Home Buku Alternatif Suara Kota : Koleksi Puisiku
Suara Kota : Koleksi Puisiku
Kid Haider
6/2/2025 15:18:34
332
Kategori: Buku
Genre: Alternatif
Nada 24

Suara Bising di Kotak Kaca

Lidahnya tajam,
Menusuk tanpa belas,
Bersuara lantang,
Seolah dunia miliknya seorang.

Logiknya berpilin,
Seperti jalan tanpa hujung,
Menjual marah, membungkus kebencian,
Dalam kepingan retorik beracun.

Kononnya dia pejuang,
Namun hanya bertepuk sebelah tangan,
Menari mengikut lagu yang dibayar,
Skrip lama, dendang usang.

Dan kita di sini,
Menghela nafas panjang,
Menukar siaran,
Mencari suara yang benar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.