BAB 11: MAKAM RASULULLAH DAN SAHABAT
Mengunjungi
makam Nabi Muhammad
adalah
satu pengalaman yang amat indah. Setiap kali masuk ke dalam Masjidil Nabawi,
peluang mengunjungi dan mengucapkan Salam kepada Rasulullah
, Saidina Abu Bakar
dan Saidina Umar
tidak
akan dilepaskan.
Bilik
makam atau Hujrah Mubarak atau Roza
Mubarak[1]
atau “Sacred Chamber” adalah sebuah bilik khas yang menempatkan makam Nabi Muhammad
, Abu Bakar
dan Umar Al-Khattab
. Ianya terletak di dalam Masjidil Nabawi.
Hujrah
menjadi tempat tumpuan ziarah bagi jemaah setiap kali mengunjungi Masjidil
Nabawi. Lokasi asalnya adalah rumah kediaman Nabi Muhammad
dan
Siti Aishah
. Keutamaan menziarahi
makam Nabi
adalah
perkara utama kepada sesiapa sahaja yang sampai ke Madinah.
Dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Tabrani, Nabi Muhammad
bersabda
dengan mafhumnya “Sesiapa yang menziarahiku selepas ketiadaanku, seolah-olah
menziarahiku ketika aku masih hidup.”[2]
Ramai jemaah akan mengerumumi
bahagian hadapan makam Nabi Muhammad
dan sahabat yang telah dipasang grill yang
diperbuat daripada emas. Di bahagian hadapan tembok itu terdapat tiga lubang
bagi tujuan pengudaraan di dalam bilik makam dan juga digunakan oleh jemaah
untuk mengintai ke dalam hujrah. Bagaimanapun, kehadiran polis pengawal yang
mengawal di bahagian hadapan makam, menyebabkan tidak ramai yang mampu berbuat
demikian.
Mengikut Islamic landmark dalam sebuah artikelnya, kedudukan makam Nabi Muhammad
dan sahabat adalah seperti yang digambarkan
dalamGambarajah
1
seperti berikut:

Gambarajah1: Kedudukan Hujrah
Bilik
makam mempunyai dua buah pintu, di mana satu pintu terletak di bahagian barat
dan satu bahagian pintu terletak di bahagian utara. Kedua-dua bahagian pintu
itu tidak berkunci.
Nabi di makamkan di dalam bilik
tersebut yang juga lokasi asal rumah baginda. Kepala Nabi Muhammad
yang mulia dihadapkan ke arah barat, manakala
kaki baginda Rasulullah
dihadapkan ke arah timur. Muka baginda pula
dihadapkan ke arah kiblat[3].
Apabila Saidina Abu Bakar
meninggal
dunia, beliau dimakamkan di dalam bilik itu bersebelahan dengan Nabi
Muhammad
. Bagaimanapun
kedudukan jasad beliau lebih ke bawah dari kedudukan jasad Nabi. Kedudukan
kepala Abu Bakar
adalah
bertentangan dengan kedudukan bahu Rasulullah
. Manakala, arah
kedudukan jasadnya sepertimana kedudukan jasad Nabi Muhammad
.
Pada mulanya Saidatina Aishah
berhasrat
untuk dimakamkan di ruang selepas Abu Bakar
. Bagaimanapun, Apabila
Saidina Umar
meminta kepada Aishah untuk dimakamkan di
situ, Aishah
menerimanya.
Apabila
Saidina Umar
meninggal
dunia, jasad beliau dimakamkan bersebelahan Abu Bakar
dengan kedudukannya sedikit ke bawah. Kepala
jasad Umar
bertentangan dengan bahu Abu Bakar
dengan
arah jasad seperti jasad Nabi
.
Dalam versi riwayat yang lain,
dikatakan bahawa ruang selepas Umar
ditawarkan
oleh Aishah
kepada
Abdul Rahman bin Auf
dan
kemudiannya kepada Hassan bin Ali. Bagaimanapun, Khalifah Umaiyyah ketika itu
tidak membenarkannya.
Diriwayatkan bahawa ketika hanya ada
jasad Nabi dan Abu Bakar
di
dalam hujrah itu, Aishah
masuk
ke ruang itu tanpa tudung kepala. Bagaimanapun, setelah jasad ke tiga iaitu
Umar dimakamkan, Aishah
masuk
ke dalam hujrah dengan berpakaian lengkap menutup kepala.
Ini kerana kedua-dua jasad tersebut
iaitu Nabi dan Abu Bakar
adalah
muhrimnya. Abu Bakar
adalah ayahnya manakala Nabi yang mulia adalah
suaminya[4].
Sirah ini menjadi takrif hukum wanita menutup aurat ketika menziarahi kubur.
Aishah
kemudiannya mengarahkan supaya sebuah tembok
dibina untuk memisahkan ruang tempat tinggalnya dengan kawasan makam, di dalam
rumahnya.
Umar bin Abdul Aziz, seorang yang
wara’ dan dikatakan standing dengan Khalifah Ar-Rasyidin, turut menolak tawaran
untuk dimakamkan di situ oleh Aishah
. Beliau menolaknya
kerana bimbang Allah tidak redha dengan seolah-olah sikap egonya jika
dimakamkan di situ. Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa Isa Al-Masih akan
dimakamkan di ruang yang ke-empat[5]
apabila wafat, setelah kebangkitan ke-dua.
Aishah
kemudiannya
membina tembok yang memisahkan ruang maqam dengan sebuah ruang kecil tempat
tinggalnya. Ini kerana, jemaah yang berziarah ke makam akan mengutip debu di
sekitarnya untuk mengambil berkat.
