Mail Keding memboncengkan motornya menuju ke arah rumahnya.
Entah kenapa sejak keluar dari simpang masjid, motornya terasa berat.
“Nasib
tak baik jumpa bunian. Ke jin Islam? Tapi kalau jumpa hantu malam raya ni lagi
nasib tak baik. Kata Haji Hamzah tadi malam raya inilah segala mak nenek
syaitan akan dilepaskan dari belenggu.
Ish! Jangan buat pasai. Haji
Hamzah nipun satu. Sempat dia kenakan aku!” marah Mail Keding.
Dia masuk ke simpang ke lorong
rumahnya. Rumah Sarjan Seman akan dilaluinya sebentar lagi. Dari jauh dia
melihat api lemang.
“Wah! Tok sarjan ni buat lemang
tahun ni. Boleh aku pau esok.”
Baru sahaja di mendekat ke laman
rumah Sarjan Seman, Sarjan Seman yang
berdiri memandangnya terus masuk ke dalam rumah.
“Wah! Nampak aku terus masuk ke
dalam rumah. Macam tau tau sahaja aku nak pau lemang dia.”
Dia mengamati seorang lelaki
botak yang berdiri memandangnya. Dia kenal itulah anak lelaki Sarjan Seman yang
pernah ditegurnya semasa majlis bacaan Yasin. Carlo mengangkat tangan untuk
menyapa Mail keding. Mail Keding mengangkat tangan kanannya untuk membalas
sapaan Carlo.
Mail Keding berasa pelik Carlo
seolah oleh terpaku memandangnya. Motor Mail keding melepasi Carlo yang masih
terpaku dengan tangan kanannya masih lagi terangkat. Mail Keding berasa pelik.
“Udah kenapa Carlo macam terpaku
je? Macam nampak hantu.”
Mail Keding melihat cermin sisi
motornya. Dia melihat Carlo masih terpaku memandangnya.
“Hmmmm. Anak beranak tak betul.”
Mail Keding membonceng motornya melalui jalan yang sunyi. Di
kiri kanan hanyalah dusun. Tiba tiba lampu motornya padam.
“Arghh
sudah! Kenapa lampu motor aku ni padam?” Mail Keding memberhentikan motornya.
Dia
turun dan menongkat motornya lalu ke hadapan motor bagi melihat lampunya.
“Mak
ai. Gelapnya. Kenapa lampu aku ni terpadam pula? Takkan dah mati mentolnya?”
kata Mail Keding lalu mengetuk lampunya. Lampunya berkelip kelip sebelum padam
semula.
“Adui.
Time nak rayalah kau buat hal. Mana
kedai buka malam malam buta ni. Orang nak beraya. Karang aku tukar lampu bulat
emak aku. Haru.”
“Uuuuu.
Uuuuuu. Uuuuu,” bunyi burung hantu kedengaran
“Alamak.
Burung ni berbunyi lagi,” keluh Mail Keding.
Dia
melihat kawasan sekitar. Keadaan sunyi dan sepi dan gelap. Mail Keding menelan
air liurnya. Tiba tiba bahunya disentuh seseorang. Mail Keding segera menoleh
ke belakang dan melihat seseorang berjubah putih yang menegurnya. Mail Keding
terus jatuh terduduk!
“Hantu!”
jeritnya.