Hari
kedua berada di bumi Madinah, seperti biasa keadaan berjalan lancar. Putaran
masa terasa begitu cepat. Masa yang berlalu sangatlah terasa kehilangannya.
Sekarang kami berpeluang berada di bumi mulia, entah bila akan diberi peluang
sekali lagi berada di sini.
Malam
semalam kami tiba di bumi Yathrib dan telah menziarahi makam Rasulullah
. Kami kembali ke hotel
pada jam 2.00 pagi.
Begitu
teruja kerana buat kali pertama dalam hidup dapat mendengar Azan[1]
dari Masjidil Nabawi. Hati terdetik, mungkinkah suara Azan yang dikumandangkan
adalah dari suara Syeikh Muhammad Bin Majid Hakim. Suara yang biasa didengar
sebelum ini di Internet. Sungguh teruja sekali mendengarnya.
Tiada
keletihan sama sekali. Syukur diberi kekuatan olehNya. Tidur hanya dalam tempoh
dua jam sudah menjadi kebiasaan sejak bertungkus-lumus dalam pengajian sebelum
ini, Insya’-Allah.
Azan
merdu dari suara Syeikh Muhammad amatlah menaikkan semangat. Itulah Azan yang
paling merdu biasa didengar, itulah yang dapat digambarkan, kerana selama ini
hanya mendengar suara Azan dari laman Internet seperti Youtube dan sebagainya.
Lantas,
semua ahli keluarga dikejutkan untuk bersolat Subuh kali pertama di Masjidil
Nabawi. Semua anak-anak bingkas bangun apabila mendengar suara Azan
dikumandangkan. “Anak syurga’ kami, Iris kelihatan masih tidur mungkin kerana
keletihan.
Aku
tidak dapat membawanya ke Masjidil Nabawi. Aku bercadang akan membawanya
selepas Solat Subuh. Kerana pada ketika itu suasana agak lengang di dataran
masjid. Ramai pengunjung berehat di bilik-bilik hotel atau ada yang mengunjungi
tempat-tempat berbelanja dan tempat makan.
Suasana
akan kembali sibuk menjelang Solat Zuhur. Jadi di Antara waktu Solat, adalah
waktu senggang yang boleh diambil untuk bersama anak kami, Iris.
“Abah,
kakak dan Iman ikut Mak Cik sebelah, nanti tak payah tunggu Kakak,” kata anak
sulungku Syafiqah.
Kami
tidak perlu pergi ke Masjidil Nabawi bersekali, empat beranak, kerana dua orang
anak perempuanku akan mengikut jemaah dari bilik sebelah yang baru dikenali
semalam. Mereka dari Sungai Petani, Kedah dan datang bersama seorang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Anak perempuan mereka kemudiannya menjadi
teman kepada Syafiqah dan Iman di sepanjang masa ketika berada di Madinah dan
Makkah.
Syukur,
kerana ada rakan yang boleh melihat dan membantu anak-anak perempuanku. Ini
kerana arah masuk ke Masjidil Nabawi bagi jemaah lelaki dan perempuan adalah
berbeza.
Jemaah
perempuan telah dikhaskan laluan masuk, bagaimanapun bagi jemaah lelaki, mereka
bebas masuk melalui kebanyakkan pintu di masjid, kecuali yang dikhaskan kepada
wanita.
Biasanya
akan diletakkan papantanda bertulis “Women Only” dalam Bahasa Inggeris dan juga
Bahasa Arab. Seperkara yang agak menarik adalah biasanya notis-notis peringatan
disediakan dalam tiga Bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Melayu.
Misalnya
garisan pemisah yang menandakan kedudukan Imam disediakan dalam bahasa Melayu,
seperti berikut:
“Di
sini batas sejajar garis Imam.Dilarang shalat melangkahi garis sejajar dengan
Imam. Batallah shalatmu, jika melanggar batasan tersebut”
Mungkinkah
ini adalah sebahagian dari hasil usaha mereka-mereka yang terdahulu dari Asia
Tenggara yang mengusahakan pakej Haji dan Umrah yang dikenali melalui "Syeikh-syeikh
Haji". Pakej yang wujud sebelum adanya Sistem Muassasah bagi ibadah haji
pada tahun 1987
Atau
mungkinkah juga hasil keperahitinan pihak Muasasah Asia Tenggara ataupun usaha
pihak kerajaan, atau pun pengiktirafan dari Kerajaan Arab saudi serta hubungan
diplomatik yang erat di antara Kerajaan Arab Saudi dan kerajaaan dari Asia
Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Boleh jadi juga bahasa
Melayu digunakan pada notis itu kerana majoriti jemaah dari Malaysia,
Indonesia, Singapura, Brunai atau pun Thailand, berbahasa Melayu.