Setelah
membeli rumah kediaman Aishah
, Khalifah Bani
Umaiyyah, Walid bin Abdul Malik mengarahkan gebenor Madinah, Umar bin Abdul
Aziz supaya meruntuhkan tembok yang dibina oleh Aishah
dan
bilik makam untuk tujuan pembesaran masjid. Seluruh Madinah dikatakan menangis
ketika kerja runtuhan tersebut dilakukan.
Said
bin Al-Musayyib[6],
seorang ahli faqih atau ulama fiqh[7]
yang dilahirkan ketika zaman Saidina Umar
. Beliau digelar
sebagai salah seorang dari “Tujuh Fuqaha Madinah” kerana ilmu dan kewarakan
yang dimilikinya. Beliau pernah berkata “Saya berharap bilik makam tidak
diruntuhkan supaya generasi akan datang dapat melihat bagaimana seorang Nabi
yang
tidak begitu mementingkan harta dunia.”
Seorang
penyelia yang bertugas menyelia kerja-kerja meruntuhkan binaan tersebut yang
bernama Wardan agak terperanjat kerana melihat sepasang kaki muncul setelah
binaan diruntuhkan. ‘Abdullah bin Ubaidullah berkata bahawa kaki yang kelihatan
itu adalah kaki dari jasad Saidina Umar
yang
agak terkeluar dari kawasan pemakaman ke arah rumah Aishah
.
Ummahat Al-Mukminin,
Saidatina Aishah
tidak
dimakamkan di makam bersama Nabi. Setelah Aishah
meninggal, jasad beliau dimakamkan di
Perkuburan Baqi’ (Jannat al-Baqi’), setelah disolat jenazah yang diimamkan oleh
seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Hurairah
.
Seorang sejarahwan, Abu Al-Baqa’
Ahmad (meninggal pada tahun 854 Hijrah) mengisahkan pada satu ketika terdapat
sesuatu bunyi di dalam bilik makam, seperti ada benda yang jatuh. Perkara
tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada Gabenor Madinah. Satu siasatan perlu
dilakukan segera setelah gabenor mengarahkannya.
Ketika itu seorang yang wara’
amatlah diperlukan untuk masuk ke dalam bilik makam untuk menyiasat. Beberapa
calon telah dikenalpasti untuk melaksanakan tugas itu, akhirnya gabenor
bersetuju supaya seorang ahli Sufi bernama Syeikh ‘Umar Al-Nashahai’ yang
tinggal di Musil, Syria melaksanakan tugas itu. Bagaimanapun, syeikh tersebut
menolaknya dengan alasan dia berpenyakit yang tidak dapat mengekalkan wudu’
dalam tempoh yang lama.
Setelah dipujuk, syeikh tersebut
bersetuju. Dia kemudiannya membuat persediaan dengan yang perlu dan memanjatkan
doa kepada Allah agar dia dapat melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.
Selain daripada itu dia juga memohon supaya penyakitnya kembali pulih.
Syeikh ‘Umar kemudiannya memanjat
dan turun dengan seutas tali untuk memasuki hujrah dengan bantuan cahaya lilin.
Apa yang dilihatnya amatlah mengejutkan kerana tampalan plaster simen dari atas bumbung jatuh ke dalam hujrah. Syeikh ‘Umar
kemudiannya membersihkan hujrah serta menyapu makam dengan janggutnya. Dengan
izin Allah, penyakitnya dikatakan sembuh selepas itu.
Beberapa lama kemudian, Umar bin
Abdul Aziz membina hujrah dengan batu granit. Bentuk hujrah itu dibina dengan
bentuk segilima kerana mengelak dari berbentuk seperti Kaabah. Menurut Islamic Encylopedia, ketinggian tembok
di bahagian selatan adalah kira-kira 12.7 meter dan tembok bahagian barat
dianggarkan setinggi 11.5 meter. Manakala ketinggian tembok di bahagian timur
dan barat daya adalah setinggi kira-kira 9 meter dan 9.75 meter. Jarak di
antara pemisah dengan kawasan makam adalah kira-kira 80 sentimeter.
Seperti yang telah dijelaskan dalam
sejarah perluasan Masjidil Nabawi, hujrah tersebut tidak mempunyai kubah
sehinggalah pada tahun 678 Hijrah. Sultan Qalawun Al-Salhi kemudiannya membina
sebuah kubah yang boleh mengenalpasti kedudukan makam Nabi dengan mudah.
Beberapa
tahun kemudian, penambahbaikan dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam ke atas
kubah tersebut. Pada tahun 1253 Hijrah, kubah tersebut telah diwarnakan dengan
cat berwarna hijau oleh Sultan Abdul Hamid. Kubah tersebut kemudiannya dikenali
sebagai Kubah Hijau.
[1] Dalam sebutan Bahasa Urdhu
[2] Terkandung di dalam Bayhaqi
Shu’ab ul Iman Volume 003: Hadith No. 489
[3] Sumber: Islamic Encyclopedia
[4]
http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Pemakaman2.html#643
[5] “Then he will die and be buried
with me, in my grave (i.e. very close to Rasulullah’s grave) On the Day of
Qiyaamah, Isa and I will rise from one grave between Abu Bakr and Umar.”
Narrated by Ibn Jauzi in Kitaabul Wafaa. [Mishkaat, page 480]
[6] Said dilahirkan pada tahun 642
Hijrah ketika zaman pemerintahan Umar Al Al-Khatab. Beliau sempat hidup
bersama-sama Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib, ketika hayat mereka.
[7] Juga disebut Fuqaha, seorang
yang amat mahir dengan hukum-hukum ibadat samada secara perseorangan atau
menyentuh soal sosial umat Islam.