paip dan kabel. Liam danNico menunggu di hujung laluan, dengan pintu bawah tanah sudah dibuka. Merekamelompat masuk satu per satu dan pintu itu ditutup semula, betul-betul sebelumdua pengawal berpakaian hitam muncul di koridor.
Di dalam terowong bawah tanah, nafas mereka termengah. Gelap dan sempit,tetapi mereka tahu mereka selamat. Sekurang-kurangnya untuk malam itu.
Aiman menoleh ke arah Risa.
“Kau okey?”
Risa hanya mengangguk.
Tapi dalam kegelapan itu, mata Risa seakan melihat sesuatu yang oranglain belum perasan. Simbol aneh pada dinding terowong, tertulis dengan catmerah yang pudar. Tulisannya:
"ProjekNaga."