BAB 10: MASJIDIL NABAWI DAN SEJARAHNYA
Mengikut
sejarahnya lokasi Masjidil Nabawi yang ada sekarang ini tempat di mana unta
Nabi Muhammad
berhenti ketika Nabi Muhammad
mula
sampai di Yathrib. Dalam tempoh 15 hari pertama baginda Rasulullah
membina
sebuah masjid, yang kemudiannya dikenali Masjidil Nabawi (Masjid Nabi).
Dengan
menggunakan pelepah-pelepah dan batang-batang tamar, sebuah masjid dibina
secara gotong-royong bersama orang-orang Ansar. [1]Panjang
masjid ketika itu mencapai 35 meter lebar dan 30 meter panjang, manakala tinggi
tembok masjid adalah kira-kira dua meter.
Cahaya
api dari pelepah-pelepah tamar menjadi lampu menerangi ruang masjid pada waktu
malam. Lantai masjid adalah terdiri daripada tanah yang terbentang luas,
bertukar menjadi selut ketika hujan lebat dan meninggalkan bekas pada dahi
jemaah yang menunaikan solat.

Jumlah
keluasan kawasan masjid itu adalah kira-kira 1060 meter persegi. Sebanyak tiga buah
pintu dibuka. Pertama, pintu di bahagian selatan ketika kiblat masih menghadap
Baitulmuqaddis di arah utara.
Pintu
yang kedua terletak di sebelah barat yang dinamakan dengan Pintu Atikah kerana
dekat dengan rumah Atikah binti Abdullah bin Yazid bin Muawiyah. Sekarang pintu
itu terkenal dengan nama Pintu Rahmah.
Pintu
yang ketiga terletak di bahagian timur yang dinamakan Pintu Nabi, juga disebut
dengan Pintu Uthman, yang kemudian dikenal dengan sebutan Pintu Jibril.