Home Novelet Thriller/Aksi Saving Kluang in Seven Days (Penulis: Kid Haider)
Saving Kluang in Seven Days (Penulis: Kid Haider)
Kid Haider
23/6/2025 18:38:32
84
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

Bab 1:Kedatangan di Kluang

 

Bas ekspres dari Kuala Lumpur itu berhenti betul-betul dihadapan terminal lama Kluang. Udara panas berbau jalan tar dan kopitiammemenuhi ruang sebaik sahaja Aiman melangkah keluar. Jam menunjukkan pukul11:23 pagi. Matahari menyengat, dan beg galasnya terasa lebih berat dari biasa.

Welcome to Kluang, gang!” seru Liam sambilmengangkat tangan macam baru turun dari kapal terbang. Rambutnya yang berkilatakibat gel Gatsby tampak tidak berganjak walau sedikit pun.

Zara menjeling. “Ini Kluang Liam, kita bukannya mendaratdi LAX. Tolong jangan memalukan kami semua.”

“Kalau aku ambil gambar di stesen kereta api nanti,jangan halang,” sampuk Nico dari belakang. “Tempat ikonik, katanya.”

Risa hanya mengangguk perlahan. Dari awal perjalanan tadidia banyak diam, hanya memerhati. Tangannya erat memegang jurnal kecil yang tidakpernah lekang darinya.

Mereka berlima, iaitu Aiman, Zara, Liam, Nico, dan Risa,dipilih mewakili sekolah masing-masing ke Persidangan Pelajar Kebangsaan 2008.Persidangan itu dijadualkan berlangsung selama seminggu, bertempat di sebuahsekolah menengah berasrama di pinggir bandar Kluang. Seperti biasa, pegawaipengiring mereka, Encik Azmi, tidak kelihatan. Mungkin sedang sibuk dengandaftar masuk atau masih berbual dengan pemandu bas.

“Encik Azmi suruh kita tunggu van rumah inap disini,” kata Aiman selepas menyemak semula mesej SMS yang diterima pagi tadi.“Katanya warna biru, nombor plat JFD 9381.”

“Berapa bintang inap desa kita?” soal Nico dengansenyuman sinis. “Kalau ada penghawa dingin pun dah syukur.”

Zara mengangkat bahu. “Asalkan bukan yang  berhantu.”

Liam ketawa. “Kalau berhantu pun, kita boleh ajak joinpersidangan. Jadi duta hantu kebangsaan.”

Tidak lama kemudian, sebuah van buruk berwarna biruberhenti di hadapan mereka. Pemandunya seorang lelaki pertengahan usia denganbaju pagoda dan topi cap lusuh. “Kamu budak-budak persidangan?” soalnya sambilmembuka pintu belakang.

“Ya, pakcik,” jawab Aiman sopan.

“Naiklah. Rumahnya dekat. Dalam kawasan Taman Sri Impian sahaja.”

Dalam perjalanan ke inap desa, mereka melalui bandarKluang yang kelihatan tenang, hampir seperti terhenti dalam masa. Kedai-kedaipapan masih berdiri dengan papan tanda tulisan lama. Ada satu kedai gambar yangtertulis “Cetakan Segera! Siap Dalam 30 Minit!” dengan logo kamera 90-an yangusang. Ada juga sebuah kafe siber yang masih guna perkataan “Internet MurahRM2/jam”.

“Semua ini ingatkan aku pada sesuatu,” kata Nico.

“Mesti latar drama yang kau nampak di TV...” tambah Liam.

Namun, suasana tenang itu mula berubah bila merekamelintasi sebuah kawasan hutan di kaki Gunung Lambak. Zara, yang duduk di sisitingkap, menegakkan badan.

“Eh, kamu semua nampak di sana? Ada pokok tumbang?”

Mereka semua menoleh. Memang benar, ada sebatang pokokbesar yang rebah menutup sebahagian jalan. Pemandu van memperlahankankenderaan.

“Aneh juga,” gumamnya. “Bukannya hujan pun semalam.”

Mereka semua senyap. Seperti ada sesuatu yang menyesakkanudara di sekeliling. Aiman mencatat nota kecil dalam bukunya: Pokok tumbang.Tiada hujan. Di kaki Gunung Lambak.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di rumah inap. Rumahsatu tingkat dengan cat kuning pudar, berpagar besi karat. Ada kesan tampalansimen di tepi dinding, seperti baru dibaiki.

“Selesa juga,” kata Risa perlahan. Bunyi cengkerikmengisi ruang petang.

Di dalam, rumah itu sederhana. Ada ruang tamu dengan sofabunga, televisyen lama, dan satu kipas berdiri yang berpusing perlahan. Bilikmasing-masing sudah ditandakan dengan kertas bertulis nama mereka.

“Okey semua,” Aiman bersuara selepas semua selesai letakbeg. “Kita ada masa dua jam sebelum taklimat pertama. Aku rasa lebih baik kita tinjau-tinjaukawasan sikit. Tengok tempat, ambil gambar. Siapa tahu, boleh guna untuk bahanlaporan nanti.”

Zara mengangguk. “Jom pergi tengok stesen kereta api.Dengar cerita, tempatnya lawa.”

“Lawa itu subjektif,” kata Nico. “Tetapi okey, jomlah.Janji kita dapat tengok Kluang betul-betul.”

Liam mengangkat kameranya. “Dan kalau kita terserempakdengan makhluk asing, aku akan jadi orang pertama yang muat naik gambar keFriendster.”

Mereka ketawa, tanpa tahu bahawa apa yang menanti merekadi Kluang bukan sekadar persidangan atau lawatan biasa. Di sebalik bangunanklasik, pokok tumbang, dan senyapnya Gunung Lambak, sesuatu sedang bergerak.Dan lima pelajar ini akan menjadi saksi kepada rahsia yang hampir musnahditelan masa.

Aiman menoleh ke arah gunung itu buat seketika sebelummereka keluar.

“Kenapa kau pandang macam itu?” tanya Risa.

“Entahlah.Aku rasa tempat ini... lain macam.”
Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.