

Sesungguhnya
"Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar
(lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah
atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan
berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui.
Surah
Al-Baqarah, Ayat 158.
Kami
bergerak dari Dataran Haram ke tempat Sa’i yang terletak di Bukit Safa dan
Marwah. Selepas selesai mengambil wudu’,
stroller yang diletakkan Iris ditolak masuk ke Bukit Safa. Walaupun ibadah
Sa’i boleh dilakukan tanpa wudu', tetap juga kami mengambil wudu’.
Sebelum
itu terdapat pemuda yang memegang wheelchair
menawarkan perkhidmatan menolak wheelchair,
ketika mengerjakan ibadah Sa’i.
“Kam
riyal,” kataku semasa pemuda tersebut menunjukkan wheelchair, sambil menawarkan perkhidmatannya, seperti mana yang
terdapat di sepanjang jalan di kawasan menuju Masjidil Haram, dan Dataran
Haram.

“Sembilan
puluh,” dia menjawab dalam Bahasa Malaysia. Perkhidmatan ini biasa disasarkan
kepada mereka yang uzur serta memerlukan
wheelchair ketika berada di Masjidil Haram. Terdapat pemuda-pemuda yang
menawarkan perkhidmatan wheelchair
pergi dan balik ke Masjidil Haram dari hhotel penginapan. Bayaran yang
dikenakan tentulah lebih banyak.

Iris
ketika itu tidak meragam dan tidur, dia kelihatan sangat gembira. Tambahan pula
suasana yang ramai dengan jemaah di ruang Sa’i serta dipenuhi dengan berbagai
jenis lampu, menyebabkan Iris kelihatan cergas dan bertenaga. Iris juga
kelihatan sangat santai berada di dalam stroller,
berbanding jika didokong di atas belakang.
Ketika
mula sampai di Bukit Safa, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kerana
dapat berada di lokasi, di mana kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail dirakamkan
dalam Al-Quran.
Dalam
Al-Quran, diceritakan bahawa Nabi Ibrahim yang tinggal di Palestin mempunyai
dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. Siti Sarah adalah isteri
pertamanya, manakala Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Asalnya, Siti
Hajar adalah seorang hamba berbangsa Qibti, yang dihadiahkan oleh Raja Mesir
kepada Nabi Ibrahim.
Suatu
ketika perasaan cemburu Siti Sarah timbul kerana belum mengandung atau mandul,
sedangkan Siti Hajar ketika itu sedang mengandung. Ini mendorong Nabi Ibrahim
membawa Siti Hajar keluar jauh dari Palestin ke sebuah kota purba yang dikenali
sebagai Faran, di lembah Hijaz. Di situ tempat yang langsung tidak berpenghuni.
Nabi
Ibarahim memujuk Siti Hajar supaya bertawakal dengan berkata “Dialah (Allah) yang memerintahkan aku
membawamu ke sini”. Nabi Ibrahim kembali ke Palestin. Beberapa lama Siti
Sarah mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu dinamakan Ishak.
Nabi-nabi di bawah turunan zuriat Ishak, kemudiannya dikenali sebagai Bani
Israel.
Jarak
di Antara Safa dan Marwah yang dikenali sebagai “Bathnul Waadi” adalah sejauh
405 meter. Ketika melakukan Sa’i jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak seketika
ketika melintasi jarak yang telah ditetapkan seperti yang ditunjukkan melaluiGambarajah
3 di bawah ini.


Gambarajah3 :
Perjalanan Sa’i
Sumber:
Dilukiskan semula dari Buku Panduan Haji, Lembaga Tabung Haji
Pada
masa sekarang jarak tersebut sejauh 99 meter telah ditandai dengan lampu
berwarna hijau. Jemaah wanita pula disunatkan berjalan cepat apabila melintasi
jarak itu. Ini adalah bagi mengingati
sirah yang telah dilakukan oleh Siti Hajar, isteri kedua Nabi Ibrahim yang
ditinggalkan di lembah kering kontang, Hijjaz.
Ketika
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail, Siti Hajar berlari dan berjalan cepat.
Persitiwa ini berlaku di antara Safa dan Marwah, atau lebih tepat lagi “Bathnul
Waadi”.
Di
ceritakan, dalam keadaan lapar dan dahaga, Siti Hajar berlari-lari anak mencari
air untuk anaknya Nabi Ismail, tujuh kali pergi dan balik di lembah yang
terletak di antara Safa dan Marwah. Akhirnya air yang dicari kemudiannya muncul
di tempat Nabi Ismail yang menangis kerana ditinggalkan. Air itu dikenali
sebagai air Zam-Zam.