Aku
dan anak lelakiku, Syauqi kemudiannya bersiap untuk ke Masjidil Nabawi. Solat
Subuh di sana buat kali pertamanya. Pagi itu kami keluar dengan penuh harapan
dan keterujaan.
Dari
hotel penginapan menuju ke Pintu No.15 (pintu masuk ke kawasan dataran masjid),
kelihatan ramai manusia berpusu-pusu keluar menuju ke tempat yang satu, menuju
ke Masjidil Nabawi. Dari jalan-jalan sekitar hotel penginapan, dari berbagai
arah, kelihatan aliran manusia mula membanjiri pintu ke dataran masjid dan
seterusnya masuk ke dalam masjid dari pelbagai arah atau pun pintu masuk.
Satu
pemandangan baru yang dihayati dengan penuh keterujaan, kerana sebelum ini
hanya melihat suasana sebegini melalui siaran TV atau Youtube sahaja.
Usai
solat Subuh, lokasi yang dituju pada hari kedua ini adalah Raudhah. Kawasan
yang menjadi tumpuan yang ditandakan dengan karpet berwarna hijau.
Kawasan
ini biasanya diletakkan sekatan bagi mengawal kemasukan jemaah. Sekatan yang
dijadikan pendinding bagi mengelakkan gangguan kepada para jemaah yang lain,
yang sedang bersesak-sesak dalam ruang solat.
Seorang
jemaah dari Indonesia turut bersama-sama berusaha memasuki Raudhah. Dari arah
tepi kepungan yang didirikan dan dijaga oleh polis pengawal, kami bersama-sama
bergerak ke arah pintu kecil yang dibuka dari arah hadapan yang terletak hampir
pada kawasan yang disebut Mihrab Tahajjud[2].
Kawasan
yang terletak di bahagian hadapan makam Rasulullah
yang
juga menjadi tumpuan di mana kebanyakkan daripada mereka yang telah berada di
situ akan terus kekal dan tidak keluar
"Bapak
sudah bisa masuk ke Raudhah?” Aku bertanya kepada jemaah dari Indonesia yang
berada bersamaku.
Pakaiannya
agak unik kerana memakai baju lengan panjang yang diperbuat daripada batik.
Kebanyakkan jemaah dari Indonesia boleh dikenali dengan imej batik.
"Belum
pernah, ini pertama kali” katanya kepadaku.
Dia
kemudiannya menambahkan kata-katanya dengan lenggok Bahasa Jawa.
"Kami
langsung dari Makkah, ini pun umroh wisata[3],
besok kami akan berangkat ke Turki, wisata umroh.”
Nampaknya
beliau sangat teruja dan harus masuk ke Raudhah kerana besok beliau akan
bertolak ke Turki. umrah wisata adalah umrah yang dipakejkan jadual untuk
pelancungan ke lain-lain negara selain daripada mengunjungi Haramain.
Umrah
wisata juga menyebabkan masa berada di Haramain amat terhad, bergantung kepada
pihak pengendali pakej umrah kerana jadual lawatan yang disediakan adalah untuk
melawat lain-lain lokasi samada semasa pulang atau pun semasa ketibaan.
Akhirnya
setelah agak lama bersesak-sesak dan bersusah payah, kami sampai dipintu kecil
yang dibuka oleh polis pengawal dari sebahagian kepungan kawasan Raudhah.
Kami
mendirikan solat sunat dua rakaat, sebaik sahaja berada di dalam Raudah.
Kemudiannya bermunajat dan berdoa. Pertama kali dapat solat di dalam kawasan
Raudah, membaca doa-doa khusus seperti yang terdapat di dalam buku panduan
umrah serta doa-doa umum.
Sedang
asyik berdoa, polis yang mengawal di kawasan Raudhah meminta kami keluar kerana
ramai lagi jemaah di luar kepungan bersesak-sesak hendak masuk ke dalam kawasan
Raudhah.
Kami
kemudian keluar dari arah belakang makam dan kemudian melalui hadapan makam,
megucapkan Salam kepada baginda dan sahabat-sahabatnya dan kemudian keluar
melalui Pintu Baqi’, yang terletak arah ke kanan makam ketika keluar dari
masjid. Kami kemudiannya kembali ke hotel penginapan dan berehat.
[1] Azan Subuh
dikumandangkan pada jam 3.30 pagi bagi mengejutkan penduduk Madinah. Biasanya
dalam tempoh sejam jam lebih sebelum Solat Subuh, azan akan dikumandangkan.
Azan begitu jelas kedengaran.
[2] Rujuk plan Masjidil Nabawi.
[3] Dari segi bahasa wisata
bermaksud perlancongan atau liburan.