Sementara itu di rumah orang tua Mail Keding
“Mano poie si Mail ni omak? Dah pukul 11 malam ni… tak balik
balik lagi? Jumpo air mata ke?” rungut abang ipar Mail Keding si Ujang yang
kini terpaksa mengacau dodol akibat ketiadaan Mail Keding.
“Entahla. Kamu dah telefon Mail?”
“Tu Ezah dah telipon. Tapi tak dapek dapek. Goramlak sey.
Tadi sey dah masak lomang. Ni nak tolong kacau gelamai pulak. Mau tak bongkar
esok ni.”
“Kamu panggillah anak mak Damian. Biar dia kacau. Kamu cari
dia? Tak rumah Osman… rumah tok ketua. Takpun kat simpang tu. Rasanya tengah
ketagih nak merambu kat situ.”
“Aik. Malam syawal pun nak merambu lagi.”
“Puasa mereka berdua cuti merambu. Ini mungkin mereka main
gitar baik,” tebak mak Mail Keding.
“Tak habis-habis. Nah mak! Sey cari Mail keding! Damian!
Damian!” panggil Ujang.
Ujang membonceng motorsikal milik ayah mertuanya. Motorsikal
Honda 70 yang tersengguk senguk enjinnya. Dari kejauhan dia dapat melihat motor
Mail Keding yang diparkir di tepi jalan. Ujang memberhentikan motornya di sisi
motor Mail Keding.
“Eh! Ini
motor Mail Keding. Konapa motor di sini? Mano dio poie ni?” tanya Ujang kepada
dirinya sendiri.
Ujang
memandang keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi. Ujang menelan air liur.
“Gelapnya.
Mail! Mail! Mano ekau poie ni? Momorut ko!” panggilnya lalu memandang ke dalam
kobun.
“Alahai.
Mano ekau poie ni. Den ni dahla ponakut. Nak masuk dalam ko tidak ni?” kata Ujang
sendirian.
Enjin
motornya mati. Ujang cuba untuk menghidupkan semula tapi gagal.
“Aduyai.
Mati pulak enjin motor ni,” rungut Ujang.
Dia
segera menongkatkan motornya lalu beralih ke arah motor Mail Keding. Dia
melihat-lihat motor Mail Keding.
“Apolah
dio ni kunci moto tinggal kat sini. Ini kek KL ni dah ilang moto buek camni.
Tak sompek bona ko nak momorut? Mano dio ni? Mail! Mail!” panggil Ujang lagi.
“Ish
budak ni pokak ko apo? Mano dio poie ni. Macam macam hallah.Den jugok kono
cari,” rungut Ujang lagi.
Ujang
memandang ke dalam kebun. Pokok buah buahan meliuk liuk ditiup angin.
“Karang
tak cari marah pulak orang tuo tu. Yang handa buek gelamai si Mail ni.
Nyusahkan botolah!” marah Ujang lalu kakinya melangkah masuk ke dalam kebun.
Apabila
Ujang telah masuk ke dalam kebun kedua-dua belah lampu motorsikal hidup dengan
sendirinya!