Air
yang memancut keluar itu kemudiannya menarik perhatian burung-burung di lembah
gersang Faran. Seterusnya pula menarik perhatian beberapa Kafilah Arab ke situ.
Lembah itu kemudiannya menjadi makmur, penduduk semakin bertambah. Kabilah Arab
membina Kota dan bermulalah penempatan manusia di lembah yang sebelumnya
gersang. Di lembah itulah lokasi Kota Makkah sekarang ini.
Selepas
13 tahun, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk kembali ke lembah Faran, tempat
Siti Hajar ditinggalkan. Ini adalah supaya Nabi Ibrahim dapat menemui isteri
dan anaknya Ismail yang telah lama ditinggalkan. Nabi Ibrahim a.s dan Siti
Hajar serta Ismail membina Baitul Haram yang berbentuk empat segi. Baitul Haram
itu sebelumnya telah dibina oleh Nabi Adam A.S. Setelah selesai pembinaan
Baitul Haram itu Nabi Ibrahim kembali ke Palestin, yang terletak di utara,
lembah Faran.
Ketika
kami sampai di kawasan Sa’i kelihatan ramai jamah sedang melakukan Sa’I,
walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Cuaca ketika itu
agak sejuk dengan penyaman udara yang dipasang di ruang Sa’I, di Bukit Safa dan
Marwah. Iris juga kelihatan kesejukan sambil mengetap bibirnya. Kain selimutnya
pula tidak dibawa bersama, tertinggal di dalam hotel penginapan.
Aku
yang ketika itu dalam ihram tiba-tiba bercadang untuk menyelimutkan Iris yang
kesejukan.
“Tak
pa kain ini ada dua keping. Satu boleh buat selimut. Iris sejuk tu,” aku
terlupa bahawa kain ihram memang dua keping, satu dipakaikan seperti kain dan
satu lagi dibalut badan seperti baju”.
“Eh!
Tak pa Iman tutup kaki dia,” Kata Iman yang sanggup menolak strolleradiknya di sepanjang lauan
Sa’i. Baru aku teringat kata-kata Ustaz Zul semasa berkursus dulu.
“Ingat
kain ihram, setiap orang kena dua keping, satu untuk kain, satu lagi baju. Kain
yang tidak berjahit,” Ustaz Zul menyampaikan pesanan dalam kursus umrah dan
haji, yang telah diadakan di Sungai Petani.
Perjalanan
Sa’i diteruskan seperti biasa. Kelihatan jemaah semakin ramai. Ada yang
disorong di atas wheelchair dan ramai
yang berjalan seperti biasa. Semuanya berpakaian dan berihram warna putih.
Pergerakkan wheelchair sangat laju,
ditolak oleh para pemuda yang menyediakan perkhidmatan. Jika tidak diawasi
mungkin dilanggar oleh mereka. Kadang-kadang terlihat mereka yang berada di
atas wheelchair, tidak sempat pun
berhenti sejenak membaca doa, kerana pergerakan tolakan yang begitu laju.
“Hajji, Hajii, “penolak wheelchair akan
berteriak jika laluannnya dihalang atau ada jemaah di hadapannya. Apabila
mendengar suara itu, kita perlulah mengelak untuk memberi laluan. Jika tidak,
mungkin dilanggar secara tidak sengaja. Ini kerana terdapat beberapa jemaah
yang disorong di atas wheelchair di
belakang mereka.
Aku
juga pernah dilanggar di bahagian belakang kaki dengan tempat letak kaki pada wheelchairyang ditolak ketika
mengerjakan Tawaf di Dataran Kaabah. Walaupun laluan khas kepada penolak wheelchair telah disediakan dengan
tandaan regangan pita plastik, namun terdapat penolak wheelchair yang masuk ke kawasan di mana, ramai jemaah sedang
bertawaf dengan berjalan kaki.
Dalam
Sa’i ada bacaan khas yang dianjurkan. Tapi semua bacaan itu adalah sunat.
Ketika melakukan Sa’i, kita boleh membaca surah-surah Al-Quran. Sama seperti
Tawaf. Doa bagi setiap pusingan juga adalah panjang, dan susah untuk dihafal.
Ketika Sa’i ramai yang membaca Al-Quran, berselawat dan membaca doa-doa.
Sama
seperti ketika berada di Dataran Haram, mengerjakan Tawaf, terdapat
kumpulan-kumpulan jemaah yang bergerak dalam kumpulan ramai. Kebanyakkan mereka
adalah jemaah dari Indonesia.
