Home Novelet Thriller/Aksi Saving Kluang in Seven Days (Penulis: Kid Haider)
Saving Kluang in Seven Days (Penulis: Kid Haider)
Kid Haider
23/6/2025 18:38:32
71
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12

BAB 12: Bahang Yang Terakhir

 

Suasana di dalam makmal kini bagaikan huru-hara terancang. Lampu merahberkelip laju di sepanjang dinding, bunyi siren berbunyi tanpa henti. Padaskrin besar di ruang kawalan, terpapar notifikasi berlapis-lapis.

 

SISTEM TIDAK STABIL, REAKTOR MELEBIHI HAD,PENGECAMAN DNA DILANGKAUI.

 

"Ada sesuatu yang tak kena. Butang ‘Matikan Sistem’ itu bukanpenamat," kata Aiman, nafasnya turun naik.

Liam mengetuk papan kekunci, cuba mencari jalan keluar. "Tak logik.Kita dah tekan ‘shutdown’, tapi sistem macam but semula sendiri. Inibukan penutupan sistem biasa. Sistem perlukan arahan manual dari dalam bilikutama reaktor."

Mereka semua berpandangan.

"Aku boleh pergi," kata Zara cepat-cepat. "Aku palinglaju. Kalau kena lari keluar nanti..."

"Tak." Aiman angkat tangan. "Aku yang mulakan semua ini.Aku yang patut akhiri."

Tiada siapa bantah. Bukan sebab mereka setuju sepenuhnya, tetapi keranamereka tahu Aiman memang maksudkan apa yang dia kata. Tenang, tetapi tegas.

Nico buka kunci pintu logam menuju ke bilik utama. "Aiman, duaminit. Lepas itu, kita masuk cari kau kalau kau tak keluar."

Zara hulur sesuatu iaitu pemadam papan putih yang semalam diambil Aimandari bilik kawalan. "Entah kenapa aku rasa kau patut pegang ini. Mana tahuboleh selamatkan nyawa.

Aiman senyum nipis. Dia simpan pemadam itu dalam poket baju hud."Kalau aku tak balik... beritahu mak aku yang aku sempat habiskan tugasberita sekolah."

Dia masuk ke bilik reaktor. Bau logam terbakar dan udara tepu denganelektrik statik. Jauh di hujung, sebuah konsol berdiri tunggal dengan cahayakehijauan yang suram.

Langkahnya laju tetapi berhati-hati.

"Okey, Aiman," dia bisik. "Kau boleh buat. Tekan ikutturutan. 4-2-9-Enter, kata Liam."

Tapi di saat jari Aiman hampir menyentuh papan kekunci, satu suara garaukedengaran.

"Jangan buat!" laung seorang lelaki, Dato’ Mokhtar.

Aiman berpaling. Mokhtar berdiri dengan pistol dalam tangan, wajahberpeluh tetapi mata tajam.

"Kalau kau matikan sistem itu, semua data akan hilang. Penemuanterbesar Malaysia. Dunia!"

Aiman kaku seketika. "Kalau aku tak matikan, Kluang akan musnah.Berapa banyak lagi nyawa awak nak gadai?"

"Sains perlukan pengorbanan."

Aiman pegang pemadam dalam poket. Benda itu keras dan berat. Dia buatkeputusan sepantas kilat. Dengan gerakan spontan, dia baling pemadam ke arahkawalan elektrik di dinding.

Pop!

Lampu berkelip. Seketika itu, tembakan Mokhtar meleset, terkena tiangbesi. Aiman meluru ke papan kawalan, tekan butang satu demi satu. Bunyi gegaranmula reda.

Luar bilik, Zara dan yang lain tunggu cemas. "Lima... empat...tiga..."

Tiba-tiba pintu terbuka. Aiman keluar sambil terbatuk, wajahnya dilitupidebu.

“Dia berjaya,” bisik Risa, hampir tidak percaya.

Dalam kekecohan itu, Mokhtar sempat melarikan diri melalui pintu servisyang hanya dia tahu. Liam cuba kesan lokasi melalui CCTV, tetapi semuanya sudahgelap.

"Dia sempat bawa pen driveitu," kata Liam perlahan.

Zara ketap bibir. “Tak apa. Kita masih selamatkan Kluang.”

Aiman pandang kembali ke bilik reaktor. Tenaga hijau yang bergelora tadikini hanya tinggal cahaya malap.

Diatahu ini bukan pengakhiran. Tetapi untuk malam ini, mereka menang.
Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.