Selain
daripada itu terdapat juga lain-lain kumpulan jemaah yang bergerak serentak
serta membaca doa secara beramai-ramai, dari negara-negara Arab dan Eropah
serta Malaysia. Mereka mudah dikenali dengan bendera yang dilekatkan pada kain
ihram atau tudung kepala bagi jemaah perempuan.
“Innas
safa wal marwata, min sya’a irillah. Fain hajjal baita…, “ketua kumpulan
membaca ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, kemudian diikuti oleh Jemaah dalam
kumpulan itu.
Bermula
di Bukit Safa, sa’i berakhir di Bukit Marwah. Apabila selesai Sa’i doa khusus dibacakan.
Kemudian umrah akan diakhiri dengan melakukan Tahalul, di tempat yang telah
disediakan. Doa setelah tamat Sa’i adalah seperti berikut:
Tahalul
, menandakan berakhirnya rukun umrah, yang bermula dengan niat umrah di miqat
makani (tempat), tawaf tujuh kali pusingan, Sa’i tujuh kali pergi balik di
antara Safa dan Marwah, tahalul dan tertib, yang dahulu didahulukan, begitulah
sebaliknya
Ketika
sampai di tempat tahalul, terdapat juga anak muda yang menawarkan khidmat
memotong sedikit rambut ketika tahalul. Dia kelihatan memegang sebilah gunting
dan berkata kepada kami.
“Satu
riyal halal”.
Kami
telah membawa gunting dalam beg sandang yang disediakan oleh pihak Tiram Travel.
Jadi lebih mudah bertahalul, tanpa menggunakan khidmat mereka.
Tahalul
adalah bergunting sedikit rambut di kepala. Dengan memegang rambut dikepala
dengan tangan kiri berserta gunting di sebelah tangan kanan, doa berikut dibacakan
dan kemudiannya, rambut dipotong dan dimasukkan dalam tong yang telah disediakan.
Dengan
berakhirnya Tahalul, ibadah umrah yang wajib pun selesai. Umrah sunat atau
Umrah Badal (bagi ibu bapa yang meninggal dunia) boleh dilakukan sebanyak
mungkin selepas umrah wajib diselesaikan.
Ada
di antara jemaah, akan terus bercukur membotakkan kepala setelah tamat umrah.
Ramai wakil dari kedai-kedai gunting rambut akan berlegar-legar menyambut jemaah
di dataran masjid, kemudiannya membawa jemaah ke kedai mereka yang terletak di
dalam bangunan jam besar.
“Bagi
tau nak Babbal. Babbal bermakna botak,” Ustaz Zul pernah menyatakan dalam
kursus.
Babbal
adalah sebutan “botak’ bertujuan untuk membotakkan kepala dalam Bahasa
Pakistan. Ustaz Zul telah bermukim selama tujuh tahun di Pakistan. Ini kerana
majoriti pengusaha kedai gunting rambut adalah orang-orang Pakistan.
Selesai
Umrah wajib kami kembali ke hotel. Aku belum lagi menemui isteri dan anakku,
syafiqah. Ketika itu jam sudah 2.30 pagi. Kami tiga beranak kembali ke hotel,
melalui jalan berdebu dengan hiruk-pikuk bunyi jentera pemecah bangunan serta
lori yang mengangkut batu dan konkrit, setelah melepasi blok bangunan
perniagaan di kiri jalan.
Kami
sampai di hotel, dan kelihatan isteriku dan Syafiqah sedang berehat di lobi
hotel. Mereka sedang menunggu kami empat beranak pulang. Setelah kembali
bertemu, kami amat bersyukur. Iris kelihatan gembira ketika melihat dan bertemu
semula dengan ibunya.
Ustaz
Zul yang menasihatkan supaya isteriku dan Syafiqah kembali ke hotel kerana
kalau menunggu di kawasan Masjidil Haram tentu sukar untuk berjumpa. Ustaz Zul
sebenarnya cukup berpengalaman sebanyak 13 kali dalam membimbing jemaah di
Makkah.
“Nasib
baik balik ke hotel, “kataku.
“Ustaz
Zul yang nasihatkan,” kata Syafiqah.
Beberapa
jam saja lagi azan pertama Subuh bagi membangunkan Kota Makkah akan dilaungkan.
Selepas ini aku dan anak-anak akan bersiap untuk ke Masjidil Haram, kerana
bersolat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda pahalany. Apa lagi jika
bersolat secara berjemaah. Bayangkan gandaan pahalanya!
Kami
kembali ke hotel, semua agak keletihan. Putaran waktu seakan terhenti di
Makkah. Memang amat terasa pergerakan jam cukup lambat. Mungkin Allah memberi
peluang kepada tetamuNya melakukan ibadat. Terasa sungguh waktu bergerak
perlahan.